Wednesday, May 12, 2010

Iron Man 2



Ahad lepas aku tetiba singgah tengok filem Blockbuster.... Iron Man 2 kat TGV Wangsa Walk (baru dibuka). Dengan tiket RM13 seorang... aku tanya akak tu naper mahal semacam, dia cakap sebab blockbuster movie...Wow blockbuster ke? aku tanya dalam hati aku. So bila dah masuk panggung aku harap citer ni best la... berbaloi aku beli tiket mahal. Jadi bila aku duduk n tengok citer ni........ Wow.. amazing... memang best la.. puas hati..kalu bleh nak tengok lagi...


Aku sangat suka citer ni sebab jalan citer dia yang kreatif dan aku tak leh terfikir ape kesudahanya, bukan macam sesetengah cite tu kita tgk mula2 dah boleh agak apa akhirnya... tapi citer ni lain... mula2 aku tengok citer ni aku jadi tak suka dengan watak hero dia, dia macam lupa diri dan sangat megah dengan penciptaan teknologi dia tu... dia sangat yakin tiada orang yang boleh hapuskan dia dan mencipta teknologi yang dia cipta.

Dia memperlekehkan orang2 disekitarnya.. so aku memang tak suka watak dia. Masa aku tengok scene ni aku jadi menyampah dan tertanya- tanya naper watak hero dalam citer ni KOYA sangat.. perasan hebat. Ini lah citer watak hero yang paling sombong dalam dunia Hollywood.. ni aku yang cakap la...hehehe. So, aku nampak berbezaan citer Iron Man ni dengan watak Superman dan Spiderman. Sempat la aku rasa bosan tapi kejap jer tak sampai 15 minit scene citer dia makin rancak dan hapening!!!

Tapi satu lagi yang aku seronok sangat tengok citer ni... grafik visual dan 3D yang dia gunakan. aku sangat suka bila time dia buka komputer dia kat lab... satu bilik dia boleh sentuh dan design ape sajer dalam kawasan bilik tu, Sangat canggih.... juz with one touch.. betul2 one touch.... susah nak citer dengan detail .. nanti tengok la sendiri.


Tetiba muncul watak Vanco ni... anak kepada bekas pekerja ayah hero... scene dia sedih sikit sebab ayah dia mati dan dia salahkan Iron Man. Sebab ayah dia cakap teknologi itu dia yang cipta... so, makin menarik la citer ni... Aku suka watak Vanco ni sebab watak dia sangat berkesan sebagai seorang yang berdendam dan berani mati... aku tak sangka yang dia begitu berani nak bunuh Iron Man tengah orang ramai... pastu dalam dia seorang pendendam tapi dia suka burung kakak tua... wow... puas hati!!!



Ini pulak watak - watak heroin...tapi tambah watak baru, best... watak Scarlett Johansson. Dia nampak ayu, sopan tapi rupernya suberb... watak dia sangat hebat, dia adalah agen yang cuba membantu Iron Man. Dia pandai mempertahankan diri dan sangat lincah... kagum dengan action dia. Laju dan tangkas... kalaulah aku boleh jadi hebat macam dia... hehehe.... Perh.... aku pukul semua peragut2 kat Malaysia ni (berangan). So, itu la serba sedikit yang dapat aku ceritakan di sini kalau aku citer semua... bosan la pulak orang nak g tengok kat Panggung...... banyak lagi yang aku tak citer pasal kenapa Iron Man KOYA, kawan dia kat ARMY, dan Iron Man Baru ciptaan dia dari lansdskap lama ayah dia. So, sesape yang suka citer action, bukan aku nak lebih2 bercerita tapi untuk kepuasan aku, citer ni dapat 100% la.... memang ini la yang ditunggu...

No comments:

Post a Comment

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...