Friday, June 29, 2012

Pasar Ikan Masin, Kota Kinabalu Sabah



Antara ikan masing yang sempat aku snap... meriah ikan masin di sini... macam2 ikan masin ada...


Pasar Kraftangan di Kota Kinabalu, Sabah
































Wednesday, June 27, 2012

Colour Of My Life




Inilah dua insan yang paling penting dalam hidup ku... tak dapat nak ungkapkan betapa sayangnya aku pada mereka berdua kerana menjadi pelengkap hidup ini. Tanpa mereka hidup aku tidak akan berseri dan berwarna - warni.... merekalah warna hidupku... doakanlah kebahagiaan kami... 

Rumah Terbalik

Kawan - kawan.. hari ni aku nak kongsi cerita aku di Rumah terbalik 




Aku bersama Rumah Terbalik


Kaunter tiket masuk



Kami Bersama Rumah Terbalik... 

Rumah Terbalik Borneo 

Salam semua.... mesti korang pelik naper tetiba aku kuarkan cerita pasal rumah terbalik kan...Ada artkel mengenai rumah tersebut di akhbar online.. bila baca teringat la ketika kami bercuti di sana. cerita ni pasal percutian pada tahun 2012... masa tu Awra baru berusia 5 bulan. Kami sekeluarga bercuti di Kota Kinabalu dan salah satu tempat menarik di sana adalah Rumah Terbalik di Tamparuli. Antara fakta mengenai rumah tersebut ialah : 
  • Ia terletak di Tamparuli dan menjadi rumah terbalik pertama di Malaysia dan Asia serta kelima di dunia.
  • Dibina Julai 2011 dan dibuka pada Februari 2012, rumah itu disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.
  • Ia mengambil ilham sebuah rumah di Kota Belud, pembinaan rumah ini cukup unik dan berbeza dengan rumah terbalik di seluruh dunia.
  • Pembinaan rumah ini bermula dari bumbung di bahagian bawah sehinggalah bahagian lantai dan mereka menggunakan cermin untuk memantulkan gambaran sebenar supaya setiap benda yang dipasang berada dalam keadaan yang betul.
  • Kelengkapan rumah seperti televisyen, sofa, peti ais, meja makan, katil, tilam dan kipas semuanya terbalik.
Mesin jahit seberat 35 kilogram ialah barangan terbalik paling berat di rumah itu.
  • Keluar daripada Rumah Terbalik Borneo, taman terbalik dan tandas terbalik serta kereta terbalik cukup mengujakan.
So, kerana teruja aku kongsikan beberapa gambar kami di sana.. sebagai kenangan.

Pulau Manukan Nan Indah


Masa memang mencemburui aku...sebab aku sekarang tiada masa untuk menulis blog ku sekarang... selepas balik dari Sabah Borneo..kesibukan di Ofis bertambah - tambah. Rasa frust sangat sebab memikirkan masa yang aku perlukan untuk menulis sangat kurang... aku ingin berkongsi dengan semua tentang cerita aku dan famili berkunjung ke Pulau Manukan. Tak per nanti aku akan kongsikan lagi... buat masa sekarang tengok la dulu gambar2 kami bersama kecantikan Alam semulajadi di Pulau Manukan ini.


Berkumpul di Jeti Jesselton Point. Jeti ini boleh di katakan  agak menarik



Mula - mula sampai di Pulau Manukan




Bersama Awra di Kedai Cenderahati di Pulau Manukan

Antara ikan comel di Pulau Manukan... ini replika ek.. bukan ikan betul.. ^_^

Ini pun canti... dibuat dengan buah pokok ... tapi aku tak tahu siapa yang buat... aku snap jer.. sebab comel!!!

Aku bersama suami tersayang.... aku tak sangka air pulau ini akan sejernih ini.... pergi la sendiri.. baru kamu akan faham maksudku..

Abadikan diri dengan panorama indah.... 
aku snap pemandangan ini khas untuk diri sendiri supaya aku tidak akan lupa akan kecantikan alam di sini yang semua ciptaan Yang Maha Esa..
Memang aku sengaja bawa Awra mandi air pantai... walaupun kesejukan masih lagi boleh posing  depan kamera... sebenarnya...
Inilah geng kami... tapi tak cukup lagi... seorang iaitu suamiku... orang yang snap gambar ni.

Monday, June 11, 2012

Bila Anak Demam

Inilah gambar  budak yang baru lepas sembuh dari demam kena cucuk

Alhamdulilah.. demam Awra dah reda..

Ini gambar diambil masa awra 3bulan dan 1st time dia demam... selepas kena cucuk untuk 3 bulan. Sebelum ni.. hero ibu ni kuat jer.. tiba2 kena cucuk ni hari kedua terus demam.. bila anak demam pertama kali.. kalut juga la ibu dia. Yerlah.. anak tak pernah demam.. naseb baik dapat diatasi dengan baik. lepas dua hari, awra sembuh sepenuhnya.. Alhamdulilah.. ibu sayang hero ibu ni.. Muah muah muah!!


Oh, ini ada tips baru pada orang baru jadi ibu dan bapa..... selepas cucuk 3 bulan ke  5 bulan ke... apa jua...  terus bagi ubat demam.. minta dengan doktor ubat tu sebab itulah yang aku buat pada Awra bila dia kena cucuk 5 bulan ari tu... memang tak demam... lepas cucuk terus bagi ubat. Baby demam selepas cucuk sebab vaksin yang dicucuk itu sangat kuat dan badan bayi yang masih kecil akan bertindakbalas ... lalu demam. Tapi jangan bimbang.. walaupun demam.. ia tidak akan melarat jika diambil tindakan segara. Ini semua pengalaman aku sendiri... tapi bagi siapa yang ada pengalaman yang lebih bagus.. kongsi la dengan aku... 

Semoga awra akan jadi anak yang baik dan taat... insyaAllah






Tuesday, June 5, 2012

Aku dan Negeri Dibawah Bayu

Ini gambar yang di snap betul di Pulau Manukan.. bukan gambar teknik montaj ek.. memang sangat cantik alam ciptaan Tuhan.

Tak tadapat diungkapkan tentang keindahan Pulau Manukan, Kota Kinabalu, Sabah.. pabila aku sampai di sana. Bila mata melihat kejernihan airnya dan keceriaan ikan - ikan di dalam kejernihan itu.. hati melompat - lompat mau berenang bersama ikan - ikan kecil itu. Tapi masa tak mengizinkan aku bercerita lebih banyak kerana masih banyak tugas yang perlu diselesaikan... nanti aku akan bercerita lagi... tunggu tau..!!!


Sambungan..

Ceritanya, kami sebenarnya dah lama merancang untuk bercuti di Sabah, sejak dari kami perkahwin dulu kerana Pulau Manukan merupakan destinasi untuk honeymoon kami tapi kerana beberapa kekangan yang wujud terpaksa la kami tangguhkan dulu niat itu. Kemudian, selepas aku bersalin dan lepas pantang...huby asyik duk sebut nak ke Sabah... niatnya meraikan aku dan baby baru. Dia juga selalu sebut untuk bawa famili dia melancong. So, nak dijadikan cerita satu hari tu aku terlihat iklan AirAsia.com. tercuit pula hati untuk meneruskan hasrat tersebut. So, bila usha - usha AirAsia.com tu ada la tiket murah... aku kira semua 8 orang dalam RM1370... rasa macam sesuai sangat la dengan bajet dan kami semua.

So, aku terus report kat huby tercinta dan dia terus On dan suruh aku tempah tiket terus. Aku uruskan tiket dan dia uruskan Homestay kami semua kat sana.. semuanya melalui internet.. memang mudah giler... naseb baek semuanya ditempah berjalan lancar dan memudahkan lagi pergerakkan kami di sana... kami semua memang teruja giler...

Famili huby yang paling excited... yerlah tak pernah sampai Sabah. Lihat tempat orang... terlalu banyak perbezaan dari semenanjung.... tapi apa yang paling aku perasan.. Sabah memang sangat maju.. aku tahu Sabah memang maju tapi aku tak sangka sampai advance macam ni sekali.

Masa kami tiba di sana yang nampak sangat kemajuan nya itu ialah pembinaan Times Square yang di semenanjung ni hanya terdapat di Kuala Lumpur.. negeri lain mana ada... tapi Kota Kinabalu akan dibina... canggih tu... sangat maju... pendek kata sebaik aku jejak di Sabah.. aku tak berhenti - henti memuji Kota Kinabalu ni.. sampai huby kelaurkan ayat.. " sayang tak nak pindah sini ke? " Penangan negeri Sabah bah...!!!

Ramai yang bertanya tentang bajet perlancongan kami sekeluarga seramai 8 orang ini.. so aku bagi secara pukal saja yer..

Tiket untuk 8 orang pergi dan balik : RM1370
Homestay  2 malam 2 hari : RM 370
Kereta sewa 2 hari : RM 340
Makan dan Minum : kena kira sendiri lah, kami ramai jadi belanja pun banyak
Aktiviti Pulau Manukan  8 orang pergi dan balik beserta alat snorkling :  RM 121
Shopping : bergantung pada individu masing - masing tapi kami sekeluarga memang shopping giler2


Apa yang dapat aku rumuskan tentang percutian ini, Kota Kinabalu memang best.. makan best, homestay best, bandar best .... semuanya bestlah..!!!!  Kalau korang tak caya.. korang leh tengok entry2 seterusnya tentang beberapa tempat menarik yang kami lawati... kalau tak percaya jugak korang terjah la sendiri... baru korang puas hati kan... sangat berbaloi melancong ke Sabah Borneo. Jika korang berminat untuk guna home stay yang aku sewa.. boleh roger2 aku.. memang yang termurah dan terbaik.. percayalah..



Awra di LCCT, Sepang


Meleleh air susu....bestnya Awra minum susu dan excited sangat ibunya posing sampai tak sedar susu meleleh.... suka sangat sebab pertama kali bawa Awra jalan jauh.


Kenangan di dalam Air Bus AirAsia


Sempat lagi posing dalam kapal terbang... 2.30jam perjalanan.. hampir bosan la jugak.. tapi seronok dapat jalan ramai - ramai..

Pulau yang mengamit hati sesiapa saja yang memandang.. Pulau Manukan






Rumah Tebalik sudah bah.. Tamparuli, sabah




Pasar Ikan Masin Kota Kinabalu, Sabah... sedapnya ikan keropok!!!





Cyber City Apartment.. Teratak tempat kami berteduh di KK... moden giler.. best sangat tempat ni..






Jeti Jesselton Point  : Tempat naik bot untuk ke pulau - pulau indah di KK





Awra teman ibu dia shoping di Pasar Kraftangan, KK







    
On the way balik Kuala Lumpur... bye bye Sabah Borneo

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...