Tuesday, April 6, 2010

Modal insan yang Tersungkur

Aku ada terbaca satu artikel di surat khabar dan aku suka untuk berkongsi dengan kamu semua.... mengenai remaja masa kini.... bagi aku modal insan negara yang telah tersungkur...

"BARU-BARU ini saya ke Lembah Klang atas urusan perniagaan dan menetap di sebuah hotel terkemuka di kawasan Subang.

Pada malamnya, selepas jamuan makan bersama rakan-rakan perniagaan, mereka telah mengajak saya ke kelab malam yang juga berada di dalam hotel yang saya diami.

Pada mulanya saya menolak kerana saya jarang berhibur dan tidak minum minuman keras, tetapi diberitahu cuma untuk berehat dan disediakan minuman ringan jadi saya pergi bersama rakan-rakan.

Setelah setengah jam saya duduk, kami didatangi pelayan dan juga saya lihat ramai gadis Melayu yang masih muda bekerja di situ. Kebetulan rakan saya agak ramah dan memanggil gadis untuk berbual. Alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu bahawa anak gadis tersebut merupakan pelajar IPTA dan bekerja part time sebagai pelayan dan mereka tanpa segan-silu berbual dan berpegang-pegangan.

Saya ambil peluang untuk berbual dengan gadis tersebut dan diberitahu, pada siang hari dia adalah pelajar dan sering ponteng kuliah kerana tidak cukup tidur pada malam hari.

Ditanya kenapa lakukan kerja itu, dengan selamba dia menjawab mahu mencari wang untuk hidup mewah, kerja macam ini senang dapat duit.

Saya tersentak kerana anak gadis saya juga masih menuntut di IPTA di Lembah Klang. Apabila ditanya, bagaimana boleh keluar bekerja pada malam hari, mereka memberitahu bahawa mereka tidak duduk di kolej kediaman tetapi menyewa bersama teman-teman di luar, sekitar kawasan tersebut.

Saya terkejut kerana kurangnya penguatkuasaan daripada Majlis Agama Islam Selangor sehingga anak-anak gadis Melayu boleh bekerja dengan pakaian yang menjolok mata dan melayan lelaki hidung belang hanya kerana diumpan dengan wang ringgit.

Mereka juga tanpa segan silu untuk minum minuman keras apabila diminta untuk minum bersama dengan pelanggan yang datang.

Saya menyeru kepada golongan ibu bapa, selalulah mengawasi pergerakan anak gadis kita supaya tidak terjerumus kepada perkara yang tidak bermoral."
------------------------------------------------------------------------------------------------

petikan diatas adalah dari salah satu blog yang dikenali ramai dan mempunyai ramai pengikut...
tapi apa yang ingin aku luahkan di sini ialah inilah Trend paling Glamor gaya hidup pelajar IPTA... atau IPTS... dua2 sama.

Rasa kesal dan marah sangat mendalam dalam hati ini kerana gaya hidup pelajar masa kini...
Subhanallah..... visual akhir zaman menapak satu persatu.

Memang tidak dinafikan..remaja zaman sekarang cerdik dan maju...tapi jelas zaman sekarang remaja menunjukkan mereka meletakkan akal di kaki dan nafsu di atas kepala.... dunia duit...dunia jenama... dunia hidup tanpa sempadan... maruah tiada nilai yang penting duit semata - mata.

Falsafah pendidikan negara yang ingin melahirkan insan seimbang rohani dan jasmani hanya termaktub di dalam naskhah sahaja.......... aku masih mencari di mana kandungan Falsafah itu terlaksana......

jika betul ini adalah petunjuk akhir zaman.... jelas la...
kepada siapa harus kita sandarkan gejala maksiat remaja pada zaman sekarang....?
kepada siapa yang nak kita tundingkan jari.......?
tepuk dada tanya selera......

No comments:

Post a Comment

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...