Friday, November 30, 2012

Rezeki kedua

Assalamualaikum semua..serta salam Jumaat, penghulu segala hari ..... pada semua yang suka membaca perkongsian ini... Alhamdulilah.. memang itu lah yang akan keluar dari mulut aku ini.. So,  hari ini aku nak berkongsi berita gembira yang tak semua orang  merasainya... dengan kuasa Allah.. aku mengandung lagi anak kedua.. hari ini.. kandungan sudah berusia 26 minggu aka 6 bulan lebih. 

Alhamdulilah... setakat ini bayi dalam kandungan ini sihat dan sangat aktif. Begitu juga dengan anak pertama aku yang bulan Disember depan genap setahun, sangat aktif sebab baru dapat 'lesen L' berjalan. Kenapa aku cakap lesen L.. sebab walaupun dah boleh berjalan tapi jalanya tak lurus tapi berterabur... ikut suka dia nak berjalan ke mana pun.. bila laju sikit.. jatuh. Pastu akan bangun semula dan jalan lagi.. ada masa dia tak akan berhenti berjalan - jatuh - bangun - jalan lagi. Itulah keje dia seharian selain dari mengigit sebab gigi atas aku ingat kan tumbuh 4 je.. rupanya bila dikira... 6 sekali tumbuh sekata.. sekali dengan taring.. aku agak sebab itu la dia demam teruk tempoh hari...(itu yang aku teka la)

So, mesti korang cakap.. cepatnya.. kan untuk aku mengandung lagi... bagi aku biasa je sebab da orang lagi cepat dari aku. Aku kira kosong 6 bulan then, berisi semula. Masa mula nak lekat tu aku dah boleh rasa lain macam.. bila je masuk tandas aku rasa nak muntah... aku dah tergerak hati, aku mengandungkah? Tapi aku nafikan je sebab masih awal lagi... lepas tu, bila period tak datang2 aku terus yakin.. mesti lekat ni.. xyah guna urin test.. aku sendiri boleh agak.. sebab pengalaman dari yang pertama kan... so, aku terus assume aku preggy. Tapi aku tak cakap pun pada suami... aku diam je.

Bila tiba soal merancang.. mesti orang bertanya aku tak merancangkah? Sape yang tak nak merancang.. namun, ini semua ketentuanNya.. kerana itu aku terima berita gembira ini dengan tenang hati. Suami tak payah cerita, dia lah yang paling happy bila aku khabarkan yang aku berisi lagi... aku ingatkan dia tak bersedia lagi.. rupanya dia memang nak. Sebab itu lah bila aku beria nak cucuk depo or makan ubat perancang dia tak bagi.. dia tegaskan semua itu ada kesan pada diri aku nanti.. tak sihat... jadi kami memang hanya merancang secara semulajadi... jadi, bagi aku ini memang ketentuanNya.. aku mengandung untuk kali kedua ini.. sebab ada juga kawan2 aku yang lain.. dah 3 or 4 tahun tapi masih tak lekat walaupun mereka memang menginginkan anak kedua.. jadi, bagi aku.. Inilah hadiah Allah kepada kami.. dan aku terimnya dengan hati terbuka. Aku tak nak nanti terlampau merancang... akhirnya.. merancang ke mana.. anak ke mana.. menunggu la masa yang lama lagi nak lekat semula,... Bagi aku juga inilah masa terbaik untuk aku mengandung sebab.. usia aku sekarang dah 29thn .. masuk 6 bulan kandungan ni..aku dah termengah - mengah ni kan pula aku nak mengandung bila umur dah masuk 30 an... tak tau lagi apa ceritanya.. masih mampukah aku... Jadi, aku syukur pada mu Tuhan.. kerana memberi aku peluang sekali lagi pada aku... Alhamdulilah...

So, pada sesiapa yang memang merancang... teruskan merancang dan jika ada yang tetiba walaupun merancang tapi melekat juga.. itu adalah hadiah dan rezeki yang tak ternilai daripada Nya.. terima lah seadanya... kerana pemberian ini bukan semua orang mampu memilikinya...

So, apa cerita kehamilan aku kali ini... kehamilan kali ini aku memang sangat tenang dan tidak seperti kandungan yang pertama. Kali ini aku sangat lasak.. Buat keje tak macam orang mengandung.. bah kan semua orang tak perasan yang aku mengandung.. dah masuk bulan ke - 3 baru lah ada yang perasan sbb perut aku buncit lain macam. Bos tempat aku kerja sebelum ni pun tak tahu aku hamil, dia bagi tugasan untuk aku bertugas Hari Merdeka 31 Ogos 2012.. dari jam 5.30pg hingga 12.30 mlm aku join je.. berdiri sepanjang hari...masa tu aku dah hamil 3 bulan... tapi aku masih mampu buat semua tu.. tak ada yang perasan dengan perut aku yang buncit itu... ada yang  perasan tapi diorang ingat aku naik badan.. lepas bersalin anak pertama.. Aku lagilah suka orang tak perasan yang aku hamil... Ceritanya, bos dapat tahu bila aku terpaksa isi borang permohonan pertukaran tempat kerja mengikut suami.. barulah dia tahu. Jadi, memang rezeki anak ini agaknya, permohonan aku diluluskan.. dan kini, aku dan keluarga menetap dan bekerja di Bentong - Karak. Semuanya demi keluarga... InsyaAllah, banyak lagi cerita yang akan aku kongsikan di sini... nantikan yer!!!

Friday, November 16, 2012

Cabaran Tahun Baru

Alhamdulilah.. hari ini aku mampu mengucap syukur setelah seminggu Awra demam. Di tempat baru, malam Sabtu Awra demam secara mengejut.. bermula dengan batuk kecil, muntah,  diikuti dengan selsema dan seterusnya badan dia panas. Celah kankang dia juga melecet. Aku agak mungkin kerana cuaca yang panas. Dalam jam 10.30mlm aku cek pampers dia, aku lihat sedikit darah melekat  di pampers. Aku mula panik dan pelik. Dia mula menangis dan merenggek. aku terus ajak suami untuk bawa Awra bawa ke Kecemasan Klinik Kesihatan Karak tapi bila diberitahu dia muntah2... MA kat situ terus suruh kami bawa Awra ke Kecemasan Hospital Bentong.

Sesampai di sana kami bernasib baik sebab orang tak ramai. Bila di cek up, doc kata Awra ok, melecet sebab terlalu panas. Dia bagi ubat bancuh VT C dan ubat sapu untuk luka melecet Awra. Tapi doc tak bagi ubat demam sebab katanya suhu tak tinggi. Aku tak sedap hati.. so aku minta jugak ubat demam mana tahu suhu dia naik nanti..

Awra yang demam.. sian dia

Balik dari hospital, Awra terus tido tapi tak lena... dia asyik bangun dan merenggek.. aku tahu dia tak sedap badan... aku dengan suami bergilir basahkan badan dia untuk redakan panas... paginya ok... tengahari suhu badanya naik so, aku terus bagi ubat demam. Puas jugak la aku dan suami memaksa Awra telan ubat... sejak dia pandai rasa ni... mmg dia tak nak makan ubat.. so, reda sikit panas badannya. Dia mula tak nak makan dan xnak menyusu. Malam Ahad, aku dah tak larat nak bangun hanya suami je yang berjaga basahkan badan Awra... sebab suhu badan dia naik lagi. Sepanjang malam suami berjaga... nasib baik suami seorang yang sabar. Dia lah yang melayan kerenah Awra yang merenggek dan muntah sepanjang malam tu. Pagi Isnin, demam dia masih tak reda walaupun makan ubat. 

Aku dan suami nekad, mesti bawa ke hospital sebab suhu Awra makin meningkat. Aku takut benda lain pulak jadinya jika aku lambat. So, lepas mandi dan sembahyang subuh.. kami terus ke Hospital Bentong. 

Sekali lagi aku bernaseb baik...  walaupun orang sangat ramai... tapi sebab Awra masih kecil/baby maka dia didahulukan... bila doc cek, mmg suhu dia tinggi dan dia dah kekeringan. Doc kata dia terpaksa masukkan air untuk hilangkan kekeringan dan untuk isi bendalir dalam badannya. Aku ingatkan dia hanya demam biasa, x sangka doc akan masukkan air. Awra di forwardkan ke bahagian Kecemasan.. dia diletakkan dia atas katil dan bila nurse ingin memasukan jarum ke tangan Awra, mereka arahkan aku dan suami keluar. Kami keluar dan bila aku dengar Awra menjerit dengan kuat... air mata aku menitis dengan laju.. masa tu, aku dah tak tertahan sebak... aku tak nak menangis tapi air mata mengalir jugak. Aku fikir aku mesti kuat... melawan perasan sebak tu.. bila semua dah selesai.. aku masih mendengar Awra menangis dengan kuat... aku tahu dia mesti rasa sakit... tapi apa yang boleh aku buat... aku hanya ingin dia sembuh. 

Nurse memanggil aku dan suami untuk menenangkan Awra... sebab tangisannya sangat kuat... dia di masukkan ke dalam wad pemantauan sementara. Bila melihat wayar yang berselirat dan darah dia yang mengalir dalam wayar tersebut air mata mengalir lagi... aku dapat lihat kesakitan yang di rasainya... pedihnya hati bila lihat anak kecil jadi begitu. Suami aku memang kuat... dia cuba menenangkan aku... nasib baik dia kuat.. kalu tak aku mesti makin lemah. Abi dia (gelaran untuk suami ku) dukung dia untuk menenangkan dia. Kami bagi susu.. dia minum tapi lepas tu dia muntah lagi. Dia menangis lagi... aku pula cuba menenangkan dia. Abi keluar untuk beli makanan memandangkan jam dah 11 pagi tapi aku masih tak telan apa- apa... takut nanti baby dalam perut pula meragam... 

Bila abi dia keluar.. aku dukung Awra dan cuba tenangkan dia.. dia menagis teresak - esak... air mata aku pun keluar sama... Ya Allah, macam mana caranya aku mampu untuk mengurangkan rasa sakitnya... aku pun berzikir dan berselawat... masa tu juga dia terus diam... Alhamdulilah..  berkesan, dia terus senyap bila dengar aku berzikir dan berselawat... dan tak lama lepas tu dia terus terlena... kemudian aku terus letakkan dia di atas katil. Aku perhatikan, basah tilam sebab air matanya yang masih mengalir... aduh, sakitnya hati melihat keadaan itu. lebih kurang 2 jam dia tertido... doc perempuan cina comel yang merawat Awra datang untuk periksa keadaan awra... dia sendiri bagitahu aku, dia sebenarnya tak sampai hati melihat Awra dicucuk sebegitu.. namun itulah prosedurnya untuk mengantikan bendalir dalam badannya.. dia bagi aku bawa balik Awra ke rumah dengan jaminan aku kena bagi dia ubat demam (melalui bontot), Antibiotic setiap 8 jam dan sentiasa basahkan badan dia supaya hilang panas badannya dan pastikan dia minum banyak air. Katanya, dia pun tak sampai hati tengok budak kecik dimasukkan ubat melalui jarum ditangannya jika Awra dimasukkan ke dalam wad....(Rupanya, apa yang aku rasa tu, orang lain pun rasa... perasaan tak sampai hati melihat budak kecil dicucuk sebegitu.) Tapi, jika panas dia tak reda jugak... terpaksa la aku bawa Awra ke Hospital lagi.

Bila aku dengar dia cakap macam tu, aku rasa bersyukur sangat Awra boleh balik dan aku berjanji awra tak akan balik ke hospital.. aku akan jaga dia hingga demam dia kebah dan dia sihat kembali. Habis, satu beg air, Awra dibenarkan keluar dengan jaminan... dan aku dan suami terus bawa Awra balik Kuala Lipis... kerana aku bertambah yakin jika Mama ada sekali untuk bantu aku menjaga Awra. Kami bersama- sama memantau Awra...Alhamdulilah, panasnya dah reda dan muntah dah kurang.  Namun pada hari Rabu aku dan suami terpaksa balik ke Bentong sebab kami bekerja. Abi dah habis cuti dan aku ada hal penting yang perlu diselesaikan jadi terpaksa juga  tinggalkan Awra bersama Mama dan Baba. 

Alhamdulilah... kami diberitahu Awra dah pulih...dan hari ini aku akan balik Kuala Lipis untuk amik Awra kembali... Alhamdulilah Ya Allah kerana sembuhkan Awra Nashrullah. Terima kasih pada doc yang faham perasan aku dan bagi peluang untuk aku menjaga Awra di rumah. Terima kasih pada abi Awra yang sangat sabar dan Mama Baba yang sangat memahami... Terima kasih semua.... Alhamdulilah.


Friday, November 9, 2012

Aku dan Kem PLKN Tegas Mesra Selama, Perak

Bila berada dalam dunia baru aku hampir terlupa akan dunia lama ku sebagai seorang Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara. Bulan ini genap 3 tahun aku meninggalkan dunia PLKN. Dulu,  selepas graduate dari UKM, aku dilantik sebagai tutor sambilan di UKM.. sebagai tutor pada siswa final, aku mula rasa tiada keyakinan dan aku rasa amat perlu untuk aku mencari pengalaman lain supaya aku lebih yakin terhadap diri sendiri.. Diberitahu oleh salah seorang kawan baik ku.... mempelawa aku untuk menjadi jurulatih, membawa aku ke JLKN di KL untuk aku memohon... tanpa berfikir panjang aku terus setuju. dan sebulan selepas itu aku terus dapat panggilan untuk mengajar Modul Kenegaraan di Kem PLKN Tegas Mesra, Selama, Perak.



Aku bersama pelatih PLKN

Bermula lah cerita kehidupan aku sebagai jurulatih. Memasuki kem PLKN dan mengajar silibus yang tidak diberi kursus terlebih dahulu amat mencabar. Dengan penerimaan dari jurulatih lain, dengan umur aku yang masih fresh sebagai graduate... pelbagai dugaan dan pandangan orang lain terhadap aku. Namun aku yakin, di sini lah aku akan mencari pengalaman dan aku mesti tekad menghadapi segala dugaan ini.... dan aku meneruskan cerita aku bersama Program Latihan Khidmat Negara.


Bersama Ketua2  Wirawati Skuad  Rahman



Bersama Wirawati pada hari akhir Wirajaya


Sebenarnya, aku pernah dilantik sebagai Fasilitator PLKN semasa aku di tahun pertama UKM, masa itu, separuh dari program PLKN dijalankan di Universiti. Pelatih berada di Universiti bagi kursus Kenegaraan dan itulah yang mendorong aku untuk terus berjuang di Kem PLKN Tegas Mesra. Semasa itu, aku menguruskan pelatih seramai 400 pada satu masa tapi lebih kepada kesenian dan kebudayaan. Kerana itu aku yakin untuk meneruskan kerjaya sebagai jurulatih. Masa itu aku hanya mampu bertahan selamat 2 bulan sebab aku perlukan rehat untuk teruskan semester aku yang seterusnya. Dan selepas itu aku dikhabarkan program PLKN dibatalkan di Universiti kerana kerugian yang teruk diterima oleh pihak Universiti. Ini menunjukkan betapa teruknya remaja Malaysia pada zaman itu.. ini pandangan aku.

Bersama pelatih Kelas Pembinaan Karakter.



Bersama Wirawati di Kem Tentera Udara Butterworh, Pulau Pinang.



Kerana pengalaman itu dan juga pengalaman yang banyak semasa persekolahan sebagai fasilitator menjadi sandaran  dan aku berpegang pada pengalaman tersebut untuk meneruskan perjuangan itu. Masa berlalu dan pengalaman semakin bertambah hasil dari kursus dan cara kerja dan silibus dari Modul Kenegaraan, Modul Khidmat Komuniti dan Modul Pembinaan Karakter itu sendiri aku semakin hari berjaya membina keyakinan diri sendiri. Di sini pelatih di ajar berdikari,  berdisplin, mengenal diri sendiri, kebolehan diri sendiri, kenal antara satu sama lain, kerjasama, persahabatan, menghormati orang sekeliling, bersukan dan yang paling penting, mereka mengenali tanah tumpah darah mereka sendiri... iaitu Malaysia. Sepanjang aku menjadi Jurulatih atau dengan jolokan 'Cikgu', banyak kerenah dan sikap belia negara kita pada masa kini yang aku belajar. Semua jenis sikap dan fiil ada di dalam kem ini. Dan kerana mereka ini semua lah aku lebih mengenali sikap manusia di dunia ini. Dan aku berlajar untuk menghadapi semua jenis manusia ini supaya aku mampu untuk meneruskan perjuagan dalam kehidupan ini.

Aku bersama Jurulatih yang lain semasa Malam Lambaian Mesra terakhir aku di Kem Tegas Mesra Selama Perak


Bagi aku, silibus yang diaplikasikan oleh JLKN kepada pelatih amat bernilai dan mampu untuk membina keyakinan siri sendiri dan menambahkan rasa sayang pada negara. Itu lah yang ingin diterapkan oleh program ini... supaya jati diri belia terhadap negara mendalam dan supaya rela untuk berjuang demi negara tercinta. Di sini pelatih memahami dan menerima antara satu sama lain walaupun kita terdiri dari pelbagai kaum. Namun, aku redha jika hanya sebilangan sahaja yang menghargai apa yang telah dirancang oleh kerajaan untuk program ini kerana majoriti sehingga kini masih tidak memahami apa tujuan sebenar mengapa mereka semua di satukan di kem ini Semuanya untuk meneruskan perpaduan di antara kita. Supaya kita dapat menerima satu sama lain dan mengeratkan perpaduan yang sedia ada. Kerana itu juga, pengalaman mendewasakan minda dan pemikiran aku... sedikit demi sedikit keyakinan dalam diri ditingkatkan... terlalu banyak kenangan aku dan mereka semua....

Hari Khidmat Komuniti



Bersama Wira dan Wirawati pada hari Perbarisan Terakhir mereka.



Bersama Wira pada hari Wirajaya



Aku bersama Jurulatih Multiskill pada malam kemuncak Wirajaya tahun pertama aku di Kem PLKN ini.

Kem Tegas Mesra, Selama Perak banyak memberi aku kenangan pahit dan manis. Orang - orang yang berada di dalamnya banyak mengajar aku tentang hidup. Mereka banyak menolong aku semasa aku susah dan senang.. aku memang terhibur walaupun kem tersebut amat jauh dari bandar dan memang jauh di sebalik 3 bukit.. namun hati aku sangat tenang kerana kehijauan alam semester dan kicau juga bunyi unggas menemani kehidupan kami semua di sana. Begitu juga dengan rakan - rakan seperjuangan iaitu Jurulatih Multiskill dan Jurulatih Fizikal. Kami bekerjasama dan ada masa kami bertelingkah... itulah rencah hidup. Namun, kami teruskan hidup kami disebalik bukit ini. Apa yang mendorong aku kembali ingat pada kem ini ialah kerana pemergian seorang rakan dan juga yang aku anggap seorang ayah. Dia yang selalu aku panggil Cik Din atau nama penuhnya Saharudin telah pulang ke rahmatullah pada Oktober yang lalu. Dia memang orang kuat kem ini dan orang yang amat aku hormati semasa di kem. Dia banyak membantu aku semasa aku di sana. Dia memang antara yang aku hormati dan amat rapat dengan aku sebagai seorang ayah... aku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan dia ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman. InsyaAllah.

Kenangan bersama Arwah Kem Komander Mejar Aman Zahril

Itulah antara cerita aku dan Kem PLKN Tegas Mesra Selama Perak pada 3 tahun lepas dan aku bangga kerana aku antara insan bertuah yang berpeluang untuk berkhidmat demi negara dalam membentuk jati diri tulen belia Malaysia, semoga kem ini akan meneruskan perjuangan melahirkan belia yang sayang pada negara dan kukuh jati dirinya... InsyaAllah.

Thursday, November 8, 2012

Hari Baru Di Tempat Baru


Alhamdulilah.. akhirnya dapat juga aku bernafas lega hari ini di tempat baru yang jauh berbeza dari dunia aku sebelum ini. Tempat baru ini sangat berbeza dari tempat aku duduk dan kerja sebelum ini. Bukan beza sedikit tapi sangat sangat berbeza...environment berbeza dan orang2 sekeliling juga berbeza. Namun, perbezaan itu memberikan kegembiraan buat aku... perbezaan ini bukan negatif tapi perbezaan itu membuatkan aku dapat merasai dunia baru aku ini.



Sebelum ini banyak perkara yang aku fikir tentang penghijrahan aku ini. Aku sangat bimbang.. takut. Bagaimana tempat keje baru aku.. bagaimana dengan staf2 nya.. bagaimana dengan orang sekeliling di sekitar rumah aku... semuanya bermain2 di kepala aku dan buat aku takut.... takut jika perubahan yang ketara berlaku di tempat baru ini... takut jika aku tak dapat nak menempuhi cabaran baru ini... namun, bila aku jejak kaki di rumah kecil kami yang baru dan tempat aku bertugas .... semuanya berjalan lancar dan orang2 nya sangat peramah.

Malah. keselesaan yang aku dapat lebih dari yang aku idamkan...Walaupun bidang tugas aku di sini jauh berbeza dari tempat lama namun inilah yang aku harus lalui... mencari pengalaman dan cabaran baru yang  boleh buat otak aku segar semula.  Aku rasa ini lah percaturan yang telah Tuhan tuliskan untuk aku dan aku amat bersyukur dengan ketentuanNya.. Alhamdulilah. Aku bersyukur sebab  demi pengorbanan besar yang aku lakukan  untuk keluarga aku yang tersayang ini membuatkan hidup aku kini lebih bermakna. InsyaAllah 

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...