Wednesday, January 30, 2013

Alahai Sembelit..

Hari ni aku sedih sikit sebab Awra, anak ku kena sembelit. Dah 2 3 hari dia tak berak.. tengok2 semalam dia berak tapi najis dia keras dan berketul serta baunya sangat busuk lain dari najis nya sebelum ni. Aku agak baunya busuk sebab dah 2 3 hari dia tak berak. Alkisahnya, minggu lepas dia dah kena sembelit.. nangis2 dia bila ia nak berak.. sebab najis dia keras. Aku urut jer belakang dia dengan niat untuk hilangkan sakit dia. Meraung2 dia..berak keras kan.. sedihnya bila aku tengok. Orang tua ok la ni budak baru setahun lebih dah sakit berak sembelit.. tak sampai hati aku. Aku tak tahu nak buat apa sebab sepanjang usianya dia tak pernah sembelit. Puas aku fikir apa yang sebabkan dia sembelit... aku cal pengasuhnya tanya kut la dia ada bagi makan benda pelik2.. tapi katanya tak ada bagi makan apa2. 

So bukan sebab makan.. aku fikir lagi.. ke sebab susu. Sebab aku memang bagi susu baru ikut usianya..setahun lebih. Puas aku fikir memang aku rasa sebab susu. Tapi lepas 2 3 hari, najis dia ok balik.. sampailah minggu ni dia kena sembelit lagi.. aku ingat dh habis episod sembelit ni rupanya tidak.. so, aku terfikir apa aku nak kena buat ni.. so aku cal kakak aku. Dia kata memang sebab susu.. sebab tukar susu baru dan susu untuk bayi setahun berlainan kandunganya dengan susu sebelum ni sebab tu dia sembelit. Dia bagi beberapa nasihat untuk aku buat..



  • Bancuh susu jangan mengikut sukatan yang diberikan.. tapi bancuh agak2 cair sebab kandungan susu tersebut terlalu pekat boleh menyebabkan najis jadi keras.
  • Banyakkan minum air putih
  • Bagi makan buah - buahan.. kena ajar dari kecik lagi. Contohnya, betik, tembikai, tembikai susu tapi jangan bagi pisang sebab pisang boleh buat bayi sembelit.
  • Bagi ubat titis untuk bayi yang boleh dibeli di farmasi tapi tak berapa digalakan.
  • Bancuh satu sudu tepung sagu atau tepung kanji dalam susu anak.  Maknanya kena kurang satu sudu susu dan tambah 1 sudu tepung sagu atau kanji.  kalau anak sembelit teruk, berikan 4 kali sehari.  tapi kalau biasa  1 kali sehari dah cukup sebab nanti kalau terlebih takut anak akan cirit birit plak.  tepung tu membuatkan najis berlendir dan memudahkan pembuangan najis  yang ini memang bagus.. sebab bebas dari kimia berbanding ubat2 lain.
  • Disyorkan oleh seorang doktor pakar, tambahkan 1 sudu teh gula perang (brown sugar) dengan 2 aun susu atau air masak. Larutan ini tak memberikan  apa2 kesan negatif kepada anak kita dan efektif untuk melembutkan najis anak.

Tuesday, January 29, 2013

Kan Saya Dah Kata..... !

Alhamdulilah... tengahari tadi baru lepas dari check up MGGT (test gula dalam darah). Memang keputusannya negatif. Aku dah bagitau dah pada nurse yang memang berat badan aku akan meningkat lebih dari sekg bila dah dekat dengan due date. Tapi nak jugak aku buat prosedur MGGT yang menyeksakan tu. Korang tau macam mana proses MGGT tu kalau di hospital gomen? Prosedurnya macam ni..

  • Malamnya sebelum dicheck mesti berpuasa makan selama 8 jam. Boleh minum air putih je.. xde makan dan minum air manis
  • Esoknya dalam jam 8pg or lebih darah akan diambil untuk rekod darah sebelum minum air gula.
  • Pas tu, minum air gula yang pekat sebanyak 125ml. Pas minum tu, tak boleh makan  or minum air manis selama 2 jam.
  • Selepas 2 jam darah akan diambil sekali lagi untuk check samaada gula dlam darah tinggi ataupun tidak. Doc akan bgtau keputusanya pada kita.
  • Pastu barulah boleh makan dan minum seperti biasa.
Korang tengok cara nak check up MGGT.. bukan ke kategori seksa jugak bagi aku yang tengah boyot ni. Aku tahu dr dan nurse bimbang takut aku ada kencing manis sebab berat aku dah naik lebih dari 15kg sepanjang 8 bulan ni. Tapi, keputusan ujian tu dah tunjukkan yang aku memang bersih dari kencing manis. Aku naik berat badan ni sebab aku mengandung. Semalam pun aku dah g check up kat klinik private.. kut2 la baby dah besar.. tapi alhamdulilah, berat baby masih normal 2.49kg di usia 34minggu. Doktor Elyza cakap itu berat normal dan kalau boleh biar berat baby naik lagi... sekurang- kurangnya 3kg... itu maknanya, berat aku kena naik lagi.. alahai.. aku tak tahu la berapa kg lagi berat badan aku nak naik ni... aku berserah je lah pada Nya. Yang penting aku dan baby selamat dan aku mampu untuk bersalin normal nanti. InsyaAllah.

Wednesday, January 23, 2013

Persediaan Bersalin

Assalamualaikum semua... Sekarang kandungan dah masuk 33 minggu tapi kami sekeluarga tak beria lagi beli barang baby sebab sebulan dua ni sibuk dengan perpindahan dan mengemas rumah. Tapi saat ini aku dah tak sabar nak shopping sebab gaji dah masuk.. bagi kelahiran anak kedua ni, belanja tak sebanyak anak pertama sebab hampir semuanya ada cuma barang luak seperti pampers dan susu tu memang sentiasa kena beli la. Jadi, aku dah buat perancangan dengan huby tersayang.. perbelanjaan untuk kelahiran kali ini kami bajet dalam RM4000. Jangan terkejut, jumlah tu termasuk bil bersalin perubatan swasta, kelengkapan selepas aku bersalin dan juga keperluan bayi baru kami. Kalau diikutkan, masa anak pertama memang lebih dari jumlah tu  kami berdua sediakan perbelanjaanya sebab kali pertama. Kami kumpul duit dan beli sikit - sikit. Semua benda kena beli tapi sekarang, barang anak pertama boleh diperturunkan kepada si adik pulak sebab si abang dah besar... macam jauh sangat jaraknya...padahal beza setahun lebih jer... :P

Apa yang aku nak beli?? Pakaian memang aku tak beria sangat walaupun ada jugak dekat beratus beli beberapa helai baju baby sahaja.. walaupun baju dah ada.. tapi keterujaan untuk beli baju baru untuk baby kali kedua ni sangat tinggi. Walaupun, memang baju Awra akan berguna sebab kalau ikutkan scan doktor, baby kali ni pun hero jugak jadi memang tak ada masalah. Cuma hati aku ini jer lah yang beria sangat tapi telah berjaya aku atasi.

Apa yang perlu sangat aku beli sekarang adalah keperluan masa lepas bersalin dan berpantang nanti. Begitu juga dengan kelengkapan bayi yang belum di beli apa - apa lagi. Sebab sebelum ni aku hanya beli baju jer. Naseb baik baru 33minggu.. jadi, aku harap sempatlah untuk aku shopping. Tapi apa yang aku perlu beli?? 

Bedasarkan pengalaman aku yang lepas kelengkapan bayi dan ibu selepas bersalin sangat penting Jadi, kami akan fokus pada apa yang perlu di bawa ke hospital bila aku bersalin nanti. Apa yang perlu dibawa ke hospital  ialah :

Barang baby
  • Baju baby 2-3 helai
  • Sarung tangan/kaki/barut perut baby/topi
  • Pamper new born
  • Minyak telon/minyak Yuyi/Minyak TYT
  • Kain bedung baby
  • Kain lampin
  • Set mandian baby
  • Selimut baby
  •  Tisu lembab
Barang Ibu
  • Buku pink or buku check up maternity
  •  Baju yang selesa dan mudah untuk menyusu 2-3 helai
  • Kain batik 2-3 helai
  • Seluar dalam maternity
  • Bra yang sesuai untuk menyusu
  • Stoking
  • Pad maternity
  • Minyak panas
  • Air mineral
  • Set mandian/tuala


Semua barang ini mesti diletakkan dalam dua beg satu untuk barang baby dan satu untuk barang ibu. Semua kelengkapan ini sangat sesuai untuk diletakkan dalam kereta bila kandungan genap 28 minggu or 7 bulan. Ini semua saranan oleh doktor semasa aku bersalin anak pertama dulu sebab ada kemungkinan wanita mengandung boleh bersalin pada usia kandungan 7 bulan, Jadi persediaan adalah amat penting. Apa yang aku tulis di sini adalah barang yang paling penting. Sekiranya korang rasa ada lagi barang yang lebih penting untuk korang selepas bersalin... bawa jer tak ada siapa pun marah.. :P hehehe. 

Ok lah, sekarang aku nak g shopping.. doakan semoga aku dan baby selamat. Thanks!

Tuesday, January 22, 2013

Botak Sekali Lagi

Sian anak ibu.. kena botakkan kepala dia sekali lagi buat kali ketiga sebabnya... rambut tu dah panjang dan ramai yang ingat dia baby girl. Jadi, ibu dan abi buat keputusan untuk botakkan kepala Awra sekali lagi. Masa pertama kali cukur kepala.. menangis. Susah sangat nak potong rambut dia.. masa tu dia dalam 20 hari selepas majlis bercukur. 

Kali kedua pula masa umur dia 7 bulan.. rambut dah panjang sangat dan sangat comel macam baby girl jugak. Lagipun, bila rambut panjang.. awra mudah berpeluh dan naik ruam di leher. Jadi, botakkan kepala dia. Kali ni potong rambut di kedai gunting rambut india. Abi dia kena pegang dia betul2.. sebab dia menangis sakan dan mengamuk. Beria dia menangis macam orang pukul dia.. mengalir air mata meleleh - leleh.

Tapi, bila kali ketiga ni, ibu sangat terkejut. Awra Nashrullah tak nangis langsung..malah masa mesin potong rambut tu kena rambutnya dia siap menjerit gelak ketawa lagi. Alhamdulilah, ini mungkin sebab usia dia dah setahun.. jadi, dia dah tak terkejut dengan bunyi mesin potong rambut tu...

So, ini lah imej baru Awra Nashrullah... makin matured nampak. Perangai pun makin menjadi - jadi sekarang. Hari - hari bila amik dia dari rumah pengasuh..kerja dia banyak sangat.. kemas rumah a.k a sepahkan rumah, berjalan ke hulu dan ke hilir tanpa arah tujuan, bila ibu atau abi bergerak untuk buat sesuatu dia pun akan jadi ekor.. mengikut dari belakang. Bila kita halang, menangis. Semua keje yang ibu dan abi nak buat dia akan jadi penolong yang tak diperlukan... kerja jadi tak jadi. Alahai anak ibu ni.. semua benda dia nak buat. Mulut dia x payah la nak citer... macam2 bunyi dia buat.. dah pandai sebut perkataan 'mama' 'babah' 'sedap' 'tata' dan macam2 lagi yang dua perkataan.

Yang paling dia suka sekarang adalah memanjat.. yang paling dia suka panjat apa saja kotak yang ada di rumah dan Coffee Table. Masa pindah rumah hari tu, abis lebam pipi sebab dia panjat dan terjun ke bawah.. terkena bucu meja dan kabinet. Kalau kita halang mesti menangis... Time tidur yang paling susah sekali... sekarang dia akan tidur jam sekitar 11 mlm hingga 12 mlm.. siapa yang larat nak tunggu.. ibu dan abi kerja esok paginya... jadi, bila tak terlayan, tutup je semua lampu dan biarkan dia sorang..barulah dia tidur tapi yang pastinya mesti lebih dari jam 11mlm... abi dia lah yang penat melayan sebab ibu memang dah tak terlayan.. itulah anak lelaki kami yang semakin membesar...

Wednesday, January 16, 2013

Mengandung Kali kedua

Aku di dalam Cabel Car untuk ke Genting Highland. Masa ni kandungan dalam 7 bulan. Bila aku jalan tak hengat dunia..

Alhamdulilah.. minggu ni genap usia kandungan ku 8 bulan. Alhamdulilah, aku masih mampu meneruskan tugas - tugas yang diamanahkan kepada aku. Malah mengandung kali ini memang berbeza dengan yang lepas. Mengandung kali ni banyak tugas yang mencabar aku lakukan dengan rela dan terpaksa. Mengandung kali ini aku sangat lasak sehingga aku sendiri tak sangka yang aku mampu untuk lasak sebegitu sekali.. aku memang bersyukur pada Allah. Ini semua kekuatan yang diberikan olehNya.

Aku masih ingat masa kandungan genap 3 bulan atau 12 minggu aku bertugas di Dataran Merdeka dan Stadium Bukit Jalil dari jam 5.30pg hingga 12.30malam... sepanjang hari berjalan  dan berdiri. Kalau aku fikir memang aku tak mampu tapi memang itu yang aku lakukan... naseb baik baby baik2 saja.

Dalam kandungan bulan ke 6 aku berpindah rumah.. bayangkanlah kepenatan mengemas barang2. Suami tak bagi aku angkat barang pun. Tapi senyap2 aku angkat jugak barang. Suami tak bagi dukung anak, aku dukung jugak. Bila aku sendiri rasa sakit tang perut pandai pulak aku letak anak semula. Bila sampai tang aku tak tahan sangat aku tengok jerlah barang2 bersepah kat depan mata. Yerlah, baru pindah.. kalau kita tak kemas siapa yang nak kemaskan... alahai...

Kandungan genap 7 bulan.. pindah lagi sebab rumah yang duduk sebelum ni tak sesuai untuk keluarga kami. Mengemas lagi... dan mengemas lagi. Sampai sekarang barang tak habis kemas lagi sebab aku dah berhenti mengemas bila aku mula rasa tak larat... suami la yang slow2 mengemas.

Ternyata, semakin besar kandungan semakin besar beban tugas yang diberikan. Ada sampai satu masa dalam waktu kandungan 7 bulan.. untuk beberapa hari baby tak bergerak. Aku hampir panik.. namun masih tenang. Bila g check doktor kata aku banyak kerja berat tak sesuai untuk kandungan ku. Aku sentiasa rasa mampu untuk buat apa saja tapi impaknya pada baby... padan muka aku. 

Bab berjalan dan berlari jangan citer... shopping satu hari atau berhari2 jangan citer,.. itulah feveret aku. Pergilah mana pun aku masih mampu berjalan sambil shopping. Satu Genting Highland aku round  lagi... orang sekeliling yang masih tak kenal aku.. semua terkejut. Dengan perut boyot aku jalan tak hengat... itulah aku bila mengandung kali ni.

Satu lagi, mengandung kali ni aku langgar sikit pantang kafein. Kali ni aku minum juga Nescafe feveret dan yang aku pelik, aku suka sangat minum kopi. Kopi yang hitam pekat tu. Sebelum ini aku memang tak minum langsung kopi tapi mengandung kali ni buat aku gile dengan kopi... mungkin pembawakan budak kan...bila aku cakap kat mama. dia kata kopi tu rasa macam biasa je tapi bagi aku.. kopi tu rasa lazat dan sedap sangat... pelik sungguh....

Itulah antara kerenah aku mengandung kali ni. kerja sememangnya banyak... namun hari ni sempat jugak aku curi2 menulis dalam blog ni... sbb pas ni aku tak pasti bila pulak aku da masa nak menulis ni..


Wednesday, January 2, 2013

Mandi Wiladah dan Mandi Nifas


Assalamualaikum..hari ni aku nak berkongsi dengan korang semua tentang mandi wiladah dan nifas. Rupanya, pencarian maklumat aku sebelum ini di internet dan blog2 yang lain mengnenai mandi  Wiladah adalah SALAH...yer, sangat ramai yang salah faham termasuk aku dan ahli keluarga ku. Sebab yang menyebut tentang mandi wiladah ini, pertama kali yang menyebutnya adalah kakakku...  dan aku baru tahu akan salah faham ini apabila ditegur oleh pembaca blog aku dan memberi komen bahawa maklumat yang aku share sebelum ini tentang Mandi sunat Wiladah adalah salah. 

Aku mohon ampun dan maaf pada semua pembaca blog dan yang bertanya tentang mandi sunat wiladah, rupanya ramai yang salah faham, kerana itu aku berkongsi tentang maklumat yang salah. Maaf di atas kejahilan aku selama ini... aku hanya insan biasa.. adakala tersasar dari landasan.. maaf semua. Pada yang menegur, saya ucapkan terima kasih kerana menegur kesalahan saya. Saya terima teguran di atas kesilapan saya.

Kerana itu,  aku rasa bertanggungjawablah  untuk berkongsi maklumat yang tepat mengenai mandi sunat ini. Maklumat yang terbaru ini aku dapat dari Ustaz Azhar Idrus dan beberapa Ustaz lain yang juga berkongsi ilmu di blog mereka. Mereka juga sedar tentang salah faham mengenai mandi sunat Wiladah ini....
  
Mandi kerana wiladah dan nifas adalah dua perkara yang berbeza kerana :
  • Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak tetapi tiada MENGELUARKAN DARAH.
  • Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.

Niat mandi wiladah : " Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala".


Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan  iaitu mandi kerana nifas dan tidak perlu mandi wiladah melainkan dia melahirkan tanpa keluar sebarang darah.


Aku rasa, kekeliruan berlaku satu, kerana perkongsian dari ulamak sendiri yang memang salah faham dan satu lagi, susah untuk kita berjumpa kes bersalin tidak mengeluarkan darah. Aku tak pasti mengenai bersalin melalui pembedahan akan mengeluarkan darah ataupun tidak.. aku akan cuba mencari jawapanya. Yang terbaik dan yang mudahnya, tidak  perlu mandi sunat Wiladah hanya perlu mandi Nifas selepas melahirkan dan yakin selepas darah tersebut berhenti. Kecuali bagi mereka yang bersalin tidak megeluarkan darah, maka wajib bg mereka untuk mandi Wiladah. Semoga semuanya faham dan jelas.
 

Bagi mengelak kekeliruan, darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak.


Diingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.

So, aku harap lepas ni.. tiada la salah faham lagi antara mandi Wiladah dan mandi Nifas.. semoga perkongsian ini membantu korang semua.. Insya-Allah.

Setahun Awra Nashrullah


Alhamdulilah.. akhirnya detik ini tiba jua. Detik tahun baru 2013. Hari ini merupakan hari kedua dalam tahun 2013. Banyak perkara yang terjadi di sekeliling aku sekitar 2, 3 minggu ini. Beban tugas di tempat kerja dan beberapa perkara keluarga menyebabkan aku tertangguh untuk menulis perkara yang telah lama aku nantikan.. 

Tanggal 23 Disember 2012 yang lepas genap usia anak ku, Awra Nasrullah setahun. Anak pertama yang banyak memberi aku dan suami pengalaman terindah dalam kehidupan kami sehingga hari ini. Anak ibu dah besar kini, dari lahir yang hanya besar tapak tangan kini dah tinggi dan besar seperti kanak - kanak lain walau pun baru berumur setahun.. Aku dan suami tidak berhenti bersyukur kerana dikurniakan anak seperti Awra sejak dari lahir. Dia sangat mudah untuk diuruskan dan memang sangat susah nak menangis seperti bayi yang lain. Malah Awra tiada gejala kembung dan susah untuk demam... Alhamdulilah.. Alhamdulilah... Alhamdulilah. Aku sentiasa berdoa semoga Awra Nasrullah akan menjadi insan yang berguna untuk agama dan keluarganya.... aaaammennn...

Di sini aku kumpulkan gambar yang akan menjadi kenangan kepada aku... gambar Awra dari lahir hinggalah usianya setahun... semuanya akan aku kumpul kerana bagi aku, Awra sememangnya hadiah dari Allah untuk aku dan keluarga. Semoga bila Awra besar nanti.. dia tahu bahawa ibu nya sentiasa menyanyanginya... sentiasa melindunginya.. dan sentiasa mendokan nya.. 




Ini gambar Awra 12 jam selepas lahir. Lelaki. Berat 2.8kg. Awra bernaseb baik kerana sangat sihat, cukup lengkap fizikal dan bebas dari demam kuning... Alhamdulilah.




Ini gambar Awra genap 30 hari @ sebulan. Berat meningkat pada 3.5kg, sihat tubuh badan. Alhamdulilah.


2 bulan

Ini Awra semasa berusia 2 bulan. Dah pandai senyum. 2 bulan 16 hari Awra mula meniarap.


3 bulan.

Ini Awra masa 3 bulan. Berat badan dia 7.3kg. Mula merangkak.

4 bulan



5 bulan









Awra 6 bulan. Gigi susu mula tumbuh 2 batang. Mula berdiri.





Awra 7 bulan. Mampu duduk dengan stabil dengan sendiri. Berat 8.9kg






Awra 8 bulan. Dah boleh berdiri sendiri.




Awra 9 bulan. Gigi taring mula tumbuh





Awra 10 bulan. Gigi taring dah keluar. Berat 9.1kg.  Boleh melangkah selangkah dua. Masih takut untuk jalan.
 



Awra genap 11 bulan. Baru lepas demam yang teruk... tapi dah pandai jalan sendiri tapi masih kurang yakin untuk jalan laju. Berat masih 9kg. Gigi kapak dan taring dia dah penuh tersusun. Sekarang ni dah pandai gerak badan mengikut muzik. Yang paling ibu suka, bila ibu berzikir atau bertasbih... awra akan gerak badan kiri kanan sama macam orang dewasa bertasbih. Go go go SuperBoy ibu!!!




Alhamdulilah, ini gambar Awra Nashrullah genap setahun. Tinggi 77cm, berat badan 9.9kg. Dah berjalan, berlari dan memanjat. Hari ini lah yang ibu sentiasa menunggu.. awra dah boleh berdiri sendiri dan dah pandai bawa diri.. tak susah - susah dah ibu nak dukung.. awra dah jadi seorang budak lelaki yang sentiasa kuat dan taat pada ibu dan abi.. Insya-Allah.




Inilah ibu Awra semasa kecik - kecik dulu... kalau korang tengok... sama tak muka Awra dengan muka aku masa aku kecik - kecik dulu. Aku nampak ada persamaan itu tang pipi dan mata.... sama - sama temban... ^-^





Inilah rahsianya macam mana Awra dapat pipi labuh dan tembannya itu. Masa mengandung, gambar inilah yang menjadi teman dan halwa mata setiap hari... hehehe.. comel kan!

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...