Mengesan Jantina Bayi dalam Kandungan (Tanpa ujian ultrasound)


Cerita kali ni, sebenarnya aku dan suami masih belum mengetahui jantina bayi kami walaupun usia kandungan telah mencecah 30 minggu. Al kisahnya, sudah banyak kali aku dan suami membuat ujian Ultrasound tetapi memang tak nampak jantinanya.... so, bila kami tanya doktor, dia pun tak yakin untuk bagitahu samada lelaki atau perempuan kerana banyak kes - kes sebelum ini yang tersilap jangkaan. Ada masa kedudukan bayi dalam rahim boleh mengelirukan doktor dan juga kita. Contohnya, setiap kali kami pergi ultrasound, doktor boleh tunjuk uri, jantung, perut dll tapi aku tak nampak pun.... jadi bila doktor sendiri yang tak nampak jantina, apatah lagi kami suami isteri. So, aku rasa aku perlu lakukan sesuatu untuk mengetahui mengenai jantina bayi kami.

Sebenarnya, aku dan suami tak kisah lelaki atau perempuan tapi keinginan nak tahu tu sangat kuat.... yelah.. anak pertama la katakan..... Bukan itu aja, malah keadaan sekeliling yang asyik sangat bertanya......" lelaki ke perempuan? " Kami pun tak dah penat menjawab... namun, mana ada yang benar dan sebenarnya... melainkan dah sah bayi kami dah keluar dari rahim baru lah dapat diketahui jantinanya... tapi ada 10 minggu lagi.. Jadi aku buat sedikit study, bukan untuk menerima seratus peratus tapi hanya ingin mengetahui cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan mengikut petua orang dulu - dulu.... So, aku google dan terjumpa beberapa artikel yang boleh dikongsi bersama.... bukan untuk percaya cuma ingin berkongsi sahaja... Rupanya perwatakan ibu semasa mengandung boleh menunjukkan kandungan itu lelaki atau perempuan. Tapi ini pandangan orang dulu - dulu yang banyak makan garam berbanding aku..... so, jom kita baca bersama - sama.

Kata mereka iaitu dari pengalaman mereka mengandung dulu -dulu dalam dunia perubatan, ujian ultrasound digunakan untuk mengesan jantina bayi yang dikandung ibunya, walaupun begitu cara-cara tradisional atau naluri seorang ibu telah banyak terbukti tepat biarpun sekadar meneka buah hati yang dikandungnya. Hasilnya memang tidak dijamin 100 peratus, tetapi ramai wanita hamil yang telah membuktikannya selama beratus-ratus tahun. Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk meneka jantina tersebut adalah:

1. Mengalami mual-mual yang agak teruk selama trimester pertama itu pertanda akan mendapat bayi perempuan. Sebaliknya jika tidak mengalami mual-mual teruk atau tahap mualnya rendah petanda anak laki-laki.
- Pengalaman aku : mengalami alahan yg teruk ketika mengandung 1-5 bulan… tak tahu lagi lelaki ke perempuan

2. Tonjolan perut tinggi (runcing) petanda anak lelaki. Sebaliknya jika tonjolan perut rendah petanda anak perempuan.
- Pengalaman aku : x reti nak gambarkan..tp ramai yg teka aku dpt anak lelaki.... makcik - makcik sebelah ayah semua cakap anak lelaki... tapi tak tahu lagi......

3. Tubuh terasa lebih bengkak terutama pada peha dan punggung dipercayai sebagai tanda anak perempuan yang sedang mengambil kecantikan ibunya. Tapi jika kelebihan berat badan cenderung ke depan itu pertanda anak lelaki.
- Pengalaman aku : haha..berat aku memang semakin meningkat selepas 5 bulan.....

4. Lebih suka makanan yang mengandungi protein seperti daging serta suka makanan yang masin dan asam itu pertanda anak lelaki. Sebaliknya jika suka makanan manis dan buah-buahan petanda anak perempuan.
- Pengalaman aku : Alahan aku teruk jadi aku suka makan buah - buahan masam macam epal hijau dan oren untuk hilangkan mual ..... aku juga sangat suka makan buah - buahan yang manis.. pendek kata aku memang sangat suka makan buah.

5. Posisi tidur jika lebih suka arah utara dipercayai petanda anak laki-laki, tapi sebaliknya jika lebih senang tidur ke arah selatan petanda anak perempuan.
- Pengalaman aku : sejak 5 bulan ke atas aku  suka tido mengiring ke kanan…walaupun menurut buku panduan mengandung, wanita hamil mestilah tidur mengiring ke kiri namun aku memang tak boleh. Aku hanya boleh lelap jika mengiring ke kiri......mmg ramai yg ckp kalau tidur ngiring kanan dpt anak lelaki.. macam mana?

Memang belum ada bukti ilmiahnya, tapi dari pengalaman perempuan-perempuan hamil ciri-ciri tersebut terjadi ketika mereka mengandung anak lelaki atau perempuan.

 Yang mana aku tanda warna merah.... itulah yang aku alami.... so jom kita tengok....

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki

  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan

  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

So, inilah tanda - tanda yang aku alami sepanjang hamil..... tandanya banyak kepada bayi lelaki..... Tapi apa yang aku alami dan yang aku perasan tentang diri aku tiada dalam petanda ni, antaranya masa aku hamil ni tetiba je aku :

  • Tak boleh makan masakan sendiri... masak tapi tak rasa apa -apa tapi suka masak untuk orang lain.
  • Aku suka sangat dengan perhiasan seperti barang kemas dan batu permata.
  • Ada masa aku rasa nak sangat make up... rasa yang meluap - luap nak make up.. paling aku suka nak pakai eye shadow... tapi aku tak pakai takut orang cakap buang tabiat ... hahaha!
  • Aku jadi boros.. beli je apa yang nampak berkenaan.. tak fikir dah..
  • Mata jadi blur... lain macam...
  • Ada masa sangat malas...ada masa rajin
  • Menjadi seorang pelupa yang sangat teruk....

tapi , semuanya kuasa Tuhan... apa yang diberikan olehNya kami terima dengan Redha.... yang penting bayi kami selamat.....InsyaAllah!

Comments

  1. Bila dah tau jantina, bgtau tau .. same je dengan sy . pun konfius lelaki ke perempuan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dell... saya dah selamat bersalin... skrg anak saya dah lima bulan lebih. Dan, sememang nya betul la tanda nya ini.. bagi saya la sebab anak saya memang lelaki... tapi akhirnya kena tengok bila bersalin nanti. Harap dell dan baby akan selamat...

      Delete
  2. Replies
    1. Salam.. tima kasih sbb sudi baca entry ni... mmg terbaik... try la.. cuba betul ke tak..

      Delete
  3. akak dah anak dua girl n boy.dari pengalaman akak memang akak akui dari segi bentuk perut pun kita leh tau misalnya anak lelaki perut agak lojong lebih keatas,kalau anak pompuan perut bulat je.pas tu kalau ngandung anak pompuan rasa nak make up aje.masa ngandung ank lelaki dulu bedak pun malas nk pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Terima kasih kak iza sebab sudi baca entry saya ni... saya masa mengandung tak tau nak tgk perut.. tapi memang perut tu tajam ke depan... dan memang benar anak dalam perut tu lelaki... apa- apa pun, alhamdulilah.. semuanya selamat anak saya pun dah 6 bulan dah tumbuh gigi pun..2 batang...

      Delete
  4. salam nadiya..
    info yang menarik. saya dah 32w tapi masih tak tahu jantina bayi saya.
    pastu bila baca yang nadiya tulis, kita ada persamaan tang nak mekap.
    gila la... datang angin nak bermake up, siap gugel tutorial lagi.
    especially bab eye shadow. apahal eh??? memang buat tabiat sungguh, haha...
    daripada instinct, saya duk rasa bb saya mungkin boy. agaknya, hehehe.
    anyway, mohon copy entry nadiya ni dekat blog saya, leh ke?

    ReplyDelete
  5. Salam CT Zuraimi...

    Terima kasih kerana sudi membaca entry saya ini. Memang perangai kita hampir sama masa mengandung ni... tapi nak percaya seratus peratus tu memang saya tak galakkan... keputusanya kena tgu bila baby lahir nanti.. baru kita tahu boy ke girl... nak copy? Silakan... ini semua ilmu yang kita boleh kongsi bersama... tapi lagi bagus ceritakan pengalaman ct semasa hamil dan persamaanya dengan ujian ini.. tengok hasilnya.. dan saya harap bila lahir nanti boleh kongsikan dgn saya baby ct boy ke girl..?

    ReplyDelete
  6. Hello Nadiya, thanks for the info. Saya pun sama nak tahu sangat jantina anak. Tapi baru2 ni buat check up gynae tu ckp baby girl sbb takde 'cocoba' kat kepala masa buat ultrasound. I was like... Huh?? First time ever dengar. Then tak puas hati jumpa gynae lain plak. Doc tu plak ckp dia pun tak penah tau ada pattern mcm tu. Dia cuma ckp the only way nak tau jantina baby time ultrasound je. Dgn tgk organ bawah baby tu. Nanti if dah tau result yg sebenar saya kongsi. Saya siap google, tanya kawan2 doctor yg lain if dorang penah dgr pattern 'cocoba' dlm kepala baby ni. Maybe kena refer pakar otak kot. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cemmya... tima kasih sebab sudi baca entry saya ni. Tahniah sebab bakal jadi ibu. About what your Dr said... i memang never heard la.. apa maksud dia 'cocoba' tu?? So, macam mana dgn tip2 di atas... ia lebih menonjol kepada boy ke girl? Apapun.. semoga selamat semunya... nanti share lah resultnya ek.. chow!

      Delete
  7. emmm...first baby n second baby tak dak morning sicknes langsung...suka makan sate daging...asam2 ni tak suka...tak dak loya2 pun....yang kuar pun memang boy...ni pun alhamdulillah....baru 6 weeks...feeling yg sama...tak dak morning sicknes..tak dak loya2....suka makan sate daging.....tp berharap sangat nak bb girl...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mksdnya.. anak awk dah nak masuk yang ketiga yer.. tahniah. Bagusla kalau tiada morning sickness.. saya memang morning sickness sampai 5 bulan baru reda.. saya doakan semoga awak akan mendapat bb girl..

      Delete
    2. saya rasa apa yang puan senaraikan tu agak betul.anak pertama saya girl.mmg loya teruk berbanding yang kedua boy.lepas tu perut membulat yang pertama dan runcing ke depan yang kedua(boy).cergas jugak mengandung anak boy.tp yang ketiga ni campur2 cirinya..dah konpius pulak tp mmg tak tahan bau tumis n loya teruk.suka makanan manis2.doc pun x nampak jantina so saya gueass girl kot.hihihihiih

      Delete
  8. saya pun mengandung ni no.4
    no1 dan no2 boy.. Masa mengandung no1 dan no2 saya hari2 nak kelihatan cantik.. Pergi kerja mesti mekap lawa2.. minyak wangi pun spray x ingat dunia. tak tahan bau nasi yg sedang ditanak.. tak tahan bau dapur yg tengah menumis. Hari2 nak makan daging..Lauk2 saya masa tu, daging, kambing dan salmon. tapi rambut, kulit kepala, kulit muka dan badan mmg cantik..tak pakai krim pun berseri2 lawanya..kalau bab loya tu mmg dari pagi sampai malam loya nya tak hilang..suka makan yg masam2 utk menghilangkan loya.

    kandungan no3 tak menjadi sbb saya keguguran..Allah lebih menyayangi dia.. Masa tu saya tiba2 suka sangat baking..buat kek la, cookies la..i had a great time with that baby walaupun sekejap sahaja masa kami bersama.

    sekarang ni saya mengandung no4. again tak tahan bau tumis2.. tak suka memasak langsung, kalau kena masuk dapur, saya rasa teramat stress. loya dari pagi sampai malam..tak suka mekap, tak suka bau busuk atau terlalu wangi.. kulit kepala ada masalah kelimumur dan muka saya mcm nak tumbuh jerawat pulak ni,. padahal saya bukan jenis ada masalah tu selama ni.. suka makan buah yang manis2 dan sayur..suka minum fruit juice. suka makanan laut dan steak. saya mcm selekeh sikit la kali ni sbb tak suka mekap.. kalau kali ni perempuan, alhamdulillah..kalau boy juga, alhamdulillah juga la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih puan sebab sudi berkongsi di sini... memang ada perbezaan yang ketara dengan anak2 sebelum ni kan... mungkin girl kut... tapi itu semua ketentuanNya.. apa pun kita terima dengan redha... saya doakan semoga puan selamat melahirkan.. dan semoga keduanya selamat dan sihat.. insya-Allah..

      Delete
  9. Bila baca entry ni mcm kearah bby boy je sbb sjak tahu pregy xpernah nk muntah.. Hoho.. Mmg family harapkan bby boy pun sbb fmly saya adk beradik suma gurl.. Huhu.. Anak kakak saya pun gurl.. Hope betul la boy.. Tapi tu semua kerja Allah.. Saya n hubby xkisah pun bby boy or gurl.. Jnji sihat sempurna n cukup sifat.. Btw.. Nk mintak share info ni dalam blog saya ye.. Tq so much..

    ReplyDelete
  10. as salam. dah 3-4 kali saya baca entry ni, x pernah jemu. seronok baca pengalaman2 ibu mengandung. now i'm 18 weeks preggy, kandungan yg ketiga. yg 1st girl, 2nd boy. both preggies till preggy yg ni, morning sickness saya sgt teruk masa 1st trimester. seriously teruk! rasa mcm nak ambil unpaid leave for the 1st trimester tu.

    but now, alhamdulillah. semuanya dah ok. perut pun dah mula nampak. kalau tgk balik dari listing tanda2 tu, bnyk ke arah perempuan. actually, i don't mind anak apa. my hubby kalau boleh nak lelaki, bole sepasang ngan abgnya. tapi kalau dpt girl pun bagus jugak. silang bunga org kata. hehehe. insyaAllah..apapun semuanya ketentuan Ilahi. terima je apa yg Dia bagi dgn redha dan syukur.

    boleh saya copy dan kongsi info ni ke blog saya? thanks ya dan salam kenal dari saya :)

    www.suriaqistina.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      Tima kasih sbb sudi berkongsi di entry ini. Memang entry ni pun yang paling famous pun.. nampak sgt ibu2 teruja untuk tau jantina anak secara semulajadi kan?.. silakan jika ingin berkongsi.. sbb saya pun dpt artikel ni di blog orang lain jugak... apa pun, bestnya, saudari dalam proses untuk dapat anak ketiga.. saya skrg tengah mengandung anak kedua dan insyaAllah boy lagi.. entah bila la dapat anak ketiga nanti.... apa pun saya doakan agar saudari selamat mengharungi proses kehamilan ketiga dan selamat melahirkan.. InsyaAllah...

      Delete
    2. So anak ke 4 tu gurl ke boy?

      Delete
  11. Best entry ni....sy preggy ank ke 3..dua2 ank sy boy.. bdn sy preknen kn diaorg nampk slim dr blakang..perut besar ke dpn..hopefully 3rd baby ni gugurl la..kali ni kuat mkn semacam x mcm sblm ni..sy kena ekzema yg dr peha ke tapak kaki awal2 preknen..tepaksa pntang ayam n seafood..huhu..lain benor dr abg2 nya..

    ReplyDelete
  12. Best bca blog ni...mcm2 crita ada. Sy bru ja mngandung dlm 6 mgu..insya Allah baby yg ke 5..he3. Sy dh ada 4 org hero...dlu klu ngandung sy x teruk sgt alah,tp klu bau rebusan ayam...sup2 smua 2,mmg sy x tahan sgt. X plak nk mkn asam2...klu nk kluar rumah make up mcm biasa. X suka mkn nasi...mkn mee2 ja..kali ni sy ngandung rasa malas sgt,mls sgt nk sikat rambut...make up pun ala kadar...ni bru lg pregnant,xtaw la apa plak nti..

    ReplyDelete
  13. ASSALAMMUALAIKUM.....NADIYA,SERONOK BILA BACA RUANGAN NI,SY DAH ADA3 ORG NA LELAKI,DAN SEKARANG SY PREGNANT ANAK KE 4 PENGALAMAN SEBELUM NI,,SUMENYE X PERNAH LOYA ATAU MONINK SICKNESS..BUT YG KALI NI LEN SIKIT,,,DARI AWAL KANDUNGAN HINGGA USIA KANDUNGAN 5 BULAN..ASYIK LOYA2 N MUNTAH2 JE...TENTANG MAKAN PLAK,,MANG SUKA MAKAN MANIS2,,MINUM MANIS2 PENDEK KATA SUMA BENDA NAK YG SWEET2 JE..WARNA KEGEMARAN PON DAH BERTUKAR..SEBELOM PREGNANT SUKA SGT2 WARNA KUNING..TP SEJAK PREGNANT TETIBA SUKA WARNA PINK...WARNA YG TERAMAT SY BENCI SEBELUM NI..SKG DAH 32W,,N STILL X TAU AG JANTINA BEBY SY...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pn pregy ank yg ke4 tringin sgt nk bb girl..seblm ni semua boy..aminnn

      Delete
  14. Best baca entry ni. Saya pregnant 6 weeks. Harap2 girl coz dah ada 4 heroes. Saya loya2 n pening time pagi. Suka mkn buah2... Juice masam2 tp kurang mkn sayur. Rasa malas yg amat sgt, x blh nk masak. Kemas rumah pun ala kadar je. X brape suka nak make up.

    ReplyDelete
  15. Bagusnya entri ni. Thanks berkongsi :)

    Tumpang lalu ye tuan tanah..
    Saya ada menjual set menyusu, bersalin & hamil :)
    http://thevitamomshop.blogspot.com
    http://facebook.com/vitamom

    ReplyDelete
  16. Seronok bce.tp sy kompius la sis.petua2 ade yg kata..perut rendah bby boy..perut tinggi bby girl..xtw la kn..skng sy prggy ank no 2..suke sngt tdo belah kanan..tp rase bby kt belah kiri..perut sy kedpn je kosong dkt pinggang..prggy kali ni ramai ckp kurus..mse ank first sume kembang..gurl..skng 20week xscan lg..firasat sy boy.tp ble bce petua..ade yg xkne.so jd kompius.hehe..ank sy gurl sjk prggy ni rapat sngt ngn sy.hr2 dok gosok perut2 ni..berckp ngn adik..hehe...hrp2nye bby boy la..aminnn

    ReplyDelete
  17. Salam best bce nk tau jntina byi ni excited je rse...skrg ni ngah mgndung 24week ank ke3 no1 dn no2 gurl hope ketiga ni dptla boy insyallah...time mgndung sebelum ni xpenah ade loye muntah cme dmm dn penin jer tp yg ni ade muntah loye mls nk msk nk wat kje uma asek nk kepit je ngan huby nek rimas dh dye hihi tp nk wat cmner rse rinduu jer bile jauh....bntuk perot ni bile tgk bulat tgk kt cermin npk kedepn ckit xtau la kn..wkt mual tu ske mkn asm masin bila dh xmual sumer telan jer hihi pnh gak wat scan tp bby tutup malu cm xnk tnjuk hihi ape2pun sy teme boy ker girl yg penting sht walafiat ckup semuanya aminn

    ReplyDelete
  18. Salam, saya skang ni prggy no.4....1st gugur masa 10 mgu n xde morning sickness lgsg. No.2 & no.3 xde morning sickness jgk cuma xde selera mkn nasi je utk 1st trimester n suka mkn gula2 n dua2 pon gegurl.....skang ni dah 22w prggy no.4....masa wat baseline ultrasound dr ckp maybe girl sbb x nmpk toot dia....tp Wallahua'lam, semuanya kerja Dia kan....sya mmg suka mkn msm n masin....hsbd pon selalu komen sya msk masin skang ni....hehehe....hopefully dpt bby boy pulak kali ni....tp kalau dpt gegurl lagi pon terima dengan hati terbuka...semoga bby sihat, selamat & sempurna sifatnya....Aamiin.

    ReplyDelete
  19. info yg menarik. Terima kasih untuk perkongsian ini.

    ReplyDelete
  20. Klo tgk list sy rse baby sy gurl.skng dh 31w.scan xnmpk jntina.1st trimester mmg alahan truk.tp lps tu ok dh.tdo plk lbih ke knan.klo kiri rse baby tendang2.xslesa plk.n sy mmg suka brhias.tp simple jela sbb kt umh kn..huu..

    ReplyDelete
  21. hurmmm,saya prggy no 2,first gurl..ms first prggy mmg alah trok,mkn pn xlalu,mkn nsi sesenduk pn xabis..tp suke mkn mnis2,hri2 mkn aiskrim,cklat,mmg gle smua tu..ni yg second,pn trok jg morning sickness smpai sebulan dduk rumah rehat..g kje mmg xlarat,nk pitam n penat..tp after 1 month,morning sickness tu da krg,alhamdulillah kali ni berselera mkan,mcm2 bole masok,cma xboleh bau sup ayam,bygkan sup ayam pn da ckup loya..hihi..ms first dlu sye mmg mlas bgye,smpai suami pn tgor muke nmpak tue,tp kli ni rmai ckp muke berseri2..dr sgi bgye plak pn sme jg xsgt nk bgye..skg da 28w prggy,kmgkinan dpt gurl lg,alhamdulillah,wlaupun hsband nk sgt boy..huhu,tp kmi xksh jnj dua2 slmat n sihat..

    ReplyDelete
  22. hurmmm,saya prggy no 2,first gurl..ms first prggy mmg alah trok,mkn pn xlalu,mkn nsi sesenduk pn xabis..tp suke mkn mnis2,hri2 mkn aiskrim,cklat,mmg gle smua tu..ni yg second,pn trok jg morning sickness smpai sebulan dduk rumah rehat..g kje mmg xlarat,nk pitam n penat..tp after 1 month,morning sickness tu da krg,alhamdulillah kali ni berselera mkan,mcm2 bole masok,cma xboleh bau sup ayam,bygkan sup ayam pn da ckup loya..hihi..ms first dlu sye mmg mlas bgye,smpai suami pn tgor muke nmpak tue,tp kli ni rmai ckp muke berseri2..dr sgi bgye plak pn sme jg xsgt nk bgye..skg da 28w prggy,kmgkinan dpt gurl lg,alhamdulillah,wlaupun hsband nk sgt boy..huhu,tp kmi xksh jnj dua2 slmat n sihat..

    ReplyDelete
  23. hurmmm,saya prggy no 2,first gurl..ms first prggy mmg alah trok,mkn pn xlalu,mkn nsi sesenduk pn xabis..tp suke mkn mnis2,hri2 mkn aiskrim,cklat,mmg gle smua tu..ni yg second,pn trok jg morning sickness smpai sebulan dduk rumah rehat..g kje mmg xlarat,nk pitam n penat..tp after 1 month,morning sickness tu da krg,alhamdulillah kali ni berselera mkan,mcm2 bole masok,cma xboleh bau sup ayam,bygkan sup ayam pn da ckup loya..hihi..ms first dlu sye mmg mlas bgye,smpai suami pn tgor muke nmpak tue,tp kli ni rmai ckp muke berseri2..dr sgi bgye plak pn sme jg xsgt nk bgye..skg da 28w prggy,kmgkinan dpt gurl lg,alhamdulillah,wlaupun hsband nk sgt boy..huhu,tp kmi xksh jnj dua2 slmat n sihat..

    ReplyDelete
  24. Says keliru dgn tanda suami juga turut naik berat badan kalau baby boyke atau baby girl.....

    ReplyDelete
  25. Says keliru dgn tanda suami juga turut naik berat badan kalau baby boyke atau baby girl.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      Terima kasih Siti Hashinah kerana sudi membaca blog saya ini.. berkenaan dengan kenaikan berat badan suami.. tak pasti ia akan mempengaruhi jantina bb awk.. apa pun sy harap awk dan bb akan selamat.. insyaAllah.

      Delete
  26. As salam.. seronok baca komen bakal2 ibu semua.. harap2 apa yang dihajati ibu semua termakbul dengan izin Allah SWT.. sy tgh prgnant 13 mggu utk bb ke 4.. in shaa Allah.. anak pertama hingga no 3 semua hero.. dari segi alahan pulak kali nie agak teruk dri sblm nie.. pening, loya n muntah sepanjang hari terpaksa makan ubat tahan muntah baru boleh g kerja klu xmkn memg melepek jea n rasa teramat2 malas nk uruskan umah, masak pn xblh sebab xblh nk bau bahan menumis n bau nasi tgh mendidih pun rase loya teramat sgt. selera makan pn kurang nasi lgsung xselera nk mkn.. muka n badan pulak pulak berjerawat yang agak byk.. klu sblm nie jerawat tumbuh sebijik dua time nk period jea.. stress sgt tgok muka yg kusam n berjerawat. kesian en hubby terpaksa uruskan umah ngn anak2.. emm sy harap sgt kali nie dpt bb girl.. kesian en hubby teringin sgt nk bb girl..

    ReplyDelete
  27. As salam.. seronok baca komen bakal2 ibu semua.. harap2 apa yang dihajati ibu semua termakbul dengan izin Allah SWT.. sy tgh prgnant 13 mggu utk bb ke 4.. in shaa Allah.. anak pertama hingga no 3 semua hero.. dari segi alahan pulak kali nie agak teruk dri sblm nie.. pening, loya n muntah sepanjang hari terpaksa makan ubat tahan muntah baru boleh g kerja klu xmkn memg melepek jea n rasa teramat2 malas nk uruskan umah, masak pn xblh sebab xblh nk bau bahan menumis n bau nasi tgh mendidih pun rase loya teramat sgt. selera makan pn kurang nasi lgsung xselera nk mkn.. muka n badan pulak pulak berjerawat yang agak byk.. klu sblm nie jerawat tumbuh sebijik dua time nk period jea.. stress sgt tgok muka yg kusam n berjerawat. kesian en hubby terpaksa uruskan umah ngn anak2.. emm sy harap sgt kali nie dpt bb girl.. kesian en hubby teringin sgt nk bb girl..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah.. dah masuk bb ke 4.. murah rezeki awk sekeluarga. terima aksih sebab sudi berkongsi dengan saya tentang kehamilan bayi ke 4 .. saya doakan semoga apa yang dihajti tercapai.. tapi jika tak tercapai.. jgn kecewa.. dan cuba lagi.. berdoa selalu pada Allah.. insyaAllah.. sy doakan semoga semuanya selamat.. insyaAllah.

      Delete
  28. my first baby.. husband teka baby gurl sbb mamanya suka merajuk merengek dan manja. haha

    ReplyDelete
  29. As..salam.. tersenyum sy bace semua komen2 bakal ibu2 nie.. hehe sy skrg preggy 2nd baby 34weeks.. 1st baby boy.. time preggy bby 1st sy mmg sihat alhamdulillah xda langsung alahan.. muntah2 or sebagainya.. tp sy mmg malas makeup, teruk sgt muka..sy suka pakai seluar pendek hubby ( hahaha ) suke sesangat..malas segala hal,suke maen game,suka makan masin2.. tp kali ni preggy 1stmonth smpai 5 tetap muntah mornigsicknss y teruk..mmg xlarat sgt2,muka xberseri,tp tiap kali kluar or kje mesti nak makeup,xtahan bau hubby langsug..mcm2 alahan mmg xserupa yg 1st.. tp 2nd baby ni dh 2x scan sekali ckp bby xnpk sekali ckp boy.. hope sgt dapat baby gurl kali kalau ikot tanda2 tu cam baby gurl.. hehe doakan sy selamat dan permudahkan kelahiran utk kali ini.. xkesah bby apa janji selamat semuanya...

    ReplyDelete
  30. Saya pregy ank ke 2...tanda2 bnyk ke arah baby boy..tpi scan doktor ckp baby girl...harap sgt dpt baby boy , kesian suami nk sgt baby boy..tpi kalau baby girl pn kami terima asal sihat jee...hihiihh

    ReplyDelete
  31. Assalam...saya baru preggy anak sulung baru nak masuk 2 bulan.. berdasarkan ape yg sy rase, 1st time sekali sy muntah banyak lps sy makan ayam KFC... saya muntah kat toilet KFC tu... lepas pd tu...sy xboleh sentuh ayam langsung..tp sy xde muntah2 lg lps tu..hanya sekali je..sy cume rase mual2 je...n tekak ni loye2..yg kedua sy rase pening kepala tahap gaban nak mati...mmg sakit giler..klu tahap giler tu mmg dah sakit sangat kepala ni..smpai skrg..dahla bulan puasa skrg ni..kadang sy xpuasa kalau sy xtahan sgt.. especially klu sy mkn daging...pening sy akan semakin teruk..so sy dah blh tahu yg sy mmg xleh makan ayam n daging.. sy hanya makan ikan n seafood je skrg..seterusnya..sy mmg xleh bau minyak wangi..definitely not..klu suami sy pkai mmg sy angin..sy xblh bau langsung..kalau suami pakai sy akn pastikan dia mandi dulu..sy rela kalau badan suami sy tu bau sabun lifebuoy..sy xbrp gemar makanan manis.. badan sy letih n xbermaya..dahlaa skrg sy bkerja sebagai kerani..dlm kepala sy skrg ni cume nak berhenti kerje je..tp mgenangkan nk cr duit..sy gagahkan jua..sy mmg malas sejak hamil ni..xsuke tido bilik..lebih suke di ruang tamu..sy xbrp gemar mekap..tp sy leih suke skincare utk licinkan kulit secara neutral..sy xbergaya..da lme xbeli baju baru..n sy juga xsuke bunyi bising..sy sukakan ketenangan.. agak-agak baby sy boy atau girl.. :)

    ReplyDelete
  32. Sy sdg preggy ank sulung... Masih tertanya lagi jantina lelaki ke perempuan... Sbb sy ada morning sickness sngt teruk... Sampai air mineral pon dia xnk minum, susu pon xnk minum... Smpai sy dh pning... X thu nk mkn ape lgi... Pergi check up doc bising berat badan turun mendadak... Sbb x kerap mkn... Sekarang sy mampu mkn cococruch je... Nasi berlauk, mee goreng² smua sy xnk... Kecuali buah²an... Bab pasal makeup tu sblom ni pon sy suka makeup, tgh preggy pon makeup jgk tpi x selalu sbb badan letih... X larat nk makeup hari²... Klau ddk rmh tu... Rasa nak tidur je... Ramai kata ank dlm perut ni lelaki, tpi wallahu alam... Sy tk kesah lelaki atau perempuan, yg penting dia anak darah daging saya... Harap baby sihat walaupon mak nya, x bermaya dh sbb asik muntah je... Pagi siang mlm nk werk werk....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts