Monday, June 27, 2011

"Ada masa rasa cepat berlalu.. ada masa rasa perlahan sangat...."

Anak ibu dah sebesar ini....... dah boleh hisap ibu jari dia dan bergerak- gerak sesuka hati dia dalam perut ibu... ^_^
Hari ini genap kandungan ku berusia 15 minggu.... masih ada 25 minggu lagi aku harus lalui.... betul lah tu... tak kan baby dalam perut ku ini tetiba membesar macam tu aja...  keajaiban ini memerlukan masa... masa itu yang akan mengajar kita. Berkeadaan seperti ini sekarang, walaupun baru 3 bulan lebih tapi banyak menguji kesabaran aku. Ramai orang berkata, bila dah lepas trimester pertama segala alahan dan morning sickness akan hilang tetapi tidak bagi diri ini. malah alahan aku makin teruk.

Aku cuba sedaya upaya untuk menahan supaya tidak muntah dengan teruk tetapi itu juga yang terjadi. Keperitanya hanya Tuhan saja yang rasa... jadi betul lah juga kata kakak - kakak senior ku,  setiap ibu yang mengandung tidak semestinya mengalami simpton yang sama. Ia bergantung pada badan setiap individu.... aku berusaha sekuat mungkin untuk hilangkan semua ketidakselesaan yang aku alami... mengawalnya.. ada masa aku berjaya.. ada masa aku terpaksa mengalah. Jika aku muntah teruk sangat, aku dah tak tahan.. aku akan gosok perut ku dan berkata dalam perit.... " baby, jangan lah macam ni... ibu dah tak tahan ni..." lepas aku cakap macam tu baru lah rasa nak muntah tu akan berhenti... begitu juga jika ingin tidur... susah sangat mata nak tutup... dah tutup pun tak lena..... kemudian aku akan gosok perut dan cakap... " baby, jom kita tidur, ibu dah penat ni.. baby pun kena tidur jugak nanti esok pagi nak ikut ibu ke ofis........" lepas cakap macam tu baru la aku akan lena. aku tak tahu secara saintifiknya...... tapi aku percaya mungkin bila aku bercakap dengan kandungan ku.. ia membuat aku tenang dan ia akan memudahkan perkara yang sukar aku alami.....tak pun, memang baby aku ni dengar rintihan ibu dia yang dah penat seharian......

Nak dibuat cerita, time ini juga la perasaan membuak - buak ingin makan sesuatu yang aku tak boleh makan ketika mengandung ni. Pernah aku kena sound dengan member2 sebab aku minum air manisan yang ada buah nenas...... ada masa ku lupa yang aku tak boleh makan benda tu. Tapi aku memang perasan, time aku macam ni la, tetiba je aku rasa nak makan benda yang pantang dimakan... contoh, buah nenas, asam jeruk, snek, air berkarbonat, nescafe... macam2 la yang tidak elok untuk kandungan.. yang itu la yang buat aku kecur air liur.... bila g pasar malam... berkelip - kelip aku tengok air kelapa.... nak minum sangat rasanya..... tapi tak boleh...adoyai!

Ada masa aku rasa sangat penat... bukan ada buat apa pun tapi penat tu mengalahkan orang kerja buruh binaan .. sampai berbaring jer yang aku mampu. Nak melawan rasa tak bermaya dan tak larat ni pun, dugaan yang besar jugak... tapi aku lawan juga... dengan sekeras hati dan buat - buat tak ada apa..... sbb kalau tak, macam ner aku na pergi keje....kalau lembik sebegitu...... itu la antara dugaan yang harus aku tempuhi sepanjang aku mengandung ni. Sweetnya aku rasa.... Inilah pengalaman pertama yang aku rasa dalam hidup aku.... semoga aku dapat melaluinya dengan selamat selama 5 bulan lebih lagi..... InsyaAllah...

Tuesday, June 14, 2011

Miracle of World

Ketika aku blogwalking.... tetiba da satu blog yang menarik perhatian aku tentang berita yang dimuatkan dalam entry nya.... tentang kuasa ajaib seorang ibu yang tidak putus asa walaupun bayinya telah disahkan meninggal dunia. Kejadian ini berlaku di sydney, Autsralia.Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.



GAMBAR menunjukkan Kate dengan anak lelakinya yang didakwa mati pada satu program televisyen di Australia baru-baru ini.

Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini. Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit. Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir. Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily. Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas. Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari. "Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate. Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku.

Monday, June 6, 2011

Peristiwa Buku Pink

Hari ini aku lalui dengan penuh kesabaran kerana terpaksa berhadapan dengan pening - pening lalat, keletihan, termengah - mengah, kekeliruan dan penuh tanda tanya. Mana taknya, ini kali pertama aku ke Klinik Kesihatan untuk membuat  'Buku Pink' or medical check - up setelah cukup usia kandungan ku 3 bulan.


Buku pink : tapi ini contoh sahaja.

Kalau ikutkan rancangan aku dan suami ingin buka buku pink  ini bersama - sama pada minggu depan tetapi kerana perut ku yang terasa sesuatu terpaksa lah aku buat check up walaupun seorang diri tanpa hubby disisi. Agak sedih juga tapi aku kena kuatkan semangat  buat juga check up  sebab sedikit 'bleeding' berlaku apabila aku bangun dari tidur semalam. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku, betapa takutnya aku sekiranya apa - apa terjadi pada kandungan kami... tetapi bila aku pergi check up tadi, Doc yang manis tu cakap  itu normal dan mungkin kerana aku ada melakukan kerja berat. Seingat aku,  tak ada tetapi ada la satu peristiwa yang tak berapa manis minggu lepas kerana aku dengan tak cerdiknya terlibat dengan latihan fire drill yang tak terancang... dengan nervousnya aku terus lari menggunakan tangga dari tingkat 12 tanpa berfikir 3 kali tentang akibatnya nanti. So, pengajaran kepada semua yang mengandung... jangan ambil risiko...   sehingga sekarang, aku masih dapat rasa keadaan bawah perut ku yang tak berapa selesa dan mencucuk - cucuk namun aku  yakin dengan kata - kata doc  bahawa kandungan aku selamat. InsyaAllah, dia akan selamat!!!

Besar macam ni doc kata kecik lagi... hehehe, no komen..

So, hari ini bila sampai je di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan rumah aku sekarang, lebih kurang 7.45 pagi, aku sangat terkejut dengan orang yang ramai dan paking yang penuh. Merangkak juga la aku mencari paking di pagi hari. Sampai dikaunter untuk mendapatkan no giliran, aku terus je cakap kat nurse di situ yang aku pertama kali ingin membuat buku ibu mengandung dan untuk mendapatkan  nombor giliran di situ lebih kurang 45 minit la jugak. Sambil itu juga aku masih dalam keadaan loya - loya dan pening kepala. Tapi melihat ibu - ibu mengandung yang ramai di situ, tiba - tiba aku rasa sesuatu... rasa semangat berkobar - kobar ingin memeriksa perut ku... tiba giliran aku, aku terus diberi nombor giliran dan buku pink yang perlu aku isi segala maklumat yang berkaitan. seterusnya aku disuruh ke bahagian ujian air kencing, setelah itu aku ke bahagian makmal untuk pemeriksaan darah. Part ni, memang aku sangat gerun tapi aku lihat je lengan kiri ku dicucuk urat tengahnya dan darah disedut 10 ml  untuk pemeriksaan antaranya jenis darah, HIV dan lain - lain lagi.



Selepas itu, aku perlu ke bahagian pemeriksaan gigi, aku tunggu untuk diperiksa selama 45minit lebih kurang tapi aku di check hanya 5 minit lebih kurang kerana doc bagitahu bahawa keadaan gigi aku sangat bagus dan dia puji kerana aku pandai menjaga gigi hanya apa yang dipesan ialah gusi  ibu hamil yang sangat mudah berdarah, jadi dia sarankan aku gunakan berus gigi yang lembut berusnya... seterusnya lagi aku perlu buat pemeriksaan perut.

Untuk ini aku resah menunggu turn aku, lebih dari sejam aku menunggu akhirnya no aku dipanggil. Part ini, banyak  pertanyaan mengenai haid pertama dalam hidup aku, pernah tak dalam keluarga mempunyai adik beradik kembar, tarikh pertama period terakhir sebelum hamil dan aku diberitahu tarikh dijangka bersalin...... sempat juga nurse tersebut merasakan perasaan kesiannya pada aku kerana lama menunggu,seterusnya aku disuruh berbaring dikatil, mata dan leher diperiksa dan kemudian perut aku diperiksa. Nurse mencari nadi bayi dalam kandungan ku, berulangkali dia mengosok - gosok mesin comel tapi bunyi nadi itu sangat perlahan. Aku bertanya kenapa, katanya baby masih sangat kecil, kerana itu susah untuk di kesan.


Inilah alat yang digunakan untuk mendengar nadi baby dalam perut ibu

berkenaan dengan bleeding yang aku alami, aku terpaksa berjumpa dengan doc sekali lagi untuk pemeriksaan mengenai pendarahan kecil itu. So, bila aku detailkan apa yang berlaku dia menjawabnya seperti perenggan diatas sekali. Dia arahkan aku supaya tidak melakukan kerja- kerja berat dan bayi aku berada dalam keadaan selamat. Tapi dia tidak buat ultrasound kerana bayi aku terlalu kecil, susah untuk nampak. Aku  meminta sekali lagi dan dia bagitau, minggu ke 14 baru boleh datang untuk ultrasound sedangkan pemeriksaam seterusnya pada 4 Julai 2011.


Bayi dalam rahim ibu

Harapnya, pemeriksaan ini berbaloi dengan segala keresahan yang aku alami........ so, segala pemeriksaan itu tamat pada jam lebih kurang 12 tengahari. Alhamdulilah...., lepas itu aku terus g beli nasi dan jus epal. Sampai rumah aku terus makan sekenyang - kenyangnya kerana aku kelaparan sepanjang pemeriksaan tadi. Dan, semuanya telah selamat keluar pada jam 5 tadi apabila aku muntah dengan teruk......... itulah rutin ibu mengandung... bukan senang untuk mengandung dan bukan senang menjalani sepanjang proses itu dan lagi mencabar bila ingin melahirkan nanti tapi itulah kemuncak kehidupan seorang wanita.... melahirkan zuriat yang akan menjadi Khalifah umat manusia di masa hadapan.... InsyaAllah  ^_^

Saturday, June 4, 2011

My Baby

Alhamdulilah... minggu ni tinggal 1 hari lagi genap kandungan ku 12 minggu atau 3 bulan..... rutin harian masih sama... aku masih lagi larat. Ada masa tak sedar ada isi dalam perut... hehehehe... Alahan mengandung aku masih alami. melalui pembacaan aku, ada wanita mengandung yang tidak mengalami apa - apa alahan tapi ada juga yang mengalami alahan teruk. Nasib baik aku dipertengahan... semua bau aku sensitif, segala yang aku baca tentang alahan mengandung semua aku alami..... Baru aku rasa betapa payahnya nak jadi seorang ibu.. inilah yang dialami oleh semua ibu didunia... Tapi, aku terfikir tentang bayi - bayi yang banyak dibuang seperti sampah pada zaman sekarang seperti mengandung dan melahirkan manusia di dunia ini tiada nilai... setelah mengandung sembilan bulan, bayi itu dibuang begitu saja... Tergamak, manusia zaman sekarang!!!! Mungkin ini petanda manusia akhir zaman.... Kalau ikutkan hati, aku ingin tangani gejala yang negatif ini, tapi apa upaya yang aku ada... aku hanya boleh menulis dengan niat boleh membuat manusia berfikir sebelum terlibat dengan gejala ini......

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...