Dia dan Cabaran Ini

Assalamualaikum semua.....

Sudah agak lama aku tak menulis di blog ni... banyak benda yang nak diceritakan di sini tapi kekangan masa dan beberapa kisah tak berapa nak ceria seiring dalam hidup aku dan keluarga buat aku tiada masa untuk menulis di blog kesayangan aku ni. Tapi aku gembira sebab da je orang yang baca dan komen di blog aku yang tak seberapa ni... alhamdulilah.. minggu ni je da 2 follower yang join blog aku. Blog aku tiada GA aka Give  Away untuk diberikan... siapa yang follow.. aku rasa mereka memang ikhlas untuk berkongsi apa yang aku tulis bedasarkan pengalaman aku sendiri.



Ada beberapa perkara yang tidak dijangka berlaku dalam kehidupan aku... berlaku dalam 2 dan 3 bulan ini..  bukan satu tapi 2 dan 3 perkara yang agak besar dalam kehidupan aku... Kerana itu aku redha dan terima segla ketentuanNya walaupun perubahan yang berlaku itu amat besar bagi aku... buat masa sekarang aku tidak bersedia lagi untuk berkongsi di sini... bila semuanya dah settle down, then baru aku boleh kongsikan.

Beginilah kehidupan, apa saja boleh berlaku pada kita... cuma ia bergantung kepada kita setakat mana kemampuan kita untuk menghadapinya. Aku berusaha untuk fikirkan jalan yang terbaik terhadap apa yang berlaku... aku harap tindakan yang aku ambil ni akan menjadikan aku insan yang lebih cemerlang dan bahagia. Namun, aku tak nafikan ketakutan terhadap keputusan yang aku ambil ini akan mempengaruhi hidup aku dan mungkin akan membuat aku tidak bahagia... aku da rasa paranoid.. yer memang ada..kena ada sebab aku akan terus buat rancangan seterusnya jika apa yang telah aku rancangkan tidak berjaya.. sentiasa mesti ada plan A, plan B, Plan C dan plan D jika kita ingin teruskan perjuangan hidup ini.





Jika kita ada rasa manis.... kita juga akan rasa pahit. Sepanjang hidup aku selama 29 tahun ni.. aku rasa manis dan pahitnya. Bila kita rasa manis .... kita sangat bahagia... bila kita terpalit rasa pahit... pedihnya hanya Tuhan yang tau.. dan ketika itu aku akan telan kepahitan itu untuk aku rasa manisnya semula... Ketika itu hanya Kekasih aku yang abadi yang akan menjadi sandaran utama yang berkongsi setiap airmata dan tangisan ku.... dan aku tahu ini semua suratan dak Kekasih ku pada ku untuk menduga hati aku,... samada aku hanya fikirkan Dunia tanpa ingat pada Akhirat. Jika aku buntu dan sedih.... Dia yang akan menunjukkan jalan. Aku sangat percaya kepada Nya.. aku memang hanya berserah pada Nya... sebab Dia yang ciptakan aku dan aku sedar aku hanya hamba yang hina padaNya.



Kerana itu, aku rasa kesal dan kecewa jika ada keluarga dan kawan2 yang tidak percaya pada Nya. Jika menghadapi segala musibah dan kesusahan... mula buntu dan tidak ingin atau lupa untuk memohon pada Kekasih mereka yang Satu. Ramai yang berkata padaku, apa guna berdoa jika tiada apa yang terbaik berlaku pada mereka.. sanggup mereka berkata begitu. Malah mereka hanya gelak dalam hati jika kau berkata percayalah padanNya dan berdoa lah meminta pada Nya.... aku tidak mampu untuk menolong kamu semua... jadi hanya itu yang dapat aku bantu... Berdoalah pada Nya. Percaya lah padaNya.. nescaya kamu akan merasai kuasanya.... memang kamu akan kata aku tidak berpijak pada dunia nyata... tapi itulah yang aku lakukan dan aku merasa doa dan pemintaan aku itu dipenuhi olehNya... terpulanglah pada kamu semua... hanya ini nasihat yang mampu aku berikan. ok, stop mengenai mereka!




Beberapa waktu saja mungkin berlaku perubahan pada aku... aku mohon kalian semua doakan aku semoga aku berjaya mengharungi semua ini.... InsyaAllah... Aaammmeeen...Dialah Kekasihku... Allah SWT.

Comments

  1. Keyakinan dlm setiap diri insan itu berbeza dr setiap manusia ke setiap manusia. Untuk mengetahui tahap mana kepercayaan dan keyakinan itu ialah melalui ujianNya. Tak di sangkalkan, manusia ada yg terbabas dgn ujian yg diberi. Tapi, manusia juga boleh bangkit semula dari kegagalan dan kejatuhan yg lampau. InsyaAllah berkat usaha dan doa itu penting...
    *masih mencari kekuatan untuk teruskan hidup* :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. terima kasih saudari khalilah sebab sudi berkongsi pendapat dan pandangan di entry ini.... memang betul... Tahap kepercayaan dan keyakinan itu ialah melalui ujianNya... itulah yang sebenarnya. Jika Dia sayang pada umatnya.. Dia akan menguji umatnya itu ... di situ kita boleh tahu setakat mana tahap keimanan kita pada Nya. Alhamdulilah... pandangan yang begitu bernas sekali...wasalam

      Delete

Post a Comment

Popular Posts