Peristiwa Buku Pink

Hari ini aku lalui dengan penuh kesabaran kerana terpaksa berhadapan dengan pening - pening lalat, keletihan, termengah - mengah, kekeliruan dan penuh tanda tanya. Mana taknya, ini kali pertama aku ke Klinik Kesihatan untuk membuat  'Buku Pink' or medical check - up setelah cukup usia kandungan ku 3 bulan.


Buku pink : tapi ini contoh sahaja.

Kalau ikutkan rancangan aku dan suami ingin buka buku pink  ini bersama - sama pada minggu depan tetapi kerana perut ku yang terasa sesuatu terpaksa lah aku buat check up walaupun seorang diri tanpa hubby disisi. Agak sedih juga tapi aku kena kuatkan semangat  buat juga check up  sebab sedikit 'bleeding' berlaku apabila aku bangun dari tidur semalam. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku, betapa takutnya aku sekiranya apa - apa terjadi pada kandungan kami... tetapi bila aku pergi check up tadi, Doc yang manis tu cakap  itu normal dan mungkin kerana aku ada melakukan kerja berat. Seingat aku,  tak ada tetapi ada la satu peristiwa yang tak berapa manis minggu lepas kerana aku dengan tak cerdiknya terlibat dengan latihan fire drill yang tak terancang... dengan nervousnya aku terus lari menggunakan tangga dari tingkat 12 tanpa berfikir 3 kali tentang akibatnya nanti. So, pengajaran kepada semua yang mengandung... jangan ambil risiko...   sehingga sekarang, aku masih dapat rasa keadaan bawah perut ku yang tak berapa selesa dan mencucuk - cucuk namun aku  yakin dengan kata - kata doc  bahawa kandungan aku selamat. InsyaAllah, dia akan selamat!!!

Besar macam ni doc kata kecik lagi... hehehe, no komen..

So, hari ini bila sampai je di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan rumah aku sekarang, lebih kurang 7.45 pagi, aku sangat terkejut dengan orang yang ramai dan paking yang penuh. Merangkak juga la aku mencari paking di pagi hari. Sampai dikaunter untuk mendapatkan no giliran, aku terus je cakap kat nurse di situ yang aku pertama kali ingin membuat buku ibu mengandung dan untuk mendapatkan  nombor giliran di situ lebih kurang 45 minit la jugak. Sambil itu juga aku masih dalam keadaan loya - loya dan pening kepala. Tapi melihat ibu - ibu mengandung yang ramai di situ, tiba - tiba aku rasa sesuatu... rasa semangat berkobar - kobar ingin memeriksa perut ku... tiba giliran aku, aku terus diberi nombor giliran dan buku pink yang perlu aku isi segala maklumat yang berkaitan. seterusnya aku disuruh ke bahagian ujian air kencing, setelah itu aku ke bahagian makmal untuk pemeriksaan darah. Part ni, memang aku sangat gerun tapi aku lihat je lengan kiri ku dicucuk urat tengahnya dan darah disedut 10 ml  untuk pemeriksaan antaranya jenis darah, HIV dan lain - lain lagi.



Selepas itu, aku perlu ke bahagian pemeriksaan gigi, aku tunggu untuk diperiksa selama 45minit lebih kurang tapi aku di check hanya 5 minit lebih kurang kerana doc bagitahu bahawa keadaan gigi aku sangat bagus dan dia puji kerana aku pandai menjaga gigi hanya apa yang dipesan ialah gusi  ibu hamil yang sangat mudah berdarah, jadi dia sarankan aku gunakan berus gigi yang lembut berusnya... seterusnya lagi aku perlu buat pemeriksaan perut.

Untuk ini aku resah menunggu turn aku, lebih dari sejam aku menunggu akhirnya no aku dipanggil. Part ini, banyak  pertanyaan mengenai haid pertama dalam hidup aku, pernah tak dalam keluarga mempunyai adik beradik kembar, tarikh pertama period terakhir sebelum hamil dan aku diberitahu tarikh dijangka bersalin...... sempat juga nurse tersebut merasakan perasaan kesiannya pada aku kerana lama menunggu,seterusnya aku disuruh berbaring dikatil, mata dan leher diperiksa dan kemudian perut aku diperiksa. Nurse mencari nadi bayi dalam kandungan ku, berulangkali dia mengosok - gosok mesin comel tapi bunyi nadi itu sangat perlahan. Aku bertanya kenapa, katanya baby masih sangat kecil, kerana itu susah untuk di kesan.


Inilah alat yang digunakan untuk mendengar nadi baby dalam perut ibu

berkenaan dengan bleeding yang aku alami, aku terpaksa berjumpa dengan doc sekali lagi untuk pemeriksaan mengenai pendarahan kecil itu. So, bila aku detailkan apa yang berlaku dia menjawabnya seperti perenggan diatas sekali. Dia arahkan aku supaya tidak melakukan kerja- kerja berat dan bayi aku berada dalam keadaan selamat. Tapi dia tidak buat ultrasound kerana bayi aku terlalu kecil, susah untuk nampak. Aku  meminta sekali lagi dan dia bagitau, minggu ke 14 baru boleh datang untuk ultrasound sedangkan pemeriksaam seterusnya pada 4 Julai 2011.


Bayi dalam rahim ibu

Harapnya, pemeriksaan ini berbaloi dengan segala keresahan yang aku alami........ so, segala pemeriksaan itu tamat pada jam lebih kurang 12 tengahari. Alhamdulilah...., lepas itu aku terus g beli nasi dan jus epal. Sampai rumah aku terus makan sekenyang - kenyangnya kerana aku kelaparan sepanjang pemeriksaan tadi. Dan, semuanya telah selamat keluar pada jam 5 tadi apabila aku muntah dengan teruk......... itulah rutin ibu mengandung... bukan senang untuk mengandung dan bukan senang menjalani sepanjang proses itu dan lagi mencabar bila ingin melahirkan nanti tapi itulah kemuncak kehidupan seorang wanita.... melahirkan zuriat yang akan menjadi Khalifah umat manusia di masa hadapan.... InsyaAllah  ^_^

Comments

Popular Posts