Wednesday, May 19, 2010

Aku dan diri ku...

Tuesday, May 18, 2010

Menipu


Dalam hidup ini, sebelum aku tahu cara untuk menangani orang yang suka menipu, aku selalu sakit hati. Aku paling tidak suka orang yang suka menipu.... perasaan geram yang luar biasa akan aku rasa bila aku tahu aku ditipu. Ditipu hidup2 lagi membakar jiwa aku. Masa aku sekolah menengah dulu ada seorang cikgu yang telah mengajar aku cara untuk berhadapan dengan orang yang suka menipu.

Kata cikgu, kita mesti percaya pada apa yang diperkatakan oleh seseorang dan jangan ada rasa sangsi terhadap orang lain. Maksudnya jangan berprasangka buruk terhadap orang lain. Percaya walaupun ada rasa ketidakpercayaan kepada orang tersebut kerana kita mestilah berfikiran apa yang dia ceritakan itu kita anggap sebagai benar dan jika dia menipu itu hak dia untuk menipu dan urusan dia dan Tuhan jika dia menipu kita dan..... kesian kan lah dia kerana dia telah menipu diri dia sendiri. Sejak itu, aku tidak lagi berprasangka buruk pada orang dan aku sentiasa positif. Dan itu membuatkan aku rasa gembira.

Tiada lagi rasa marah pada si penipu... Biarlah dia nak menipu... jika dia rasa itu yang terbaik untuk dia, sebab bagi aku, orang yang paling kesian dalam dunia ni adalah orang yang suka menipu. Jika tidak pun, Tuhan akan tunjukkan yang benar juga pada akhirnya. Allah bagi 'cash' itu yang kawan aku sentiasa sebut dan aku rasa pun memang betul.... Allah memang bagi 'cash'. Dan bagi yang suka menipu, anda akan tertawakan orang yang anda tipu tapi ingatlah happy anda tak lama kerana yang salah tetap salah... dan ingatlah Allah sentiasa mendengar dan memakbulkan doa orang yang dianiaya iaitu orang yang ditipu. Bak kata orang dulu2.. "sepandai - pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga."

Tapi, aku hanya manusia biasa, ada masa aku lupa dengan taktik yang cikgu aku ajarkan tu dan aku akan rasa marah yang amat sangat pada si penipu... tapi bila aku ingat balik pesanan tu, aku akan tersenyum... ^_^

Janji


Ungkapan yang selalu aku ingat dalam diri aku. Yang membuatkan aku sentiasa bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Nya. Memang aku akui hidup ini ibarat roda dan bumi ini juga bulat yang sentiasa berputar mengikut hukum alam. Ada masa aku berada di atas dan ada masa aku berada dibawah. Ada masa Allah membuka peluang kepada ku dan ada masa aku langsung tiada peluang. Kerana itu aku tidak pernah memandang rendah pada sesiapa pun dan aku tidak pernah merasa diri ini sempurna.

Namun, disekeliling ku, aku melihat ada yang merasakan dirinya sempurna tanpa menjeling kepada yang dibawah. Namun, bila terlalu tinggi jika terjatuh akan luka, tersungkur di bumi. Aku selalu ingatkan diri ini tiada yang sempurna di dunia ini. Tetapi ingin sempurna ada dalam visi aku dan aku sedang menuju ke arah kesempurnaan itu.... Itu pun jika dengan IzinNya.

Kini, aku meneruskan hidup ini dengan redha segala kehendakNya. Biar orang kata impian aku tak setinggi langit asalkan aku tahu aku masih berpijak pada bumi ini. Setiap orang ada prinsip begitu juga aku. Aku seorang yang sangat berpegang pada prinsip. Aku insan yang lemah dan hamba pada Nya. Aku menikmati hidup ini dengan nikmat yang diberikan seadanya... kerana aku tahu Dia sentiasa berada dengan ku.







Friday, May 14, 2010

Movie Hollywood..

Transformers

Sebuah movie yang buat aku teruja dengan robot dan cerita ni membuat aku jadi makin kagum dengan Micheal Bay... Jalan cerita yang sangat menarik, watak robot2 yang canggih tapi menggunakan bahasa yang menarik.. keleteh robot yang friendly membuat kan aku pun rasa ingin ada dalam citer ni.. hehehe..



Twilight

1st time aku suka sangat dengan watak Wampire yang romatik ni. Cerita filem ni agak membosankan bagi orang yang tak suka menghayati macam aku.. tapi cerita yang difilemkan dari Novel ini berjaya menyentuh hati aku.. sangat suka dengan kedua-dua watak filem ini.


Twilight
The New Moon Saga

Ini Twilight kedua... tapi tak sehebat yang pertama.. tapi aku suka jugak.. cerita dia tambah lagi koleksi hantu - hantu lagenda Inggeris maca hantu jelmaan serigala. Ada aksi yang menarik tapi citer novel ni memang buat kita mengantuk la... aku pun hampir tertidur tengok citer ni... tapi still best!!! aku harap kali ketiga citer ni best.


The Proposal

Citer ni bukan citer aksi tapi citer wanita bekerjaya masa kini tapi jalan citer ni unik sebab wanita yang propose lelaki.. jadi menarik hati aku.. lagi pun aku tertawan dengan watak Sandra Bullock. Wanita dengan pangkat tinggi, perfectionist.. cantik, bergaya.


Watak dia ni, dalam citer ni ramai orang tak suka dia tapi dia tak pernah masuk campur hal orang lain. Dia dengan diri dia jer tapi dia terpaksa propose pembantu dia untuk dia kekal bekerja di Syarikat itu. seronok tengok gelagat dia dalam citer ni. Aku memang suka Sandra Bullock.


Miss Congeniality

Citer ni citer lawak. aku suka dengan watak utama citer ni Sandra Bullock. Ni citer tahun aku tengah STPM.. aku tak tengok movie tapi aku juz tengok VCD tapi citer ni memang melekat dalam otak aku,...


Citer ni, watak utama dia, dia selalu kena buli dekat ofis dia, bos dia kurang keyakinan kat dia. dia dari seorang wanita yang lasak dan keras tapi boleh jadi ayu dan cantik sebab dia menyamar dalam Pertandingan Ratu cantik USA....

Inilah antara filem hollywood yang melekat kat jiwa aku.. aku simpan koleksi citer2 yang aku minat ni... bila time free aku tengok la.. untuk hiburkan jiwa sendiri... tapi citer2 ni secara tak langsung ada mempengaruhi dalam kehidupan seharian kita. tapi secara kita tak sedar dan macam aku... dari filem juga kita bboleh belajar sesuatu... the is always have the moral values.. everywhere n everytime... n anywhere

1st Citer Hindi yang buat aku buka mata pada Filem Hindustan

Kuch Kuch Hota Hai





Aku dulu mana suka citer hindustan.. bagi aku citer Hindustan tak der standard.. aku berfikiran begini masa2 time aku sekolah menengah. Filem Hindustan, Kuch Kuch Hota hai ni kuar time aku tingkatan 3. Masa citer ni kuar aku buat dek jer. Yelah aku memang tak suka citer2 yang nyanyi lagu jiwang2 ni. Dah setahun citer ni berlalu, sekali tu kakak aku beli VCD cetak rompak, aku terlintas depan TV time diorg tengah syok tengok. Aku tengok time dia gaduh dengan Rahul n masa tu Anjali dah 'bertukar' menjadi ayu dan cantik... aku duk kejap dan tengok.. tengok2 sampai abis aku kat depan tv. Lepas tu, sampai 10 kali aku duk tengok citer ni..


Apa yang aku suka sangat, 3 watak utama dalam citer ni. Rahul, seorang Playboy yang suka sumer pompuan tapi bila juper Tina iaitu wanita taste dia terus dia berubah dan kawen dengan gadis idamanya, Anjali, watak gadis tomboy yang terjatuh... terjatuh cinta dengan kawan baik dia. Tina, walaupun hanya watak sampingan tapi aku suka sebab dia tahu dalam hati suaminya, ada Anjali yang sebenarnya kawan baik yang dia cintai. tapi Rahul tak sedar perasaan dia tapi Tina yang menyedarinya.



Aku tertarik dengan watak Anjali.. bila ingat balik aku tergelak pun ada.. aku banyak dipengaruhi oleh watak dia. sampai da satu masa aku beli kasut sukan yang sebijik macam Anjali punya.. dan aku juga suka basketball. Aku suka dia sebab aku suka basketball kut... ^_^. Kerana lagu ni, aku boleh nyanyi lagu Hindustan. dengar muzik jer aku dah boleh nyanyi dan aku hafal lagi lirik lagu ni. Zaman sekolah kan..... lawak giler. Aku siap ada geng lagi yang minat Hindustan ni.Dashyat... hahaha... ingat balik tergelak tergolek - golek aku.

Tapi, walau apa pun.. cerita ni mengajar aku tentang cinta. Kita tak sedar bila cinta itu lahir tetapi kita akan dapat rasa cinta itu bila kita jumpe orang yang sememangnya dijodohkan untuk kita. Kalau dah jodoh kita, sorang di kutub selatan , sorang di kutub utara, akan bertemu jugak...bersama akhirnya.






Drama Korea yang aku suka

Ha.. ni pulak citer korea pertama yang aku tengok. tapi cerita ni seronok sebab citer dia sempoi dan bersahaja mengenai dua orang yang duduk dalam satu rumah. banyak perkara yang kebetulan. citer ni syok sebab watak kelakarnya... heroin tu macam giler2 n hero koya tahap gabang... memang ego... tapi sebenarnya dia baik... time heroin demam dia jaga elok je.. itu la yang orang panggil gentlemen.



Tapi drama korea tak meleret2 macam drama telenovela latin. drama korea cukup 16 disc habis la. 32 episod comfirm abis. sebab tu aku suka marathon. tengok start dari pagi, pagi besok habis... tak buat keje lain dah... tapi time free je ek. citer ni best sebab watak heroin dia la... Han jea Un... memang giler2 dan fesyen dia yang ntah ape2 tapi fesyen dia jadi ikutan pas tu... aku tengok ramai yang ikut gaya pemakaian dia lepas citer ni... pakaian colourful.



Citer ni walaupun happy pada mulanya, tengah2 citer ada sedihnya... susahnya dia nak dapat lelaki tu dan banyak halangan untuk lelaki tu nak dapat heroin dia. Biasa la drama, kalau tak da sedih bukan drama namanya.. hahaha... Citer ni ramai pengikutnya sebab lelaki hero citer ni seoarang penyanyi sebenarnya. Nama dia Rain. lagu citer ni pun best. Memang seronok la tengok citer ni.

Drama Latin yang aku suka

Ni cerita yang aku suka jalan ceritanya yang realiti. Memang berlambak orang yang macam ni.. yang orang digolongkan dalam kumpulan hodoh. Aku rasa ramai orang yang sedar tentang golongan ni lepas tengok citer ni. Sebenarnya bukan diorang yang nak berada dalam kumpulan hodoh itu tetapi orang yang rasa dia cantik yang letakkan mereka dalam kumpulan itu. Tetapi orang yang rasa dia cantik.. betul ke cantik?... kalau ada orang yang rasa dia cantik.


Drama Telenovela ni famaous time aku STPM.. 1Malaysia fenomena drama latin... beratus episod tapi orang sanggup tengok. Walaupun time tu aku tengah berada di medan perang..STPM tapi citer ni aku always follow. Aku jenis yang tak keluar rumah.. so, tv is the important things for me. Cerita ni mengenai seorang gadis 'nerd' yang tak pandai bergaya dan sangat hodoh.

Kalau sekali orang tengok, orang akan berpaling sekali lagi untuk tgk dia sbb kehodohan dia. Tapi dia bekerja di Syarikat Texstile dan termasuk model2 yang cantik2 sekali la. So sangat kontra watak dia dan orang disekitarnya. aku tengok citer ni sebab kesian kat dia.. dia dibuli dan dipergunakan oleh bos dia sebab dia mahir mengenai akaun. So, akaun syarikat ni yang di manipulate oleh bos dia, dia yang uruskan....


Dalam citer ni semua watak dalam dunia ni ada. Macam2 kerenah dan peel... dan yang best, bos dia yang selalu hina dia... dalam kepura -puraan...... tidak sedar bahawa dia cintakan Betty.. Dia cintakan Betty dalam diam... dia memang betul2 mempergunakan Betty.

Tapi Betty pun cerdik, lepas dia tau dia dipergunakan dia merancang untuk jatuhkan Syarikat bos dia.. dia juga berubah rupa dan membantu geng2 dia yang digolongkan dalam golongan hodoh tu... tapi akhirnya dia dengan bos dia berkahwin juga sebab dia cintakan bos dia dan bos dia pun sebenarnya cinta kan dia walaupun ketika itu dia hodoh, maksudnya, dia bukan cintakan fizikal Betty tapi dia betul2 cintakan Betty. Moral values citer ni jangan pandang rendah pada seseorang dan jangan perasaan cantik!

Wednesday, May 12, 2010

Iron Man 2



Ahad lepas aku tetiba singgah tengok filem Blockbuster.... Iron Man 2 kat TGV Wangsa Walk (baru dibuka). Dengan tiket RM13 seorang... aku tanya akak tu naper mahal semacam, dia cakap sebab blockbuster movie...Wow blockbuster ke? aku tanya dalam hati aku. So bila dah masuk panggung aku harap citer ni best la... berbaloi aku beli tiket mahal. Jadi bila aku duduk n tengok citer ni........ Wow.. amazing... memang best la.. puas hati..kalu bleh nak tengok lagi...


Aku sangat suka citer ni sebab jalan citer dia yang kreatif dan aku tak leh terfikir ape kesudahanya, bukan macam sesetengah cite tu kita tgk mula2 dah boleh agak apa akhirnya... tapi citer ni lain... mula2 aku tengok citer ni aku jadi tak suka dengan watak hero dia, dia macam lupa diri dan sangat megah dengan penciptaan teknologi dia tu... dia sangat yakin tiada orang yang boleh hapuskan dia dan mencipta teknologi yang dia cipta.

Dia memperlekehkan orang2 disekitarnya.. so aku memang tak suka watak dia. Masa aku tengok scene ni aku jadi menyampah dan tertanya- tanya naper watak hero dalam citer ni KOYA sangat.. perasan hebat. Ini lah citer watak hero yang paling sombong dalam dunia Hollywood.. ni aku yang cakap la...hehehe. So, aku nampak berbezaan citer Iron Man ni dengan watak Superman dan Spiderman. Sempat la aku rasa bosan tapi kejap jer tak sampai 15 minit scene citer dia makin rancak dan hapening!!!

Tapi satu lagi yang aku seronok sangat tengok citer ni... grafik visual dan 3D yang dia gunakan. aku sangat suka bila time dia buka komputer dia kat lab... satu bilik dia boleh sentuh dan design ape sajer dalam kawasan bilik tu, Sangat canggih.... juz with one touch.. betul2 one touch.... susah nak citer dengan detail .. nanti tengok la sendiri.


Tetiba muncul watak Vanco ni... anak kepada bekas pekerja ayah hero... scene dia sedih sikit sebab ayah dia mati dan dia salahkan Iron Man. Sebab ayah dia cakap teknologi itu dia yang cipta... so, makin menarik la citer ni... Aku suka watak Vanco ni sebab watak dia sangat berkesan sebagai seorang yang berdendam dan berani mati... aku tak sangka yang dia begitu berani nak bunuh Iron Man tengah orang ramai... pastu dalam dia seorang pendendam tapi dia suka burung kakak tua... wow... puas hati!!!



Ini pulak watak - watak heroin...tapi tambah watak baru, best... watak Scarlett Johansson. Dia nampak ayu, sopan tapi rupernya suberb... watak dia sangat hebat, dia adalah agen yang cuba membantu Iron Man. Dia pandai mempertahankan diri dan sangat lincah... kagum dengan action dia. Laju dan tangkas... kalaulah aku boleh jadi hebat macam dia... hehehe.... Perh.... aku pukul semua peragut2 kat Malaysia ni (berangan). So, itu la serba sedikit yang dapat aku ceritakan di sini kalau aku citer semua... bosan la pulak orang nak g tengok kat Panggung...... banyak lagi yang aku tak citer pasal kenapa Iron Man KOYA, kawan dia kat ARMY, dan Iron Man Baru ciptaan dia dari lansdskap lama ayah dia. So, sesape yang suka citer action, bukan aku nak lebih2 bercerita tapi untuk kepuasan aku, citer ni dapat 100% la.... memang ini la yang ditunggu...

Watak wanita yang lahir pada 20hb




Menurut kajian wanita yang lahir pada 20 hb seorang yang mempunyai terlalu banyak permintaan. Ada saja yang inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Menurut kajian itu lagi, orang yang lahir pada tarikh ini jangan lah menyusahkan pasanganya tapi sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!! ^_^ Betul ke kajian ni... ummm, kena kaji diri aku dulu ni....

Tuesday, May 11, 2010

Insan bernama Ibu




Semalam hari ibu. Bertuah bagi orang yang ada ibu. Ibu meninggal kerana menderita kanser serviks. sejak dia sakit. Aku sangat perasaan perubahan sikap ibu aku yang berubah menjadi manja dan semacam kebudak - budakan. Dia juga sangat sensitif. Mudah menangis kerana menahan sakit. Aku seakan ingin mengurangkan rasa sakitnya itu tapi apa daya aku. Aku hanya boleh melihat dan dia yang merasa. Dia juga sering terlupa, banyak benda yang dia terlupa.

Satu hari ibu beritahu ayah yang dia ingin balik ke kampung nya, Yala, Thailand. Tapi ayah tak benarkan sebab keadaan dia yang tak mengizinkan tapi dia dengan bersemangat beria - ria ingin pulang ke kampung. Aku yang ketika itu baru selesai Exam STPM (ingat lagi disaat malam berada dihospital Besar Kota Bharu mengurut kakinya sambil mengulangkaji pelajaran dan pagi itu masuk dewan peperiksaan untuk Exam Pengajian Am) tekad untuk membawa ibu pulang ke kampung nya. Aku menyakinkan ayah aku boleh menjaga ibu.

Sesampai di Kampungnya bukan main gembira lagi dia. Dia bersemangat daripada biasa. betapa besar aura tempat kita dilahirkan. Dia berjumpa dengan semua sanak saudara. Dia sangat gembira. dan aku juga gembira melihat dia ceria dari biasa. Tidak lama selepas itu kami ke Haadyai untuk mendapatkan rawatan di Hospital Antarabangsa di sana.

Ibu aku kahwin muda, dan dia melahirkan 10 orang anak. Kata doktor yang merawat ibu ku, faktor kanser serviks ialah seks diusia yang sangat muda dan melahirkan ramai anak tanpa rawatan yang secukupnya semasa melahirkan anak (berpantang yang cukup). Saat itu, aku baru sedar bahawa, betapa pentingnya menjaga diri selepas melahirkan anak. Betapa besarnya pengorbanan ibuku... Saat -saat ini, aku dapat rasakan semangat kekeluargaan kami semakin kuat. Kakak aku setiap minggu melawat kami di Haadyai. selalu cal kami untuk mendapatkan perkembangan keadaan ibu ku. Ketika itu, aku dapat rasakan cabaran Tuhan yang sangat besar kepada kami sekeluarga tapi kami semua hadapi dengan tabah dan aku redha dengan segala keehndaknya. Subhanallah...

Sedang aku asyik menjaga ibu aku di Haadyai, ayah ku cal dan memberitahu bahawa aku telah mendapat tawaran untuk ke UKM. Ayah aku suruh aku balik Ke Malaysia untuk menguruskan kemasukan aku ke UKM. Aku tidak terus balik tetapi aku berfikir.... aku hanya ada seorang ibu dan aku rasa aku harus bertanggungjawab untuk ibu ku. Masa tu, bagi aku, Peluang untuk ke Universiti aku boleh mohon lain kali. Jadi aku dengan tekad membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut. Ayah tak benarkan tapi aku tetap dengan pendirian aku. Aku berkeras untuk menolak tawaran tersebut. Tetapi perkara ni telah diketahui oleh ibu... lalu dia beritahu pada aku, dia amat berharap anak dia dapat masuk Universiti dan anak itu adalah aku... jadi dia nak aku balik.

Tapi aku tetap berdegil dengan keputusan aku. Dalam otak aku pada masa itu, Ibu aku adalah perkara utama, perkara lain tidak penting bagi aku. Aku sangat sayang ibu aku....... tiada yang boleh ganti ibu ku... hanya dia seorang. dia yang melahirkan aku jadi kenapa aku tidak boleh menjaga dia hingga ke akhir hayat dia. Tapi permintaan ibu aku melangkaui semuanya, dia nak juga aku terima tawaran itu dan dia berhasrat untuk menghantar aku ke UKM. Aku terharu jadi dengan semangatnya itu, kami berdua pulang ke Malaysia.

Sampai di Malaysia, aku sibuk meguruskan kemasukan aku ke U.... ibu aku juga exited kerana ini kali pertama anaknya ke U jadi dia sangat teruja tapi dengan kemampuan dia hanya mampu melihat aku membuat persediaan untuk ke sana. TIba masa untuk aku ke Bangi, Selangor keadaan ibu tak mengizinkan dia untuk berjalan jauh. Aku rasa berat hati namun apa daya aku telah berjanji padanya untuk meneruskan pengajian aku. Jadi aku meneruskan permintaan dia... pertama kali aku menjejakan kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selepas 2 minggu aku berada di UKM satu hari aku terima panggilan dari adik aku kety mengatakan ibu aku sedang tenat dan hanya aku saja adik beradik yang masih belum sampai. Kata kety, Ibu tidak habis2 menyebut nama aku. Tanpa buang masa aku terus menaiki kapal terbang dan pulang ke rumah. Sesampai aku dirumah, aku terus peluk ibu aku dan dia masih cam aku dan masih berdaya menyebut nama aku. Tidak lama selepas tu tengah malam kami semua ramai - ramai tidur bersama ibu dan pada pagi itu ibu menghembuskan nafas dia yang terakhir ketika aku berada di sebelahnya. Aku masih ingat, ketika kakak aku mengatakan ibu dah tiada aku marah padanya dan mengatakan ibu masih ada. Tapi selepas itu aku perlahan - lahan menerima pemergian ibu.

Perasaan tiada ibu sangat - sangat perit kerana dia lah tempat aku bergantung selama ini. Untuk menerima dia tiada disamping kami sekeluarga sangat perit. Aku dapat rasakan kesuraman keluarga kami selepas ketiadaan ibu ku. Aku rasa sangat gelap... tapi aku teruskan berjuang untuk menrealisasikan impian dia yang satu ini. Alhamdulilah, dengan Izin Nya aku telah berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda seperti harapan ibu.



Jadi kepada semua rakan - rakan aku yang masih mempunyai ibu. Hargai lah Insan yang telah melahirkan kita semua. tanpa ibu siapa lah kita. Tanpa ibu tak lahirlah kita di dunia ini. Jaga la dia di saat dia pelukan kita. Ibu kita hanya seorang dan gunalah peluang yang ada ini untuk menghargainya.

Monday, May 10, 2010

Al- Arba'aa 9 Syawal 1403

Pada 20 Julai 1983, menurut bulan Islam aku telah dilahirkan bersamaan 9 Syawal 1403. Bulan Syawal adalah bulan umat Islam meraikan Kejayaan... Alhamdulilah aku telah ditakdirkan untuk lahir pada tarikh ini...Bulan baik jadi aku harap perangai dan diri aku sebaik bulan aku dilahirkan...InsyaAllah. .. Subhanallah sungguh luar biasa!!! Alhamdulilah

Pada Hari aku dilahirkan...


Aku dilahirkan pada hari Rabu. Rupanya, banyak peristiwa sejarah Islam yang belaku pada hari Rabu. Ertinya 'Empat'. 'Dabbar' (Dalam Arab Kuno) .Pada Hari ini > {}Qarun hancur binasa {}Firaun dan tenteranya hancur binasa {}Raja Namrud ditewaskan nyamuk {}Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan keras Malaikat Jibril {}Umat Nabi Hud dihancurkan dengan angin taufan {}Syadad bin Ad musnah.

Aku berdarah B


Personality reflect B blood group : You're a rugged individualist, who's straightforward and likes to do things your own way. Creative and flexible, you adapt easily to any situation. But your insistence on being independent can sometimes go too far and become a weakness.

Aku suka Latte..


Menurut kajian orang yang suka minuman Latte adalah :seperti yang tertulis ini dan aku adalah adalah penggemar Latte iaitu Sofistikated adalah keperibadian paling jelas yang dapat dilihat dalam diri individu yang gemar menikmati minuman Latte ini. Selain itu sikapnya yang sentiasa bersifat ingin tahu dan sentiasa ingin belajar secara tidak langsung turut memperlihatkan dirinya yang terpelajar dan berpendidikan. Sekiranya kekasih anda menggemari minuman ini, aduh beruntunglah anda kerana dia seorang yang romantik dan jiwanya penuh dengan kasih sayang. Si penggemar Latte biasanya akan sentiasa dengan pasanggannya dan akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik demi mengukuhkan lagi perhubungannya.

Friday, May 7, 2010

Hiasan Terindah di Dunia

Aku ingin jadi Perhiasan yang Indah di Dunia... aku berusaha ke arah itu... aku cuba sedaya upaya. Orang cakap Akhirat kelak.. wanita adalah yang paling ramai di Neraka... adakah aku salah seorang dari mereka... Nauzubillah... minta jauh... Semoga Tuhan akan memberi petunjuk dan memimpin aku untuk sentiasa berada di landasan yang betul...Amin

Nadiya Haneem Zaminudin

video

Thursday, May 6, 2010

Persiapan Untuk Satu Peristiwa Dalam Hidup ku..



Tarikh bersejarah dalam hidup ku makin dekat dan aku sedang menghitung hari menanti hari itu. Pelbagai persiapan yang telah aku sediakan untuk hari itu. Banyak benda yang aku nak fikir dan buat. InsyaAllah dengan izin Nya dapat aku lakukan terbaik pada hari bersejarah tersebut. Perancangan sangat penting untuk sebuah event yang berjaya... Ini adalah kali pertama dalam hidup aku, Semoga ia akan menjadi Hari yang paling Bermakna untuk aku dan dia

Tuesday, May 4, 2010

Hari ini Aku sedih..



Hari ni.... 4 Mei Bapa Saudara aku telah kembali ke Rahmatullah. Ketika aku sedang menulis ini, mayat dia sedang dimandikan di Hospital Usm Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Aku rasa sangat sedih hari ini kerana Bapa Saudara yang aku sayangi telah pergi meninggal kan keluarga dan juga kami semua... tapi itulah yang orang kata... bila telah sampai ajal maka pergi lah Ia menemui Tuhan yang Satu... Innalilahwainillahhirajiun... Aku berdoa semoga dia ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Al Fatihah.

Sebelum dia meninggal dia koma selama 3 hari. Pakcik aku koma kerana pendarahan dalam otak. Kenapa ada darah dalam otak...........? Kerana Pakcik aku telah dilanggar oleh seorang insan yang tidak bertanggungjawab semasa dia sedang dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan sembahyang Maghrib. Kenapa aku cakap tidak bertanggungjawab orang yang langgar pakcik aku tu sebab... lepas dia langgar pakcik aku dia terus lari tanpa kesan. yang tinggal hanya topi keledar dia. Inilah insan yang tidak bertanggungjawab, dah langgar pas tu lari n then dia tak tahu orang yang dia langgar tu dah meninggal dunia... sadis...

Tapi dalam kesedihan aku ini ada perasaan kekesalan kerana keputusan aku untuk kembali ke Kuala Lumpur terlalu tergesa - gesa. Aku fikirkan kerja aku di ofis sehingga aku tak boleh menimbangkan keadaan pakcik aku yang terlantar di Hospital semalam. Sebab aku ingat dia akan kembali pulih... walaupun dia masih koma sewaktu aku melawatnya 1hb - 3hb Mei 2010.

Aku juga ada sedikt rasa terkilan dengan sikap anak2 pakcik aku iaitu sepupu aku yang masih boleh fikirkan kepentingan masing2 tanpa peduli dengan keadaan ayah mereka yang sedang bertarung nyawa untuk hidup...... apa lagi yang lebih penting didunia ini kalau bukan Ibu dan Bapa kita sendiri...... aku sebak kalu fikirkan tentang orang2 yang tak tahu menghargai Ibu dan Bapa mereka....

Aku juga terkilan dengan polis Malaysia. Aku geram kerana bila aku tanya tentang kemalangan pakcik aku, tiada laporan yang diambil. Polis tersebut tak boleh ambil report sebab katanya mangsa sendiri yang kena buat laporan... dah pakcik aku koma macam mana dia nak buat laporan... (ape ke bodoh?) polis tersebut... kalau ikut hati aku nak aje aku buat aduan tentang polis tu tapi sebab anak pakcik aku pun buat bodoh jer aku rasa tak boleh nak buat aper la...

Aku Sedih dan Geram..................

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...