Friday, May 14, 2010

Drama Korea yang aku suka

Ha.. ni pulak citer korea pertama yang aku tengok. tapi cerita ni seronok sebab citer dia sempoi dan bersahaja mengenai dua orang yang duduk dalam satu rumah. banyak perkara yang kebetulan. citer ni syok sebab watak kelakarnya... heroin tu macam giler2 n hero koya tahap gabang... memang ego... tapi sebenarnya dia baik... time heroin demam dia jaga elok je.. itu la yang orang panggil gentlemen.



Tapi drama korea tak meleret2 macam drama telenovela latin. drama korea cukup 16 disc habis la. 32 episod comfirm abis. sebab tu aku suka marathon. tengok start dari pagi, pagi besok habis... tak buat keje lain dah... tapi time free je ek. citer ni best sebab watak heroin dia la... Han jea Un... memang giler2 dan fesyen dia yang ntah ape2 tapi fesyen dia jadi ikutan pas tu... aku tengok ramai yang ikut gaya pemakaian dia lepas citer ni... pakaian colourful.



Citer ni walaupun happy pada mulanya, tengah2 citer ada sedihnya... susahnya dia nak dapat lelaki tu dan banyak halangan untuk lelaki tu nak dapat heroin dia. Biasa la drama, kalau tak da sedih bukan drama namanya.. hahaha... Citer ni ramai pengikutnya sebab lelaki hero citer ni seoarang penyanyi sebenarnya. Nama dia Rain. lagu citer ni pun best. Memang seronok la tengok citer ni.

1 comment:

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...