Friday, May 14, 2010

1st Citer Hindi yang buat aku buka mata pada Filem Hindustan

Kuch Kuch Hota Hai





Aku dulu mana suka citer hindustan.. bagi aku citer Hindustan tak der standard.. aku berfikiran begini masa2 time aku sekolah menengah. Filem Hindustan, Kuch Kuch Hota hai ni kuar time aku tingkatan 3. Masa citer ni kuar aku buat dek jer. Yelah aku memang tak suka citer2 yang nyanyi lagu jiwang2 ni. Dah setahun citer ni berlalu, sekali tu kakak aku beli VCD cetak rompak, aku terlintas depan TV time diorg tengah syok tengok. Aku tengok time dia gaduh dengan Rahul n masa tu Anjali dah 'bertukar' menjadi ayu dan cantik... aku duk kejap dan tengok.. tengok2 sampai abis aku kat depan tv. Lepas tu, sampai 10 kali aku duk tengok citer ni..


Apa yang aku suka sangat, 3 watak utama dalam citer ni. Rahul, seorang Playboy yang suka sumer pompuan tapi bila juper Tina iaitu wanita taste dia terus dia berubah dan kawen dengan gadis idamanya, Anjali, watak gadis tomboy yang terjatuh... terjatuh cinta dengan kawan baik dia. Tina, walaupun hanya watak sampingan tapi aku suka sebab dia tahu dalam hati suaminya, ada Anjali yang sebenarnya kawan baik yang dia cintai. tapi Rahul tak sedar perasaan dia tapi Tina yang menyedarinya.



Aku tertarik dengan watak Anjali.. bila ingat balik aku tergelak pun ada.. aku banyak dipengaruhi oleh watak dia. sampai da satu masa aku beli kasut sukan yang sebijik macam Anjali punya.. dan aku juga suka basketball. Aku suka dia sebab aku suka basketball kut... ^_^. Kerana lagu ni, aku boleh nyanyi lagu Hindustan. dengar muzik jer aku dah boleh nyanyi dan aku hafal lagi lirik lagu ni. Zaman sekolah kan..... lawak giler. Aku siap ada geng lagi yang minat Hindustan ni.Dashyat... hahaha... ingat balik tergelak tergolek - golek aku.

Tapi, walau apa pun.. cerita ni mengajar aku tentang cinta. Kita tak sedar bila cinta itu lahir tetapi kita akan dapat rasa cinta itu bila kita jumpe orang yang sememangnya dijodohkan untuk kita. Kalau dah jodoh kita, sorang di kutub selatan , sorang di kutub utara, akan bertemu jugak...bersama akhirnya.






No comments:

Post a Comment

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...