Wednesday, December 14, 2011

Menghitung Hari..

gambar baby comel
Hari ini, hari ke 4 bagi minggu ke 39 kehamilan ku. Aku kini berada di kampung halaman bersama ayah, kakak dan adik ku. Suami tersayang berada di Lipis kerana urusan kerja. Jadi, tinggalah Kami, bersama - sama menunggu detik kelahiran bayi sulung ku yang tak tahu bila akan keluar dari perut ibunya. Kepenatan dan kesakitan di akhir kehamilan makin teruk aku rasakan. Sehingga aku ingin berjalan, bangun dari duduk, ubah posisi tidur dan bermcam pergerakan amat seksa untuk dilakukan. Kini, makin aku merasai betapa sukarnya seorang ibu untuk melahirkan seorang seorang anak. Betapa besarnya pergorbanan seorang ibu....


kedudukan bayi aku di minggu 39.

Aku telah berjumpa dengan pakar yang akan menyambut bayi kami, katanya kepala baby telah berada di kedudukan yang betul dan telah masuk ke pinggul ku. Itulah rasa sakit yang aku rasakan. Beratnya sekarang 2.8kg. Baby kami sihat dan doktor cakap hanya tunggu masa sahaja. Aku takut juga jika baby terlalu besar, takut susah untuk melahirkan.. tapi bila doktor cakap semunya ok... aku mengucapkan syukur..

Bagi aku pula, walaupun sakit aku masih perlu teruskan perjuangan ku ini sehingga anak kesayangan ku ini selamat dilahirkan. Aku mesti kuatkan semangat. Ada masa aku ingin melahirkanya dengan segera kerana sudah tidak sabar ingin melihat dia yang selama ini membesar dalam perut ku. Namun dari hari ke hari, aku masih menunggu.. dan tanda sakit untuk melahirkan tidak kunjung tiba. Mungkin belum masanya lagi.. aku pasrah kepada KetentuanNya. 

Ada masa aku terfikir, mampukan aku untuk melahirkanya.. rasa berdebar - debar untuk melahirkan makin kuat terasa. Bagaimana jika aku tidak mampu? Macam persoalan yang bermain difikiran ku. Perasaan berdebar semakin kuat bila due date makin dekat. Takutnya... namun aku mesti laluinya.. ke mana aku nak lari, sedangkan bayi ada dalam perut ku... hehehhe.. itulah kata - kata hati yang bergelodak di fikiran. Bila fikir balik rasa lucu pun ada... ^_^

Aku harap aku dapat melalui proses kelahiran dengan sempurna.. aku harapkan aku dapat bersalin normal, mudah dan kami berdua selamat. Setiap kali usai sembahyang aku mendoakan semoga semuanya selamat. Aku yakin dengan kuasa Allah SWT. Semoga kalian juga akan mendokan keselamatanku... InsyaAllah..

Thursday, December 1, 2011

9 Bulan 10 Hari


9 bulan 10 hari sangat sinonim dengan tempoh kehamilan manusia. Tempoh yang cukup glamour pada semua wanita kerana ia tentang tempoh sampai masanya untuk melahirkan. Kini aku merasainya... rupanya untuk sampai tahap ini bukan senang.. kenapa aku cakap macam tu? Sebab... fizikal badan aku yang makin mendesak dengan beban berat dan pergerakan yang memang sangat terbatas menjadi cabaran untuk aku melalui kehidupan seharian.


Macam ni la kedudukan bb dalam perut si ibu, sbb tu kadang kala aku bimbang sgt bb lemas sebab memikirkan ruang dalam perut ku yang aku rasa kecik untuk dia.

Tido malam dah tak seenak 2 or 3 bulan lepas. Sekarang setiap malam perut akan sakit sehingga aku tersedar. Malah jika ingin kencing, tekanan diperut makin kuat dan membuatkan aku rasa sangat sakit. Ia seakan memaksa aku bangun untuk kencing. Sekarang aku rasa bahagian perut bawah yang semakin terhimpit dengan kepala baby dan itu juga membuatkan peratus kesakitan setiap malam semakin meningkat. Baby semakin kuat mengeras dan pergerakanya membuatkan perut aku juga sakit. Lebih kurang 70 % badan aku sekarang merasa sakit dan lengguh. Ada masa aku sakit pinggang yang amat dan membawa ke tempat keje. Namun, semua ini aku lalui dengan penuh sabar. Setiap kali terasa aku akan cuba tersenyum untuk mengurangkan kesakitan. Aku terima ini memang lumrah keadaan wanita mengandung dan aku terima dengan redha. Cuma, bila sakit aku dan tak tahan aku akan kata sambil mengusap perut ku " baby, ibu nak tido ni.." " Baby, ibu nak keje ni.. duk diam - diam ek" Usap berulangkali dan sakit tu akan hilang. Tapi selepas beberapa waktu dia akan mengeras semula. 

Aku juga tau yang keadaan baby mengeras itu adalah Contraction main- main sebelum sampai waktu sebenar bersalin. Ia akan datang selang 2 or 3 jam sekali. Jika ingin bersalin contraction itu akan datang tiap 10 minit sekerap mungkin dan sangat sakit berbanding sebelum ini. Aku juga terpaksa akui, aku tertekan dengan dengan berat badan yang aku hadapi sekarang tapi bila mengenangkan berat badan ini bukan kerana berat badan aku sepenuhnya tetapi kerana ada baby.. aku terima juga keadaan ini. Normal lah apa yang aku rasa ni... hehehe. Aku juga baru perasan yang kulit aku semakin kusam dan kering.. banyak jugak cabaran aku ketika mengandung ni. Semoga selepas aku bersalin semuanya akan kembali pada asal.. InsyaAllah!

Sekarang, aku masih bekerja dan menunggu masa untuk bercuti. Kalau ikutkan aku memang dah tak larat untuk drive dan duduk lama- lama di ofis tapi mengenangkan yang aku masih ada tugas yang belum selesai jadi aku hanya menghitung detik dan waktu bila tiba masanya aku akan bersalin. Nurse yang check up aku kata, aku mungkin akan bersalin bila - bila masa sahaja. So, aku memang tunggu masa saja. Aku akan keje selama 5 hari lagi dan selepas itu aku akan balik kampung untuk tunggu bersalin. Aku bedoa selalu semoga biarlah aku cuti dahulu barulah aku bersalin. Tapi aku hanya merancang Namun Tuhan yang Menentukan. Apa saja ketentuanya aku akan terima seadanya.

Wednesday, November 23, 2011

InsyaAllah semuanya akan Selamat



Alhamdulilah, kini usia kandungan ku telah mencapai 36 minggu. Dia makin kuat dan kerap bergerak. Kebanyakanya bila dia bergerak aku akan merasa sakit kerana dia bergerak dan mengeras. Ini pertama kali aku hamil jadi aku memang tak fasih dengan pergerakan anak ku ini. Boleh dikatakan pergerakanya agak lasak dan sebelum ini aku pernah berkongsi tentang mengesan jantina anak dalam rahim tanpa menggunakan ujian Ultrasound dan ternyata ia betul. Untuk sahkan,  dalam minggu ke 30 aku berjumpa dengan pakar dan tepat sekali jantina yang aku perolehi dari ujian tersebut. Alhamdulilah.

Tetapi, sebelum aku tahu bahawa aku hamil aku pernah didatangi mimpi seorang bayi lelaki, selepas itu baru aku tahu bahawa aku hamil  dan selepas itu naluri hati ibu ini kuat mengatakan bahawa bayi dalam rahim ku ini adalah lelaki. Tetapi aku tidak 100% yakin dengan naluri ku.. dan aku serah saja pada kuasa Tuhan. Lagipun aku dan suami terima seadanya lelaki atau perempuan. Malah semasa diberitahu oleh pakar bahawa bayi ini adalah lelaki aku terpaku dan tak terkata kerana aku tidak sangka rupanya naluri ku itu benar. Suami aku yang paling gembira bila mengetahui tentang itu. Bila terlihat rupanya dan 'bird' semasa ujian ultrasound, dia tak berhenti- henti tersenyum. Aku gembira bila melihat dia gembira. sekarang aku hanya berserah padaNya Yang Maha Esa.

Bila usia kandungan ku mencapai 9 bulan ini badan aku mula rasa penat lain macam dan badan rasa sangat berat. Namun kena kuatkan semangat. Banyak rasa yang aku tak pernah rasa sebelum ini aku rasakan sekarang. Pangkal peha aku rasa sakit dan lengguh hingga menyebabkan aku rasa susah dan berat untuk berjalan. Ketika baring juga badan rasa sakit pinggang dan belakang. Ada masa aku juga rasa sakit bahagian perut bawah. Ini mebuatkan pergerakkan aku makin banyak terbatas. Hingga ada masa sangat susah untuk aku bangun jika aku duduk dilantai dan bersila.

Dia pulak makin galak bergerak dalam rahim ku yang aku rasakan sangat sempit untuk dia. Aku rasa macam tu sebab jika dia bergerak sedikit pun aku dapat pergerakan dia sangat kuat. Ada masa dia bergerak sikit je dan da masa dia bergerak banyak dalam satu masa. Semalam, selepas aku sembahyang aku dapat rasa benda pelik ari - ari aku... aku rasa sangat geli dan terasa nak kencing.. so, aku ke toilet untuk kencing tapi tak keluarpun akir kencing... aku rasa lagi.. jadi aku tanya kakak aku dan dia cakap itu la rasa rambut dia sebab kepala dia dah ke bawah..... bila aku dengar jawapan kakak ku aku terus tersenyum... " macam tu rupanya" .... 

So, kini aku masih bekerja dan mungkin dua minggu lagi aku akan balik kampung kerana aku ingin melahirkan dia di kampung dan berpantang bersama keluarga. Cuma aku terpaksa la berjauhan dengan suami tercinta sebab dia di Kuala Lipis, Pahang dan aku di Kubang Kerian, Kelantan. Terpaksa la berjauhan untuk seketika kerana bayi tersayang kami. Buat masa sekarang kami berdoa semoga semuanya akan berjalan lancar dan on due. Semoga aku dapat melahirkanya dengan mudah dan selamat. Semoga aku dan bayi ku selamat. InsyaAllah... segalanya aku berserah kepada Mu, Ya Allah. 

Dunia Baru.. Putrajaya

View dari tingkap bilik ofis baru ku
Akhirnya setelah sabar menanti selama 11 bulan akhirnya Pejabat tempat aku bertugas berpindah jua ke Putrajaya. Jika tidak dari Disember 2010 aku terpaksa berulang alik dari Putrajaya  - Kuala Lumpur dan melalui higway MEX sepanjang 88km(pergi balik) setiap hari. Terpaksa bangun seawal 5.30pg setiap hari dan memandu bergilir - gilir bersama teman ku yang juga tinggal di Putrajaya.

Dari awal tahun lagi aku dah kuatkan hati untuk bersabar dengan keadaan yang aku alami sepanjang tempoh itu. Penat memandu jauh dan terlekat dalam kesesakan terpaksa aku terima dan menerbitkan juga rasa tertekan sekali sekala tapi aku hadapi juga kerana itu adalah pilihan aku. Sehinggalah aku berbadan dua barulah aku merasakan tekanan yang semakin menekan dan beban tugas yang memaksa aku mengelakkan diri dari membuat kerja lebih dari waktu kerja biasa.

Tapi aku memang jenis yang gila kerja dan kerana itu ada masa aku terpaksa balik lewat malam seorang diri. Jika diikutkan risiko yang aku ambil amat tinggi kerana aku hanya seorang wanita tapi demi tugas dan amanah yang telah diberikan kepada aku, sekiranya aku mampu aku akan lakukan. Banyak kenangan pahit dan manis aku sepanjang aku menetap di Putrajaya tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Namun kini, aku bersyukur kerana akhirnya doa aku dimakbulkan. Akhirnya, Pejabat aku berpindah juga ke Putrajaya dan mengurangkan sedikit beban hidup seharian hidup ku. Alhamdulilah!

Kegilaan aku ketika Hamil

Masa mengandung kita akan melakukan pelbagai perkara yang pelik - pelik. Aku pun tidak terkecuali. Masa dalam 7 bulan mengandung aku asyik gilakan Waffles Gardenia. Tak pernah lagi dalam hidup aku taksub mcam ni sekali. Tiap kali beli sarapan aku mesti beli sekali waffle Gardenia ni. Nak kata sedap tak der lah tapi kalu aku tak makan memang rasa tak lengkap makanan harian aku. Hampir 3 minggu jugak la aku duk gilakan waffles ni.. pastu tu baru aku berhenti makan bila dah rasa muak tak boleh nak telan.... yang bestnya ia dijual pelbagai perisa pada hari yang berlainan. Aku tahu ni pun sebab aku follow beli hari - hari.... sbb tu la aku kata tabiat orang mengandung ni pelik - pelik... hehehehe


Tak sempat nak snap aku dah makan... gelojoh ek

Sebab kempunan.. rasa bunga cengkih pun aku telan..

Semua perisa aku dah rasa.. tap ada yang aku tak sempat nak snap.. letak sini..

Ini yang paling aku suka.. my favaourite falavour....

Korang semua yang penah mengandung da tak kegilaan sebegini? Jom kongsi... mesti best!

Monday, October 10, 2011

Mengesan Jantina Bayi dalam Kandungan (Tanpa ujian ultrasound)


Cerita kali ni, sebenarnya aku dan suami masih belum mengetahui jantina bayi kami walaupun usia kandungan telah mencecah 30 minggu. Al kisahnya, sudah banyak kali aku dan suami membuat ujian Ultrasound tetapi memang tak nampak jantinanya.... so, bila kami tanya doktor, dia pun tak yakin untuk bagitahu samada lelaki atau perempuan kerana banyak kes - kes sebelum ini yang tersilap jangkaan. Ada masa kedudukan bayi dalam rahim boleh mengelirukan doktor dan juga kita. Contohnya, setiap kali kami pergi ultrasound, doktor boleh tunjuk uri, jantung, perut dll tapi aku tak nampak pun.... jadi bila doktor sendiri yang tak nampak jantina, apatah lagi kami suami isteri. So, aku rasa aku perlu lakukan sesuatu untuk mengetahui mengenai jantina bayi kami.

Sebenarnya, aku dan suami tak kisah lelaki atau perempuan tapi keinginan nak tahu tu sangat kuat.... yelah.. anak pertama la katakan..... Bukan itu aja, malah keadaan sekeliling yang asyik sangat bertanya......" lelaki ke perempuan? " Kami pun tak dah penat menjawab... namun, mana ada yang benar dan sebenarnya... melainkan dah sah bayi kami dah keluar dari rahim baru lah dapat diketahui jantinanya... tapi ada 10 minggu lagi.. Jadi aku buat sedikit study, bukan untuk menerima seratus peratus tapi hanya ingin mengetahui cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan mengikut petua orang dulu - dulu.... So, aku google dan terjumpa beberapa artikel yang boleh dikongsi bersama.... bukan untuk percaya cuma ingin berkongsi sahaja... Rupanya perwatakan ibu semasa mengandung boleh menunjukkan kandungan itu lelaki atau perempuan. Tapi ini pandangan orang dulu - dulu yang banyak makan garam berbanding aku..... so, jom kita baca bersama - sama.

Kata mereka iaitu dari pengalaman mereka mengandung dulu -dulu dalam dunia perubatan, ujian ultrasound digunakan untuk mengesan jantina bayi yang dikandung ibunya, walaupun begitu cara-cara tradisional atau naluri seorang ibu telah banyak terbukti tepat biarpun sekadar meneka buah hati yang dikandungnya. Hasilnya memang tidak dijamin 100 peratus, tetapi ramai wanita hamil yang telah membuktikannya selama beratus-ratus tahun. Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk meneka jantina tersebut adalah:

1. Mengalami mual-mual yang agak teruk selama trimester pertama itu pertanda akan mendapat bayi perempuan. Sebaliknya jika tidak mengalami mual-mual teruk atau tahap mualnya rendah petanda anak laki-laki.
- Pengalaman aku : mengalami alahan yg teruk ketika mengandung 1-5 bulan… tak tahu lagi lelaki ke perempuan

2. Tonjolan perut tinggi (runcing) petanda anak lelaki. Sebaliknya jika tonjolan perut rendah petanda anak perempuan.
- Pengalaman aku : x reti nak gambarkan..tp ramai yg teka aku dpt anak lelaki.... makcik - makcik sebelah ayah semua cakap anak lelaki... tapi tak tahu lagi......

3. Tubuh terasa lebih bengkak terutama pada peha dan punggung dipercayai sebagai tanda anak perempuan yang sedang mengambil kecantikan ibunya. Tapi jika kelebihan berat badan cenderung ke depan itu pertanda anak lelaki.
- Pengalaman aku : haha..berat aku memang semakin meningkat selepas 5 bulan.....

4. Lebih suka makanan yang mengandungi protein seperti daging serta suka makanan yang masin dan asam itu pertanda anak lelaki. Sebaliknya jika suka makanan manis dan buah-buahan petanda anak perempuan.
- Pengalaman aku : Alahan aku teruk jadi aku suka makan buah - buahan masam macam epal hijau dan oren untuk hilangkan mual ..... aku juga sangat suka makan buah - buahan yang manis.. pendek kata aku memang sangat suka makan buah.

5. Posisi tidur jika lebih suka arah utara dipercayai petanda anak laki-laki, tapi sebaliknya jika lebih senang tidur ke arah selatan petanda anak perempuan.
- Pengalaman aku : sejak 5 bulan ke atas aku  suka tido mengiring ke kanan…walaupun menurut buku panduan mengandung, wanita hamil mestilah tidur mengiring ke kiri namun aku memang tak boleh. Aku hanya boleh lelap jika mengiring ke kiri......mmg ramai yg ckp kalau tidur ngiring kanan dpt anak lelaki.. macam mana?

Memang belum ada bukti ilmiahnya, tapi dari pengalaman perempuan-perempuan hamil ciri-ciri tersebut terjadi ketika mereka mengandung anak lelaki atau perempuan.

 Yang mana aku tanda warna merah.... itulah yang aku alami.... so jom kita tengok....

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki

  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan

  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

So, inilah tanda - tanda yang aku alami sepanjang hamil..... tandanya banyak kepada bayi lelaki..... Tapi apa yang aku alami dan yang aku perasan tentang diri aku tiada dalam petanda ni, antaranya masa aku hamil ni tetiba je aku :

  • Tak boleh makan masakan sendiri... masak tapi tak rasa apa -apa tapi suka masak untuk orang lain.
  • Aku suka sangat dengan perhiasan seperti barang kemas dan batu permata.
  • Ada masa aku rasa nak sangat make up... rasa yang meluap - luap nak make up.. paling aku suka nak pakai eye shadow... tapi aku tak pakai takut orang cakap buang tabiat ... hahaha!
  • Aku jadi boros.. beli je apa yang nampak berkenaan.. tak fikir dah..
  • Mata jadi blur... lain macam...
  • Ada masa sangat malas...ada masa rajin
  • Menjadi seorang pelupa yang sangat teruk....

tapi , semuanya kuasa Tuhan... apa yang diberikan olehNya kami terima dengan Redha.... yang penting bayi kami selamat.....InsyaAllah!

Aku dan anak ku...

Sudah lama aku tidak menulis dalam ruang maya.... ini kerana aku terlalu sibuk dengan aktiviti harian dan bayi dalam rahimku.... walaupun dia hanya beberapa kilogram dalam perutku tetapi boleh menyebabkan aku resah dan penat dengan kerenahnya... namun begitu aku terima kerenahnya itu kerana itulah yang akan dirasai oleh insan yang bergelar ibu. Hari ini genap 30 minggu 'dia' di dalam rahim ku.... keadaan badan aku stabil dan lebih bertenaga dari dulu walaupun terpaksa menanggung beban yang lebih berat berbanding dulu. Biasa bagi wanita hamil.. aku mengalami kekeringan kulit, bibir aku luka kerana terlampau kering. Kulit kaki juga kekeringan dan ada masa kaki dan tangan aku kembang dan sembab. Bila kaki sembab, aku akan rasa sakit untuk berpijak. Sejak mula terasa sembab kaki, aku terpaksa solat  dalam keadaan duduk kerana keadaan kaki yang sakit dan sejak itu aku bersolat dalam keadaan itu.


Badan aku terasa ringan berbanding dulu tetapi pergerakkan aku terbatas. Banyak benda yang aku tak mampu lakukan kerana keadaan perut yang makin memboyot dan aku menerima keadaan itu secara perlahan - lahan. ada masa aku rasa tertekan tapi kini aku sudha boleh menerimanya. Ada juga ketika. hidung aku berdarah.. tapi semua itu adalah normal bagi wanita hamil. Segala alahan dan simpton mengandung ini aku terima dan alami dengan sabar yang penting anak dalam rahim ini  sihat dan sempurna. Ada masa, baby dalam perut meragam... dia tak nak bergerak untuk tempoh yang lama. Aku terus ke Hospital untuk pemeriksaan, nasib baik baby tiada apa - apa cuma sekiranya aku penat.. dia akan kurang bergerak. Pesan ayahku, sekiranya 'dia' tidak bergerak, minum air kelapa. Aku dan suami mencari air kelapa dan aku minum sepuas - puasnya. Rupanya betul cakap ayah ku, sejak aku minum air kelapa, baby tak berhenti - henti bergerak.
Dan semalam baru aku terasa yang 'dia' akan bergerak sekiranya terdengar bunyi yang kuat... dia akan bertindak balas dengan pergerakan yang kuat dari dalam rahim dan aku boleh lihat pergerakkan itu dari kulit perut ku.... dia seolah - olah bermain dengan ku... itu lah pertama kali aku merasai tindakbalas sebegitu. Itulah antara peristiwa yang aku alami dari trimester ke dua hingga masuk ke trimester ke 3.... begitu banyak pengalaman yang aku alami. Ini semua akan dialami oleh semua ibu di dunia ini. Tetapi bagi aku, inilah nikmat terindah sepanjang hidup ini..... Syukur, Alhamdulilah kerana Tuhan memberikan aku kesempatan untuk merasai semua ini.... semoga aku dan baby akan selamat, InsyaAllah.

Wednesday, August 10, 2011

MELAYU KELANTAN SUB-ETNIK PENDUDUK PALING ASAS DI SEMENANJUNG


Dapatan kajian sekumpulan penyelidik USM yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa melayu melalui kaedah genetik menunjukkan Melayu Kelantan kemungkinan besar orang melayu paling asal menetap di Semenanjung sejak lebih 60, 000 tahun yang lalu. Kajian seumpama ini seharusnya mendapat perhatian semua rakyat Malaysia berbangsa Melayu.

Jika benar begitu, kajian-kajian mengenai etnik Melayu Kelantan harus diketengahkan dari segi amalan hidup, survival dan ciri-ciri sikap orang Melayu Kelantan. Secara pemerhatian jika dilihat hari ini di pusat-pusat pengajian tinggi, penjawat awam, di sektor swasta dalam dan luar negeri masyarakat Melayu Kelantan mempelopori banyak bidang, jawatan dan kedudukan.

Hal ini jika dapat dibuktikan, orang Melayu sebenarnya rajin, berjiwa besar, suka menjelajah, kuat beragama, bersemangat tinggi, semangat kenegaraan dan kenegeriaan yang tinggi menjaga adat dan tatasusila...seperti ciri-ciri orang Melayu Kelantan. Apa yang sebenarnya ditulis oleh Inggeris adalah bahawa Melayu malas, tidak mahu berusaha, lembab dan pelbagai lagi sikap negatif semenjak zaman penjajah dan dibawa ke hari ini hanyalah sebenarnya dakyah atau perang psikologi untuk melunturkan semangat pejuang mempertahankan tanah air dari dijajah rakyat asing.

Maka hari ini, dengan kajian tersebut terbukti orang Melayu yang asalnya sangat rajin, pandai berniaga, sentiasa mencati peluang untuk memajukan diri dan kuat bekerja....lihat warga Melayu Kelantan yang ada di luar mencari rezeki sama ada di laur negeri Kelantan atau di Luar Negara.

Jadi ...anak-anak Melayu....mulai hari ini gantikan kata-kata positif Melayu rajin, kuat bekerja, bersemangat waja, pandai berniaga, semangat kekitaan yang tinggi dan cintakan tanah air yang padu....terapkan dalam anak-anak kita di rumah dan di sekolah...sentiasa memberi semangat dan bersemangat untuk melihat bangsa kita tetap teguh di bumi bertuah ini...


kerana jika kita lemah dan percaya dengan dakyah yang orang luar tanamkan...bumi ini satu hari akan menjadi milik orang lain...dan kita menagih di bumi sendiri...nauzubillah...

Selamat Berpuasa dan Pulang lah Ke kampung halaman menjenguk ibu bapa yang sudah tua...ingatlah apa juadah yang mereka jamah untuk berbuka dan bersahur...adakah sama lazat dan penuh meja seperti kita...sepatutnya di bulan barakah ini...kita bawa ibu bapa yang tua di kampung untuk tinggal bersama untuk berpuasa dan beribadah bersama....

Jika kita tiada lagi ibu bapa...sanak saudara tanah laman masih ada di kampung pulang lah,,,,kerana jika kita lupa asal usul kita kita sebenarnya buta sejarah dan membiarkan tanah halaman dan kampung kita akhirnya tergadai kepada orang lain...dan kita lebih berbangga beralamatkan kampung halaman di bandar-bandar besar di kota metropolitan...

Pulang lah...ada jiwa yang menanti...atau ada pusara yang menunggu untuk diziarahi..

Ramadhan Kareem yang Meriah..

Hari ini genap 10 hari umat Islam berpuasa.. Alhamdulilah, aku syukur pada Tuhan kerana memberi aku kekuatan untuk meneruskan ibadah berpuasa semasa kehamilan ini. Walaupun ada beberapa cabaran yang mesti aku hadapi, setakat ini aku masih mampu untuk melaluinya.... Syukur kepada Tuhan. Malah, bulan Ramadhan ini membuatkan aku bertenaga dan bertambah ceria. Diserikan lagi dengan beberapa majlis berbuka puasa dirumah ku... membuatkan hati ini bertambah gembira.
"Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang merasa gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan, Allah mengharamkan jasadnya dari jilatan api neraka (Riwayat Bukhari)"
Layanlah tetamu ini sebagaimana kita melayan kehendak tetamu yang datang bertandang ke rumah kita. Jika tetamu kita menyukai sesuatu makanan atau masakan, maka kita sebagai tuan rumah akan menyediakan makanan mengikut selera mereka. Ini juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dimana Baginda menyuruh kita memberi makan mengikut apa yang disukai oleh tetamu. Jika tetamu Ramadan mahu kita menjaga mulut, mata, telinga dan kaki tangan daripada melakukan perkara keji dan maksiat, maka kita akan menurut kehendaknya dengan mengawal nafsu.


Walaupun pada hakikatnya, ia menambahkan kepenatan.. namun aku rasa sangat gembira dapat berkumpul bersama rakan - rakan sepejabat dan kawan - kawan lama semasa belajar di UKM dulu. Bila berkumpul, banyak cerita yang nak dikongsi dan aku juga tahu perkembangan kawan - kawan aku. Ada cerita sedih dan ada cerita gembira. Lagipun, sudah bertahun kami tidak berkumpul sebegini. sejak tamat pengajian pada tahun 2006 baru sekarang kami dapat berkumpul. Mana aku tak seronok... Walaupun yang datang hanya beberapa orang tapi itu sudah bertuah bagi aku. 





Sebenarnya aku percaya, tetamu yang datang ke rumah kita bukan datang semata - mata untuk makan tetapi mereka datang bersama rahmat untuk keluarga kita. Kerana itu kita haruslah melayan dan menghormati tetamu kita.

Suatu masa dulu, time aku kecik - kecik.. aku pernah bagitahu mak yang aku tak suka  tetamu yang datang ke rumah sebab bagi aku mereka mengganggu aku tapi mak cakap tidak elok aku berkata sebegitu kerana tetamu yang datang ke rumah kita membawa rahmat kepada kita... sejak itu baru aku faham kenapa kita mesti mengalu - alukan tetamu di rumah kita dan menghormatinya... dan aku juga mengikut suruhan Rasul yang amat aku sayangi... seperti sabda Rasullullah...

Rasulullah SAW bersabda :
1. "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendakla ia memuliakan tamu-tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik (benar) atau lebih baik diam." (HR. Bukhari Muslim)
2. "Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu." (HR. Dailami dan Anas)
3. "Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." (Durratun Nasihin, hal 22)
4. "Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka." (HR. Hakim)
5. "Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya." (HR. Ibnu Abu Dunya)
6. "Sesungguhnya, malaikat selalu mengucapkan selawat atas seseorang, selama hidangannya masih tersedia." (HR. Hakim dan Tarmizi)


Tuesday, August 2, 2011

Bulan seribu kerahmatan tiba lagi...

Alhamdulilah.. hari ini 2 Ramadhan 1432. Akhirnya tiba jua bulan yang aku sentiasa nantikan.. bulan yang penuh dengan keberkatan. Penutup Syaaban dan membuka bulan Ramadhan Kareem ini, aku pulang ke rumah mertua ku di Lipis. Memandangkan keadaan aku yang semakin memboyot ini.. kalut lah mama dan baba menyediakan apa yang aku nak makan. Masa tu lah aku teringin makan durian kerana kebetulan musimnya dekat dengan bulan puasa. Dapat lah jugak aku merasa Raja buah itu seulas dua. Aku tidak la suka sangat makan durian tapi keinginan nak makan tu ada la.. jadi kerana itu nak tak nak aku kena makan juga.... sekali mengigit buah tu, rasa sangat nikmat... Berada dalam suasana kampung sesekali dapat menyegarkan otak dan mata. Melihat kehijauan floral dan fauna serta ayam, itik peliharaan mama dan baba. Masa aku balik kampung jugalah beberapa ekor ibu ayam berjaya menetaskan telurnya. Comelnya aku tengok anak - anak ayam tu... aku ambil dan main- main dengan anak ayam.. geram aku tengok...rasa nak picit - picit anak ayam tu.... hehehehe...





anak ayam yang baru menetas.. comel kan?

Limau madu kebun baba.. belum masak lagi ni..

ibu ayam yang bekeng dan anak- anaknya yang comel..
Alhamdulilah. Selepas dua hari di Kampung suami, kami balik ke Putrajaya kerana ada temujanji dengan klinik Kesihatan Putrajaya untuk maternity checkup bulanan... Ini kali pertama aku berpuasa dengan ada bayi dalam rahim ku. Aku ingat kali ni dapat la aku ketahui jantina baby kami tapi rupa - rupanya... tiada pemeriksaan ultrasound.. juz check air kencing, darah dan bunyi jantung baby.. itu jer... aku agak frust jadi suami mengajak aku buat pemeriksaan ultrasound di klinik private. Aku setuju dan kami ke Poliklinik An - Nur Putrajaya. Bila masuk je bilik rawatan aku terus bagitahu doktor aku hanya nak buat pemeriksaan Ultrasound dan dia terus suruh aku berbaring. Dia mula menyapukan krim dan letakkan 'monitor' untuk scan baby tu diperutku... cari punya cari rupanya bayi kami sedang meniarap patut lah bunyi jantungnya sangat perlahan. Doktor kata, dia dalam keadaan sujud jadi takder peluanglah kami nak tengok alat jantinanya... ketika melihat keadaan baby ku dalam keadaan itu, terdetik rasa tenang sebab ia memang seakan sedang sujud dalam perut ku. Doktor  cuba beberapa kali untuk alih kedudukan tapi tidak berjaya. Bagi kami pula, walaupun tidak dapat mengetahui jantinanya.. namun kami puas hati sebab, bayi kami sihat. Itu yang paling penting. Beratnya pun dah mencapai 324gram. Sebenarnya aku dah mula merasa pergerakkanya di akhir minggu ke 19... dah masuk minggu ke 20 ni.. dia makin kuat bergerak - gerak dalam rahimku... sesekali aku rasa geli. Tapi itulah yang akan dirasai oleh setiap ibu yang mengandung....  Aku berdoa kepada Tuhan semoga aku berjaya melepasi bulan Ramadhan ini dengan penuh kekuatan dan aku dapat berpuasa penuh bersama baby ku didalam rahim... InsyaAllah.

Wednesday, July 6, 2011

Sains Transformers : Keterujaan Melampau

Kegilaan aku pada Transformers

Dua hari lepas.. selepas aku dan suami selesai check up perut aku yang semakin membesar ^_^... kami berdua meneruskan aktiviti hari itu dengan menonton movie yang aku paling minati... Transformers Dark Of The Moon. Ini kali pertama kami terpaksa menempah tiket 3 hari sebelum kerana semua 'full booked'. Tapi kerana minat punya pasal, aku tunggu dengan sabar.. tapi penantian aku itu tidak sia- sia.. walaupun tiket wayang citer ni lah yang paling mahal kami beli tapi cerita ini memang mencapai kepuasan aku sepenuhnya.... aku tak sangka citer Transformer kali ni sangat hebat... dengan version 3D @_@ aku boleh rasa yang Autobot sgt dekat dengan aku.... impak 3D tu buat aku kagum dan kegembiraan menonton mencapai tahap maksima. Tak dapat nak gambarkan teknik persembahan pengarah Micheal Bay ni difikir oleh aku untuk hasilkan movie sehebat ini. 

Dua tiga hari sebelum aku menonton citer ni, aku ada terdengar khabar angin yang mengatakan movie ni kurang power berbanding episod sebelum ni... tapi selepas aku menonton.. aku terfikir, apakah kekurangan citer ini yang dikhabarkan oleh mereka. Aku tak dapat mengesannya..... mungkin keterujaan aku menonton cerita ni melangkaui semua gosip yang tak betul tu.....hehehehehhe.. sorry beb... this is historical movie for me!!!

Kekaguman aku bertambah lagi bila keluar artikel mengenai movie ni dalam sebuah akhbar tempatan... apa yang aku rasa semasa tengok movie ni... memang betul punya... lagi best!!!!


  • Foto


    •  
    Foto 

    Teknik 3D RM91.5 juta hidupkan Transformers: Dark of The Moon

    DEMAM Transformers melanda semula ketika ini berikutan kemunculan sekuel terbaru dinantikan ramai - Transformers: Dark Of The Moon yang menggegarkan panggung, Rabu lalu. Secara logiknya tema yang dipaparkan seakan tidak masuk akal - manusia bekerjasama dengan robot untuk menyelamatkan dunia. Namun di layar perak, segala-galanya tidak mustahil. Jadi, ketepikan soal logik kerana ia bukan penarik utama penonton memenuhi pawagam sebaliknya pelakon dan jalan cerita lebih menjadi perhatian manakala bagi filem aksi, kesan khas lebih mencuri tumpuan. 

    Buktinya, ia menjadi paksi atau kekuatan filem terbaru ini yang menggunakan teknik tiga dimensi (3D) yang memberikan lebih kepuasan. Impaknya, adegan pergaduhan idea pengarah Michael Bay, menggunakan sepenuhnya kelebihan 3D bagi menghidupkan adegan peperangan antara robot dan manusia lebih realistik bagi mengikat penonton di tempat duduk sehingga filem tamat.

    Penulis yang berkesempatan menonton filem berkenaan pada malam pembukaannya, Rabu lalu, mengakui ulasan terdahulu mengenai kecanggihan 3D yang menjadikan adegan letupan, tembakan dan serpihan yang melayang-layang seolah-olah berlaku di depan mata.

    Paling menakjubkan - adegan luncur udara yang kelihatan amat hidup dan meyakinkan dengan sudut pandangan filem berkenaan pula boleh dikategorikan sebagai amat mengagumkan. Malah, bukan saja penulis, barisan penonton yang menyaksikan tayangan itu turut bangun menepuk tangan di akhir cerita tanda puas dengan sekuel terbaru filem sains fiksyen berkenaan.

    Buah tangan terbaru Bay kali ini bukan calang-calang kerana filem paling ditunggu-tunggu itu dilabelkan sebagai filem 3D paling baik malah mengatasi apa yang pernah dilakukan oleh pengarah James Cameron menerusi Avatar.
    Menariknya, Cameron yang bersusah payah meyakinkan Bay menggunakan 3D dalam filemnya. Selepas memutuskan untuk menerima nasihat itu, Bay mengambil masa sembilan bulan untuk mengkaji teknologi itu, mengupah pasukan 3D Cameron untuk Transformer yang terus melangkaui sempadan 3D menerusi filem ini dan membelanjakan jutaan dolar membina kamera mudah alih untuk dibawa ke Chicago, lokasi filem berkenaan.

    Paling mengesankan adalah adegan terjun daripada helikopter yang dirakamkan Bay menggunakan pelakon sebenar, dengan salah seorang daripada mereka memakai kamera 3D di kepala ketika melakukan aksi itu.

    Keberkesanan 3D dalam filem kali ini membuatkan semua mulut terdiam dan tiada siapa mengkritik Bay kerana kos yang digunakan untuk Transformer 3. Ketika menafikan laporan filem ini menelan kos AS$400 juta (RM1.2 bilion), dia mengakui memusnahkan 532 kereta ketika penggambaran.

    “Saya tidak mahu memberi kenyataan mengenai bajet tetapi saya berterus-terang kepada Paramount, amat mahal merakamkan filem dengan 3D, dan mereka agak terkejut dengan harga itu,” katanya.

    Bagaimanapun, Bay memperuntukkan sebanyak AS$30 juta (RM91.5 juta) untuk kesan visual 3D saja daripada jumlah kos keseluruhan sebanyak AS$195 juta (RM595 juta). Teknologi 3D yang diguna pakai Bay membawa robot Transformer seolah-olah hidup yang tidak pernah dibuat dalam filemnya sebelum ini.

    Penggunaan 3D menambahkan elemen kehadiran fizikal yang hilang daripada dua filem awal Transformer dan penonton seolah-olah dapat merasakan robot gergasi bergerak di sekitar skrin dan bercampur dengan manusia serta persekitaran dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Penggambaran gaya 3D turut membolehkan semua maklumat terperinci fizikal robot kelihatan menonjol dan menjadikan ia seperti karektor hidup.

    Pemilihan Chicago sebagai lokasi penggambaran turut memberi kesempatan kepada penduduk negeri itu untuk menyaksikan kehebatan filem berkenaan yang paling ditunggu kemunculannya di pawagam.

    Sumber : Berita Harian

    Sunday, July 3, 2011

    Our 1st Anniversary 030710 + 030711


    Alhamdulilah... Aku sujud syukur kerana hari ini genap setahun perkahwinan kami. Sepanjang 2,  3 hari  sebelum hari ini aku sangat gembira. Terasa masa itu sangat cepat berlalu. Tapi kenyataanya telah banyak perkara yang kami lalui berdua. Apa jua masalah yang dihadapi kami akan hadapinya bersama. Lumrah alam, tak selalu hidup ini sentiasa manis.. ada masa pahit itu akan mendampingi kita, kerana jika tiada rasa pahit mana mungkin kita akan dapat merasa kemanisan itu. Pepatah lama ada berkata bukan kehidupan jika tiada cabaran... dan itu juga yang aku pegang untuk meneruskan kehidupan ku.

    Kini, kami masih meneruskan perjalanan hidup kami yang baru saja bermula.. masih banyak liku - liku kehidupan yang bakal ditempuhi... Ditambah lagi dengan zuriat kami yang makin membesar dalam rahimku... InsyaAllah kelahiran permata ini akan menyinari hidup kami berdua...


    Amir, aku dan baby

    Monday, June 27, 2011

    "Ada masa rasa cepat berlalu.. ada masa rasa perlahan sangat...."

    Anak ibu dah sebesar ini....... dah boleh hisap ibu jari dia dan bergerak- gerak sesuka hati dia dalam perut ibu... ^_^
    Hari ini genap kandungan ku berusia 15 minggu.... masih ada 25 minggu lagi aku harus lalui.... betul lah tu... tak kan baby dalam perut ku ini tetiba membesar macam tu aja...  keajaiban ini memerlukan masa... masa itu yang akan mengajar kita. Berkeadaan seperti ini sekarang, walaupun baru 3 bulan lebih tapi banyak menguji kesabaran aku. Ramai orang berkata, bila dah lepas trimester pertama segala alahan dan morning sickness akan hilang tetapi tidak bagi diri ini. malah alahan aku makin teruk.

    Aku cuba sedaya upaya untuk menahan supaya tidak muntah dengan teruk tetapi itu juga yang terjadi. Keperitanya hanya Tuhan saja yang rasa... jadi betul lah juga kata kakak - kakak senior ku,  setiap ibu yang mengandung tidak semestinya mengalami simpton yang sama. Ia bergantung pada badan setiap individu.... aku berusaha sekuat mungkin untuk hilangkan semua ketidakselesaan yang aku alami... mengawalnya.. ada masa aku berjaya.. ada masa aku terpaksa mengalah. Jika aku muntah teruk sangat, aku dah tak tahan.. aku akan gosok perut ku dan berkata dalam perit.... " baby, jangan lah macam ni... ibu dah tak tahan ni..." lepas aku cakap macam tu baru lah rasa nak muntah tu akan berhenti... begitu juga jika ingin tidur... susah sangat mata nak tutup... dah tutup pun tak lena..... kemudian aku akan gosok perut dan cakap... " baby, jom kita tidur, ibu dah penat ni.. baby pun kena tidur jugak nanti esok pagi nak ikut ibu ke ofis........" lepas cakap macam tu baru la aku akan lena. aku tak tahu secara saintifiknya...... tapi aku percaya mungkin bila aku bercakap dengan kandungan ku.. ia membuat aku tenang dan ia akan memudahkan perkara yang sukar aku alami.....tak pun, memang baby aku ni dengar rintihan ibu dia yang dah penat seharian......

    Nak dibuat cerita, time ini juga la perasaan membuak - buak ingin makan sesuatu yang aku tak boleh makan ketika mengandung ni. Pernah aku kena sound dengan member2 sebab aku minum air manisan yang ada buah nenas...... ada masa ku lupa yang aku tak boleh makan benda tu. Tapi aku memang perasan, time aku macam ni la, tetiba je aku rasa nak makan benda yang pantang dimakan... contoh, buah nenas, asam jeruk, snek, air berkarbonat, nescafe... macam2 la yang tidak elok untuk kandungan.. yang itu la yang buat aku kecur air liur.... bila g pasar malam... berkelip - kelip aku tengok air kelapa.... nak minum sangat rasanya..... tapi tak boleh...adoyai!

    Ada masa aku rasa sangat penat... bukan ada buat apa pun tapi penat tu mengalahkan orang kerja buruh binaan .. sampai berbaring jer yang aku mampu. Nak melawan rasa tak bermaya dan tak larat ni pun, dugaan yang besar jugak... tapi aku lawan juga... dengan sekeras hati dan buat - buat tak ada apa..... sbb kalau tak, macam ner aku na pergi keje....kalau lembik sebegitu...... itu la antara dugaan yang harus aku tempuhi sepanjang aku mengandung ni. Sweetnya aku rasa.... Inilah pengalaman pertama yang aku rasa dalam hidup aku.... semoga aku dapat melaluinya dengan selamat selama 5 bulan lebih lagi..... InsyaAllah...

    Tuesday, June 14, 2011

    Miracle of World

    Ketika aku blogwalking.... tetiba da satu blog yang menarik perhatian aku tentang berita yang dimuatkan dalam entry nya.... tentang kuasa ajaib seorang ibu yang tidak putus asa walaupun bayinya telah disahkan meninggal dunia. Kejadian ini berlaku di sydney, Autsralia.Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.



    GAMBAR menunjukkan Kate dengan anak lelakinya yang didakwa mati pada satu program televisyen di Australia baru-baru ini.

    Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini. Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit. Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir. Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily. Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas. Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari. "Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate. Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku.

    Monday, June 6, 2011

    Peristiwa Buku Pink

    Hari ini aku lalui dengan penuh kesabaran kerana terpaksa berhadapan dengan pening - pening lalat, keletihan, termengah - mengah, kekeliruan dan penuh tanda tanya. Mana taknya, ini kali pertama aku ke Klinik Kesihatan untuk membuat  'Buku Pink' or medical check - up setelah cukup usia kandungan ku 3 bulan.


    Buku pink : tapi ini contoh sahaja.

    Kalau ikutkan rancangan aku dan suami ingin buka buku pink  ini bersama - sama pada minggu depan tetapi kerana perut ku yang terasa sesuatu terpaksa lah aku buat check up walaupun seorang diri tanpa hubby disisi. Agak sedih juga tapi aku kena kuatkan semangat  buat juga check up  sebab sedikit 'bleeding' berlaku apabila aku bangun dari tidur semalam. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku, betapa takutnya aku sekiranya apa - apa terjadi pada kandungan kami... tetapi bila aku pergi check up tadi, Doc yang manis tu cakap  itu normal dan mungkin kerana aku ada melakukan kerja berat. Seingat aku,  tak ada tetapi ada la satu peristiwa yang tak berapa manis minggu lepas kerana aku dengan tak cerdiknya terlibat dengan latihan fire drill yang tak terancang... dengan nervousnya aku terus lari menggunakan tangga dari tingkat 12 tanpa berfikir 3 kali tentang akibatnya nanti. So, pengajaran kepada semua yang mengandung... jangan ambil risiko...   sehingga sekarang, aku masih dapat rasa keadaan bawah perut ku yang tak berapa selesa dan mencucuk - cucuk namun aku  yakin dengan kata - kata doc  bahawa kandungan aku selamat. InsyaAllah, dia akan selamat!!!

    Besar macam ni doc kata kecik lagi... hehehe, no komen..

    So, hari ini bila sampai je di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan rumah aku sekarang, lebih kurang 7.45 pagi, aku sangat terkejut dengan orang yang ramai dan paking yang penuh. Merangkak juga la aku mencari paking di pagi hari. Sampai dikaunter untuk mendapatkan no giliran, aku terus je cakap kat nurse di situ yang aku pertama kali ingin membuat buku ibu mengandung dan untuk mendapatkan  nombor giliran di situ lebih kurang 45 minit la jugak. Sambil itu juga aku masih dalam keadaan loya - loya dan pening kepala. Tapi melihat ibu - ibu mengandung yang ramai di situ, tiba - tiba aku rasa sesuatu... rasa semangat berkobar - kobar ingin memeriksa perut ku... tiba giliran aku, aku terus diberi nombor giliran dan buku pink yang perlu aku isi segala maklumat yang berkaitan. seterusnya aku disuruh ke bahagian ujian air kencing, setelah itu aku ke bahagian makmal untuk pemeriksaan darah. Part ni, memang aku sangat gerun tapi aku lihat je lengan kiri ku dicucuk urat tengahnya dan darah disedut 10 ml  untuk pemeriksaan antaranya jenis darah, HIV dan lain - lain lagi.



    Selepas itu, aku perlu ke bahagian pemeriksaan gigi, aku tunggu untuk diperiksa selama 45minit lebih kurang tapi aku di check hanya 5 minit lebih kurang kerana doc bagitahu bahawa keadaan gigi aku sangat bagus dan dia puji kerana aku pandai menjaga gigi hanya apa yang dipesan ialah gusi  ibu hamil yang sangat mudah berdarah, jadi dia sarankan aku gunakan berus gigi yang lembut berusnya... seterusnya lagi aku perlu buat pemeriksaan perut.

    Untuk ini aku resah menunggu turn aku, lebih dari sejam aku menunggu akhirnya no aku dipanggil. Part ini, banyak  pertanyaan mengenai haid pertama dalam hidup aku, pernah tak dalam keluarga mempunyai adik beradik kembar, tarikh pertama period terakhir sebelum hamil dan aku diberitahu tarikh dijangka bersalin...... sempat juga nurse tersebut merasakan perasaan kesiannya pada aku kerana lama menunggu,seterusnya aku disuruh berbaring dikatil, mata dan leher diperiksa dan kemudian perut aku diperiksa. Nurse mencari nadi bayi dalam kandungan ku, berulangkali dia mengosok - gosok mesin comel tapi bunyi nadi itu sangat perlahan. Aku bertanya kenapa, katanya baby masih sangat kecil, kerana itu susah untuk di kesan.


    Inilah alat yang digunakan untuk mendengar nadi baby dalam perut ibu

    berkenaan dengan bleeding yang aku alami, aku terpaksa berjumpa dengan doc sekali lagi untuk pemeriksaan mengenai pendarahan kecil itu. So, bila aku detailkan apa yang berlaku dia menjawabnya seperti perenggan diatas sekali. Dia arahkan aku supaya tidak melakukan kerja- kerja berat dan bayi aku berada dalam keadaan selamat. Tapi dia tidak buat ultrasound kerana bayi aku terlalu kecil, susah untuk nampak. Aku  meminta sekali lagi dan dia bagitau, minggu ke 14 baru boleh datang untuk ultrasound sedangkan pemeriksaam seterusnya pada 4 Julai 2011.


    Bayi dalam rahim ibu

    Harapnya, pemeriksaan ini berbaloi dengan segala keresahan yang aku alami........ so, segala pemeriksaan itu tamat pada jam lebih kurang 12 tengahari. Alhamdulilah...., lepas itu aku terus g beli nasi dan jus epal. Sampai rumah aku terus makan sekenyang - kenyangnya kerana aku kelaparan sepanjang pemeriksaan tadi. Dan, semuanya telah selamat keluar pada jam 5 tadi apabila aku muntah dengan teruk......... itulah rutin ibu mengandung... bukan senang untuk mengandung dan bukan senang menjalani sepanjang proses itu dan lagi mencabar bila ingin melahirkan nanti tapi itulah kemuncak kehidupan seorang wanita.... melahirkan zuriat yang akan menjadi Khalifah umat manusia di masa hadapan.... InsyaAllah  ^_^

    Saturday, June 4, 2011

    My Baby

    Alhamdulilah... minggu ni tinggal 1 hari lagi genap kandungan ku 12 minggu atau 3 bulan..... rutin harian masih sama... aku masih lagi larat. Ada masa tak sedar ada isi dalam perut... hehehehe... Alahan mengandung aku masih alami. melalui pembacaan aku, ada wanita mengandung yang tidak mengalami apa - apa alahan tapi ada juga yang mengalami alahan teruk. Nasib baik aku dipertengahan... semua bau aku sensitif, segala yang aku baca tentang alahan mengandung semua aku alami..... Baru aku rasa betapa payahnya nak jadi seorang ibu.. inilah yang dialami oleh semua ibu didunia... Tapi, aku terfikir tentang bayi - bayi yang banyak dibuang seperti sampah pada zaman sekarang seperti mengandung dan melahirkan manusia di dunia ini tiada nilai... setelah mengandung sembilan bulan, bayi itu dibuang begitu saja... Tergamak, manusia zaman sekarang!!!! Mungkin ini petanda manusia akhir zaman.... Kalau ikutkan hati, aku ingin tangani gejala yang negatif ini, tapi apa upaya yang aku ada... aku hanya boleh menulis dengan niat boleh membuat manusia berfikir sebelum terlibat dengan gejala ini......

    Tuesday, May 10, 2011

    Ibu ada kamu...


    Anak ibu dah sebesar ini... walaupun hanya sebesar ini mampu buat ibu tak bermaya, penat, mengantuk, pening - pening dan selalu loya dan muntah... tapi ibu tak kisah malah ibu rela. Bak kata orang lama - lama, inilah pengorbanan yang dilalui oleh seorang ibu untuk anaknya... bukan senang nak menjadi seorang ibu. Kebetulan anak ibu wujud pada hari Ibu,... Sepanjang kehadiran anak ibu, ibu langsung tidak menyedarinya sedangkan pelbagai tanda yang anak ibu cuba tunjukkan.... Tapi kuasa Tuhan, akhirnya naluri ibu dapat merasai kehadiran mu... semoga anak ibu akan selamat sehingga sembilan bulan dan dilahirkan dengan sempurna seterusnya menjadi anak kepada ibu dan abi... I love u .. Baby...

    Tuesday, May 3, 2011

    Rupanya... dia dah datang

    Ya Allah... aku syukur sujud kepadamu...
    Saban hari dalam 3 minggu ini aku ada terasa sesuatu yang pelik dalam diri tapi aku tidak pasti apakah ia...
    untuk kepastian, Aku buat ujian... oh negatif... ok...dapat la ku laksanakan tugas aku seperti biasa... tapi semasa melaksanakan tugas... aku ada ternampak sekilas bayangan bayi bermata kelabu... comel.. sangat comel... dalam hati aku berkata, eh kenapa tetiba je nampak baby ni?.... um, mungkin mainan hati, bisik hati kecil.....

    Suatu pagi aku mula rasa  loya dan muntah... bagi aku itu biasa saje mungkin kerana aku tidak makan semasa bertugas.... semakin kerap aku ingin muntah... tapi aku tahan kerana takut nanti kawan - kawan tersalah erti. aku juga terasa sakit di bahagian dada dan rahim... sangka aku itu mungkin kerana tindakbalas badan aku kerana menghampiri 'bulan merah'.... so, itu adalah perkara biasa....

    badan aku mulai lemah.... aku rasa tidak bermaya... namun aku kuatkan semangat habiskan tugas yang harus aku selesaikan demi masa depanku..... segala aktiviti aku sertai... berjalan sekuat hati, bermain bersama - sama rakan setugas... menari ...macam2 lagi...

    Selesai tugas di perantauan...pulang ke rumah dan berehat... namun penat dan lenguh seluruh badan tidak juga hilang.... aku mula rasa pelik.... namun aku tidak fikirkan 'itu' sebab aku dah siasat sebelum pergi bertugas diluar.. dan ia negatif.... aku teruskan hidupku... suami tersayang cuba hilangkan rasa tidak selesa dibadan ku dengan mengurut aku sedaya - upayanya.....namun rasa loya dan muntah makin menjadi - jadi... pantang berbau aku terus loya dan hari ini aku sudah tidak tahan.... lantas mengikut saranan kawan - kawan aku yang pakar bertemankan sahabat ku ... ke sebuah klinik.. dia sabar menunggu diluar dan aku masuk ke bilik untuk di periksa oleh doktor.. 15 minit menunggu.. setelah di selidiki rupanya.... benarlah seperti ramalan teman -  teman ku..... dah 6 minggu rupanya dia didalam tubuhku.... i love u baby!


    Sunday, April 24, 2011

    Suara hati bisu

    aku manusia serba sederhana
    Kini, aku ada rasa sedikit tekanan. Aku ada rasa sedikit kesakitan. Aku ada rasa sedikit kepenatan. Aku ada rasa sedikit kekurangan. Aku ada rasa sedikit kekecewaan. Aku ada rasa sedikit kekalahan. Aku ada rasa sedikit kekaguman. Aku ada rasa sedikit gangguan. Aku ada rasa sedikit kerinduan. Aku ada rasa sedikit kesayangan. Aku ada rasa sedikit kekeliruan. Aku ada rasa sedikit keilmuan. Aku ada rasa sedikit kebisuan. Aku ada rasa sedikit kecelaruan. Aku ada rasa sedikit khianatan. Aku ada rasa sedikit belas kasihan. Aku ada sedikit harapan. Aku ada rasa keterbukaan. Aku ada rasa penerimaan. Aku ada rasa kegembiraan. Semuanya bergaul dalam hati kecil ini.  Ini semua akan kita semua sebagai manusia akan lalui dalam kehidupan kita. Jika bukan sekarang mungkin di masa hadapan. Orang kata ini lah asam garam kehidupan. Nak tak nak aku harus meneruskan kehidupan aku yang penuh dengan kesederhanaan yang tersembunyi kesempurnaan didalamnya. Ya Tuhan, berikan kekuatan untuk aku teruskan perjalanan hidup aku. InsyaAllah... 

    Thursday, April 21, 2011

    Situasi yang Mencabar Kesabaran..

    Alahai... gempak plak tajuk entry aku kali ni... sebenarnya aku sedang berhadapan dengan situasi yang mencabar... pengurusan masa dan aktiviti yang extreme (sikit je.... ^_^) aku tengah lalui sekarang. Sebenarnya aku tengah berkursus sekarang ni..... esok atau lusa aku nak kena public speaking plak.. nak kata tak biasa dah biasa sebenarnya tapi mungkin kerana kepenatan dan keadaan aku yang tak cukup tido, masa yang cukup padat dengan aktiviti. Kesihatan aku yang tak berapa nak sihat tapi aku tetap bertahan... membuatkan otak aku ni beku...  tak tahu nak cakap apa.. huhuhu.. walau macam ne pun aku kena lalui juga... nanti kita tengok apa akan jadi pas ni...

    Tuesday, April 12, 2011

    Chicago.. menawan hatiku...



    Bangunan sepanjang garis Sungai  Bandar Chicago sempadan selatan Dekat Side Utara dan Streeterville dan sempadan utara Chicago Loop, Lakeshore Timur dan Illinois Center yang mengamit pemandangan mata ku. Pada pandangan ini  visual ini yang sangat cantik.

    Saturday, April 9, 2011

    Cerita aku dan Kasturi Walk - Wau Bulan


    Hari ini baru berpeluang untuk menulis sebab terlalu sibuk dengan keje. Hari ni pun aku masih bekerja tapi dari rumah.. kena siapkan keje sebab nanti aku ada komitmen lain minggu depan. Masuk je tahun ni, penuh dengan bulan2 yang mencabar kesabaran aku. Namun aku teruskan hidup dan usaha. Segalanya ini aku percaya ada hikmahnya. Disebabkan itu juga hari ini baru lah aku berpeluang untuk berkongsi cerita dan gambar tak profesional aku dan suami ketika aku di Central Market, Kuala Lumpur.

                              

    Dah agak  lama aku dan hubby tak jalan2. Tetapi Sabtu minggu lepas dia ajak aku berjalan - jalan di KL tapi kali ini  menaiki bas dari Putrajaya Sentral ke Central Market. Aku ikut aje. Sekali sekala best juga. Dah agak lama aku tak naik bas.



    Yang ni aku snap sebab aku rasa ia sgt comel

    Nampak je kecik tapi sebijik RM200++... Kreatif & seni yg halus

    Sampai di Central Market (CM), aku dan suami terpegun seketika. Wah! Nampaknya CM telah megalami perubahan. Ia kini diserikan dengan  Kasturi Walk. Lama juga aku melihat tanda mercu Kasturi Walk tu, cantik! Membuatkan aku teringat akan kampung halaman ku, Kota Bharu, Kelate. Mana taknya, ia menggunakan simbol Wau.....  yg bagi aku tempat itu bermakna penyatuan hasil kraftangan dan kegemilangan buatan seni tangan tempatan.... amboi, tinggi sungguh bahasa yg aku gunakan untuk meletakkan taraf seni tempatan negara kita. Setelah aku selidiki rupanya Kasturi Walk ni baru saja dilancarkan pada19 Februari lalu untuk mengubah imej kawasan tersebut. Apa - apa pun kami enjoy bersiar - siar di dalam Pasar Seni yang telah sekian lama tidak dilawati.



    Sunday, March 27, 2011

    Earth Hour 26 Mac 2011

    Semalam, aku bersama hubby hanya berada di rumah beristirehat.... dan kebetulan malam semalam adalah sambutan Earth Hour 2011 iaitu pada tanggal 26 Mac. Earth Hour... sambutan seluruh dunia dengan menutup lampu untuk menyokong bumi dengan mengurangkan penggunaan tenaga.

    Dari pemerhatian aku, tidak ramai yang tentang sambutan ini dan jika pun mereka tau mereka tidak menyokong kerana bagi mereka dengan hanya menutup lampu pada jam 8.30 - 9.30 tidak memberikan apa - apa kesan kepada bumi. Sedangkan, dengan seluruh dunia menutup lampu pada jam itu dapat megurangkan penggunaan tenaga seluruh dunia... bukan hanya pada satu tempat... tapi seluruh dunia....

    Aku tengok, sambutan di Malaysia memang tidak memberangsangkan... berada di Putrajaya.. Pusat kerajaan Malaysia... lampu masih terpasang seolah - olah tiada apa yang berlaku. Sedikit terkilan... tetapi bila aku perhati sambutan di seluruh dunia.. sangat hebat... masyarakat dunia menyambutnya dengan gembira. Aku perhati sambutan di London... sangat hebat dan menarik... tak percaya tengok panorama dibawah....



    Istana Buckingham, United Kingdom malap semasa menyambut Earth Hour.

    Istana Buckingham terang semula selepas sejam. Cantik dan mengagumkan..

    Jambatan Brige, London juga bergelap... ternyata sambutan di London sangat meriah... um, mesti sambutan seluruh dunia sangat meriah...

    Terang kembali selepas sejam menandakan sambutan Earth Hour telah selesai....

    Suka dengan panorama dunia yang telah bersama - sama menyambut Earth Hour yang bagi aku memberikan ruang kepada dunia ini bernafas seketika. Walaupun hanya seketika tetapi memberikan impak bumi kita.... aku sangat suka Sambutan Earth Hour. Aku harap masa depan negara kita lebih serius dengan sambutan ini...

    *

    #

    $

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...