Wednesday, August 10, 2011

MELAYU KELANTAN SUB-ETNIK PENDUDUK PALING ASAS DI SEMENANJUNG


Dapatan kajian sekumpulan penyelidik USM yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa melayu melalui kaedah genetik menunjukkan Melayu Kelantan kemungkinan besar orang melayu paling asal menetap di Semenanjung sejak lebih 60, 000 tahun yang lalu. Kajian seumpama ini seharusnya mendapat perhatian semua rakyat Malaysia berbangsa Melayu.

Jika benar begitu, kajian-kajian mengenai etnik Melayu Kelantan harus diketengahkan dari segi amalan hidup, survival dan ciri-ciri sikap orang Melayu Kelantan. Secara pemerhatian jika dilihat hari ini di pusat-pusat pengajian tinggi, penjawat awam, di sektor swasta dalam dan luar negeri masyarakat Melayu Kelantan mempelopori banyak bidang, jawatan dan kedudukan.

Hal ini jika dapat dibuktikan, orang Melayu sebenarnya rajin, berjiwa besar, suka menjelajah, kuat beragama, bersemangat tinggi, semangat kenegaraan dan kenegeriaan yang tinggi menjaga adat dan tatasusila...seperti ciri-ciri orang Melayu Kelantan. Apa yang sebenarnya ditulis oleh Inggeris adalah bahawa Melayu malas, tidak mahu berusaha, lembab dan pelbagai lagi sikap negatif semenjak zaman penjajah dan dibawa ke hari ini hanyalah sebenarnya dakyah atau perang psikologi untuk melunturkan semangat pejuang mempertahankan tanah air dari dijajah rakyat asing.

Maka hari ini, dengan kajian tersebut terbukti orang Melayu yang asalnya sangat rajin, pandai berniaga, sentiasa mencati peluang untuk memajukan diri dan kuat bekerja....lihat warga Melayu Kelantan yang ada di luar mencari rezeki sama ada di laur negeri Kelantan atau di Luar Negara.

Jadi ...anak-anak Melayu....mulai hari ini gantikan kata-kata positif Melayu rajin, kuat bekerja, bersemangat waja, pandai berniaga, semangat kekitaan yang tinggi dan cintakan tanah air yang padu....terapkan dalam anak-anak kita di rumah dan di sekolah...sentiasa memberi semangat dan bersemangat untuk melihat bangsa kita tetap teguh di bumi bertuah ini...


kerana jika kita lemah dan percaya dengan dakyah yang orang luar tanamkan...bumi ini satu hari akan menjadi milik orang lain...dan kita menagih di bumi sendiri...nauzubillah...

Selamat Berpuasa dan Pulang lah Ke kampung halaman menjenguk ibu bapa yang sudah tua...ingatlah apa juadah yang mereka jamah untuk berbuka dan bersahur...adakah sama lazat dan penuh meja seperti kita...sepatutnya di bulan barakah ini...kita bawa ibu bapa yang tua di kampung untuk tinggal bersama untuk berpuasa dan beribadah bersama....

Jika kita tiada lagi ibu bapa...sanak saudara tanah laman masih ada di kampung pulang lah,,,,kerana jika kita lupa asal usul kita kita sebenarnya buta sejarah dan membiarkan tanah halaman dan kampung kita akhirnya tergadai kepada orang lain...dan kita lebih berbangga beralamatkan kampung halaman di bandar-bandar besar di kota metropolitan...

Pulang lah...ada jiwa yang menanti...atau ada pusara yang menunggu untuk diziarahi..

Ramadhan Kareem yang Meriah..

Hari ini genap 10 hari umat Islam berpuasa.. Alhamdulilah, aku syukur pada Tuhan kerana memberi aku kekuatan untuk meneruskan ibadah berpuasa semasa kehamilan ini. Walaupun ada beberapa cabaran yang mesti aku hadapi, setakat ini aku masih mampu untuk melaluinya.... Syukur kepada Tuhan. Malah, bulan Ramadhan ini membuatkan aku bertenaga dan bertambah ceria. Diserikan lagi dengan beberapa majlis berbuka puasa dirumah ku... membuatkan hati ini bertambah gembira.
"Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang merasa gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan, Allah mengharamkan jasadnya dari jilatan api neraka (Riwayat Bukhari)"
Layanlah tetamu ini sebagaimana kita melayan kehendak tetamu yang datang bertandang ke rumah kita. Jika tetamu kita menyukai sesuatu makanan atau masakan, maka kita sebagai tuan rumah akan menyediakan makanan mengikut selera mereka. Ini juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dimana Baginda menyuruh kita memberi makan mengikut apa yang disukai oleh tetamu. Jika tetamu Ramadan mahu kita menjaga mulut, mata, telinga dan kaki tangan daripada melakukan perkara keji dan maksiat, maka kita akan menurut kehendaknya dengan mengawal nafsu.


Walaupun pada hakikatnya, ia menambahkan kepenatan.. namun aku rasa sangat gembira dapat berkumpul bersama rakan - rakan sepejabat dan kawan - kawan lama semasa belajar di UKM dulu. Bila berkumpul, banyak cerita yang nak dikongsi dan aku juga tahu perkembangan kawan - kawan aku. Ada cerita sedih dan ada cerita gembira. Lagipun, sudah bertahun kami tidak berkumpul sebegini. sejak tamat pengajian pada tahun 2006 baru sekarang kami dapat berkumpul. Mana aku tak seronok... Walaupun yang datang hanya beberapa orang tapi itu sudah bertuah bagi aku. 





Sebenarnya aku percaya, tetamu yang datang ke rumah kita bukan datang semata - mata untuk makan tetapi mereka datang bersama rahmat untuk keluarga kita. Kerana itu kita haruslah melayan dan menghormati tetamu kita.

Suatu masa dulu, time aku kecik - kecik.. aku pernah bagitahu mak yang aku tak suka  tetamu yang datang ke rumah sebab bagi aku mereka mengganggu aku tapi mak cakap tidak elok aku berkata sebegitu kerana tetamu yang datang ke rumah kita membawa rahmat kepada kita... sejak itu baru aku faham kenapa kita mesti mengalu - alukan tetamu di rumah kita dan menghormatinya... dan aku juga mengikut suruhan Rasul yang amat aku sayangi... seperti sabda Rasullullah...

Rasulullah SAW bersabda :
1. "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendakla ia memuliakan tamu-tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik (benar) atau lebih baik diam." (HR. Bukhari Muslim)
2. "Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu." (HR. Dailami dan Anas)
3. "Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." (Durratun Nasihin, hal 22)
4. "Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka." (HR. Hakim)
5. "Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya." (HR. Ibnu Abu Dunya)
6. "Sesungguhnya, malaikat selalu mengucapkan selawat atas seseorang, selama hidangannya masih tersedia." (HR. Hakim dan Tarmizi)


Tuesday, August 2, 2011

Bulan seribu kerahmatan tiba lagi...

Alhamdulilah.. hari ini 2 Ramadhan 1432. Akhirnya tiba jua bulan yang aku sentiasa nantikan.. bulan yang penuh dengan keberkatan. Penutup Syaaban dan membuka bulan Ramadhan Kareem ini, aku pulang ke rumah mertua ku di Lipis. Memandangkan keadaan aku yang semakin memboyot ini.. kalut lah mama dan baba menyediakan apa yang aku nak makan. Masa tu lah aku teringin makan durian kerana kebetulan musimnya dekat dengan bulan puasa. Dapat lah jugak aku merasa Raja buah itu seulas dua. Aku tidak la suka sangat makan durian tapi keinginan nak makan tu ada la.. jadi kerana itu nak tak nak aku kena makan juga.... sekali mengigit buah tu, rasa sangat nikmat... Berada dalam suasana kampung sesekali dapat menyegarkan otak dan mata. Melihat kehijauan floral dan fauna serta ayam, itik peliharaan mama dan baba. Masa aku balik kampung jugalah beberapa ekor ibu ayam berjaya menetaskan telurnya. Comelnya aku tengok anak - anak ayam tu... aku ambil dan main- main dengan anak ayam.. geram aku tengok...rasa nak picit - picit anak ayam tu.... hehehehe...





anak ayam yang baru menetas.. comel kan?

Limau madu kebun baba.. belum masak lagi ni..

ibu ayam yang bekeng dan anak- anaknya yang comel..
Alhamdulilah. Selepas dua hari di Kampung suami, kami balik ke Putrajaya kerana ada temujanji dengan klinik Kesihatan Putrajaya untuk maternity checkup bulanan... Ini kali pertama aku berpuasa dengan ada bayi dalam rahim ku. Aku ingat kali ni dapat la aku ketahui jantina baby kami tapi rupa - rupanya... tiada pemeriksaan ultrasound.. juz check air kencing, darah dan bunyi jantung baby.. itu jer... aku agak frust jadi suami mengajak aku buat pemeriksaan ultrasound di klinik private. Aku setuju dan kami ke Poliklinik An - Nur Putrajaya. Bila masuk je bilik rawatan aku terus bagitahu doktor aku hanya nak buat pemeriksaan Ultrasound dan dia terus suruh aku berbaring. Dia mula menyapukan krim dan letakkan 'monitor' untuk scan baby tu diperutku... cari punya cari rupanya bayi kami sedang meniarap patut lah bunyi jantungnya sangat perlahan. Doktor kata, dia dalam keadaan sujud jadi takder peluanglah kami nak tengok alat jantinanya... ketika melihat keadaan baby ku dalam keadaan itu, terdetik rasa tenang sebab ia memang seakan sedang sujud dalam perut ku. Doktor  cuba beberapa kali untuk alih kedudukan tapi tidak berjaya. Bagi kami pula, walaupun tidak dapat mengetahui jantinanya.. namun kami puas hati sebab, bayi kami sihat. Itu yang paling penting. Beratnya pun dah mencapai 324gram. Sebenarnya aku dah mula merasa pergerakkanya di akhir minggu ke 19... dah masuk minggu ke 20 ni.. dia makin kuat bergerak - gerak dalam rahimku... sesekali aku rasa geli. Tapi itulah yang akan dirasai oleh setiap ibu yang mengandung....  Aku berdoa kepada Tuhan semoga aku berjaya melepasi bulan Ramadhan ini dengan penuh kekuatan dan aku dapat berpuasa penuh bersama baby ku didalam rahim... InsyaAllah.

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...