Wednesday, December 19, 2012

Teruja


Sebenarnya, hati keibuan aku ni tak sabar sangat menunggu tarikh 23.12.12. Tanggal yang membuktikan yang Awra Nashrullah, anak pertama ku cukup setahun. Aku memang dah tak sabar untuk tiba detik itu.. rasanya amat lambat masa ini berlalu..walaupun aku tengah sarat mengandungkan anak kedua sekarang tapi aku memang ingin meraikan Harijadinya yang pertama, aku rasa ingin masak masakan yang sedap dan istimewa untuknya... walaupun aku sendiri tak pasti samada aku masih larat untuk masak ataupun tidak... ^_^  tapi jika korang faham apa itu maksud teruja... apa2 pun korang akan mampu melakukanya... semoga ibu masih kuat untuk hari istimewa Awra.... teruja nya hati ini.!!! Ya Allah percepatkan masa ini!!!

Friday, November 30, 2012

Rezeki kedua

Assalamualaikum semua..serta salam Jumaat, penghulu segala hari ..... pada semua yang suka membaca perkongsian ini... Alhamdulilah.. memang itu lah yang akan keluar dari mulut aku ini.. So,  hari ini aku nak berkongsi berita gembira yang tak semua orang  merasainya... dengan kuasa Allah.. aku mengandung lagi anak kedua.. hari ini.. kandungan sudah berusia 26 minggu aka 6 bulan lebih. 

Alhamdulilah... setakat ini bayi dalam kandungan ini sihat dan sangat aktif. Begitu juga dengan anak pertama aku yang bulan Disember depan genap setahun, sangat aktif sebab baru dapat 'lesen L' berjalan. Kenapa aku cakap lesen L.. sebab walaupun dah boleh berjalan tapi jalanya tak lurus tapi berterabur... ikut suka dia nak berjalan ke mana pun.. bila laju sikit.. jatuh. Pastu akan bangun semula dan jalan lagi.. ada masa dia tak akan berhenti berjalan - jatuh - bangun - jalan lagi. Itulah keje dia seharian selain dari mengigit sebab gigi atas aku ingat kan tumbuh 4 je.. rupanya bila dikira... 6 sekali tumbuh sekata.. sekali dengan taring.. aku agak sebab itu la dia demam teruk tempoh hari...(itu yang aku teka la)

So, mesti korang cakap.. cepatnya.. kan untuk aku mengandung lagi... bagi aku biasa je sebab da orang lagi cepat dari aku. Aku kira kosong 6 bulan then, berisi semula. Masa mula nak lekat tu aku dah boleh rasa lain macam.. bila je masuk tandas aku rasa nak muntah... aku dah tergerak hati, aku mengandungkah? Tapi aku nafikan je sebab masih awal lagi... lepas tu, bila period tak datang2 aku terus yakin.. mesti lekat ni.. xyah guna urin test.. aku sendiri boleh agak.. sebab pengalaman dari yang pertama kan... so, aku terus assume aku preggy. Tapi aku tak cakap pun pada suami... aku diam je.

Bila tiba soal merancang.. mesti orang bertanya aku tak merancangkah? Sape yang tak nak merancang.. namun, ini semua ketentuanNya.. kerana itu aku terima berita gembira ini dengan tenang hati. Suami tak payah cerita, dia lah yang paling happy bila aku khabarkan yang aku berisi lagi... aku ingatkan dia tak bersedia lagi.. rupanya dia memang nak. Sebab itu lah bila aku beria nak cucuk depo or makan ubat perancang dia tak bagi.. dia tegaskan semua itu ada kesan pada diri aku nanti.. tak sihat... jadi kami memang hanya merancang secara semulajadi... jadi, bagi aku ini memang ketentuanNya.. aku mengandung untuk kali kedua ini.. sebab ada juga kawan2 aku yang lain.. dah 3 or 4 tahun tapi masih tak lekat walaupun mereka memang menginginkan anak kedua.. jadi, bagi aku.. Inilah hadiah Allah kepada kami.. dan aku terimnya dengan hati terbuka. Aku tak nak nanti terlampau merancang... akhirnya.. merancang ke mana.. anak ke mana.. menunggu la masa yang lama lagi nak lekat semula,... Bagi aku juga inilah masa terbaik untuk aku mengandung sebab.. usia aku sekarang dah 29thn .. masuk 6 bulan kandungan ni..aku dah termengah - mengah ni kan pula aku nak mengandung bila umur dah masuk 30 an... tak tau lagi apa ceritanya.. masih mampukah aku... Jadi, aku syukur pada mu Tuhan.. kerana memberi aku peluang sekali lagi pada aku... Alhamdulilah...

So, pada sesiapa yang memang merancang... teruskan merancang dan jika ada yang tetiba walaupun merancang tapi melekat juga.. itu adalah hadiah dan rezeki yang tak ternilai daripada Nya.. terima lah seadanya... kerana pemberian ini bukan semua orang mampu memilikinya...

So, apa cerita kehamilan aku kali ini... kehamilan kali ini aku memang sangat tenang dan tidak seperti kandungan yang pertama. Kali ini aku sangat lasak.. Buat keje tak macam orang mengandung.. bah kan semua orang tak perasan yang aku mengandung.. dah masuk bulan ke - 3 baru lah ada yang perasan sbb perut aku buncit lain macam. Bos tempat aku kerja sebelum ni pun tak tahu aku hamil, dia bagi tugasan untuk aku bertugas Hari Merdeka 31 Ogos 2012.. dari jam 5.30pg hingga 12.30 mlm aku join je.. berdiri sepanjang hari...masa tu aku dah hamil 3 bulan... tapi aku masih mampu buat semua tu.. tak ada yang perasan dengan perut aku yang buncit itu... ada yang  perasan tapi diorang ingat aku naik badan.. lepas bersalin anak pertama.. Aku lagilah suka orang tak perasan yang aku hamil... Ceritanya, bos dapat tahu bila aku terpaksa isi borang permohonan pertukaran tempat kerja mengikut suami.. barulah dia tahu. Jadi, memang rezeki anak ini agaknya, permohonan aku diluluskan.. dan kini, aku dan keluarga menetap dan bekerja di Bentong - Karak. Semuanya demi keluarga... InsyaAllah, banyak lagi cerita yang akan aku kongsikan di sini... nantikan yer!!!

Friday, November 16, 2012

Cabaran Tahun Baru

Alhamdulilah.. hari ini aku mampu mengucap syukur setelah seminggu Awra demam. Di tempat baru, malam Sabtu Awra demam secara mengejut.. bermula dengan batuk kecil, muntah,  diikuti dengan selsema dan seterusnya badan dia panas. Celah kankang dia juga melecet. Aku agak mungkin kerana cuaca yang panas. Dalam jam 10.30mlm aku cek pampers dia, aku lihat sedikit darah melekat  di pampers. Aku mula panik dan pelik. Dia mula menangis dan merenggek. aku terus ajak suami untuk bawa Awra bawa ke Kecemasan Klinik Kesihatan Karak tapi bila diberitahu dia muntah2... MA kat situ terus suruh kami bawa Awra ke Kecemasan Hospital Bentong.

Sesampai di sana kami bernasib baik sebab orang tak ramai. Bila di cek up, doc kata Awra ok, melecet sebab terlalu panas. Dia bagi ubat bancuh VT C dan ubat sapu untuk luka melecet Awra. Tapi doc tak bagi ubat demam sebab katanya suhu tak tinggi. Aku tak sedap hati.. so aku minta jugak ubat demam mana tahu suhu dia naik nanti..

Awra yang demam.. sian dia

Balik dari hospital, Awra terus tido tapi tak lena... dia asyik bangun dan merenggek.. aku tahu dia tak sedap badan... aku dengan suami bergilir basahkan badan dia untuk redakan panas... paginya ok... tengahari suhu badanya naik so, aku terus bagi ubat demam. Puas jugak la aku dan suami memaksa Awra telan ubat... sejak dia pandai rasa ni... mmg dia tak nak makan ubat.. so, reda sikit panas badannya. Dia mula tak nak makan dan xnak menyusu. Malam Ahad, aku dah tak larat nak bangun hanya suami je yang berjaga basahkan badan Awra... sebab suhu badan dia naik lagi. Sepanjang malam suami berjaga... nasib baik suami seorang yang sabar. Dia lah yang melayan kerenah Awra yang merenggek dan muntah sepanjang malam tu. Pagi Isnin, demam dia masih tak reda walaupun makan ubat. 

Aku dan suami nekad, mesti bawa ke hospital sebab suhu Awra makin meningkat. Aku takut benda lain pulak jadinya jika aku lambat. So, lepas mandi dan sembahyang subuh.. kami terus ke Hospital Bentong. 

Sekali lagi aku bernaseb baik...  walaupun orang sangat ramai... tapi sebab Awra masih kecil/baby maka dia didahulukan... bila doc cek, mmg suhu dia tinggi dan dia dah kekeringan. Doc kata dia terpaksa masukkan air untuk hilangkan kekeringan dan untuk isi bendalir dalam badannya. Aku ingatkan dia hanya demam biasa, x sangka doc akan masukkan air. Awra di forwardkan ke bahagian Kecemasan.. dia diletakkan dia atas katil dan bila nurse ingin memasukan jarum ke tangan Awra, mereka arahkan aku dan suami keluar. Kami keluar dan bila aku dengar Awra menjerit dengan kuat... air mata aku menitis dengan laju.. masa tu, aku dah tak tertahan sebak... aku tak nak menangis tapi air mata mengalir jugak. Aku fikir aku mesti kuat... melawan perasan sebak tu.. bila semua dah selesai.. aku masih mendengar Awra menangis dengan kuat... aku tahu dia mesti rasa sakit... tapi apa yang boleh aku buat... aku hanya ingin dia sembuh. 

Nurse memanggil aku dan suami untuk menenangkan Awra... sebab tangisannya sangat kuat... dia di masukkan ke dalam wad pemantauan sementara. Bila melihat wayar yang berselirat dan darah dia yang mengalir dalam wayar tersebut air mata mengalir lagi... aku dapat lihat kesakitan yang di rasainya... pedihnya hati bila lihat anak kecil jadi begitu. Suami aku memang kuat... dia cuba menenangkan aku... nasib baik dia kuat.. kalu tak aku mesti makin lemah. Abi dia (gelaran untuk suami ku) dukung dia untuk menenangkan dia. Kami bagi susu.. dia minum tapi lepas tu dia muntah lagi. Dia menangis lagi... aku pula cuba menenangkan dia. Abi keluar untuk beli makanan memandangkan jam dah 11 pagi tapi aku masih tak telan apa- apa... takut nanti baby dalam perut pula meragam... 

Bila abi dia keluar.. aku dukung Awra dan cuba tenangkan dia.. dia menagis teresak - esak... air mata aku pun keluar sama... Ya Allah, macam mana caranya aku mampu untuk mengurangkan rasa sakitnya... aku pun berzikir dan berselawat... masa tu juga dia terus diam... Alhamdulilah..  berkesan, dia terus senyap bila dengar aku berzikir dan berselawat... dan tak lama lepas tu dia terus terlena... kemudian aku terus letakkan dia di atas katil. Aku perhatikan, basah tilam sebab air matanya yang masih mengalir... aduh, sakitnya hati melihat keadaan itu. lebih kurang 2 jam dia tertido... doc perempuan cina comel yang merawat Awra datang untuk periksa keadaan awra... dia sendiri bagitahu aku, dia sebenarnya tak sampai hati melihat Awra dicucuk sebegitu.. namun itulah prosedurnya untuk mengantikan bendalir dalam badannya.. dia bagi aku bawa balik Awra ke rumah dengan jaminan aku kena bagi dia ubat demam (melalui bontot), Antibiotic setiap 8 jam dan sentiasa basahkan badan dia supaya hilang panas badannya dan pastikan dia minum banyak air. Katanya, dia pun tak sampai hati tengok budak kecik dimasukkan ubat melalui jarum ditangannya jika Awra dimasukkan ke dalam wad....(Rupanya, apa yang aku rasa tu, orang lain pun rasa... perasaan tak sampai hati melihat budak kecil dicucuk sebegitu.) Tapi, jika panas dia tak reda jugak... terpaksa la aku bawa Awra ke Hospital lagi.

Bila aku dengar dia cakap macam tu, aku rasa bersyukur sangat Awra boleh balik dan aku berjanji awra tak akan balik ke hospital.. aku akan jaga dia hingga demam dia kebah dan dia sihat kembali. Habis, satu beg air, Awra dibenarkan keluar dengan jaminan... dan aku dan suami terus bawa Awra balik Kuala Lipis... kerana aku bertambah yakin jika Mama ada sekali untuk bantu aku menjaga Awra. Kami bersama- sama memantau Awra...Alhamdulilah, panasnya dah reda dan muntah dah kurang.  Namun pada hari Rabu aku dan suami terpaksa balik ke Bentong sebab kami bekerja. Abi dah habis cuti dan aku ada hal penting yang perlu diselesaikan jadi terpaksa juga  tinggalkan Awra bersama Mama dan Baba. 

Alhamdulilah... kami diberitahu Awra dah pulih...dan hari ini aku akan balik Kuala Lipis untuk amik Awra kembali... Alhamdulilah Ya Allah kerana sembuhkan Awra Nashrullah. Terima kasih pada doc yang faham perasan aku dan bagi peluang untuk aku menjaga Awra di rumah. Terima kasih pada abi Awra yang sangat sabar dan Mama Baba yang sangat memahami... Terima kasih semua.... Alhamdulilah.


Friday, November 9, 2012

Aku dan Kem PLKN Tegas Mesra Selama, Perak

Bila berada dalam dunia baru aku hampir terlupa akan dunia lama ku sebagai seorang Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara. Bulan ini genap 3 tahun aku meninggalkan dunia PLKN. Dulu,  selepas graduate dari UKM, aku dilantik sebagai tutor sambilan di UKM.. sebagai tutor pada siswa final, aku mula rasa tiada keyakinan dan aku rasa amat perlu untuk aku mencari pengalaman lain supaya aku lebih yakin terhadap diri sendiri.. Diberitahu oleh salah seorang kawan baik ku.... mempelawa aku untuk menjadi jurulatih, membawa aku ke JLKN di KL untuk aku memohon... tanpa berfikir panjang aku terus setuju. dan sebulan selepas itu aku terus dapat panggilan untuk mengajar Modul Kenegaraan di Kem PLKN Tegas Mesra, Selama, Perak.



Aku bersama pelatih PLKN

Bermula lah cerita kehidupan aku sebagai jurulatih. Memasuki kem PLKN dan mengajar silibus yang tidak diberi kursus terlebih dahulu amat mencabar. Dengan penerimaan dari jurulatih lain, dengan umur aku yang masih fresh sebagai graduate... pelbagai dugaan dan pandangan orang lain terhadap aku. Namun aku yakin, di sini lah aku akan mencari pengalaman dan aku mesti tekad menghadapi segala dugaan ini.... dan aku meneruskan cerita aku bersama Program Latihan Khidmat Negara.


Bersama Ketua2  Wirawati Skuad  Rahman



Bersama Wirawati pada hari akhir Wirajaya


Sebenarnya, aku pernah dilantik sebagai Fasilitator PLKN semasa aku di tahun pertama UKM, masa itu, separuh dari program PLKN dijalankan di Universiti. Pelatih berada di Universiti bagi kursus Kenegaraan dan itulah yang mendorong aku untuk terus berjuang di Kem PLKN Tegas Mesra. Semasa itu, aku menguruskan pelatih seramai 400 pada satu masa tapi lebih kepada kesenian dan kebudayaan. Kerana itu aku yakin untuk meneruskan kerjaya sebagai jurulatih. Masa itu aku hanya mampu bertahan selamat 2 bulan sebab aku perlukan rehat untuk teruskan semester aku yang seterusnya. Dan selepas itu aku dikhabarkan program PLKN dibatalkan di Universiti kerana kerugian yang teruk diterima oleh pihak Universiti. Ini menunjukkan betapa teruknya remaja Malaysia pada zaman itu.. ini pandangan aku.

Bersama pelatih Kelas Pembinaan Karakter.



Bersama Wirawati di Kem Tentera Udara Butterworh, Pulau Pinang.



Kerana pengalaman itu dan juga pengalaman yang banyak semasa persekolahan sebagai fasilitator menjadi sandaran  dan aku berpegang pada pengalaman tersebut untuk meneruskan perjuangan itu. Masa berlalu dan pengalaman semakin bertambah hasil dari kursus dan cara kerja dan silibus dari Modul Kenegaraan, Modul Khidmat Komuniti dan Modul Pembinaan Karakter itu sendiri aku semakin hari berjaya membina keyakinan diri sendiri. Di sini pelatih di ajar berdikari,  berdisplin, mengenal diri sendiri, kebolehan diri sendiri, kenal antara satu sama lain, kerjasama, persahabatan, menghormati orang sekeliling, bersukan dan yang paling penting, mereka mengenali tanah tumpah darah mereka sendiri... iaitu Malaysia. Sepanjang aku menjadi Jurulatih atau dengan jolokan 'Cikgu', banyak kerenah dan sikap belia negara kita pada masa kini yang aku belajar. Semua jenis sikap dan fiil ada di dalam kem ini. Dan kerana mereka ini semua lah aku lebih mengenali sikap manusia di dunia ini. Dan aku berlajar untuk menghadapi semua jenis manusia ini supaya aku mampu untuk meneruskan perjuagan dalam kehidupan ini.

Aku bersama Jurulatih yang lain semasa Malam Lambaian Mesra terakhir aku di Kem Tegas Mesra Selama Perak


Bagi aku, silibus yang diaplikasikan oleh JLKN kepada pelatih amat bernilai dan mampu untuk membina keyakinan siri sendiri dan menambahkan rasa sayang pada negara. Itu lah yang ingin diterapkan oleh program ini... supaya jati diri belia terhadap negara mendalam dan supaya rela untuk berjuang demi negara tercinta. Di sini pelatih memahami dan menerima antara satu sama lain walaupun kita terdiri dari pelbagai kaum. Namun, aku redha jika hanya sebilangan sahaja yang menghargai apa yang telah dirancang oleh kerajaan untuk program ini kerana majoriti sehingga kini masih tidak memahami apa tujuan sebenar mengapa mereka semua di satukan di kem ini Semuanya untuk meneruskan perpaduan di antara kita. Supaya kita dapat menerima satu sama lain dan mengeratkan perpaduan yang sedia ada. Kerana itu juga, pengalaman mendewasakan minda dan pemikiran aku... sedikit demi sedikit keyakinan dalam diri ditingkatkan... terlalu banyak kenangan aku dan mereka semua....

Hari Khidmat Komuniti



Bersama Wira dan Wirawati pada hari Perbarisan Terakhir mereka.



Bersama Wira pada hari Wirajaya



Aku bersama Jurulatih Multiskill pada malam kemuncak Wirajaya tahun pertama aku di Kem PLKN ini.

Kem Tegas Mesra, Selama Perak banyak memberi aku kenangan pahit dan manis. Orang - orang yang berada di dalamnya banyak mengajar aku tentang hidup. Mereka banyak menolong aku semasa aku susah dan senang.. aku memang terhibur walaupun kem tersebut amat jauh dari bandar dan memang jauh di sebalik 3 bukit.. namun hati aku sangat tenang kerana kehijauan alam semester dan kicau juga bunyi unggas menemani kehidupan kami semua di sana. Begitu juga dengan rakan - rakan seperjuangan iaitu Jurulatih Multiskill dan Jurulatih Fizikal. Kami bekerjasama dan ada masa kami bertelingkah... itulah rencah hidup. Namun, kami teruskan hidup kami disebalik bukit ini. Apa yang mendorong aku kembali ingat pada kem ini ialah kerana pemergian seorang rakan dan juga yang aku anggap seorang ayah. Dia yang selalu aku panggil Cik Din atau nama penuhnya Saharudin telah pulang ke rahmatullah pada Oktober yang lalu. Dia memang orang kuat kem ini dan orang yang amat aku hormati semasa di kem. Dia banyak membantu aku semasa aku di sana. Dia memang antara yang aku hormati dan amat rapat dengan aku sebagai seorang ayah... aku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan dia ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman. InsyaAllah.

Kenangan bersama Arwah Kem Komander Mejar Aman Zahril

Itulah antara cerita aku dan Kem PLKN Tegas Mesra Selama Perak pada 3 tahun lepas dan aku bangga kerana aku antara insan bertuah yang berpeluang untuk berkhidmat demi negara dalam membentuk jati diri tulen belia Malaysia, semoga kem ini akan meneruskan perjuangan melahirkan belia yang sayang pada negara dan kukuh jati dirinya... InsyaAllah.

Thursday, November 8, 2012

Hari Baru Di Tempat Baru


Alhamdulilah.. akhirnya dapat juga aku bernafas lega hari ini di tempat baru yang jauh berbeza dari dunia aku sebelum ini. Tempat baru ini sangat berbeza dari tempat aku duduk dan kerja sebelum ini. Bukan beza sedikit tapi sangat sangat berbeza...environment berbeza dan orang2 sekeliling juga berbeza. Namun, perbezaan itu memberikan kegembiraan buat aku... perbezaan ini bukan negatif tapi perbezaan itu membuatkan aku dapat merasai dunia baru aku ini.



Sebelum ini banyak perkara yang aku fikir tentang penghijrahan aku ini. Aku sangat bimbang.. takut. Bagaimana tempat keje baru aku.. bagaimana dengan staf2 nya.. bagaimana dengan orang sekeliling di sekitar rumah aku... semuanya bermain2 di kepala aku dan buat aku takut.... takut jika perubahan yang ketara berlaku di tempat baru ini... takut jika aku tak dapat nak menempuhi cabaran baru ini... namun, bila aku jejak kaki di rumah kecil kami yang baru dan tempat aku bertugas .... semuanya berjalan lancar dan orang2 nya sangat peramah.

Malah. keselesaan yang aku dapat lebih dari yang aku idamkan...Walaupun bidang tugas aku di sini jauh berbeza dari tempat lama namun inilah yang aku harus lalui... mencari pengalaman dan cabaran baru yang  boleh buat otak aku segar semula.  Aku rasa ini lah percaturan yang telah Tuhan tuliskan untuk aku dan aku amat bersyukur dengan ketentuanNya.. Alhamdulilah. Aku bersyukur sebab  demi pengorbanan besar yang aku lakukan  untuk keluarga aku yang tersayang ini membuatkan hidup aku kini lebih bermakna. InsyaAllah 

Friday, October 19, 2012

Ketidakpastian Vs Keyakinan



Jika berada dalam ketidakpastian..
Hati ini akan resah memikir apa yang bakal terjadi..
Tidak yakin....
Apa yang di rancang akankah tercapai..
Desakan hidup makin bertambah..
Namun hidup diteruskan jua...
Aku menghitung hari..
Apa akan kesudahan hikayat hidup di tahun ini..?

Friday, October 12, 2012

Dia dan Cabaran Ini

Assalamualaikum semua.....

Sudah agak lama aku tak menulis di blog ni... banyak benda yang nak diceritakan di sini tapi kekangan masa dan beberapa kisah tak berapa nak ceria seiring dalam hidup aku dan keluarga buat aku tiada masa untuk menulis di blog kesayangan aku ni. Tapi aku gembira sebab da je orang yang baca dan komen di blog aku yang tak seberapa ni... alhamdulilah.. minggu ni je da 2 follower yang join blog aku. Blog aku tiada GA aka Give  Away untuk diberikan... siapa yang follow.. aku rasa mereka memang ikhlas untuk berkongsi apa yang aku tulis bedasarkan pengalaman aku sendiri.



Ada beberapa perkara yang tidak dijangka berlaku dalam kehidupan aku... berlaku dalam 2 dan 3 bulan ini..  bukan satu tapi 2 dan 3 perkara yang agak besar dalam kehidupan aku... Kerana itu aku redha dan terima segla ketentuanNya walaupun perubahan yang berlaku itu amat besar bagi aku... buat masa sekarang aku tidak bersedia lagi untuk berkongsi di sini... bila semuanya dah settle down, then baru aku boleh kongsikan.

Beginilah kehidupan, apa saja boleh berlaku pada kita... cuma ia bergantung kepada kita setakat mana kemampuan kita untuk menghadapinya. Aku berusaha untuk fikirkan jalan yang terbaik terhadap apa yang berlaku... aku harap tindakan yang aku ambil ni akan menjadikan aku insan yang lebih cemerlang dan bahagia. Namun, aku tak nafikan ketakutan terhadap keputusan yang aku ambil ini akan mempengaruhi hidup aku dan mungkin akan membuat aku tidak bahagia... aku da rasa paranoid.. yer memang ada..kena ada sebab aku akan terus buat rancangan seterusnya jika apa yang telah aku rancangkan tidak berjaya.. sentiasa mesti ada plan A, plan B, Plan C dan plan D jika kita ingin teruskan perjuangan hidup ini.





Jika kita ada rasa manis.... kita juga akan rasa pahit. Sepanjang hidup aku selama 29 tahun ni.. aku rasa manis dan pahitnya. Bila kita rasa manis .... kita sangat bahagia... bila kita terpalit rasa pahit... pedihnya hanya Tuhan yang tau.. dan ketika itu aku akan telan kepahitan itu untuk aku rasa manisnya semula... Ketika itu hanya Kekasih aku yang abadi yang akan menjadi sandaran utama yang berkongsi setiap airmata dan tangisan ku.... dan aku tahu ini semua suratan dak Kekasih ku pada ku untuk menduga hati aku,... samada aku hanya fikirkan Dunia tanpa ingat pada Akhirat. Jika aku buntu dan sedih.... Dia yang akan menunjukkan jalan. Aku sangat percaya kepada Nya.. aku memang hanya berserah pada Nya... sebab Dia yang ciptakan aku dan aku sedar aku hanya hamba yang hina padaNya.



Kerana itu, aku rasa kesal dan kecewa jika ada keluarga dan kawan2 yang tidak percaya pada Nya. Jika menghadapi segala musibah dan kesusahan... mula buntu dan tidak ingin atau lupa untuk memohon pada Kekasih mereka yang Satu. Ramai yang berkata padaku, apa guna berdoa jika tiada apa yang terbaik berlaku pada mereka.. sanggup mereka berkata begitu. Malah mereka hanya gelak dalam hati jika kau berkata percayalah padanNya dan berdoa lah meminta pada Nya.... aku tidak mampu untuk menolong kamu semua... jadi hanya itu yang dapat aku bantu... Berdoalah pada Nya. Percaya lah padaNya.. nescaya kamu akan merasai kuasanya.... memang kamu akan kata aku tidak berpijak pada dunia nyata... tapi itulah yang aku lakukan dan aku merasa doa dan pemintaan aku itu dipenuhi olehNya... terpulanglah pada kamu semua... hanya ini nasihat yang mampu aku berikan. ok, stop mengenai mereka!




Beberapa waktu saja mungkin berlaku perubahan pada aku... aku mohon kalian semua doakan aku semoga aku berjaya mengharungi semua ini.... InsyaAllah... Aaammmeeen...Dialah Kekasihku... Allah SWT.

Thursday, August 16, 2012

Gembira Bersama dan Bermaaf -Maafan Di Hari Yang Mulia


Hari ini, 28 Ramadhan.. dan aku masih di pejabat... menyelesaikan tugasan yang masih bersisa. Walaupun banyak dan agak serabutkan otak aku yang kecil ni... namun aku sabar juga meneruskan tugas ini... Inilah antara dugaan di bulan yang berkat ini... Subhanallah. Kawan - kawan di pejabat pulang ke kampung sorang demi sorang... itulah suasananya bila dah bakal tiba bulan Syawal yang akan menjelma... Aku doakan semuanya akan selamat semasa dalam perjalanan pulang ke kampung... Bila makin ramai yang tiada.. makin sunyi pejabat... makin membuak - buak perasan aku untuk balik ke kampung.. walaupun balik ke rumah mertua.. hati tetap gembira... apatah lagi kaau dapat balik Kelate.. mau melompat aku kegirangan...( hahahahha... macam budak2 la pulak aku ni....)
Ok lah, di sini aku ingin berkongsi ilmu dengan korang semua... mengenai perkara2 sunat yang digalakkan lakukan di pagi raya... jom baca :




1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidil fitri.
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : “Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya”.
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”
3) Memperbanyakkan Takbir
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
Disebut dalam sebuah riwayat :

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka” 


( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5) Memakai pakaian terbaik yang ada.
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi).
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya” (Riwayat Al-Bukhari)
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Thursday, August 9, 2012

Yang Penting Allah Ada


Aku rasa jauh..
Jauh dari sekeliling 
Pernah aku lalui..
Aku fikir dan fikir.. 
Kenapa.. kenapa..
Hati ini bisa rasa..
Sebab aku ada mata dan suara..
Sebab aku ada akal dan hati
Ada sesuatu yang aku lakukan..
Apa yang aku dah lakukan...
Fikir dan fikir...
Ada yang datang beritahu...tiada
Apa yang terjadi... aku memang tidak tahu..
Aku fikir lagi...
Mungkin ada cerita palsu..
Mungkin ada cerita rekaan
Mungkin ada cerita salah faham
Fikir dan fikir...
Aku berdoa dan diberi petunjuk..
Aku redha..
Biar mereka jauh..
Yang penting Allah ada..
Biar banyak cerita buruk...
Yang penting Allah ada..
Biar apa kata mereka
Yang penting Allah ada..
Biar apa pun anggapan mereka
Yang penting Allah ada..
Jika benar kata mereka itu..
Sucikan hati dan berilah aku petunjuk..
Mereka hanya manusia yang lemah sama macam aku..
Baik saja aku berpaut pada yang satu... Dia yang Maha Mengetahui.. Allah

Ramadhan Kali Ini..



Alhamdulilah.. pejam celik pejam celik dah 20 hari umat islam berpuasa. Puasa kali ini sangat istimewa. Ini pertama kali kami berpuasa bertiga. Ramadhan kali ini sangat berbeza dengan kehadiran Awra Nashrullah. memang mulanya kami agak kekok.. sebab masa buka puasa akan terganggu dengan kerenah dan ragam Awra. Namun, setakat ini kami masih dapat berbuka puasa bersama - sama cuma ada sesekali aku terpaksa kerja lebih masa terpaksa lah suami buka puasa dengan Awra. Ceritanya, Awra sejak masuk 7 bulan perangainya berubah drastik. Semuanya berlaku selepas demam. Aku ingat aku je yang perasan rupanya pengasuh dia pun sama. Dia cakap Awra memang dah berubah.. makin agresif dan aktif tu tak payah nak cakap la. mentang - mentang dia dah pandai berdiri.. padahal lutut dia masih lemah lagi sudahnya, mudah la jatuh. Yang aku bimbangkan kepalanya tu... asyik jatuh jer.. nanti jadi apa2 .. aku minta jauh la. Jadi, ekoran dari itu, tak dapat la aku atau suami tingal kan dia seorang diri. Mesti ada sentiasa dengan dia. Dah cuba letak dalam Walker tapi duduk kejap dia mula la menangis.. mrengek - rengek. Itulah kerenah Awra sekarang.

Sembahyang Terawih
Cerita sembahyang terawih kali ini tak berapa nak best. Aku tak dapat nak join solat terawih di surau atau masjid. Aku ada sedikit kecewa.. sebab bagi aku solat terawih itulah penyeri Ramadhan. Aku ada jugak perasaan cuba untuk nak bawa Awra join sekali solat terawih tapi kebetulan bulan puasa ni dia mula meragam yang pelik2 tu. Jadi terpaksa lah aku pendam kan ajer. Aku bagi peluang sepenuhnya pada suami. Dapatlah dia menunaikan solat terawih dan aku menjaga Awra dirumah. Namun, aku harus faham, ini semua pengorbanan aku untuk anak kami. Nanti kalau anak dah besar dapatlah aku berjemaah solat terawih semula.

Persiapan Raya

Ralit aku menghadapi puasa dan melayan kerenah anak.. tengok2 dah pertengahan puasa. Baru aku perasan yang kami belum beli apa -apa pun barang untuk beraya. Satu pun tak beli lagi. Jadi, kepanikan berlaku bila aku perasan yang Syawal bakal tiba. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terlepas persiapan raya ni.. sebab bagi aku, persiapan baju dan barang2 raya ni sepatutnya beres awal2 lagi jadi takder lah bulan puasa ni baru nak kalut2 kan... so, mula la aku terus tekan gear 5, masuk hari ahad minggu lepas aku terus ajak suami pergi ke Jalan TAR... terpaksa! Aku cuba dulu untuk cari baju anak, aku dan suami  dalam internet namun menghampakan. Dengan harga yang agak mahal dan risiko baju tu besar atau pun kecik... So, puas aku fikir, walaupun itu jugak sebenarnya yang kami nak elakkan terpaksa la kami ke Kuala Lumpur jugak. Alkisahnya, walaupun aku dah sampai pagi, ternyata itu tidak mampu menghalang orang lain datang lebih awal dari kami. Kami dan dengan Awra yang meragam tak nak duduk dalam Stroller, merempuh la lautan manusia di Jalan TAR. Kalau ikutkan hati memang aku tak sanggup nak redah orang ramai tu, tapi aku dah nekad.. alang2 dah sampai KL.. redah je lah.... Redha lah. So, aku mula la pencarian baju melayu Awra, baju kurung untuk aku dan t- shirt untuk suami. Memang tak menghampakan, memang banyak baju yang menjadi idaman jauh lebih murah dan lebih yakin dengan saiz sebab aku akan try baju kat situ jugak. Alhamdulilah... aku memang puas hati, semua baju yang aku nak ada.. dan murah. Itu yang kita nak... Cantik dan Murah!!!

Tapi baju suami, dia demand pulak. Dia tak da berkenaan satu pun t-shirt kat butik dan kedai di Jalan TAR tu. Aku pun buntu... kebetulan jalan nak balik lalu depan SOGO. Dia pun ajak acah2 ke SOGO, aku pun setuju jer.. walaupun dah penat aku turutkan ajer sebab aku tak nak fikir dah pasal benda ni lepas ni. Kami pun masuk la SOGO, tu dia.. melampau, orang lagi ramai dan padat... tapi kami masuk jugak.. terus ke bahagian lelaki dan aku biarkan aja suami pilih baju idaman dia... naseb baik ada.. dan pilihan dia secocok dengan warna tema tahun ini ...Turqouise dan dark blue .. (amboi laki aku ni... taste yang jenama kat SOGO jer... hahaha... layan je lah... duit dia...).  Memang kebetulan lah, semua warna yang kami pilih senada walaupun aku takder la tengok betul2 warna baju tu... yang penting baju tu ada turqouise.. Ok, so settle sudah persiapan baju raya.

Biskut raya pun aku ada beli tahun ini tapi sedikit saja tak sebanyak kuih raya tahun lepas sebab raya di Lipis, adik ipar yang sediakan (so, leh jimatkan duit). 3jenis biskut raya je pun yang aku beli tapi hampir RM seratus jugak la.. aku pun tak faham.... barang sekarang memang mahal la... hahaha... takper yang penting ada buah tangan untuk keluarga mertua. Keluarga di Kota Bharu aku hanya bagi duit untuk persiapan raya. Pandai - pandailah ayah dan kakak ku uruskan... Wah!!! Aku tak sabar nak balik KB.

Raya Di Rumah Suami

Raya kali ni giliran rumah suami, jadi berayalah aku di Kuala Lipis bersama keluarga suami. Mestilah terasa perbezaannya. Kalau di rumah sendiri, bukan main seronok la aku sebabnya aku yang akan aturkan menu pagi raya tapi dirumah mertua.. tak dapat la aku kuasa itu.. huhuhu... Ala bukan apa.. saja la jika ikut selera kita mestilah lagi best kan... hehehe... Beraya dirumah mertua pun best. Cuma kemeriahan tu kurang berbanding dengan di rumah aku yang terdiri dari keluarga yang besar. Jadi, bila hari raya kemeriahan tu sangat dirasai. Rumah mertua, keluarga ramai jugak tapi diorang tak kumpul pagi raya pertama tapi setiap keluarga datang berasingan.. jadi berkumpul tu tiada. Itu yang tak best tu. Aku palin suka bila semua keluarga berkumpul. Banyak cerita dan keriuhan tu lain macam. Itu yang best!!!!

Ramadhan dan LailatuQadar




Banyak cerita aku tentang persiapan raya... sebabnya puasa tahun ini aku banyak menghabiskan masa melayan Awra seorang. Namun, hati ini tetap rasa berat bila Ramadhan ingin berlalu. Aku tak sempat beribadah sepenuhnya pada tahun ini namun mampukah aku beribadat pada Ramadhan  akan datang? Adakah aku ada pada Ramadhan yang akan datang. Aku selalu berdoa agar Allah ampun kan aku di atas kekurangan ibadah ku padanya pada Ramadhan kali ini... Aku tahu Allah Maha Mengetahui segalanya. Aku juga terfikir malam Lailatuqadar yang setiap tahun aku sanggup tunggu... mampukah aku mencarinya pada Ramdhan kali ini... Ya Allah kuatkan semangat dan hati diri ini untuk mencari malam mu yang berkat itu... malam Seribu Tahun.... InsyaAllah jika dengan izinNya aku dapat mencapainya....

Tuesday, July 24, 2012

Doa Taubat





Sedang asyik aku mendengar zikir di hari senja melalui Oasis Astro, seorang ustazah mempendengarkan satu doa yang boleh dibaca oleh kita semua ketika dalam kesusahan... rupanya itu adalah doa taubat dari Nabi Yunus AS ketika dia berada dalam perut Ikan Nun. Selama 40 hari Nabi Yunus AS berada dalam perut ikan tetapi dengan cekal dan sabar beliau membaca doa taubat yang boleh menenangkan hati dan dibaca ketika beliau dalam kesusahan. Maka mendengar doa dari Nabi Yunus AS itu maka Allah menyelamatkan Nabi Yunus AS. Ikan Nun tersebut memuntahkan beliau. Itulah antara kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa. Hanya jika kita sentiasa berdoa biar kita dalam senang apatah lagi jika kita dalam kesusahan.. Tuhan akan mendengarnya kerana hanya Dia yang Maha Mendengar. 




Monday, July 16, 2012

Aqiqah Awra Nashrullah dan Ali Zayn


Alhamdulilah.. selesai semua majlis Aqiqah seperti yang dirancang dan segala urusan di kampung. Aku bersyukur sebab semua urusan berjalan dengan lancar dan majlis sangat meriah dengan cara orang kampung dan yang hadir semua sanak saudara. Majlis anak kesayangan ku sangat biasa.. memang betul2 cara orang kampung. 
Inilah Ali Zayn dua pupu Awra.

Boy of the day... nampak tak gigi dia dua batang tu.. hehehe..




Kambing 4 ekor disembelih pada pagi Jumaat. 2 ekor untuk Awra dan 2 ekor lagi untuk Ali Zayn yang datang dari jauh, Tasmania, Autralia khusus untuk Aqiqah dan berkhatan sekali. Yang pasti Awra tak berkhatan lagi sebab tok ma dan tok wan dia tak bagi.. takut Awra tak tahan sakit.  Aku pun ada terfikir, tak sakit ke Zayn yang kecik tu dah disunatkan tapi lepas sunat tak sampai beberapa jam.. ok jer keadaan dia. Agaknya, kalau bersunat masa baby ni, kurang sakit kut.. sebab kecik lagi.. Majlis bermula tengahari.. tapi persiapan majlis mula dari malam Sabtu lagi. Semua orang sibuk dengan tugas masing2 menyediakan bahan masakan, makanan dan uruskan pinggan mangkuk hanya aku tak dapat nak membantu sangat.. aku sedikit kesal. Majlis anak sendiri tapi aku tak dapat beria menolong sebabnya, aku duk kena melayan kerenah anak yang satu ni... Awra bukan main ligat lagi sekarang sejak dia mahir merangkak. Pantang orang dukung mula lah dia menangis.. nak kena lepas dan biarkan dia main. Ok je sebenarnya tapi masalahnya, dia sambil merangkak sambil kutip barang masuk mulut. Itu yang tak tahan... nak kena pantau dia main.. tak buat kerja lain la ibu dia. Tapi, aku sempat jugak menolong diorg didapur tapi sekejap - sekejap je la..

Menu majlis kali ni sangat special dan dimasak oleh tukang masak terkenal Kampung Beta Hulu iaitu Ummi Khalsom. Masakan utama, Nasi Putih, Gulai Kambing, Gulai Daging, Kerabu Sare special, Acar Timun dan sebagai pencuci mulut manisan labu dan Bubur Beras Pulut Hitam. Mantoooppppppp....Meletuuupppp....

sagat jangan tak sagat..



kejo jangan tak kejo..



masak.. ummi jangan tak masak..



Inilah Chef Utama Majlis kali ini... tapi dia segan.. ni je lah yang sempat dicuri snap..



Ha.. amik kau.. masak guna periuk beso.. dapur kayu... tapi masakan meletoop.. sedap!!

Inilah tukang - tukan masak untuk majlis ni... terima kasih semua..

inilah persiapan yang sedang dibuat.. gotong - royong .. takderlah ramai orang tapi majlis berjalan lancar...gambar tak jelas sebab asap dari luar sebab masak guna dapur kayu... 

 Tapi aku memang nak puji masakan kampung, memang sedap. Aku memang jenis yang tak makan daging kambing tapi bila Masterchef Kampung masak... berkali - kali aku makan nasi dgn lauk kambing. langsung takda bau hamis dan rasanya sangat sedap.. sampai aku tak sentuh makanan yang lain... terima kasih tak terhingga pada Ummi Khalsom sebab sudi masak untuk majlis yang bermakna ni. 

Acar Timun..

Kerabu Sare yang special.. di kelantan je ada..

Nak jugak huby amik gambar time sibuk duk buat keje ni..


Selain daripada majlis Aqiqah Awra dan Ali Zayn, pada majlis ini juga diadakan keraian Ulangtahun Perkawinan kami yang kedua dan juga Sambutan Hari Lahir aku.. yang lahir pada bulan Julai.. membuatkan majlis ini tambah bermakna... ada jugak la sedikit kisah lucu, sedang orang kalut buat persiapan kami aku dan suami keluar cari kek.. ada la 2jam kami cari kek yang terbaik.. akhirnya jumpa Secret Recipe di Kubang Kerian, naseb baik ada... kek itu lah yang menambahkan lagi kemeriahan majlis hari itu.

Simbolik potong kek annivesary perkahwinan dan besday... tiba- tiba anak sepupu, khatijah join sekali terletak di atas riba.. cunnya!!!


Sempena majlis ini, sepupu suami, Kak Nurul dan huby dia Hussein dan anak -anaknya Khatijah dan Ali Zayn juga balik dan bersama - sama dalam majlis ini. Aku kagum dengan mama dan papa Ali Zayn dan Khatijah sebab walaupun mereka dibesarkan di sebuah kampung kecil di Australi tapi mereka masih mengekalkan penggunaan bahasa Melayu dan masih makan nasi macam ore Kota Bharu lagi.. Alhamdulilah. 

Inilah keluarga kak Nurul... Ali Zayn dan Khatijah.. Yang tudung kuning tu kak chik..adik kak nurul


Pendek kata, majlis kali ini memang sangat meriah .... dengan caranya yang tersendiri... aku puas dan gembira walaupun penat..hehehe

Inilah antara ahli keluarga yang sempat kumpul.. yang lain semua sibuk melayan tetamu



Meriahnya bila berkumpul ramai- ramai macam ni... aku suka suasana ni...




Friday, July 13, 2012

Semuanya Ketentuan Ilahi

Hari ni, aku dan suami tak sabar nak balik kampung, Kota Bharu Kelantan sebab esok hari Sabtu, kami akan adakan Majlis Aqiqah Awra Nashrullah dan juga Aqiqah dua sepupu dia, Ali Zayn Al Abidin. Ali Zayn tua dua bulan dari Awra dan menetap di Autralia bersama ibu dan bapa dia. Agaknya keluarga Ali Zayn dah sampai kat KB kut... tapi stop dulu  citer mengenai dia tapi cerita sedih hari ni yang aku nak kongsi adalah.... Pagi tadi dalam jam 8.56 aku terima sms dari adik bongsu yang bertulis, Epi, meninggal dunia pagi tadi lebih kurang jam 8. Aku mula rasa sesuatu... mati? siapa Epi ni? Boleh aku lupa siapa Epi tu. So, aku sms balik tanya Epi yang mana satu. adik aku pun bagitau rupanya Epi, anak kedua  abang aku yang sulung dah meninggal dunia. Dia kemalangan dan meninggal ditempat kejadian. Astagfirullahalazim.... Serentak itu juga airmata menitis.. Innalilahwainalilahirajiun.. aku mula terfikir.. aku memang tak sabar nak balik kampung untuk jumpa semua ahli keluarga di majlis aqiqah tu nanti tapi aku tak sangka aku akan terima berita yang mengejutkan ini. .. hilang lagi seorang ahli keluarga kami.. SEDIH.. Aku hanya mampu sedekahkan Al - Fatihah pada arwah dan semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Inilah kehidupan.. yang telah dijanjikan oleh Tuan Empunya bumi ini... Jika itu yang telah ditetapkan olehNya tiada siapa yang dapat menghalang... ini semua ketentuan Ilahi.. kita memang mampu merancang tapi hanya Allah yang menentukan segala - galanya... Amin

Thursday, July 12, 2012

Awra Demam Lagi

Budak demam ni, nampak je kamera luas bijik mata...

Huhuhu... SuperBoy ibu demam lagi. Tapi kali ni demam Awra teruk sebab walaupun dah 3 hari panas badan dia asyik naik dan turun dan turun2 terus... pas tu malam2 asyik nangis jer.. ibu pun dah tak tau nak buat macam mana. Sebab, mulanya fikir dia demam sebab nak tumbuh gigi.. tapi kisahnya, gigi dia dah kuar 2 batang seminggu lepas . Takkan sebab tu.. so, memang bukan sebab nak tumbuh gigi baru tu.

Sejak ada gigi ni.. suka sangat gigit Carrot... nak asah gigi dia kut.. 


Hari pertama dia demam mula jam 3 ptg hari isnin tapi pengasuh dia tak bagitahu dan masa pickup jam 5 baru dia bagitau.. bagi aku itu dah lambat. Kami bagi ubat dan masa check panas badan dia, masih 38c  .. mana aku tak bimbang.  Demam sebelum ni, bagi je sekali ubat terus ok tapi kali ni tak reda jugak panas badan dia. So, kami terus g klinik private. Dr bagi ubat demam, antibiotik dan selsema.. lepas makan ubat... reda panas dia,  alhamdulilah tapi malam dia nangis dan tak tidur sampai pagi, panas badan naik lagi, puas aku fikir sebab apa dia tak berenti menangis ni? Jadi suami ajak g lagi sekali juper dr yang sama, dia bgtau panas tak reda adalah normal dan amik masa untuk sembuh..ok, fine jadi aku layan je demam Awra sambil2 basahkan kepala dan badan dia, ubat pun bagi ikut masa.. sepanjang dia demam ni,  bubur nasi yang aku selalu buat tu dia tak lalu nak makan dan susu pun dia tak nak minum. Puas aku paksa. Malamnya dia nangis lagi  dan dalam kul 2.30pg dan suhu badan dia naik lagi.. aku tambah gelisah.. dah bagi ubat naper tak reda jugak panas badan dia ni.. so bagi ubat lagi dan akhirnya dia tidur...


Pagi  rabu..suhu dia ok tapi  tengah aku bersiap - siap nak ke ofis..abi dia  sentuh sekali lagi kepala dia dan panas kembali badannya. Kali ni aku makin gelisah.. yerlah tadi ok je.. tiba - tiba suhu badan dia naik lagi, so aku fikir memang tak boleh nak pergi ofis kalau macam ni.. aku fikir sebaiknya aku bawa ke Hospital Putrajaya sebab panas dia lain macam. Jadi kami terus pergi bahagian Kecemasan Hospital Putrajaya dan tunggu dalam 30 minit doktor terus panggil dan bila di check rupanya ada tonsil dan ia bengkak teruk sebab tu badan dia sekejap ok sekejap panas. Jadi, terjawablah persoalan aku kenapa dia asyik menangis malam.. dan kenapa dia tak boleh tido.. sebab tonsil tu la.. macam kita yang dewasa ni, kalau dah demam, anak tekak bengkak.. nak telan air liur pun sakit... itulah yang dia rasa.. Then, doktor terus bagi ubat mujarab la jugak aku rasa.. agak kuat untuk Awra.. sebab setiap kali bagi..dia mesti terus tidur.. apa - apa ajalah supaya tonsil dia ok dan dia tak demam lagi...


So, pagi ni, aku yakin untuk bawa dia ke rumah pengasuh sebab panas badan dia dah reda dan dapat lah aku kembali ke ofis dan selesaikan tugas aku yang berlambak tak slesai lagi. Apa - apa pun syukur pada Tuhan kerana dengan izin Nya .. Awra dah sembuh.. Alhamdulilah.

Friday, July 6, 2012

Pizza The Day...

Aku tak tahu la kenapa...sejak masuk gaji akhir bulan lepas.. asyik rasa nak makan Pizza jer... so, sempena sambutan Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang kedua aku terus ajak en.huby ke Pizza Hut di Cyberjaya... kebetulan sekarang tengah promosi Cheesy Bites Steak.... tapi kami terpaksa pilih  Chicken Steak ... sebab Beef Steak dah habis... rasanya memang sedap dan aku memang puas hati...makan pizza ni. 

Aku letak sekali gambar promosi...  kut2 la ada yang berminat..




Chicken Steak 




Korang tengok... sedap ke tak?... 








kami berdua.. 



Prince Charming sorang ni memang akan dibawa kemana saja kami pergi... 




Luasnya buka mulut.. tau la lapar..




makan kena cocentrait





Makan jangan tak makan





mulut penuh..




Awra pun nak makan tapi tak cukup umur lagi... nanti dah boleh makan ibu belanja ek..




Jom makan Pizza Hut








Tengok la betapa sedapnya sampai huby tak sabar2 gigit pizza tu... macam tak cukup... hehehe..



tapi satu jer.. Pizza Hut Cyberjaya memang tak best...orang dalam kedai tu  tak friendly dan luar restoran tu kotor... citer dia.. pas kami makan dan keluar baru aku perasan tempat tu teruk... ni 1st time aku kritik Pizza Hut... sebab tak best.. tapi yang pasti... menu Pizza Hut ini memang sedap dan best... cuma naseb kami tak berapa baik makan kat Restoran Pizza hut Cyberjaya...

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...