Pembunuh Wanita No. 2 Di Malaysia..

Alhamdulilah... hari ini aku berjaya mendapatkan vaksin untuk mencegah Kanser Serviks. Sudah lama aku mencari - cari penawar untuk kanser ini. Aku tak tahu pun selama ini Kancer Rahim ini ada vaksin... jadi inilah peluang aku. Walaupun kena keluar duit lebih sikit tapi bila melibatkan kesihatan aku tidak akan berkira.

Rm 550 untuk 3 dos, 1st dos aku dah kena cucuk ari ni. Second dos, bulan 6 n dos ketiga 6 bulan selepas itu. Vaksin ini untuk melindungi diri dari virus HPV iaitu Human Papiloma Virus @ Virus Papiloma Manusia. Ia sejenis sekumpulan lebih 100 virus yang sangat umum. Ia disebarkan menerusi sentuhan kulit antara kulit kemaluan. Senang cite, bila sekali dah buat seks, wanita ada risiko untuk dijangkiti virus ini. Virus ni pulak boleh di periksa tapi melalui Pap Smear... so, kalu nak pegi cek pastikan memang dah pernah buat seks...

Kenapa aku obses sangat... sebab virus ini lah yang telah meragut nyawa ibu ku.... masa tu aku Form 6, tengah bergelut dgn STPM tapi aku harungi bersama dia melawan penyakit ini. Aku lihat dengan mata aku sendiri bagaimana virus ini 'memakan' diri ibu ku... bayangkan, dari diri dia yang berat 70kg dalam masa 3 bulan berat dia hilang 30kg kerana virus ini. Terus jadi cekeding, ... sangat.Kerana penyakit ini jugak aku melihat tumpah darah yang paling banyak dalam hidup aku... semuanya kerana virus ini. Tapi aku kagum dengan ibu ku sebab dia lawan betul- betul penyakit ni. Dia boleh bertahan 6 bulan selepas doktor kat Malaysia ni cakap dia dah 50/50... 6 bulan ibu ku melawan penyakit ni. Dia tekad.. adus, ingat saat ni, menitik air mata aku... besarnya pengorbanan dia untuk kami sekeluarga.

Kerana itu, aku berazam untuk menjaga diri aku setakat termampu untuk melindungi diri aku dari penyakit ini....InsyaAllah.

Comments

Popular Posts