Friday, June 25, 2010

Cerita dari Syurga


Aku baca sebuah lagi buku tentang perkahwinan hari ini dan aku syukur kerana aku terjumpa sebuah cerita dan aku gelarkanya Cerita dari Syurga yang aku pernah terdengar tetapi masih samar sebelum ini...yang menjadi jawapan kepada segala persoalan dalam minda aku tentang perkahwinan. Aku kagum dengan penemuan aku ini... aku tuliskan semula dengan mengaitkan cerita itu dengan realiti sekarang. Ceritanya bermula dari Adam yang diciptakan di dalam Syurga seorang diri....

Ketika Nabi Adam as. telah diciptakan Allah SWT, ia melihat ke bawah dan ke atas, maka baginda tidak melihat seorang pun dari jenisnya untuk dijadikan sahabat di dalam kesunyian. seperti diungkapkan bahawa burung terbang bersama jenisnya maka adam pun sunyi dan rindu pada jenisnya.

Pada waktu itu Adam sedang duduk, kerana sunyi Adam tiba - tiba merasa sangat mengantuk dan akhirnya tertidur. ketika itulah Allah memerintah kepada Malaikat Jibril as agar mengeluarkan tulang rusuk kirinya, sedang Nabi Adam tidak merasakan kesakitanya. Kemudian Allah menciptakan dari tulang rusuk kiri Adam itu seorang wanita yang diberi nama dengan Hawa.

Segala kecantikan dan keindahan diletakkan oleh Allah SWT kepada Siti Hawa hingga pada hari kiamat. Begitu juga segala kesucian dan budi pekerti diletakkan pada Siti Hawa.

Sedangkan, kerinduan, kecintaan dan kasih sayang diletakkan di dalam hati Adam. Siti Hawa dijadikan seorang wanita yang paling cantik di seluruh langit dan bumi. Adam pula menjadi seorang lelaki yang paling tinggi rasa cintanya di seluruh langit dan bumi.

Kemudian, Allah SWT memakaikan kepada Siti Hawa tujuh puluh Perhiasan Syurga dan diberi pula sebuah mahkota. Akhirnya, didudukan Siti Hawa di atas singgahsana dari emas.

Setelah itu, Allah SWT membangunkan Adam as dari tidurnya sambil dilihatkan Siti Hawa kepadanya.

Adam bertanya " siapakah engkau?"

Siti Hawa menjawab " aku diciptakan Allah untuk diri mu"

Adam berkata "Dekatlah engkau kepada ku.."

Siti Hawa menjawab " Sebaiknya engkaulah yang mendekati ku.."

Adam lalu berdiri dan berjalan mendekati Siti Hawa. (semenjak itulah menjadi kebiasaan bagi umat manusia sebagai keturunan Adam, pihak lelaki menemui atau meminang wanita)

Di saat Adam as ingin mendekati Siti Hawa, beliau ingin menyentuh Siti hawa, tiba - tiba terdengar suara.

" Wahai Adam, bersabarlah! sebab pergaulan mu dengan Siti Hawa tidak dihalalkan kecuali dengan mahar dan nikah"

Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada seluruh penghuni Syurga, menghiasi Syurga dengan seindah - indahnya. Setelah itu, Allah memerintahkan kepada semua Malaikat di langit berkumpul dibawah pohon bernama Thuubaa. Semua berkumpul di sana.

Kemudian Allah berkhutbah...
" Allhamdulilah pujian untuk Ku dan keagungan adalah selimut Ku, kesombongan adalah selendang Ku, seluruh mahkluk adalah hamba - hamba Ku. Aku menjadikan malaikat- malaikat dan penghuni langit Ku sebagai saksi. Aku kahwinkan Hawa dengan Adam dengan mas kahwinya tasbih serta tahlil atas Ku..."

Kemudian pelayan - pelayan Syurga dan para malaikat menaburkan mutiara dan delima, lalu Siti Hawa mereka serahkan kepada Adam as. Siti Hawa kemudiannya meminta mas kahwinnya daripada Adam. Maka, Adam as berkata....

" Ya Allah, apakah yang harus aku berikan padanya, emas, perak, atau permata?'

Allah berfirman "Bukan wahai Adam"

Adam bertanya lagi " Ya Allah, apakah aku harus berpuasa, solat atau mengucapkan tasbih untuk Mu?"

Allah berfirman "Bukan wahai Adam"

Adam bertanya lagi " Ya Allah, apakah yang harus aku lakukan?"

Allah berfirman " Mas kahwin Siti Hawa iaitu engkau membaca selawat sepuluh kali untuk Nabi dan kekasih Ku Muhammad penghulu seluruh Rasul.." ( mas kahwin adalah 'sesuatu' yang mesti diberikan oleh pihak lelaki kepada pasanganya yang ingin dikahwini..)

Allah SWT berfirman kepada Adam as. " Berilah selawat kepada Muhammad supaya Aku halalkan Hawa bagi mu. Kepada umat Muhammad Allah berfirman , 'Shollu Alaihi Wasallimu' berilah selawat dan salam untuknya. Berilah selawat kepada Muhammad agar Aku haramkan neraka bagi kamu dan berilah salam kepadanya agar Aku halalkan Syurga untuk kamu"..

Itu lah sebuah kisah dari Syurga yang memberi satu pengalaman dan ilmu yang berharga pada diri aku.. dengan cerita ini aku faham tentang erti proses sebuah perkahwinan.. dari pertunangan, mas kahwin dan majlis perkahwinan.. sesungguhnya semua itu bermula dari Syurga.. Amin. Aku dapat merasakan kemanisan dan keindahan Islam dalam sebuah perkahwinan... Alhamdulilah.


P/s: Aku menulis kembali cerita ini dari buku Suami Teladan - Mohd Isa Selamat.

Thursday, June 24, 2010

Seorang Isteri..


Aku ingin berkongsi ilmu tentang wanita yang berkahwin menurut islam.. aku terbaca dari sebuah buku ilmiah yang baru aku pinjam. Kelebihan wanita yang berkahwin ini tidak aku ketahui sebelum ini dan selepas aku baca buku ilmiah ini baru la aku mendapat kesedaran.
  • Pertama, kelebihan wanita yang berkahwin, jika ia mengandung ia akan memperolehi pahala seperti jihad fisabilillah.
  • Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.
  • Apabila berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.
  • Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang ketika membakar roti untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka.
  • Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.
  • Lebih istimewa ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak2 akan dapat tinggal bersama - sama Rasullah saw di syurga kelak.
Betapa besarnya pahala yang diberikan oleh Allah swt kepada wanita yang berkahwin.. yang juga menyedarkan aku bahawa berkahwin kerana Allah akan membawa seribu hikmah kepada umatnya...




aku siapa aku....


aku dan Tuhan ku...
aku, ilmu dan amal ku...
aku dan dirinya...
aku dan keluarga ku...
aku dan kawan ku...
aku dan pekerjaan ku...
aku dan tanggungjawab ku...
aku dan amanah ku...
aku dan negara ku....
aku dan harta ku...
aku dan kenangan ku
aku dan keghairahan ku...
aku dan semangat ku
aku dan sakitku...
aku dan senyum ku...
aku dan marah ku...
aku dan langit..
aku dan warna...
aku dan perancangan ku...
aku dan hampa ku...
aku dan sedih ku...
aku dan alam ku...
aku dan dunia ku..
aku dan mahkluk semesta...
aku dan hidup ini...


Wednesday, June 23, 2010

Dugaan makin kuat


Aku akan berkahwin pada bulan Julai ini...
aku tak menulis apa - apa tentang persiapan perkahwinan ku..
mungkin aku belum bersedia lagi untuk menulis tentang itu..
tetapi bila aku dah sedia aku akan berkongsi semua tentang persiapan perkahwinan ku..
dari perancangan awal.. hinggalah yang terjadi yang sebenarnya..
tetapi ...
Ketika aku sedang melakukan persiapan..
dan hari makin lama makin dekat...
macam - macam yang berlaku...
mungkin inilah yang orang selalu sebut....
" kita hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan"
sekarang aku benar - benar sabar dan terasa sangat dekat dengan kata - kata ini..
dan aku sedang merasa perasaan Redha dengan ketentuanNya..
Namun, jauh di dasar hati aku ingin Majlis perkahwinan ku ini berjalan dengan lancar dan aku akan lakukan setakat termampu...
Ya Allah Ya Tuhan ku... berkatilah dunia baru ku ini...

Aku ingin marah


Pernah...
Aku terasa ingin marah pada pada satu ketika
tapi... sedang perasaan membuak - buak marah itu
aku terfikir...
kalau aku marah pun apa yang aku dapat...
Jadi yang terbaik.. perasaan ini terbakar saja dalam hati..
Aku mengucap dua kalimah syahadah.. perasaan itu berlalu pergi
tetapi mengambil masa juga... itu lah aku..
walau marah macam mana pun aku akan fikir rasional..
mungkin kerana aku telah terdidik sebegitu...
inilah diri aku...

Wednesday, June 2, 2010

Sufiana Adlisa

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...