Thursday, February 7, 2013

Adab melawat bayi yang baru dilahirkan

Aku kini makin rajin cari maklumat tentang bayi dan masa duk godek - godek mr. google terjumpa satu artikel ni. Aku rasa nak kongsi dengan korang semua..artikel ni mengenai adab kita bila melawat bayi yang baru dilahirkan.



Bagi mereka yang melawat anak tersebut hendaklah mengucap tahniah dengan lafaz :

بارك الله لك في الموهوب لك, وشكرت الواهب, وبلغ أشده, ورزقت بره
“Semoga keberkatan terlimpahkan kepadamu atas kelahiran ini. Bertambah syukur kepada Allah Yang Maha Pemberi kurnia. Dapat melihatnya sehingga dewasa. Dan dikurniakan kebaikan serta kebaktiannya.”

Lalu jawablah dengan lafaz :

بارك الله لك وبارك عليك, وجزاك الله خيرا, ورزقك الله مثله, وأجزل ثوابك
“Semoga Allah memberkatimu, memberikan kebaikan kepadamu, memberimu balasan yang baik, memberi kurnia seperti ini juga, dan menggandakan pahalamu.”

Saat kelahiran bayi merupakan saat kegembiraan, maka hendaklah seseorang itu memperbanyakkan tahmid dan bersyukur kepada Allah. Antara amalan terdekat adalah melaungkan azan ditelinga kanan bayi tersebut. Walaupun terdapat beberapa pertikaian mengenai hadith mengazan ketelinga bayi, namun demikian alangkah baik jika bayi yang lahir itu mendengar perkataan-perkataan kebesaran Allah melalui azan.

So, moga kita melawat baby baru lahir nanti.. xda la kosong tanpa ilmu. Sebelum ni jika aku melawat baby baru lahir aku akan bawa hadiah sebagai tanda kelahiran itu sesuatu yang indah dan mengembirakan. Hargailah setiap kelahiran kerana itu hanya terjadi dengan izin Allah. 

No comments:

Post a Comment

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...