Ramadhan Kali Ini..



Alhamdulilah.. pejam celik pejam celik dah 20 hari umat islam berpuasa. Puasa kali ini sangat istimewa. Ini pertama kali kami berpuasa bertiga. Ramadhan kali ini sangat berbeza dengan kehadiran Awra Nashrullah. memang mulanya kami agak kekok.. sebab masa buka puasa akan terganggu dengan kerenah dan ragam Awra. Namun, setakat ini kami masih dapat berbuka puasa bersama - sama cuma ada sesekali aku terpaksa kerja lebih masa terpaksa lah suami buka puasa dengan Awra. Ceritanya, Awra sejak masuk 7 bulan perangainya berubah drastik. Semuanya berlaku selepas demam. Aku ingat aku je yang perasan rupanya pengasuh dia pun sama. Dia cakap Awra memang dah berubah.. makin agresif dan aktif tu tak payah nak cakap la. mentang - mentang dia dah pandai berdiri.. padahal lutut dia masih lemah lagi sudahnya, mudah la jatuh. Yang aku bimbangkan kepalanya tu... asyik jatuh jer.. nanti jadi apa2 .. aku minta jauh la. Jadi, ekoran dari itu, tak dapat la aku atau suami tingal kan dia seorang diri. Mesti ada sentiasa dengan dia. Dah cuba letak dalam Walker tapi duduk kejap dia mula la menangis.. mrengek - rengek. Itulah kerenah Awra sekarang.

Sembahyang Terawih
Cerita sembahyang terawih kali ini tak berapa nak best. Aku tak dapat nak join solat terawih di surau atau masjid. Aku ada sedikit kecewa.. sebab bagi aku solat terawih itulah penyeri Ramadhan. Aku ada jugak perasaan cuba untuk nak bawa Awra join sekali solat terawih tapi kebetulan bulan puasa ni dia mula meragam yang pelik2 tu. Jadi terpaksa lah aku pendam kan ajer. Aku bagi peluang sepenuhnya pada suami. Dapatlah dia menunaikan solat terawih dan aku menjaga Awra dirumah. Namun, aku harus faham, ini semua pengorbanan aku untuk anak kami. Nanti kalau anak dah besar dapatlah aku berjemaah solat terawih semula.

Persiapan Raya

Ralit aku menghadapi puasa dan melayan kerenah anak.. tengok2 dah pertengahan puasa. Baru aku perasan yang kami belum beli apa -apa pun barang untuk beraya. Satu pun tak beli lagi. Jadi, kepanikan berlaku bila aku perasan yang Syawal bakal tiba. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terlepas persiapan raya ni.. sebab bagi aku, persiapan baju dan barang2 raya ni sepatutnya beres awal2 lagi jadi takder lah bulan puasa ni baru nak kalut2 kan... so, mula la aku terus tekan gear 5, masuk hari ahad minggu lepas aku terus ajak suami pergi ke Jalan TAR... terpaksa! Aku cuba dulu untuk cari baju anak, aku dan suami  dalam internet namun menghampakan. Dengan harga yang agak mahal dan risiko baju tu besar atau pun kecik... So, puas aku fikir, walaupun itu jugak sebenarnya yang kami nak elakkan terpaksa la kami ke Kuala Lumpur jugak. Alkisahnya, walaupun aku dah sampai pagi, ternyata itu tidak mampu menghalang orang lain datang lebih awal dari kami. Kami dan dengan Awra yang meragam tak nak duduk dalam Stroller, merempuh la lautan manusia di Jalan TAR. Kalau ikutkan hati memang aku tak sanggup nak redah orang ramai tu, tapi aku dah nekad.. alang2 dah sampai KL.. redah je lah.... Redha lah. So, aku mula la pencarian baju melayu Awra, baju kurung untuk aku dan t- shirt untuk suami. Memang tak menghampakan, memang banyak baju yang menjadi idaman jauh lebih murah dan lebih yakin dengan saiz sebab aku akan try baju kat situ jugak. Alhamdulilah... aku memang puas hati, semua baju yang aku nak ada.. dan murah. Itu yang kita nak... Cantik dan Murah!!!

Tapi baju suami, dia demand pulak. Dia tak da berkenaan satu pun t-shirt kat butik dan kedai di Jalan TAR tu. Aku pun buntu... kebetulan jalan nak balik lalu depan SOGO. Dia pun ajak acah2 ke SOGO, aku pun setuju jer.. walaupun dah penat aku turutkan ajer sebab aku tak nak fikir dah pasal benda ni lepas ni. Kami pun masuk la SOGO, tu dia.. melampau, orang lagi ramai dan padat... tapi kami masuk jugak.. terus ke bahagian lelaki dan aku biarkan aja suami pilih baju idaman dia... naseb baik ada.. dan pilihan dia secocok dengan warna tema tahun ini ...Turqouise dan dark blue .. (amboi laki aku ni... taste yang jenama kat SOGO jer... hahaha... layan je lah... duit dia...).  Memang kebetulan lah, semua warna yang kami pilih senada walaupun aku takder la tengok betul2 warna baju tu... yang penting baju tu ada turqouise.. Ok, so settle sudah persiapan baju raya.

Biskut raya pun aku ada beli tahun ini tapi sedikit saja tak sebanyak kuih raya tahun lepas sebab raya di Lipis, adik ipar yang sediakan (so, leh jimatkan duit). 3jenis biskut raya je pun yang aku beli tapi hampir RM seratus jugak la.. aku pun tak faham.... barang sekarang memang mahal la... hahaha... takper yang penting ada buah tangan untuk keluarga mertua. Keluarga di Kota Bharu aku hanya bagi duit untuk persiapan raya. Pandai - pandailah ayah dan kakak ku uruskan... Wah!!! Aku tak sabar nak balik KB.

Raya Di Rumah Suami

Raya kali ni giliran rumah suami, jadi berayalah aku di Kuala Lipis bersama keluarga suami. Mestilah terasa perbezaannya. Kalau di rumah sendiri, bukan main seronok la aku sebabnya aku yang akan aturkan menu pagi raya tapi dirumah mertua.. tak dapat la aku kuasa itu.. huhuhu... Ala bukan apa.. saja la jika ikut selera kita mestilah lagi best kan... hehehe... Beraya dirumah mertua pun best. Cuma kemeriahan tu kurang berbanding dengan di rumah aku yang terdiri dari keluarga yang besar. Jadi, bila hari raya kemeriahan tu sangat dirasai. Rumah mertua, keluarga ramai jugak tapi diorang tak kumpul pagi raya pertama tapi setiap keluarga datang berasingan.. jadi berkumpul tu tiada. Itu yang tak best tu. Aku palin suka bila semua keluarga berkumpul. Banyak cerita dan keriuhan tu lain macam. Itu yang best!!!!

Ramadhan dan LailatuQadar




Banyak cerita aku tentang persiapan raya... sebabnya puasa tahun ini aku banyak menghabiskan masa melayan Awra seorang. Namun, hati ini tetap rasa berat bila Ramadhan ingin berlalu. Aku tak sempat beribadah sepenuhnya pada tahun ini namun mampukah aku beribadat pada Ramadhan  akan datang? Adakah aku ada pada Ramadhan yang akan datang. Aku selalu berdoa agar Allah ampun kan aku di atas kekurangan ibadah ku padanya pada Ramadhan kali ini... Aku tahu Allah Maha Mengetahui segalanya. Aku juga terfikir malam Lailatuqadar yang setiap tahun aku sanggup tunggu... mampukah aku mencarinya pada Ramdhan kali ini... Ya Allah kuatkan semangat dan hati diri ini untuk mencari malam mu yang berkat itu... malam Seribu Tahun.... InsyaAllah jika dengan izinNya aku dapat mencapainya....

Comments

Popular Posts