Saturday, March 31, 2012

Semua itu Riak Dunia




Kalau kita Ingat Allah adakah kita akan riak...
Kalau kita Ingat Allah adakah kita akan menunjuk - nunjuk ...
Kalau kita Ingat Allah adakah kita akan cerita kelebihan sendiri ...
Kalau kita Ingat Allah adakah kita akan lukakan hati orang sesekeliling kita...
Kalau kita Ingat Allah adakah kita akan pentingkan diri sendiri...
Kalau kita Ingat Allah adakah kita akan bercerita keburukan orang lain....
Kalau kita Ingat Allah adakah kita akan cari kelemahan orang lain...
Kalau kita Ingat Allah adakah kita akan pijak orang sekeliling kita....
Kenapa aku bertanya... kerana aku sedar dan lalai..
Kerana.. Yang Lebih itu Hanya Milik Allah SWT....
Aku juga berdoa untuk mereka yang hampir melayang ke langit ... tanpa merenung ke tanah merah...
Menjadikan mereka asyik menyulam buih dosa - dosa yang lama kelamaan mereka berenang di dalamnya..
Hanya Allah yang Maha Besar.....
 
 
 
Tulisan ini bukan ingatkan sesiapa..
Tulisan ini bukan kejutkan sesiapa..
Tulisan ini bukan kaitkan sesiapa...
Tulisan ini bukan libatkan sesiapa...
 
Tulisan ini ingatan buat aku supaya aku tidak terkapai - kapai di udara dunia tanpa aku pijak di Bumi nyata
 
Cuma, jika hati itu sedar akan khilafnya... nescaya hati yang ingin suci itu akan terdetik Astagfirullahhalazimmm..
 
Ya Allah sucikanlah hati ku.. Aku hamba Mu yang kerdil cuma....Jauhkan aku dari riak dunia Jauhkan aku dari dosa besar Jauhkan aku dari godaan syaitan yang melalaikan.....Ingatkan aku selalu siapa diri aku ini....  AKU....akulah hamba mu yang hina.. akulah hambamu yang hina akulah hambamu yang hina.. kerana dosa aku putih seperti pasir pantai.....aku ingin gapai syurga... sungguh!!! Walau sipi cuma kerana Syurga itu pasti nyata kepada Umatnya yang beriman... InsyaAllah... aku terasa keindahan Islam itu...

Wednesday, March 28, 2012

Cerita Aku Berpantang

Aku dan Awra di hari ke 45

Aduh, sibuk benor dengan baby awra, sampai nak menulis pun tak sempat.. tapi dia baru jer tidur setelah penat bermain dalam Gloworld dia... pas menyusu terus lena.. alhamdulilah. Jadi adalah masa terluang sedikit untuk coret2 cerita aku berpantang hari tu seperti yang dijanjikan... terima kasih kepada yang mengikuti cerita ku ini... hingga minta aku cepat2  tulis cerita aku berpantang ni.. tima kasih!!!!

Aku kena rewind balik minda aku untuk ingatkan balik  waktu  berpantang. Ingin aku tegaskan di  sini, setiap cara orang berpantang tidak sama..Aku tak tau sama ada cara aku berpantang sama dengan korang atau pun tidak. So, aku hanya nak berkongsi dan sekiranya bagus, boleh dijadikan ilmu untuk korang yang berkenaan.

Dua hari sebelum  bersalin aku mengalami batuk yang sangat serius.. dan keadaan itu sangat menggangu aku. Selepas bersalin aku masih batuk.. Malah semasa bersalin aku berperang dengan batuk dan sembelit yang teruk. Bayangkan batuk selepas bersalin... agak sakit di tempat 'episiotomi' namun aku tahan jer lah..Sembelit juga makin mendesak... dan itu normal kata doktor. Dua minggu selepas bersalin.. keadaan agak tegang kerana kesakitan bersalin masih dirasai ditambah dengan batuk dan sembelit.. tapi selepas itu semuanya kembali pulih hari demi hari.. Alhamdulilah.. 

Pergerakan Dalam Pantang

Semasa pantang aku tak dibenarkan keluar rumah selama 41 hari namun kerana terpaksa aku keluar juga pada hari ke 28 untuk cukur rambut Awra dirumah makcik ku. Pergerakkan aku juga sangat perlahan semasa dalam pantang, jika aku berjalan laju sikit, ayah ku akan menegur " jalan laju macam orang tak beranak" . Berdesing telinga aku... hehehe.. so, aku berjalan perlahan2 jer, ala, macam orang jepun pakai kimono, jalan slow2 dan sepit je kaki tu. Memang rasa mcm ayu sangat masa dlm pantang ni... hahahha..........namun itu nasihat orang yang berpegalaman jadi aku terima je. Duduk bersila tak boleh, duduk tergantung kaki pun tak boleh... kena banyakkan baring dan kaki lurus. Namun, aku bukan jenis yang boleh baring jer.. so aku akan duduk bersandar dan luruskan kaki..Kaki aku  pulak selama     41 hari dan plus2 berstoking jer. Tujuan pakai stoking ni supaya tak masuk angin. sebelum pakai stoking akan disapu minyak panas. Aku sangat selesa berstoking.. syok jer panasssss....

Makanan Dalam Pantang

So, cerita makanan semasa pantang, sepanjang aku dalam proses membaik pulih selepas bersalin aku hanya dibenarkan makan oleh pengasuh2( ayah dan kakak2 ku) di rumah hanya ikan bakar, nasi putih panas dan lada hitam yang dikisar ataupun halia dan kunyit yang digoreng sedikit dgn minyak zaitun. Aku harap korang semua faham... hanya nasi putih dan ikan bakar yg terpilih sahaja sepanjang tempoh itu! Tiada makanan lain selain makanan itu!!!

Nasi Putih
Nasi panas2 dan ditabur lada hitam yang dikisar halus. Kerana hanya nasi kosong sahaja, aku rasakan lada hitam itu sgt sedap walaupun sebelum ini, aku mmg tidak boleh langsung telan lada hitam. Nasi tidak boleh ditambah sepanjang berpantang.. jadi aku memang makan tidak bertambah. Selera aku pun tak besar .. entah, mungkin kerana perubahan beso berlaku pada aku...

Ikan Bakar
- ikan Selar
- ikan haruan
- ikan kering haruan

Korang percaya tak.. sepanjang 41 hari aku hanya makan 3 jenis ikan mentah  ini sahaja.. da masa aku makan da masa aku tak der selera.. yer la hanya ikan ini jer pastu asyik bakar jer.. bila aku tanya kenapa tak leh goreng.. kakak ku kata, masa pantang mmg tak leh bergoreng, minyak tu berlemak... jadi aku sabar dan aku terima sahaja. Aku tak marah langsung malah aku kuatkan semangat untuk mengharungi tempoh aku berpantang itu dengan gembira. Jika aku dah tak da selera sangat.. aku tak makan langsung dan itu tiada masalah.. aku minum air putih jer.. aku mengaku, dalam masa berpantang ada ketikanya aku rasa tertekan.. yerlah semua benda nak pantang.. tak leh makan.. tapi bila fikir itu semua untuk kebaikan diri aku.. aku redha jer..

Kopi O dan Biskut Kering
Selain nasi aku hanya dibenarkan makan biskut kering dan kopi o sahaja. Bagi aku inilah penyelamat jika aku tiada selera makan nasi. Dapat lah biskut kering menjadi pengalas perut. Da sekali aku minum susu pekat manis, terus perut baby ku meragam kerana aku menyusu badan. Rupanya, ibu menyusu tak digalakkan minum susu pekat manis kerana perut anak akan kembung.  Jadi, kerana anak terpaksa lah aku berkorban.

Kunyit dan Halia
Masa berpantang aku banyak makan dan minum air halia dan kunyit. Sebaik aku melahirkan, 3 jam lebih selepas itu aku terus di berikan air kunyit untuk diminum... memang aku tak pernah minum air kunyit sebelum ini namun kerana untuk membaik pulih dalaman badan aku .....aku kena bertahan dan minum jugak. Tujuan minum air kunyit halia ni  Aku tak sangka, sepanjang aku bersalin, semua benda yang aku tak percaya aku boleh telan, semuanya aku telan kerana memikirkan untuk penyembuhan diri sendiri.... aku sendiri payah nak percaya. Masa berpantang ni, aku rasa sedap sgt halia dan kunyit yang digoreng dengan minyak zaitun(sesudu beso) di makan dengan nasi putih panas2... aku sendiri pun hairan.

Berurut dan Bertungku
Bertungku memang wajib bagi famili aku sekiranya bersalin. Tapi untuk aku, aku dah siap2 mengupah seorang nenek ni. Dia memang  tukang urut.. diperturunkan dari mak mertua dia... aku sebenarnya tak biasa badan diurut. Sebelum bersalin pun, masa nak kawen aritu jer aku diurut..sekali je pun,  tu pun aku rasa sakit masa diurut tapi bila dah siap diurut baru aku rasa selesa. Begitu juga dengan mengurut masa berpantang ni... rasanya sangat selesa bila badan kita diurut. seluruh badan diurut... dari kepala hingga ke jari kaki dan dari depan ke belakang.. semua diurut.. selesai proses mengurut aku akan ditungku pulak.. mula2 rasa panas menyengat bila terkena batu tungku tu tapi bila lama2 baru aku rasa sangat selesa ditungku.. sama jugak dari atas hingga ke bawah.. dan dari depan ke belakang... aku mengurut selama 10 hari sepanjang tempoh 41 hari.. so, aku aturkan hari bermula dari hari ke 4 selepas bersalin.. aku diurut 3 hari.. lepas tu aku biarkan seminggu sambung lagi 3 hari dan seminggu lagi 4 hari.. pada hari last berpantang selepas berurut dan bertungku.. da pulak proses 'pelepas'.. aku dan baby lepas tu baru mandi bunga... masa mandi bunga aku rasa hati berbunga2 riang.. rasa sangat bersemangat..dan bertenaga. yer lah.. aura dari warna dan bau bunga tu menyerap di badan aku.. secara saintifiknya lah... so, upah semuanya proses ini RM 300 lebih sahaja..  (standard la Kota Bharu).


Berdiang
Semasa aku berpantang aku juga ada berdiang secara eksklusif.. berdiang sepatutnya mula sejurus selepas bersalin tapi aku mula berdiang selepas 2 minggu bersalin kerana terdapat beberapa perkara yang memaksa xtvt berdiang ni ditangguhkan. Bab berdiang ni aku rasa tensi mulanya.. sebabnya, menurut orang dulu2.. jika dah mula pasang api dapur untuk berdiang tidak boleh biarkan api padam sepanjang tempoh berpantang.So, jika aku pantang 44 hari jadi api tak boleh padam selama 44 hari... itulah ketatnya proses berpantang yang keluarga aku amalkan... namun aku tak mampu nak ikut sepenuhnya... aku mula berdiang dah 2minggu selepas bersalin... korang tau tak mcm mana cara berdiang. Aku akan berbaring di kayu diang (mcm katil single tapi kayu sepenuhnya) dan dapur api diletakkan dibawah. Kita kena bakar arang dalam dapur tersebut sehingga jadi bara dan biarkan bara tu  dibawah katil tu. Mula2 aku berdiang aku tak tahan... giler panas bara arang tu....tapi bila beberapa hari selepas itu baru aku rasa keselesaan dan selepas itu aku berdiang dengan rela. Aku pun perasan badan semakin ringan lepas tu. Badan aku rasa ringan dan sangat fit.... Sesungguhnya, berdiang ni ibu segala ubat jika dibuat dengan betul.. ia mengecutkan urat yang berkembang semasa mengandung dan bersalin.. sangat bagus untuk peranakan kita dan sebagainya... dan bak kata orang kampung, badan kita boleh 'pakai lama' jika cukup syaratnya kita berdiang. Orang perempuan  dulu2 yang badan masih kuat walaupun dah berusia 80 - 90 tahun  sebab amalkan berdiang la... itulah cerita aku berdiang..


Mandi Air 'Teresat'
Sepanjang 41 hari aku disediakan air mandian teresat (bagi org kelate) oleh keluarga untuk hilangkan bau hanyir darah dan segarkan badan yang lemah. Air teresat ni air rebusan daun2 herba contohnya, daun pandan, daun sireh, daun kunyit, daun serai wangi, daun limau purut dan macam2 lagi. Jadi, setiap pagi mereka akan sediakan air mandia teresat ni.. setiap kali mandi aku akan rasa segar. Selain itu, sekali sekala aku akan mandi dengan air herba cina.. herba tu boleh dibeli dari kedai ubat cina... air campuran akar kayu sangat bagus bagi wanita yang bersalin...  

Berbengkung
Setiap pagi selepas mandi, aku akan dipakaikan bengkung tapi sebelum tu akan disapu dengan  Herbanika Barut Nona Roguy. Bengkung juga aku beli yang Nona Roguy. Bila berbengkung ni, perut rasa selesa sebab sebelum ni perut dah lama berisi padat dengan baby.. bila baby dah keluar perut jadi gelebeh.. mula2 bila tengok perut jadi macam tu aku jadi tension tapi bila kakak ku bagitau yang itu normal dan jika pakai bengkung selalu InsyaAllah perut akan kembali macam asal.. alhamdulilah, perut mengecut tapi tak mengecut seperti sebelum mengandung.. dan aku tak derlah terikat sangat dengan bengkung ni sebab da masa bila pakai ketat sangat aku rasa lemas... hehehe.. jadi tak dapat la nak fit sgt... tapi orang kata jika betul2 berbengkung memang akan lebih fit dari asal.. tapi aku akui aku tak tahan sangat bila berbengkung.. so, aku kena terima la kalu perut gelebeh.. padan muka aku..


Manjakani dan Akar Kayu
Sepanjang berpantang aku amalkan minum air akar kayu dan manjakani. Rasanya memang pahit giler tapi kerana nak sembuh dan untuk kembalikan rahim aku seperti sediakala terpaksa la telan jugak. Tapi aku da la rasa pelik sebab sebelum ni aku tak boleh langsung dengan minuman akar kayu mesti muntah tapi bila lepas bersalin ni boleh je aku telan.. mungkin kerana keinginan aku untuk cepat sembuh membuatkan aku berupaya melakukan semua ni... itulah kuasa minda aku. Bila aku yakin aku boleh, mesti aku boleh lakukan tapi jika aku kata awal2 lagi tak boleh.. memang tak boleh..... jadi, tepuk dada tanyalah diri kita sendiri ek!!!


Salindah

Tengok bekas Awra tidur... gaya kuak lentang..
Hampir majoriti kawan aku yang bersalin mengambil set Nona Roguy selepas bersalin sebab ia set lengkap l tapi aku dari 3 bulan hamil hingga 41 hari berpantang mengambil Salindah sebagai permakanan kesihatan. Aku nak juga ambil set Nona Roguy namun jika banyak sangat makan jamu  takut nanti  panas  dan anak aku yang menyusu yang akan terkena kesannya.. kalau nak tahu kesan ubat kita makan tu panas ke tak.. tengok najis anak.. jika cair maksudnya ubat tu panas.. jadi memang kesian baby kita. Alhamdulilah, set Salindah memang lengkap dan sesuai untuk aku dan baby... aku juga boleh rasa kesannya dari hari ke hari.. badan makin bertambah kuat dan bertenaga... kerana produk Salindah yang elok dan aku sendiri yang testemoninya jadi aku mengesyorkan produk ini kepada kawan2 ku... dan aku juga dah jadi member untuk produk Salindah ni.. nanti aku akan cerita banyak lagi kebaikan Salindah di entry yang lain.... so, kalau da yang berminat nak beli Salindah ni boleh roger2 aku...ek!!!

Kini, sehingga hari ke 98 aku masih berpantang... namun tak seketat pantang dalam 41 hari yang lepas. Ada lagi sesetengah makanan yang aku masih berpantang contoh makanan sejuk2 macam bayam, timun, pisang dan tembikai dll. Makanan yang menghasilkan angin juga aku elakkan contoh, kacang, pulut, dll. Itu untuk elakkan dari anak kembung perut sebab Awra masih lagi menyusu badan. Buah yang tajam macam nenas muda, air tebu dan jambu batu lagi lah kena elak terus sebab ia tak elok untuk rahim wanita yang baru lepas bersalin. Ais dan air sejuk langsung aku tak sentuh untuk elakkan kembang urat (tapi da gak masa terminum dgn tak sengaja ... hehehhee)... Alhamdulilah masa dalam pantang berat badan aku turun 15kg...rasa macam tak percaya, tapi sekarang dah naik balik sikit sebab pantang tak ketat.

Sebenarnya selepas pantang ni masih banyak yang kena pantang dan elok tak di makan terus. Aku berpantang kerana aku rasa badan aku selesa dan aku dapat rasakan berubahan sistem badan aku selepas bersalin.. dah tak macam dulu2... dan perubahan itu sangat ketara.. jadi, untuk kebaikan aku sendiri kerana itu aku masih berpantang... aku juga berpantang selama 100 hari tidak ' bersama ' suami. Nasib baik suami aku seorang yang sangat memahami... malah mak dia lagi tegas memaklumkan pada dia yang aku mesti berpantang sehingga ke 100 hari... alhamdulilah..

Itulah dia cerita berpantang versi aku... sememangnya tak sama dengan korang kan... banyak cerita pantang kerana banyak adat, banyak cara hidup yang tak sama,... walau macam mana pun cara berpantang itu, semunya untuk kebaikan kepada wanita yang lepas bersalin... semuanya itu untuk kebaikan kerana kita nak gunakan badan kita ini bukan hanya untuk hari ini sahaja tapi hingga akhir hayat jadi amat penting untuk kita menjaga kesihatan tubuh badan kita kerana   kepentingan keluarga dan kita sendiri. Bagi aku, penting untuk aku sihat untuk aku menjaga anak dan suami ku... kerana mereka lah insan yang paling aku sayangi. 


P/s :  Cerita pantang korang macam mana pulak ek?

Tuesday, March 27, 2012

Dunia Kerja Ku

Alhamdulilah... akhirnya aku telah masuk bertugas setelah 90 + 14 (cuti rehat sebelum bersalin) bercuti... Woowww.... aku rasa sudah agak lama aku tidak bekerja.. jadi otak agak kekebekuan.. kaku la jugak mula2 masuk kerja.. namun meja aku penuh dengan tugas yang perlu diselesaikan.. dan aku akan bertugas sebaik mungkin... namun, kini setelah bergelar seorang ibu... terpaksalah aku dengan bijak membahagikan masa dengan anak ku yang baru berusia 3 bulan 6 hari... dia masih dalam proses membesar dan sangat perlukan perhatian dari aku.. semoga aku dapat melaksanakan tugas dengan seimbang.. InsyaAllah..







So, sebaik masuk ofis aku terus da perhimpunan warga penerangan dengan Perdana Menteri. Sehari aku berada di Putrajaya International Convention Centre PICC... untuk mendengar taklimat dari PM yang kita hormati. Dia memberi ucapan yang meninggalkan kesan bagi diri aku yang bekerja dengan Kerajaan... namun, aku juga mengambil peluang untuk menghayati keindahan bangunan dalam PICC ... sebelum ini aku dah biasa ke PICC tapi ini pertama kali masuk Dewan Utama Internationalnya... so, aku terpukau... nak share ler dengan korang yang tak pernah masuk ke dalam...

Mr. KSU KPKK

Warga Penerangan khusyuk dan semangat mendengar taklimat
antara bahagian dewan yang menarik

Lampu yang unik dan menarik



Aku bersama dan ofismate


Perdana Menteri kita berucap dengan penuh semangat semalam..di Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Bersama Perdana Menteri Malaysia.


P/s : Berkhidmat Kerana Allah SWT

Thursday, March 15, 2012

Somene Like You



Telah lama aku menanti bait lagu yang best untuk menjadi halwa telinga akhirnya telinga aku terdengar juga bait lagu yang berjaya menyentuh hati ini.... lagu mengenai seorang wanita yang kaut semangatnya walaupun telah ditinggalkan oleh kekasihnya. Dia tidak marah jauh sekali dendam tapi dia minta agar lelaki tersebut jangan lupakan dia... itu sahaja permintaanya... aku suka dengan hatinya yang kuat sabar dan menerima dugaan dengan hati yang tenang,.. pendek kata lagu ini sesuai untuk sesiapa yang ingin kuatkan hati dan semangat.. bermotivasi!!! Lagu ini dinyanyikan oleh Adele.. best giler suara dia.. mulanya bila aku dengar lagu ni aku ingat Adele ni wanita kulit hitam.. kerana suaranya rupanya dia wanita inggeris... so nice her voice.. 



SOMEONE LIKE YOU

I heard that you’re settled down,
That you found a girl and you’re married now,
I heard that your dreams came true,
Guess she gave you things I didn’t give to you,
Old friend, why are you so shy?
Ain’t like you to hold back or hide from the light,

I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn’t stay away, I couldn’t fight it,
I had hoped you’d see my face,
And that you’d be reminded that for me it isn’t over, 

Nevermind, I’ll find someone like you,
I wish nothing but the best for you, too,
Don’t forget me, I beg,
I remember you said,
“Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,”
Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead, yeah, 

You know how the time flies,
Only yesterday was the time of our lives,
We were born and raised in a summer haze,
Bound by the surprise of our glory days,
I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn’t stay away, I couldn’t fight it,
I had hoped you’d see my face,
And that you’d be reminded that for me it isn’t over, 

Nevermind, I’ll find someone like you,
I wish nothing but the best for you, too,
Don’t forget me, I beg,
I remember you said,
“Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,”
Nothing compares,
No worries or cares,
Regrets and mistakes, they’re memories made,
Who would have known how bittersweet this would taste? 

Nevermind, I’ll find someone like you,
I wish nothing but the best for you,
Don’t forget me, I beg,
I remember you said,
“Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,” 

Nevermind, I’ll find someone like you,
I wish nothing but the best for you, too,
Don’t forget me, I beg,
I remember you said,
“Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,”
Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead.

Friday, March 9, 2012

Cerita Keajaiban Allah



Alhamdulilah.. akhirnya aku berkesempatan untuk menulis hari ini. Awra anak ku telah aku mandikan dan sedang tidur jadi ada la masa untuk aku berkarya.. chewahhhhh...berkarya la sangat. So, seperti yang dijanjikan hari ini aku akan bercerita bagaimana proses  untuk melahirkan anak pertama aku, iaitu Awra Nashrullah... Seperti yang aku ceritakan pada entry yang lepas saat2 aku dalam minggu ke 38 selepas itu beban kandungan aku rasakan semakin berat dan badan aku rasa sakit terutama dibahagian perut. Bukan sakit yang teruk tapi kesakitan itu membuatkan aku tak mampu untuk tido lena pada malam hari dan lengguh2 badan sepanjang hari. Mengikut pembacaan aku, itu kerana rahim aku yang semakin berkembang kerana proses untuk melahirkan. Saat aku menunggu detik kehamilan aku tak mampu untuk berjalan - jalan sangat malah ketika itu kebetulan  keluarga belah suami sedang sibuk dengan majlis perkahwinan adik iparku. Jadi, aku hanya menunggu dan menunggu saat untuk bersalin rumah dikampungku, Kota Bharu Kelate.


Kenyataan, setiap malam pada minggu ke 39 dan 40 dirasakan seperti ingin bersalin. Nasib baik cuti aku banyak jadi dapat la aku bercuti awal dan merehatkan badan dikampung lebih awal. Sememangnya aku merancang sebegitu supaya masa aku sarat tak payah la aku bersusah - susah lagi nak keje. Tapi selama mana aku nak cuti. Cuti bersalin hanya akan mula selepas aku bersalin dan cuti yang aku mohon semakin habis. Neves jugak la aku nak mohon cuti lagi jika aku tak bersalin pada tarikh yang telah ditetapkan. Tiap malam aku berdoa agar aku akan bersalin pada due yang telah doktor jangkakan. Tiap malam juga aku akan bangun di sepertiga malam untuk solat tahajud dan solat hajat semoga dipermudahkan untuk aku bersalin nanti. Aku buat segala yang disuruh oleh keluarga ku contohnya minum air Sanggul kacip FAtimah yang dibawa balik dari Mekah oleh Mertua ku. Aku juga makin kerap membaca surah2 yang glamer pada para ibu mengandung seperti :

surah Yusuf : supaya anak dilahirkan nanti comel dan cantik peribadi
 surah Meriam : supaya senang untuk melahirkan anak
surah Yassin: mendengar kata dan patuh ibu bapa
 surah Luqman : supaya anak yang dilahirkan cerdik pandai
surah Taubah : Mohon keampunan


Dalam beberapa hari minggu ke 39 aku ke pusat perubatan yang telah aku pilih untuk bersalin iaitu pusat perubatan swasta yang agak terkenal di Kota Bharu. Aku pergi bersama suami yang telah sampai dikampung ku selepas selesai majlis pernikahan adiknya. Aku diperiksa seperti biasa, Doktor pakar yang memeriksa aku megesahkan bayi dalam kandungan ku ok dan berat baby bertambah dari 2.8kg kepada 3.2kg. Aku mula rasa resah kerana bimbang aku tidak akan mampu untuk bersalin normal namun doktor menenangkan aku dan meyakinkan aku bahawa berat baby itu biasa dan masih boleh bersalin normal. Aku lega. Doktor juga bertanya sekiranya aku ada rasa sakit untuk bersalin atau pun tidak aku jawab memang tiada langsung.

Genap minggu ke 40  iaitu tarikh yang dijangka, masih tiada tanda keluar air ketuban ataupun sakit nak bersalin yang ada cuma sakit menahan beban yang aku rasa semakin menekan bahagian bawah badan ku. Namun, kerana beban yang mebuat aku tidak bisa tidur itu menyebabkan suami memaksa aku untuk pemeriksaan sekali lagi. Aku akur dan aku diperiksa sekali lagi. Kali ini rupanya air ketuban aku telah berkurangan lalu doktor menyuruh aku masuk wad untuk persediaan sekiranya aku akan bersalin pada waktu terdekat.

Hari Aku Bersalin

Tengok, kembang semua termasuk la hidung ku... org pednen kan!!!
Esoknya, 22/12/11 aku masuk Wad pada jam 8.00pg dan aku diberi ubat.Ubat tu sangat kecik (sekecil ubat panadol dibelah 4). Jantung baby diperiksa dan ubat buang air besar dimasukkan (kamu faham2 la bahagian mana ek) kerana dalam minggu ke 39 aku megalami sembelit yang teruk. Hampir 4 hari aku tidak buang air besar. Tak sampai 5 saat aku terus meluru ke tandas kerana rasa nak buang air besar. Bila semuanya keluar aku rasa kelegaan yang amat.. Alhamdulilah. Aku masih tidak terasa sakit dan suami masih setia menemani di sebelah ku. Aku masih ingat makanan tengahari yang terakhir aku makan sebelum aku bersalin, ikan masak sambal yang sgt besar dan aku berjaya habiskan seorang diri. Aku makan berselera sekali kerana kakak ku pesan kena makan untuk tenaga bersalin nanti.  Petangnya aku mula terasa sakit selang seli (contraction) dalam sejam sekali.  Aku diberi makan ubat kecik tadi, sekali lagi dan pada jam 4 dan doktor pertama kali check 'jalan' bersalin dan itulah pertama kali aku menjalani pemeriksaan sebegitu ( inikan pertama kali aku bersalin dan rasanya sangat aneh dan ada rasa sedikit geli dan senak)  . Mulanya aku rasa amat malu namun kerana rasa sakit yang semakin menyengat aku tahan aja. Yerlah, nanti doktor nak sambut baby ikut jalan tu jugak jadi redha aja. Rupanya jalan aku baru terbuka 2cm. Aku masih tenang dan bersahaja.


Lebih kurang jam 7 mlm kakak ku datang dan bawakan keropok lekor kesukaan aku. Aku rasa nak sangat makan keropok lekor sebelum bersalin. Namun, selera aku menurun dan hanya sentuh sikit je. Kemudian Kaunselor datang dan bagitahu tentang proses bersalin. Katanya, walaupun ada darah yang keluar sebelum bersalin aku masih boleh solat sekiranya masa bersalin itu masih panjang. Dia juga bagitau bahawa bersalin itu sakit dan aku mesti bersabar dan bertahan. Sakitnya seperti berperang kerana ia menghapuskan dosa2 ibu yang melahirkan. Seorang ibu yang melahirkan, dirinya suci dari sebarang dosa seperti bayi yang dilahirkan. Begitu la besarnya pahala bagi seorang wanita yang bersalin. Dia juga kagum pada aku kerana  masih bisa tersenyum walaupun dalam keadaan waktu itu. Apa yang diberitahu oleh kaunselor itu aku terima dengan hati yang tenang... InsyaAllah aku akan mampu melahirkan bayi dalam kandungan ku ini. Sebenarnya, hati aku resah tiada henti kerana memikirkan sakit yang akan aku alami untuk melahirkan anak ini. Aku selalu tertanya adakan aku mampu untuk melawan kesakitan dan bertarung demi melahirkan zuriat yang bermakna ini. Bilakah aku akan merasai proses kelahiran itu Hanya Allah yang tahu.

Jam 8. 20 aku usai solat Isyak dan mengaji rasa sakit perut pun bermula. Mulanya dengan sakit biasa2 saja tapi semakin lama semakin sakit dan kekerapan 5minit sekali. Aku minta suami panggilkan doktor dan sekali lagi jalan di check tapi masih  2cm. Kesakitan yanga ku rasa  diberitahu pada doktor dan katanya itu adlah normal, dia minta aku bertahan. Pertama kali aku rasa kesakitan tersebut dan rasanya boleh tahan sakitnya. Memulas - mulas perut ini aku rasakan.  Aku mula berlatih pernafasan untuk mengawal kesakitan contraction yang aku alami. Saat itu baru la aku dapat rasakan kesakitan yang dialami oleh semua ibu apabila ingin melahirkan. Hanya Tuhan saja yang tahu akan kesakitan itu. Aku bertahan dan bertahan.

Turun Darah

Jam 10.30 malam, aku rasa lemah dan tiada tenaga, aku rasa aku sudah tidak mampu untuk menahan kesakitan. Aku panggil nurse dan minta ubat tahan sakit. Sekali lagi jalan aku di check dan jalan telah terbuka 4cm.. bila aku mohon ubat tahan sakit, dia memujuk agar aku bertahan kerana sekiranya aku mengambil ubat tersebut, dikhuatiri aku  dan baby akan mengantuk ketika saat kelahiran. Aku katakan padanya aku dah tidak tertahan kesakitan contraction ini namun dia memujuk supaya bertahan dan aku tidak percaya aku masih bertahan. Untuk mengurangkan rasa sakit aku berjalan disekitar bilik dari jam 10.30mlm sehingga jam 1.00pg. aku juga melakukan senaman untuk memudahkan proses keluar baby. Ramai kawan ku berkata jika banyak berjalan dan melakukan senaman, InsyaAllah akan mudah untuk bersalin nanti. Ketika ini aku mempraktikkan segala nasihat dan pesanan yang disarankan oleh teman2 dan keluarga. Untuk mengurangkan rasa sakit2x yang amat itu aku mula mengawal pernafasan dan ternyata itu dapat mengurangkan sakit. Aku juga mula tidak memikirkan rasa sakit. Aku sebut dalam hati, " tak sakit" berulang kali dan itu berupaya menghilangkan kesakitan. Doa nabi Yunus aku baca berulangkali sambil berjalan- jalan.

Tekanan semakin kuat. Suami menyuruh aku tidur dikatil tapi aku tak peduli. Aku mengantuk, penat, sakit dan tertekan. Aku perasan ketika sakit itu aku jadi geram padanya. Aku dah cuba berbaring di atas katil tapi rasa sakit berlipat kali ganda dan aku tidak tahan berbanding dengan aku berjalan. Dia juga sudah kepenatan menanti aku, aku suruh dia tidur dan dia lena dalam kepenatan. Ada masa aku ke tandas lalu terkencing dan terbuang air besar (nasib baik bukan baby yang keluar). Tepat jam 1 aku ke tandas lagi dan aku rasa sesuatu melekit yang pastinya bukan air kencing. Aku sentuh dengan tangan rupannya darah dan lendir yang keluar. Terus aku call doktor dan jalan aku di check sekali lagi. Rupanya jalan dah terbuka 8 cm. Aku rasa lega kerana teknik yang aku lakukan menjadi. Terus aku diarah ke Labour Room. Suami aku kejutkan dan dia memapah aku ke Dewan Bersalin. Nurse disitu terkejut kerana pertama kali dia melihat wanita yang nak bersalin berjalan kaki ke dewan bersalin dan wanita itu adalah aku... sebenarnya aku berjalan kerana ingin cepat bersalin walaupun aku dah berjalan selama 3jam sebelum itu. Aku sendiri tak percaya aku lakukan semua tu. Dan aku langsung tidak menangis...


Dalam Dewan Bersalin

Kesakitan semakin kuat dan aku dapat rasakan yang aku sudah tiada tenaga. Masa tu baru aku menyesal sebab aku tak makan malam tadi (padan muka aku.. hehehe). aku berbaring di atas katil bersalin dan ketika ini suami masih setia disebelah. Dia tak berhenti2 berdoa dan berselawat di telinga ku. Aku sedar aku tarik rambut dia sekuat hati, aku peluk leher dia, aku ramas jari - jarinya. Apatidaknya, saat ini sakitnya aku sudah tak tertanggung. perut aku rasa seakan ingin pecah. Dia cuba tenangkan aku, denganberkata " sikit je lagi, tahan yer sayang". Betul la kata orang, rasa sakit nak bersalin ni rasa seperti ingin buang air besar tapi memulasnya itu berkali - kali ganda sakit berbanding rasa ingin buang air besar. Aku ingat masuk bilik tu aku terus bersalin rupanya kena tunggu sehingga terbuka 10cm. Aku bertahan sekuat hati. Aku tak berhenti baca doa Nabi Yunus dan mengucap dan segalanya. Aku juga tak berhenti berdoa didalam hati " Ya Allah, kau keluarkanlah keajaiban yang kau kurniakan kepada kami ini dengan mudah" aku lafazkan itu tidak berhenti - henti kerana bagi aku, anak yang di dalam rahim ku ini adalah keajaiban teragung dari Allah.... Dialah Maha Pencipta.

Tanda Kelahiran bayi ku
Suami ajar aku cara bernafas dengan betul namun kesakitan yang aku rasa menyebabkan aku panik dan hilang segala ilmu yang aku dah praktikkan sebelum ini. Aku cuba berulangkali dan masa semakin panjang. aku terus bertahan, bernafas dengan cara yang betul. Aku masih ingat lagi ketika jalan dah terbuka 10cm dlm sekitar jam 3.45pg, aku diarah 'push' dengan sekali nafas sekiranya aku lepas nafas aku kena terus tarik nafas dan teran lagi. Saat itu aku rasa keliru dah la sakit yang amat. Tangan aku mesti pegang buku lali dan suami menahan belakang ku untuk menolong aku meneran. Aku masih ingat 4 org nurse dan seorang doktor pakar mengelilingiku dan ada nurse yang berselawat  semasa aku meneran. Mereka bersama - sama dan bersemangat menyuruh aku meneran.  Bila aku mendengar lafaz suci beramai - ramai itu, Akhirnya tepat jam 4.00pg (Jumaat, 23/12.11)  kali kedua aku meneran  dengan sekali nafas dan lafaz Allahuakhbar...(dalam masa itu juga aku dapat rasa doktor melakukan episitomi di vagina aku) keluarlah keajaiban Allah itu (bayi pertama kami) dan serentak itu juga aku menjerit Allahuakhbar  dan saat itu aku rasa seperti  something telah keluar dari perutku..(rasanya memang seperti buang air besar sembelit tapi dengan kesakitan 100x ganda) serta merta perut ku yang buncit mengempis. Doktor terus memanggil nama ku dan menunjukkan bayi comel yang masih merah berdarah kepada aku dan mengesahkan ianya bayi lelaki dengan berat 2.8kg dan kemudian aku terdengar tangis kecil hanya sekali dan terus bayi kami di cucikan. (masa lihat baby tersebut, sempat lagi aku berfikir, punya la besar perut ku tapi baby yang keluar kecil jer dan hanya berat 2.8kg.. )

Selepas itu, Aku dah separuh sedar dan hanya mampu mendengar dan merasa peha aku dicucuk dan aku terasa saat doktor menjahit luka bersalin ku. Kemudian aku diberi minum air milo suam yang aku rasa sangat bermakna pada aku ketika itu...... Untuk semuanya aku mengucapkan syukur tak terhingga kepada Allah SWT kerana memberikan aku kenangan paling indah dalam hidup aku dengan keajaiban Nya yang diberikan kepada kami. Terima kasih tak terhingga pada suami yang tercinta, Amir Faisal kerana menjadi penyokong yang setia semasa kelahiran ini dan kepada semua pihak Pusat Perubatan An Nisa' di atas perkhidmatan yang sangat memuaskan hati aku serta kepada semua ahli keluarga tersayang, kawan - kawan kerana doa kalian semua. JUga, rasa berbaloi yang amat sangat kerana aku boleh dikategorikan amat mudah bersalin kerana ini adalah kali pertama aku bersalin dan aku tidak mengalami apa- apa komplikasi dan anak kami sangat sihat, berbaloi - baloi aku mengambil Salindah sebagai permakanan sejak dari aku mengandung 3 bulan aku habis berpantang 44 hari. Alhamdulilah..Semuanya Kuasa Allah!!! 

P/s: cerita aku selepas bersalin dan berpantang akan menyusul selepas ini... Tunggu!!!



Inilah Keajaiban Allah kepada aku dan suami ... Awra Nashrullah. Dia di hari pertamanya di dunia ini.


Awra Nashrullah di hari ke 70






*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...