Malam LailatuQadar


Hari ini Rabu, aku masih bekerja di ofis. Ada 1 hari lagi menjelang 1 Syawal... aku menghitung detik untuk bersama keluarga tersayang. Rasa sunyi di ofis sebab ramai orang dah balik.. aku merenung ke luar tingkap dan aku lihat langit yang tak berapa cerah dan tak berapa gelap.. redup jer, tenang rasa hati.

Sedetik, menyelinap satu perasaan dalam hati hati aku... Adakah semalam adalah malam LailatuQadar.. kerana keadaan nya seperti yang digambarkan untuk kita mengecam malam itu...Jadi aku sangat yakin, semalam adalah malam LailatuQadar seperti yang diramalkan oleh ahli ulamak islam....

Aku rasa sangat bersyukur kerana setiap malam aku berdoa kepada Nya untuk aku mampu beribadat dan sujud kepada Nya di malam yang penuh keberkatan itu. Aku berharap doa aku didengari dan segala dosa ku yang seperti pasir dipantai banyaknya itu dapat diampunkan...

"Ya Allah... ampunkan lah dosa hamba mu ini... hanya ini yang ku minta dari mu.. Aku hamba yang lemah tidak dapat lari dari melakukan kesalahan.... Ampun kan aku.. terima la doa ku...amin amin ya rabbbalalamin..."

Comments

Popular Posts