Wednesday, September 8, 2010

Malam LailatuQadar


Hari ini Rabu, aku masih bekerja di ofis. Ada 1 hari lagi menjelang 1 Syawal... aku menghitung detik untuk bersama keluarga tersayang. Rasa sunyi di ofis sebab ramai orang dah balik.. aku merenung ke luar tingkap dan aku lihat langit yang tak berapa cerah dan tak berapa gelap.. redup jer, tenang rasa hati.

Sedetik, menyelinap satu perasaan dalam hati hati aku... Adakah semalam adalah malam LailatuQadar.. kerana keadaan nya seperti yang digambarkan untuk kita mengecam malam itu...Jadi aku sangat yakin, semalam adalah malam LailatuQadar seperti yang diramalkan oleh ahli ulamak islam....

Aku rasa sangat bersyukur kerana setiap malam aku berdoa kepada Nya untuk aku mampu beribadat dan sujud kepada Nya di malam yang penuh keberkatan itu. Aku berharap doa aku didengari dan segala dosa ku yang seperti pasir dipantai banyaknya itu dapat diampunkan...

"Ya Allah... ampunkan lah dosa hamba mu ini... hanya ini yang ku minta dari mu.. Aku hamba yang lemah tidak dapat lari dari melakukan kesalahan.... Ampun kan aku.. terima la doa ku...amin amin ya rabbbalalamin..."

Monday, September 6, 2010

Mimpi


Hari ini aku bermimpi yang pelik dan lucu... sejurus aku bangun dari tido aku terus tergelak...
aku bemimpi berjumpa dengan seorang kawan baik si M aku... dalam mimpi tu di bulan puasa,... dia datang amik aku dari rumah dan bawa aku ke sebuah tempat ... rumah lama aku. kami menaiki motor.. dan bila sampai dirumah itu.. time aku nak turun dia minta aku tunggu sekejap... katanya da benda dia nak cakap.. agak lama aku tunggu tapi dia tak cakap2 jugak.. so aku pun malas layan lah,.. aku masuk rumah dan aku terkejut kerana dalam rumah tu dihias cantik (dalam mimpi macam2 boleh jadi sekelip mata) ... dan banyak hadiah... oh, rupanya harijadi ku... aku terlupa besday sendiri...rupanya si M tu yang sediakan majlis untuk aku... tetiba kawan2 sekolah menengah perempuan aku datang... dengan suami masing2... dah lama aku tak jumpa kawan2 sekolah menengah aku tu... ramai la orang datang..ok la ,meriah jugak majlis aku ni..kata aku dalam hati... tetiba si M datang... dia masih berusaha untuk mengatakan sesuatu kepada aku... aku tanya dia apa yang rahsia sangat tu... orang pun tengah ramai... nak cakap.. cakap je lah... je nak cakap sesuatu tapi mulut dia semacam sangat berat... aku pun pelik... dia tiba2 tarik tangan aku dan ke satu sudut... dan tiba2 dengan sangat cepat dia cium aku... aku terkejut beruk. (Oh... rupanya dia nak cium aku.. tu yang susah sangat dia nak buka mulut... eh, tapi aku kan isteri orang.. macam mana ni.. dia dah cium aku... abis la aku....aku dah tak keruan... aku rasa bersalah sangat...) jerit aku dalam hati... tetiba aku tersedar sebab aku sangat takut ... aku dah dicium orang.... aku isteri orang... terbuka je mata baru aku sedar aku bermimpi.. dan sejurus itu aku terus tergelak seorang diri... then terus bangun dan mandi serta solat subuh... siap2 g keje.. ^_^ Mimpi rupenya...Mimpi ni macam2...

Thursday, September 2, 2010

She want to know about Ramadhan


Hari ni aku ada pengalaman indah dalam bulan puasa. Peristiwa ini berlaku tadi, semasa aku dalam perjalanan balik setelah penat bertugas diluar. Aku menaiki LRT Putra dari KL Sentral. Seperti biasa orang ramai. Mulanya aku berdiri tapi stesen kedua ada tempat kosong dapat la aku menghilangkan penat. Masa itu juga ada sekumpulan mat saleh.Tiga orang semuanya, 2 lelaki dan seorang perempuan. Aku pandang mereka dengan pandangan biasa la. Ye lah, Malaysia kan memang ramai pelancong. So, its normal. Mereka seperti pelancong biasa dan mereka sedang berbicara sesuatu.


The one n only wanita mat saleh tu dapat duduk. Aku perhati kan dia sebab dia cantik... aku memang suka tengok wanita cantik.. Jadi, aku pelik la tetiba dia berdiri..rupanya ada seorang perempuan yang sedang memegang baby, jadi dia bagi tempat duduk dia untuk wanita tu. Um, aku lagi la suka tengok dia.. dah la cantik.. baik hati pulak.. aku tengok lelaki melayu yang duduk sebelah dia tak der pun nak baik hati macam tu.. Ini lah orang kita kurang budi bahasa.. aku kagum dengan minah saleh ni.. dia berdiri depan aku tapi membelakangi aku... aku rasa nak ajer tanya nama dia kerana bagi aku tak rugi kalau aku mengenali orang yang baik macam tu.. tapi aku segan la pulak.. aku kan pemalu orangnya... jadi aku duduk dan memerhatikan ajer gelagat dia... Dia asyik bersembang..


Tetiba dia dia berpaling ke arah aku dan aku pun bagi lah senyuman kat dia.. dia balas semula kat aku.. so aku fikir setakat itu je lah.. tapi tidak.. dia berpaling sekali lagi... dan dia bertanya sesuatu...kepada ku


" are you muslim?" dia tetiba tanya aku. Terkejut beruk aku...

" Yes i'm..." aku jawab.

" Are you fasting... not eat anything... not drink..at all?" dia tanya lagi... time dia tanya ni semua orang tengok kami berdua.. dia dan rakan dia macam berminat nak tahu tentang orang muslim berpuasa.. yang aku tak tahan tu.. time dia tanya.. semua orang kita atas train tu tengok kat aku seolah - olah diorang menanti kan apa yang akan aku jawab nanti.. aku jawab la...

" i'm ok... o'm doing this for my religion... my trust..." dengan yakin aku jawab... dia angguk dan dia sembang semula dengan geng dia yang lain.. n then dia tanya lagi...

" dont you hungry...? Dont you thirsthy? " dia tanya dengan penuh minat dan mimik muka dia yang nak sangat tahu...


" no.. i'm hungry but this is my sacrifice...."

"yeah... i know this is your sacrifice... for your religion.... but can you do it without eat and drink? Dont you feel its so hard?... for me it's so hard...its so hot... in Malaysia." katanya lagi dengan bersungguh - sungguh...

" for muslim its normal..... i'm used to it... yes, it hard but we muslim are used to it...." kata aku pulak... ntah betul ntah tak....english aku bukan proper sangat... hahhaha

" when muslim start fasting... age? dia tanya lagi... aku pun kena fikir... um, aku jawab...

" normally at ten years old..." aku hentam jer.. aku nak jelaskan banyak2 kang takut tak cukup masa.. jadi aku rumuskan.. 10 tahun la budak2 start pose...

"Wow... its really hard... how they can survive...its really hot here... in Malaysia. Its really hot.." dia bercakap dengan geng dia... n then dia tnya lagi...


" how about pregnent woman... are they fasting ? dengan tunjuk2 perut sekali... dengan kesungguhan dia bertanya kat aku.. aku perasan semua org dalam train dok tengok dia dengan aku jer.... mata2 orang kita bersungguh tengok aku... nak dengar aku jawab apa... aku pun jawab la...


" it's depends on their ability.... if she can.. she fasting.. if not... not la..." aku jawab macam tu la...hahha.. aku pun tergelak dengan jawapan aku.... aku dapat lihat dia kagum dengan jawapan aku tu... maksudnya kemampuan orang muslim berpuasa...dia tanya lagi...


"how long you fasting?

" 1 month " aku jawab...

"when this fasting will end...? dia tanya lagi... aku jawab

"7 days more..." dia angguk2 tanda faham....


" How long you fasting in one day...?" dia tanya lagi... aku pun jawab la...

"we eat at 5 am.. we fasting n then after 7 pm we will eat.... breakfast...." dengan penuh yakin aku jawab....pas tu baru aku perasan suara aku dan geng mat saleh tu jer yang bunyi... dan suara aku yang menjawap persoalan dia tu seakan sangat jelas butir bicara dalam train Putra tu....


Tetiba lokasi geng mat saleh tu pun sampai.. dia pun berlalu sebelum itu dia sempat say thanks you n smile kat aku... tanpa aku sempat bertanya nama dan asal dia. tak puas rasanya aku beri penjelasan tentang ibadah puasa kat diorang..... aku rasa sangat rugi.. tapi perbualan dalam train lama mana lah sangat boleh bersembang. Tapi yang pasti... Minah saleh yang cantik tu dan geng dia kagum dengan ketahanan umat islam berpuasa.. itu yang aku pasti dari riak wajah mereka....Pas diorang turun aku tengok orang di sekeliling senyum2 kat aku... aku tak faham senyuman diorang tu.... tanda terima kasih kerana penjelasan aku kat geng mat saleh ke or senyuman sindiran kerana english aku... hahahhahahaaaaaaaaaaaaa....

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...