Wednesday, November 23, 2011

InsyaAllah semuanya akan Selamat



Alhamdulilah, kini usia kandungan ku telah mencapai 36 minggu. Dia makin kuat dan kerap bergerak. Kebanyakanya bila dia bergerak aku akan merasa sakit kerana dia bergerak dan mengeras. Ini pertama kali aku hamil jadi aku memang tak fasih dengan pergerakan anak ku ini. Boleh dikatakan pergerakanya agak lasak dan sebelum ini aku pernah berkongsi tentang mengesan jantina anak dalam rahim tanpa menggunakan ujian Ultrasound dan ternyata ia betul. Untuk sahkan,  dalam minggu ke 30 aku berjumpa dengan pakar dan tepat sekali jantina yang aku perolehi dari ujian tersebut. Alhamdulilah.

Tetapi, sebelum aku tahu bahawa aku hamil aku pernah didatangi mimpi seorang bayi lelaki, selepas itu baru aku tahu bahawa aku hamil  dan selepas itu naluri hati ibu ini kuat mengatakan bahawa bayi dalam rahim ku ini adalah lelaki. Tetapi aku tidak 100% yakin dengan naluri ku.. dan aku serah saja pada kuasa Tuhan. Lagipun aku dan suami terima seadanya lelaki atau perempuan. Malah semasa diberitahu oleh pakar bahawa bayi ini adalah lelaki aku terpaku dan tak terkata kerana aku tidak sangka rupanya naluri ku itu benar. Suami aku yang paling gembira bila mengetahui tentang itu. Bila terlihat rupanya dan 'bird' semasa ujian ultrasound, dia tak berhenti- henti tersenyum. Aku gembira bila melihat dia gembira. sekarang aku hanya berserah padaNya Yang Maha Esa.

Bila usia kandungan ku mencapai 9 bulan ini badan aku mula rasa penat lain macam dan badan rasa sangat berat. Namun kena kuatkan semangat. Banyak rasa yang aku tak pernah rasa sebelum ini aku rasakan sekarang. Pangkal peha aku rasa sakit dan lengguh hingga menyebabkan aku rasa susah dan berat untuk berjalan. Ketika baring juga badan rasa sakit pinggang dan belakang. Ada masa aku juga rasa sakit bahagian perut bawah. Ini mebuatkan pergerakkan aku makin banyak terbatas. Hingga ada masa sangat susah untuk aku bangun jika aku duduk dilantai dan bersila.

Dia pulak makin galak bergerak dalam rahim ku yang aku rasakan sangat sempit untuk dia. Aku rasa macam tu sebab jika dia bergerak sedikit pun aku dapat pergerakan dia sangat kuat. Ada masa dia bergerak sikit je dan da masa dia bergerak banyak dalam satu masa. Semalam, selepas aku sembahyang aku dapat rasa benda pelik ari - ari aku... aku rasa sangat geli dan terasa nak kencing.. so, aku ke toilet untuk kencing tapi tak keluarpun akir kencing... aku rasa lagi.. jadi aku tanya kakak aku dan dia cakap itu la rasa rambut dia sebab kepala dia dah ke bawah..... bila aku dengar jawapan kakak ku aku terus tersenyum... " macam tu rupanya" .... 

So, kini aku masih bekerja dan mungkin dua minggu lagi aku akan balik kampung kerana aku ingin melahirkan dia di kampung dan berpantang bersama keluarga. Cuma aku terpaksa la berjauhan dengan suami tercinta sebab dia di Kuala Lipis, Pahang dan aku di Kubang Kerian, Kelantan. Terpaksa la berjauhan untuk seketika kerana bayi tersayang kami. Buat masa sekarang kami berdoa semoga semuanya akan berjalan lancar dan on due. Semoga aku dapat melahirkanya dengan mudah dan selamat. Semoga aku dan bayi ku selamat. InsyaAllah... segalanya aku berserah kepada Mu, Ya Allah. 

Dunia Baru.. Putrajaya

View dari tingkap bilik ofis baru ku
Akhirnya setelah sabar menanti selama 11 bulan akhirnya Pejabat tempat aku bertugas berpindah jua ke Putrajaya. Jika tidak dari Disember 2010 aku terpaksa berulang alik dari Putrajaya  - Kuala Lumpur dan melalui higway MEX sepanjang 88km(pergi balik) setiap hari. Terpaksa bangun seawal 5.30pg setiap hari dan memandu bergilir - gilir bersama teman ku yang juga tinggal di Putrajaya.

Dari awal tahun lagi aku dah kuatkan hati untuk bersabar dengan keadaan yang aku alami sepanjang tempoh itu. Penat memandu jauh dan terlekat dalam kesesakan terpaksa aku terima dan menerbitkan juga rasa tertekan sekali sekala tapi aku hadapi juga kerana itu adalah pilihan aku. Sehinggalah aku berbadan dua barulah aku merasakan tekanan yang semakin menekan dan beban tugas yang memaksa aku mengelakkan diri dari membuat kerja lebih dari waktu kerja biasa.

Tapi aku memang jenis yang gila kerja dan kerana itu ada masa aku terpaksa balik lewat malam seorang diri. Jika diikutkan risiko yang aku ambil amat tinggi kerana aku hanya seorang wanita tapi demi tugas dan amanah yang telah diberikan kepada aku, sekiranya aku mampu aku akan lakukan. Banyak kenangan pahit dan manis aku sepanjang aku menetap di Putrajaya tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Namun kini, aku bersyukur kerana akhirnya doa aku dimakbulkan. Akhirnya, Pejabat aku berpindah juga ke Putrajaya dan mengurangkan sedikit beban hidup seharian hidup ku. Alhamdulilah!

Kegilaan aku ketika Hamil

Masa mengandung kita akan melakukan pelbagai perkara yang pelik - pelik. Aku pun tidak terkecuali. Masa dalam 7 bulan mengandung aku asyik gilakan Waffles Gardenia. Tak pernah lagi dalam hidup aku taksub mcam ni sekali. Tiap kali beli sarapan aku mesti beli sekali waffle Gardenia ni. Nak kata sedap tak der lah tapi kalu aku tak makan memang rasa tak lengkap makanan harian aku. Hampir 3 minggu jugak la aku duk gilakan waffles ni.. pastu tu baru aku berhenti makan bila dah rasa muak tak boleh nak telan.... yang bestnya ia dijual pelbagai perisa pada hari yang berlainan. Aku tahu ni pun sebab aku follow beli hari - hari.... sbb tu la aku kata tabiat orang mengandung ni pelik - pelik... hehehehe


Tak sempat nak snap aku dah makan... gelojoh ek

Sebab kempunan.. rasa bunga cengkih pun aku telan..

Semua perisa aku dah rasa.. tap ada yang aku tak sempat nak snap.. letak sini..

Ini yang paling aku suka.. my favaourite falavour....

Korang semua yang penah mengandung da tak kegilaan sebegini? Jom kongsi... mesti best!

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...