Friday, February 25, 2011

Happiness of those we love is our happiness


Love is when you shed a tear, but still care about him. Love is when he does not ingore, you are still waiting for the faithful. Love is when he began to love others and you can still smile and say, "I'm also happy for you"

Kawal perbelanjaan bulanan kita....


Hujung tahun lepas aku terasa dengan 'bahang' kenaikan harga barang..... harga barang2 keperluan yang semakin meningkat dari hari ke hari.... tak beli tak boleh.. kena beli juga. sebab itu adalah barang yang kita guna seharian. Tahun ini masuk je tahun baru... harga barang naik lagi.. dari bulan ke bulan... nak tak nak kena terima ... tetapi perbelanjaan kita harus dikawal dengan bijak.. dan kita tahu kemana wang kita 'mengalir'......
sedang aku berfikir - fikir tentang kenaikan harga ni.. aku terjumpa satu artikel yang membuatkan perasaan aku ini benar... dan itu lah kenyataan nya....
Bila harga minyak petrol naik, purata pengguna akan turut merasai kesan teori domino ke atas harga barang keperluan harian dan perkhidmatan. Sejak kebelakangan ini kenaikan harga barang keperluan termasuk petrol seolah-olah menjadi perkara biasa namun ia membebankan kepada golongan berpendapatan rendah.

Pemilik kenderaan yang membayar RM1.85/liter untuk RON95 dan RM2.10/liter bagi RON97 pada Julai lepas kini membayar masing-masing RM1.90 dan RM2.50. Ramai pemilik kenderaan tidak begitu gemar petrol RON95, yang diberi subsidi tinggi, berikutan ia menjejaskan prestasi kenderaan sedangkan penggunaan RON97 meningkatkan perbelanjaan bulanan.

Harga bawang kecil dari India yang dijual pada harga RM4 sekilogram sebulan lepas kini dijual dengan harga RM14 di beberapa tempat, manakala harga sayur, ayam, ikan dan hampir semua barang keperluan telah naik sebaliknya tidak pula berlaku dalam pendapatan bersih orang ramai.

Ramai yang tidak sedar dengan kadar kenaikan yang begitu kerap hingga ada yang berputus asa dan hanya berharap harga akan stabil. Pada masa sekarang, para pengguna hanya membayar sahaja tanpa banyak soal kepada peniaga atau penyedia perkhidmatan kerana beranggapan harga mungkin akan naik lagi pada hari berikut.

PENGANGKUTAN YANG MAHAL

Kos pengangkutan awam bukan sahaja telah naik malahan menjadikan perjalanan sukar kepada pengguna.

"Teksi masih ada yang tak mahu guna meter untuk perjalanan dekat. Alasan mereka, tak berbaloi mengambil penumpang, kecuali perjalanan jauh atau pada harga yang dipersetujui dengan penumpang. Hakikatnya tambang tanpa meter lebih mahal daripada harga sepatutnya," kata Sawaliyah Mohd Nor yang terpaksa membayar kadar yang berlainan setiap kali menaiki teksi untuk pulang ke rumah, yang terletak hanya 7 kilometer dari sebuah stesen komuter di Lembah Klang.

Alasan pemandu teksi yang tidak mahu menggunakan meter berikutan kehidupan mereka tertekan kerana harga barang semuanya naik dan mereka perlu mencari lebih wang.

Selain itu, bayaran sewa harian teksi yang perlu ditampung serta harga minyak yang semakin naik, turut menjadi faktor tambang teksi lebih mahal daripada kadar sebenar.

Kalau teksi, yang menggunakan gas asli atau NGV yang lebih murah, pula memberi alasan masa yang perlu diluangkan untuk beratur mendapatkan gas itu setiap kali ia perlu diisi, sebagai satu kehilangan pendapatan.

TAK PERASAN

Ada juga yang melalui pengalaman harian yang berlainan kerana harga barang yang diperlukan seolah-olah tiada beza sejak setahun yang lepas.

"Saya sering makan di kedai yang boleh tahan cantik dan bersih tetapi tak sedar pula kalau harga makanan di sana lebih mahal ataupun tidak? Nasi putih dengan lauk ikan goreng, sayur campur dua macam dengan air lobak merah, lebih kurang RM7 saja. Berpatutan harganya bagi saya. Saya rasa masih mampu untuk terus makan di situ," kata pesara kerajaan Abbas Hasan, yang kini pendidik secara kontrak di Nilai, Negeri Sembilan.

Mungkin harga ini dirasakan berpatutan di Nilai berdasarkan jumlah pengunjung yang sentiasa ramai.

PILIHAN TEPAT

Seorang pelajar Universiti Malaya beranggapan harga barang tidak akan pernah turun.

"Semuanya semakin tinggi. Cuma kita perlu pilih dengan berhati-hati dan pastikan pembelian tidak melampaui bajet seharian," kata Mildred dari Sabah.

Seorang pengusaha gerai makanan Siti Gayah Muhammad menjelaskan bagaimana harga makanan yang dijualnya ditetapkan.

"Kita tengok harga bahan mentah untuk lauk itu. Harga bawang kecil dan besar, putih dan merah, sudah naik berlipat kali ganda, stok pun payah ditemui. Harga sebiji bawang besar Holland bersaiz sederhana ialah 40 sen. Saya beli juga sebab bawang besar India cepat rosak. Akibatnya, sama ada masakan perlu dikurangkan penggunaan bawang atau harga dinaikkan dengan membeli bawang mahal," kata Siti sambil mengacau masakan lemak cili apinya dalam periuk.

Walaupun pembeli berungut, ia terpaksa dilakukan untuk memastikan penjual tidak rugi dengan masakan yang tidak sedap.

HARGA RUMAH KEDIAMAN

Selain kos perjalanan dan makanan yang semakin mahal, tanpa disedari harga bumbung kediaman tempat berteduh juga semakin tinggi.

Beberapa syarikat pembinaan yang ditanya mengenainya, rata-rata menyatakan projek yang menjadi tumpuan syarikat lebih cenderung ke arah rumah mewah seperti rumah dua tingkat, berkembar dua dan banglo.

Sebuah rumah teres dua tingkat yang sederhana sahaja kini boleh mencecah harga sehingga RM1 juta di Lembah Klang manakala banglo pula berharga tiga hingga empat kali ganda jumlah itu.

"Tumpuan syarikat kami ialah rumah yang lebih luas dan selesa. Kualiti pembinaan sememangnya yang paling utama. Bahan yang digunakan juga mempunyai gred yang lebih tinggi. Inilah sebabnya mengapa harga rumah di Selangor lebih tinggi.

Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai!" jawab seorang pekerja syarikat perumahaan ketika ditanya mengenai harga rumah yang 30 peratus siap di kawasan projek terbarunya di Shah Alam.

Apa yang menjadi persoalan adakah pembeli mampu membayar ansuran bulanan kalau hanya bekerja makan gaji memandangkan nilai pinjaman yang perlu diambil sangat tinggi.

KOS BELANJA HARIAN

"Orang yang tinggal di bandar, yang berkereta ke pejabat, perlu berbelanja makan tengah hari pada hari bekerja, bayar tempat letak kereta bulanan, ada sewa rumah dan punya keluarga beranak dua pasti sukar untuk menyimpan RM500 sebulan," kata Datuk Dr Ma'amor Osman, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM apabila diminta memberi komen tentang peningkatan harga barang dan perbelanjaan harian warga Malaysia masa kini.

Kalau ada pembantu rumah sudah pasti lebih besar perbelanjaannya. Dengan pendapatan bersama, kelamin beranak dua, berumur lingkungan 30 tahun, yang berjumlah antara RM7,000 dan RM8,000, jika ingin tinggal di pinggir bandar pun pasti tidak selesa hidup jika rumah semahal itu menjadi pilihan untuk ditanggung liabiliti membayar pinjaman sehingga 35 tahun lamanya.

Bayaran bulanan kepada bank swasta, jika pinjaman sebesar RM$1 juta itu diambil hari ini, akan ditolak lebih RM$5,000 daripada pendapatan bersih mereka, katanya.

MASALAH KEWANGAN

Dr Ma'amor berkata harga barang yang mahal sudah tentunya menggalakkan penggunaan kad kredit dan amalan yang sepatutnya dikikis.

"Pastikan bajet tetap sama. Jangan berikan peniaga satu mesej yang salah. Mereka yang berpendapatan tetap tidak dapat mencari jalan keluar sekiranya harga barang terus naik.

"Misalnya bawang yang menjadi bahan utama dalam hampir semua masakan tempatan naik mendadak baru-baru ini akibat kesan cuaca. Dan ini menjadikannya satu bebanan baru. Mereka yang berniaga tak berapa merasai tambahan beban ini kerana jika harga barang naik, peniaga turut naikkan harga jualannya kepada pengguna," kata Dr Ma'amor.

Beliau melihat kos perkhidmatan pengangkutan awam yang meningkat adalah sesuatu yang perlu dikawal dan dipantau supaya rakyat tidak terus terbeban.

Tambahan pula kenaikan gaji tahunan sekiranya diberikan bukanlah tetap dan kadarnya pada kebiasaan tidak melebihi 5 peratus.

Harga tiket bas ekspres ke negara jiran Singapura meningkat kepada RM95 sehala berbanding tidak RM75 tahun 2010, lebih murah hanya RM4 berbanding harga tiket promosi kapal terbang ke republik ini.

Alasan kenaikan harga ialah kerana musim cuti sekolah.

KEADAAN CUACA

Harga barang yang semakin tinggi tidak boleh disalahkan kepada peniaga dan pembekal semata-mata, begitu menurut wakil FOMCA.

"Bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan cuaca kemarau yang melampau, yang melanda dunia, antara sebab kekurangan bekalan barang keperluan seharian. Lagipun kebanyakan sumber makanan negara ini diimport termasuk gula, tepung dan beras.

"Sudah lumrah, bila permintaan melebihi bekalan, pasti harganya meningkat secara semula jadi kerana bekalan yang teramat terhad ini," kata Mohd Yusof Abdul Rahman, pengarah komunikasi kumpulan gabungan Persatuan Pengguna Malaysia, FOMCA kepada Bernama baru-baru ini.

Walau apapun, pengguna perlu membuat pilihan keperluan dengan berhati-hati bila harga tidak stabil.

"Barang keperluan biasanya akan stabil pada harga baru dan sekiranya bekalan pulih seperti sediakala, adakalanya penurunan semula harga tidak mendadak berbanding ketika ia dinaikkan. Kadang-kadang ia tak berlaku langsung. Carilah alternatif kalau boleh," Yusof berpesan.

Warga pengguna yang bijak membuat pilihan dan sanggup bersuara pasti akan dapat mengubah keadaan masa kini kepada tahap yang lebih baik.

FOMCA baru melancarkan album lagu tentang hak dan peranan pengguna untuk mengajak warga pengguna tempatan ke arah penggunaan berhemat.

Album yang memuatkan 9 buah lagu itu antaranya memberi fokus terhadap hak pengguna dalam membuat pilihan, untuk bersuara, mendapat alam sekitar yang sihat, pendidikan berguna dan mendapat perlindungan keselamatan.

Album ini akan diedarkan secara percuma kepada stesen media elektronik, peserta program kesedaran pengguna termasuk di sekolah-sekolah.

Pengguna yang bijak pasti akan menikmati kehidupan yang selesa dengan berbelanja berhemat dan mengikut kemampuan diri sendiri, memilih barang dan servis berkualiti yang bertepatan dan berpatutan harganya.

maklumat ini aku dapat dari BERNAMA

Wednesday, February 23, 2011

Banyak perkara yang perlu difikirkan


Tengah berserabut dan agak tension....banyak kerja yang perlu diselesaikan dalam waktu yang ditetapkan. Itu tak per.. "memang keje tak kan habis" (kata kawan ku).... tapi apa yang aku perasan.. makin usia ku meningkat makin banyak benda yang aku perlu fikir..... sebenarnya aku agak serabut dengan PTPTN... aku seorang pembayar hutang yang kosisten... aku bukan jenis yang ponteng bayar la... tapi pihak nya makin menghimpit dengan cara bayaran yang berbunyi senang tetapi setelah diselidiki... ada kesusahan untuk pihak aku yang tak banyak uwang ini.... um, aku tak suka berhutang... if ada hutang aku akan bayar cepat2... sebab ia akan menyerabutkan otak aku ini.... so, selagi aku tak dapat setelkan benda ni aku akan sentiasa serabut.... huhuhu....

Thursday, February 17, 2011

pepijat alaf baru





Pada suatu petang aku sedang membaca akhbar New Strait Times (nak improve kan English), terbacalah tentang pelancaran gadget baru keluaran Syarikat terkemuka dunia, Apple. Kali ini Apple melancarkan dua model baru Mac Book Air 13 inci dan 11 inci yang sangat nipis, ringan dan ‘kurus’. Sangat Mengagumkan aku! Lebih tipis dari iPhone. Dilengkapi dua USB jack, headphone jack, video output dan (pada yang 13 inci) dan sebuah slot SD untuk kad memori kamera . Ia juga digabungkan bersama speaker stereo yang terdengar jauh lebih baik dari yang mono, model sebelum ini. Yang menakjubkan aku adalah bahawa ia tidak memiliki hard drive di dalamnya. Sebaliknya, menggunakan flash memory, seperti iPad dan kerana itu ia menjadi ekslusif. Itu bererti aku tidak berisiko kehilangan data jika ia terjatuh atau tersentak kerana tidak ada ‘pinggan-pinggan berputar’. Ini juga membuatkan bateri hidup lebih lama: Baterinya boleh bertahan ini lebih kurang 5 hingga 7 jam. Ia juga diprogramkan terus hidup apabila dibuka monitornya kerana ia tidak tidur tetapi hanya ‘berhibernasi’ pada PC Windows… ini membuatkan aku semakin teruja untuk memilikinya satu…




aku sangat kagum dengan teknologi Apple ni... dan aku ada merancang untuk membelinya... tetapi bila aku fikir dengan sebetul - betulnya... mungkin laptop vaio Sony lebih sesuai untuk aku... lebih mampu untuk aku memilikinya... Vaio juga mempunyai teknologi yang canggih dan harganya lebih sesuai untuk aku pada masa ini..... harga Mac book Air bermula dengan rm 3299 untuk notebook syang 11 inci sahaja tak termasuk sofware dan lain2 lagi... berbanding dengan vaio E - series dengan harga rm 2299 dan siap dengan sofware dan Microsoft window yang sangat friendly yang aku sangat perlu gunakan...

Wanita


Tiba - tiba aku teringat perbualan aku dengan seorang kawan,
" orang perempuan ni suka memburukkan kawan sendiri..walaupun itu adalah kawan baiknya."
Kata - kata itu membuat aku terfikir... orang perempuan memang macam tu ke?Adakah aku juga termasuk dalam golongan itu?... hati aku selalu berbicara.... jika aku ada rasa marah atau tak puas hati...terhadap kawan - kawan aku.... aku tercerita dekat member yang lain tentang perasaan itu... aku akan rasa bersalah.... sebab aku tak sampai hati sebenarnya ingin buat sebegitu.... cuma bila ada rasa marah setan akan mempengaruhi kita,..... itu la yang wujudnya mengumpat..... Ya Allah swt jauhkanlah bisikan Syaitan dari hati ini... dan pertemukan aku sahabat yang betul2 ikhlas ingin berkawan dengan ku... Amin!!!

Wednesday, February 16, 2011

Taylor Swift - Speak Now - Official Live Video HD

Hafiz AF7 - Awan Nano MV

Tuesday, February 8, 2011

Kerana itu aku malu...


Aku selalu termenung bila terfikirkan diri aku sendiri... adakala perasaan malu wujud dengan tiba2. Pernah aku terfikir kenapa aku begini... tidak seperti rakan2 yang lain.... Perasaan dalam diri sangat tebal rasanya..sebenarnya aku dididik sebegini oleh kedua ibu bapa ku... mereka mempunyai alasan yang kuat kenapa mendidik aku sebegitu... dan aku terbaca sebuah artikel :
Malu adalah sebahagian daripada iman.
Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu.
Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.
Pentingnya memiliki sifat malu. Ini adalah kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang.
Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat.
Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar.Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.
Dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu 'anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
"Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: 'Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu." - (HR Bukhari)
Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Muhammad sallAllahu 'alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput. Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.
"Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu" bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan.
Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.
Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal.
Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu 'alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata:
"Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman."
Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda:
"Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman." (Shahih Muslim No.50)
Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda:
"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." - (Shahih Muslim No.53)
Muslimin-muslimat sekalian,
Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri.
Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu.
Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.
Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu.
Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu.
Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu.
Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu.
Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu.
Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu.
Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu.
Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu.
Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu. Dan macam-macam lagi.
Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itulah sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara.
Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. "Just Do It" antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi. Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam.
Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu.
Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu. Sifat ini wajar kita contohi.
Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa "Malu bertanya sesat jalan". Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu.
Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia. Kerana ALLAH subhanahu wata'ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.
Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.
Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut. Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.
Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata'ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.
dipetik dari ILuvIslam

Aku suka Awan

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan...awan
Pabila terik-panas
Segera hadirnya memayungi.. diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan... kasehnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi ...
dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai... jejarimu

Kasehnya
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekaseh sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu... ooooo-ooo

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan... awan
Sehingga tak mungkin terlupa
berikan belas sedari... dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitispun air matamu...kasehku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi..
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai... jejarimu

Kasehku
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
walaupun tak akan tercapai jejarimu... oooo-oooo

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi ...
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai.. jejarimu

Kasehku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...woooo-woo..


penyanyi : Hafiz
komposer : M Nasir
lirik : Budi hekhayat




lagu yang menyentuh jiwa aku.... membuatkan aku teringat akan ibu ku....

Being Happy


Being happy doesn't mean everything's perfect, it means that you decided to look beyond the imperfections....

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...