Friday, November 9, 2012

Aku dan Kem PLKN Tegas Mesra Selama, Perak

Bila berada dalam dunia baru aku hampir terlupa akan dunia lama ku sebagai seorang Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara. Bulan ini genap 3 tahun aku meninggalkan dunia PLKN. Dulu,  selepas graduate dari UKM, aku dilantik sebagai tutor sambilan di UKM.. sebagai tutor pada siswa final, aku mula rasa tiada keyakinan dan aku rasa amat perlu untuk aku mencari pengalaman lain supaya aku lebih yakin terhadap diri sendiri.. Diberitahu oleh salah seorang kawan baik ku.... mempelawa aku untuk menjadi jurulatih, membawa aku ke JLKN di KL untuk aku memohon... tanpa berfikir panjang aku terus setuju. dan sebulan selepas itu aku terus dapat panggilan untuk mengajar Modul Kenegaraan di Kem PLKN Tegas Mesra, Selama, Perak.



Aku bersama pelatih PLKN

Bermula lah cerita kehidupan aku sebagai jurulatih. Memasuki kem PLKN dan mengajar silibus yang tidak diberi kursus terlebih dahulu amat mencabar. Dengan penerimaan dari jurulatih lain, dengan umur aku yang masih fresh sebagai graduate... pelbagai dugaan dan pandangan orang lain terhadap aku. Namun aku yakin, di sini lah aku akan mencari pengalaman dan aku mesti tekad menghadapi segala dugaan ini.... dan aku meneruskan cerita aku bersama Program Latihan Khidmat Negara.


Bersama Ketua2  Wirawati Skuad  Rahman



Bersama Wirawati pada hari akhir Wirajaya


Sebenarnya, aku pernah dilantik sebagai Fasilitator PLKN semasa aku di tahun pertama UKM, masa itu, separuh dari program PLKN dijalankan di Universiti. Pelatih berada di Universiti bagi kursus Kenegaraan dan itulah yang mendorong aku untuk terus berjuang di Kem PLKN Tegas Mesra. Semasa itu, aku menguruskan pelatih seramai 400 pada satu masa tapi lebih kepada kesenian dan kebudayaan. Kerana itu aku yakin untuk meneruskan kerjaya sebagai jurulatih. Masa itu aku hanya mampu bertahan selamat 2 bulan sebab aku perlukan rehat untuk teruskan semester aku yang seterusnya. Dan selepas itu aku dikhabarkan program PLKN dibatalkan di Universiti kerana kerugian yang teruk diterima oleh pihak Universiti. Ini menunjukkan betapa teruknya remaja Malaysia pada zaman itu.. ini pandangan aku.

Bersama pelatih Kelas Pembinaan Karakter.



Bersama Wirawati di Kem Tentera Udara Butterworh, Pulau Pinang.



Kerana pengalaman itu dan juga pengalaman yang banyak semasa persekolahan sebagai fasilitator menjadi sandaran  dan aku berpegang pada pengalaman tersebut untuk meneruskan perjuangan itu. Masa berlalu dan pengalaman semakin bertambah hasil dari kursus dan cara kerja dan silibus dari Modul Kenegaraan, Modul Khidmat Komuniti dan Modul Pembinaan Karakter itu sendiri aku semakin hari berjaya membina keyakinan diri sendiri. Di sini pelatih di ajar berdikari,  berdisplin, mengenal diri sendiri, kebolehan diri sendiri, kenal antara satu sama lain, kerjasama, persahabatan, menghormati orang sekeliling, bersukan dan yang paling penting, mereka mengenali tanah tumpah darah mereka sendiri... iaitu Malaysia. Sepanjang aku menjadi Jurulatih atau dengan jolokan 'Cikgu', banyak kerenah dan sikap belia negara kita pada masa kini yang aku belajar. Semua jenis sikap dan fiil ada di dalam kem ini. Dan kerana mereka ini semua lah aku lebih mengenali sikap manusia di dunia ini. Dan aku berlajar untuk menghadapi semua jenis manusia ini supaya aku mampu untuk meneruskan perjuagan dalam kehidupan ini.

Aku bersama Jurulatih yang lain semasa Malam Lambaian Mesra terakhir aku di Kem Tegas Mesra Selama Perak


Bagi aku, silibus yang diaplikasikan oleh JLKN kepada pelatih amat bernilai dan mampu untuk membina keyakinan siri sendiri dan menambahkan rasa sayang pada negara. Itu lah yang ingin diterapkan oleh program ini... supaya jati diri belia terhadap negara mendalam dan supaya rela untuk berjuang demi negara tercinta. Di sini pelatih memahami dan menerima antara satu sama lain walaupun kita terdiri dari pelbagai kaum. Namun, aku redha jika hanya sebilangan sahaja yang menghargai apa yang telah dirancang oleh kerajaan untuk program ini kerana majoriti sehingga kini masih tidak memahami apa tujuan sebenar mengapa mereka semua di satukan di kem ini Semuanya untuk meneruskan perpaduan di antara kita. Supaya kita dapat menerima satu sama lain dan mengeratkan perpaduan yang sedia ada. Kerana itu juga, pengalaman mendewasakan minda dan pemikiran aku... sedikit demi sedikit keyakinan dalam diri ditingkatkan... terlalu banyak kenangan aku dan mereka semua....

Hari Khidmat Komuniti



Bersama Wira dan Wirawati pada hari Perbarisan Terakhir mereka.



Bersama Wira pada hari Wirajaya



Aku bersama Jurulatih Multiskill pada malam kemuncak Wirajaya tahun pertama aku di Kem PLKN ini.

Kem Tegas Mesra, Selama Perak banyak memberi aku kenangan pahit dan manis. Orang - orang yang berada di dalamnya banyak mengajar aku tentang hidup. Mereka banyak menolong aku semasa aku susah dan senang.. aku memang terhibur walaupun kem tersebut amat jauh dari bandar dan memang jauh di sebalik 3 bukit.. namun hati aku sangat tenang kerana kehijauan alam semester dan kicau juga bunyi unggas menemani kehidupan kami semua di sana. Begitu juga dengan rakan - rakan seperjuangan iaitu Jurulatih Multiskill dan Jurulatih Fizikal. Kami bekerjasama dan ada masa kami bertelingkah... itulah rencah hidup. Namun, kami teruskan hidup kami disebalik bukit ini. Apa yang mendorong aku kembali ingat pada kem ini ialah kerana pemergian seorang rakan dan juga yang aku anggap seorang ayah. Dia yang selalu aku panggil Cik Din atau nama penuhnya Saharudin telah pulang ke rahmatullah pada Oktober yang lalu. Dia memang orang kuat kem ini dan orang yang amat aku hormati semasa di kem. Dia banyak membantu aku semasa aku di sana. Dia memang antara yang aku hormati dan amat rapat dengan aku sebagai seorang ayah... aku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan dia ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman. InsyaAllah.

Kenangan bersama Arwah Kem Komander Mejar Aman Zahril

Itulah antara cerita aku dan Kem PLKN Tegas Mesra Selama Perak pada 3 tahun lepas dan aku bangga kerana aku antara insan bertuah yang berpeluang untuk berkhidmat demi negara dalam membentuk jati diri tulen belia Malaysia, semoga kem ini akan meneruskan perjuangan melahirkan belia yang sayang pada negara dan kukuh jati dirinya... InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...