Wednesday, February 13, 2013

Cerita Menyusu Versi Aku

                        Set Breast Pump yang aku beli pada kelahiran Awra dapat aku guna lagi pada kelahiran kedua ini.


Hari ni aku nak berkongsi dengan korang semua tentang semangat aku yang berkobar - kobar untuk memberi penyusuan eksklusif untuk anak kedua ini. Masa anak pertama memang aku bagi penyusuan ekslusif tapi hanya 4 bulan sahaja sebab Awra dah tak nak minum susu ibu sebab dah sedap minum susu formula. Ini terjadi sebab aku kurang pengalaman tentang mengepam dan menyimpan susu. Aku memang kekurangan maklumat tentang penyusuan ekslusif… dan aku rasa sangat kecewa kerana tak mampu nak menyusu Awra sehingga dia 6 bulan. Aku memang terkilan. Bila Awra dah tak nak menyusu badan, cik B aku membengkak dan sangat sakit. Aku pam tapi hanya sedikit sahaja yang keluar dan susu tersebut awra xnak minum.. memang membazir. Jadi, bila lama- lama akhirnya cik B aku kering dengan sendirinya… alangkah ruginya. 

Namun, semangat aku berkobar - kobar kembali untuk memberi susu ibu untuk anak yang kedua ni ditambah lagi dengan suasana tempat kerja baru aku ni, ramai staff terdiri dari kaum ibu.. majoritinya memang menyusu badan anak sehingga 2 tahun. Bila aku perhatikan, betapa gigihnya mereka mengepam susu di tempat kerja.. aku semakin bersemangat. Jika diorang boleh buat kenapa pulak aku tak boleh.. kan..??? Terus aku jadi makin teruja untuk menyusu badan anak kedua ni. 



Tapi semangat aku ini harus diikuti dengan peralatan2 yang akan memudahkan proses aku mengepam dan menyimpan aset aku itu dengan berhemat. Bila aku mencari maklumat tentang peralatan dan cara menyimpan susu ibu ni.. aku mula terasa cabaran2 nya. Untuk pengetahuan korang bukan senang tau nak menguruskan susu ibu ni. Usaha yang sangat murni ini sangat memerlukan sikap sabar yang tinggi kerana banyak perkara remeh yang perlu diuruskan.. lebih2 lagi peralatan pam susu yang memerlukan kos yang agak tinggi. Bila aku kira – kira bajet, kalau aku nak yang elok, set pam susu eletrik sahaja dekat RM2000 jenama Medela Freestyle. Bila aku usha- usha, katanya pam susu ni memang best sebab hisapan dia seperti  hisapan baby, mudah sangat digunakan, pasang dan rileks jer.. pam tu yang bekerja dan jika kita keje nanti memang sangat mudah, double pumping lagi….so, memang rasa best la kan.. tapi kena tengok bajet la. Kalau aku ikut nafsu dan kemahuan memang aku  nak beli tapi kalau aku ikut reality memang aku tak mampu melainkan aku menabung. Aku memang nak sangat beli.. tapi pendam dalam hati aje lah..



Kemudian aku usha pulak Breast Pump Tommee Tippee elektrik punyer. Aku baca kat internet ramai jugak yang guna memang best jugak… tapi satu pam sahaja dan harganya tader lah semahal  jenama Medela. Harganya sekitar RM 400-500. Yang ni pun aku berkenan jugak tapi still kena menabung jika betul aku ingin kanya. Lagipun sebenarnya aku memang dah ada pam susu Tommee Tippee ni tetapi yang manual punyer. Aku dah beli masa lahirkan Awra tapi yang aku tak sanggup tu lengguh tangan duk mengepam.. dan susu tak banyak sangat sebab aku pam tak kuat.. so, citernya mmg x  best sgt la yg manual ni.. tapi kalau ikutkan, dari xda langsung.. aku guna jer lah yang sedia ada tu.. kan??



Inilah set yang aku beli dari internet dengan separuh harga.. 

So, ni baru cerita pam susu aku tak citer lagi pasal kelengkapan lain untuk simpanan susu ni seperti antaranya set Sterilizer,  warmer, botol simpanan susu, ais kering, beg pam dan simpan susu yang sgt perlu ada bila kita menyusu badan. Ini semua la yang akan memudahkan proses menggunakan susu ibu. So, bila aku kira2… pada permulaan ini jika betul aku ingin beli kesemuanya sekali aku kena sediakan dalam RM1000 untuk semuanya sekali… skrg aku dh mula beli tapi bukan semua tapi sikit2.. mula2 sekali aku beli set Warmer dan Sterilizer serta set botol susu lengkap Tommee Tippee melalui online harganya dalam RM500. Sebab tu la aku akan beli kemudian pam susu elektrik Tommee Tippee tu.. harapnya mampu la aku miliki semua itu..kerana keterujaan aku ini, aku sanggup lupakan keinginan aku yang lain, buat masa skrg aku mesti penuhi impian aku yang murni untuk menyusu anak kedua aku ini secara eksklusif …InsyaAllah jika niat kita baik Allah akan menyokong kita...aammeennn..


































6 comments:

  1. i pakai brand spectra. about rm500 untuk double pumping.tp spectra ni motor dia besar n berat.n cuma boleh pakai letrik je.kalau blackout ke ape memang dah tak bole pakai.sebab tu i kena standby battery pump in case untuk travel or di saat2 takde sumber letrik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. terima kasih atas perkongsian Siti... yer saya tahu tentang pam susu spectra tu tapi satu je lah..motor dia sgt besar kan? Itu lah yg membuatkan saya tak beli.. sbb bagi saya ssh jika kita nak travel dan bw ke tmpt keje nanti.. nak yang easy tapi harga perpatutan.. setakat ni, brand TT je lah yang saya mampu tapi satu pumping sahaja. Saya memang tengah menabung ni nak beli pam susu TT punyer... doakan semoga cepat saya akan membelinya..

      Delete
  2. I penah pakai pam tommie tippee ni... best jg..tp masa tu slalu masuk susu kat tube dan byk sgt part nak psg.. so hubby blikan medela swing.. single pum tp puas hati jgk sbb senang pasang part dan sgt best pakai... i penah jumpa pam TT ni jusl rm299...masa i bli rm599..sdih nyer...hihi..tp da jual kat kwn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. tima kasih sbb sudi berkongsi dengan saya.. itulah antara komen org yang pernah pakai pam susu TT ni.. mmg best tp byk part yg nk kena pasang.. mana nak juper pam TT murah ek.. nak tgu karnival barang baby.. alahai lambatnya.. bestnya kalau saya jupe yg rm299 tu.. tapi masa awk beli tu mahalnya.. dh tu siap dh jual lagi..apa pun tq!

      Delete
  3. dah guna belum pam TT tu?..macaman review?..saya guna medela FS..memang hepi je guna pam ni..berbaloi dgn duit yg dilaburkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mamayaya...

      Saya memang menggunakan pam TT ni... memang best dan dapat pam susu dengan gembira.. saya memang puas hati dengan keluar susu yang banyak.. alhamdulilah... tapi sbb pengunaan yang kerap.. sekali tu pam dia hilang.. Valve... hilang.. so.. sy cuba hubungi suplier.. xda lat gantinya.. so.. xdpt la nk guna.. so sy belai pam susu swing medela single.. alhamdulilah.. semua ok.. pam susu sgt best dan hampir sama denga TT punyer.. kedua- duanya saya puash hati.. cuma pam susu TT je sy xdpt nk guna sbb valve dia hilang..

      Delete

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...