Tuesday, July 22, 2014

Warkah Dari Hospital Shifa, Palestine

Tarikh 20 Julai 2014 amat bermakna buat aku.. kerana ulang tahun lahirku yang ke 31 namun, jauh disudut hati aku tak gembira seperti selalu.. beria suami ingin membawa aku berjalan dan (kebetulan harijadi aku jatuh pada bulan puasa) berbuka puasa di KL .. namun aku tiada hati. Semuanya kerana tarikh ini lah Kerajaan kejam Zionist menghamburkan serangan darat kepada rakyat di Gaza dan ramai lelaki, wanita serta kanak- kanak maut dan cedera. Ya Allah.. sepanjang bulan puasa kali ini untuk tahun 1435 ini.. aku asyik menangis... menangis.. sebak dan pilu.. aku tak sanggup Ya Allah melihat kanak- kanak... anak - anak kecil dan wanita dibunuh dengan kejam.... mereka menembak dan meletupkan rumah sesuka hati... perbuatan sesuka hati mereka itu mereka ibarat seperti kita membeli ikan di pasar.. semudah itu... piih mana yang berkenan dan tembak... Yang tak tahan anak - anak kecil itu.. Aku ada anak - anak Ya Allah... aku tak sanggup.. sebab aku faham perasaan ibu... dan jika aku tiada anak sekalipun... aku ada hati Ya Allah.. Aku tak sanggup melihat penderitaan mereka... satu dunia tahu mereka diserang dengan kejam.. semua kuasa mengetahuinya.. tapi tiada siapa yang mampu membantu.. hanya melihat.. lihat dan lihat... dan aku hanya mampu dari segi kewangan dan doa... Hanya senjata doa yang aku mampu lakukan dari sini... namun aku amat berharap semua ini akan dihentikan Ya Allah...Hanya dengan kuasa Mu, semua itu dapat dihentikan Kau wujudkanlah kuasa Mu Ya Allah... Kau wujudkanlah Keajaiban Mu... dan aku juga berdoa agar Presiden Obama mendapat warkah dari Hospital Shifa untuk bagi dia merasai kepedihan yang dirasai oleh rakat Palestine.. kerana sikap nya yang menyokong tindakan Israel/Zionist..


Warkah Dari Hospital Shifa, Palestine

Sahabat tercinta, Kejadian malam tadi (20 Julai) sangat melampau. Serangan darat di Gaza menyebabkan ramai mangsa yang cedera, parah, berlumuran darah, nazak, kesejukan, semua peringkat umur, tetapi kesemuanya orang awam yang tak bersalah.

Darah bayi merata-rata
Ramai wira di dalam ambulans dan semua hospital seluruh Gaza bertugas syif 12 hingga 24 jam, wajah-wajah pucat akibat kelelahan dan timbunan tugas yang menggila (tanpa bayaran di Hospital Shifa sejak empat bulan lalu) mereka merawat, ambil peduli, cuba memahami huru-hara yang tidak difahami tubuh manusia yang berjalan dan tidak mampu berjalan, yang bernafas dan tidak bernafas, yang berdarah dan yang tidak berdarah. Ya, itu manusia!

Sekarang, mereka diperlakukan seperti binatang oleh tentera paling tidak bermoral di dunia.
FotoMADS Gilbert sedang merawat satu daripada pesakit di Hospital Shifa. FOTO AP

Hormat saya tiada habisnya bagi mereka yang cedera kerana walaupun dalam kesakitan dan kepedihan semangat mereka tidak pudar. Kekaguman saya kepada petugas dan sukarelawan tidak putus. Warga Palestin banyak beri saya kekuatan, walaupun saya terdetik ingin menjerit, peluk erat tubuh mereka, menangis, mencium kulit dan rambut anak yang berlumuran darah itu, tetapi kami tidak mampu, begitu juga mereka.

Merobek nyawa yang tak bersalah

Debu kelabu menutupi wajah. Tidak hanya puluhan tubuh yang cacat dan berdarah, kami masih memiliki danau darah di lantai bilik kecemasan, menitis merata-rata. Petugas pembersihan juga ada, menyapu darah, tisu-tisu badan, rambut, pakaian, semuanya dari si mati. Tugasan seperti itu diulangi setiap hari.

Lebih 100 kes kami terima di Hospital Shifa setiap 24 jam, sesuai jika kelengkapannya ada. Tapi di sini, hampir tiada apa-apa. Elektrik, air, ubat-ubatan atau mungkin meja, peralatan hospital, semuanya berkarat seolah-olah baru diambil dari muzium. Tetapi petugas di sini langsung tidak mengeluh. Mereka bertugas umpama pahlawan, terus maju dan sangat berjiwa besar.

Saat saya menulis warkah ini, saya seorang diri di katil saya, air mata saya bercucuran, air mata dari kepedihan dan kesedihan, kemarahan dan ketakutan. Ini tidak sepatutnya terjadi!

Dari wartawan hingga ke bayi kecil… tiada yang selamat.

Dan sekarang, okestra mesin perang Israel mula menyanyikan simfoninya yang mengerikan. Baru-baru ini, meriam bot-bot tentera laut Israel menyusuri pantai Gaza. F16 yang menderu, drone yang memuakkan, serta helikopter Apache yang bingit direka dan dibiayai Amerika Syarikat.

Encik Obama, apakah anda punyai hati?

Saya menjemput anda untuk meluangkan masa satu malam. Hanya satu malam bersama kami di Hospital Shifa. Mungkin anda boleh menyamar sebagai petugas kebersihan.

Saya yakin, 100 peratus...tindakan sedemikian akan mengubah sejarah.

Mads Gilbert MD PhD
Profesor Klinikal dan Ketua Rawatan Kecemasan Hospital Universiti North Norway.

Monday, July 21, 2014

Rindu Datang lagi

Hari ini.. aku bekerja seperti biasa di Ofis sehari selepas hari lahir ku.. aku buka FB dan Whatsapp .. banyak ucapan hari lahir untuk pertambahan usia aku setahun lagi... alhamdulilah.. banyak doa yang aku terima.. amin, moga semua doa kalian akan dimakbulkan Allah. Kebetulan hari ini dah masuk 23 Ramadhan.. alhamdulilah... memang hanya rasa syukur yang tiada henti dapat aku ucapkan setiap masa pada Pencipta dengan kekuatan dan keupayaan yang masih diberikan pada aku.. aku bersyukur kerana masih ada kudrat kerana keperluan untuk aku sihat walafiat itu penting kerana tanggungjawab yang telah dipilih aku untuk menjadi seorang isteri dan ibu pada anak - anak ku yang masih kecil.Di usia ini, suami dan anak - anak adalah yang paling berharga dari yang lain.. aku rasa semua wanita di yang berkeluarga memang akan meletakkan keutamaan keluarga yang paling teratas.. 

Namun, di hari bermakna ini aku paling  teringat akan arwah ibu aku... Mek, terima kasih kerana telah melahirkan Na di dunia ini... usia Na bertambah lagi Mek dengan izin Allah....dan jika Mek ada sekarang mesti Mek gembira melihat cucu - cucu Mek. Na rindu kan Mek.. rindu sangat - sangat.. rindu nak peluk dan cium Mek... lebih - lebih lagi ni bulan puasa... rasa sangat nak beraya dengan mek... Terima Kasih Mek.... Na sayang Mek.. Na doakan Mek sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman... A - fatihah


Thursday, July 17, 2014

Cerita aku menyusu anak kedua.


Alhamdulilah.. hari ni hari ke 20 kita berpuasa untuk tahun 1435H baru aku ada sedikit kelapangan untuk menulis. Macam mana nak mula cerita aku menyusu ni.. sebab aku harap pengalaman aku menyusu ni akan boleh dijadikan rujukan untuk teman - teman semua.

Alhamdulilah.. untuk anak kedua Afiq Naqqiudin ni aku mampu menyusu dia sehingga dia berumur setahun lebih.. dan kenapa aku tak sambung menyusu kerana ada sebab kukuh yang menghalang aku menyusu afiq sehinnga dia 2thn. Pada siapa yang nak tahu kena follow la cerita aku ni...

Ok, selepas aku bersalinkan afiq susu tak keluar.. aku ingat itu normal.. sebab masa lahirkan awra pun susu keluar selepas 2 hari. jadi untuk afiq ni.. aku suakan juga puting yang x ada susu tu.. dia hisap dari mula dia lahir dan aku ingat itu hanay sementara sahaja... namun, sehingga 3 hari susu masih tak keluar. Untuk pengetahuan semua, aku bersalin di hospital kerajaan di Kuala Lipis untuk afiq ni sebab aku xsempat balik Kelantan.. (xsempat bersalin di Pusat Perubatan An Nisa di Kota Bharu) dan nak jadi cerita makin menarik.. masa aku bersalin ada kes.. yang itu korang boleh baca dalam entry aku bersalin anak kedua.. dan selepas itu sakit aku tak hilang kerana apa yang terjadi pada aku.. dan naluri aku kuat mengatakan sebab sakit lah susu tak xnak keluar... sebab aku sakit danbila sakit aku tak boleh halang diri aku jadi  stress, aku berusaha juga bagi afiq hisap puting walaupun susu xkeluar.

Aku pam susu dengan Pam Manual Tommee Tippee yang aku beli masa lahirkan awra, namun susu tak keluar jugak. Kesan dari itu, pada hari ke - 9 afiq terpaksa dimasukkan ke Hospital USM sebab demam kuning dia tinggi. Mana tak tinggi sebab dia tak menyusu susu ibu. Kerana susu tak aku tak ada famili bagi afiq minum susu rumusan.. dan aku terpaksa benarkan sebab memamng susu aku tiada.

Namun, bila afiq masuk wad dan berada di bawah lampu.. dia tak berhenti menangis hati aku sayu.. Tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu.. tangan habis dicucuk doc untuk diambil darah. Aku tak tahan mendengar tangisan afiq.. aku berdoa.. semoga Allah beri kekuatan aku dan keluarkan susu dari badan aku. Aku berada di wad bersama afiq 24 jam sesaat pun aku tak mampu tido dan berehat walaupun masa tu aku baru 9 hari selepas bersalin. Derita nya bila mengenangkan anak kecik dah kena pelbagai kesan cucuk dan macam2 lagi.. aku sedih sangat dan stress makin bertambah. Tapi jika aku sedih, stress lagi la susu tak akan keluar.. jadi, aku bertenang.... aku berdoa dan mohon petunjuk.

Susu pertama yang berjaya dipam dengan paksa agar dapat diberikan pada Afiq. Hanya ini yang mampu dipam pada hari ke -9 selepas bersalin.



 Kerana azam aku yang kuat untuk menyusukan afiq dan dengan kuasa Allah.. susu keluar. Titisan air kuning tu keluar beberapa titik hingga 20ml.. walaupun amat sedikit tapi bagi aku saat itu .. itulah titisan emas yang amat berharga untuk afiq dan untuk sembuhkan demam kuning yang dihadapinya. Aku bersyukur.. dan makin bertenang.. sambil - sambil tu aku bersembang - sembang dengan pesakit yang ada di wad tersebut. Aku tengik sorang adik ni... dia picit puting dia.. dan keluar susu... saat tu aku sangat terkejut dan aku tanya apa rahsianya.. katanya doc bagi dia ubat untuk keluarkan susu.. Ya Allah, terima kasih kerana tunjukkan jalan pada aku.. aku terus cal kakak minta dia belikan ubat tersebut.. aku pun dh tak ingat nama ubat tu.. dan selepas aku makan ubat perbanyakkan susu tu... Alhadulilah.. susu aku keluar seperti biasa.. agak cepat kesan ubatnya..dan saat tu baru aku tahu bahawa ada di jual ubat perbanyakkan susu di farmasi.. tetapi sebab tak tahu jadi memang xkan jumpa ubat tu. Pendek kata, bila susu dah keluar.. walaupun tak banyak.. yang penting keluar... akhirnya demam kuning afiq menurun selepas aku menyusukan dia dan ditambah lagi dengan pengcahayaan lampu biru atas dan bawah... akhirnya afiq boleh keluar wad.. Ya Allah aku sangat bersyukur..



Susu aku yang berjaya dipam pada hari ke - 17 menggunkan pam manual TT
 Maka, bermula lah cerita penyususan ekslusif aku istimewa untuk afiq. Memang tak campur langsung dengan susu rumusan.. semuanya susu asli dari ibu untuk Afiq. Aku teruskan makan ubat tersebut hingga 3 hari dan kemudian susu keluar maintain maka aku berhenti makan ubat...aku menyusu dan aku juga pam susu walaupun sedikit. Mulanya aku menggunakan pam manual Tommee Tippee namun aku tak tahan sebab hasil tak banyak.. akhirnya aku beli jugak Pam Susu Elektrik Tomee Tippee TT dan hasilnya amat memuaskan hati. Akhirnya, aku berjaya memberikan susu ibu secara ekslusif untuk afiq kerana azam aku yang sangat kuat untuk memberikan susu aku sendiri pada afiq. 

Walaupun banyak halangan yang terpaksa dihadapi namun bila kita telah ada azam.. azam itu yang akan menjadi dorongan kepada kita. Kerana, itu apa pun yang kita lakukan kita perlukan semangat yang kuat dan azam yang tinggi baru kita akan berjaya... walaupun ada cabaran besar yang terpaksa kita hadapi... jika azam telah ditetapkan semua itu kita mampu menghadapinya... bagi aku walaupun aku sakit dan tertekan namun aku mampu menghadapinya dengan hati yang kuat. Doa dan harapan serta tindakan adalah penting menjayakan misi penyusuan ekslusif ini.

Jadi, pada ibu di luar sana yang ingin memberi susu ekslusif pada anak kita... teruskan! Doa dan sokongan saya bersama anda semua. Aku akan share banyak lagi cerita tentang susu ibu untuk menjadi panduan pada korang semua.. jadi korang doakan semoga aku mempunyai masa untuk menulis.. apa pun enjoy direct breastfeed!



Susu yang dipam menggunakan pam eletrik Tommee Tippee yang amat aku idamkan pada hari ke - 40





Ramadhan kali Ini.


Alhamdulilah.. Ya Allah Bulan Ramadhan yang penuh rahmat, keampuanan dan keberkatan tiba lagi dan Alhamdulilah aku dan keluarga masih mampu menyambutnya. Ya Allah... kurniakan Ramadhan yang meriah pada aku dan keluarga serta semua umat Islam di seluruh dunia. Bagi aku, Ramadhan kali ini sangat manis walaupun dalam kepayahan yang tersendiri... apa pun segala dugaan, takdir dan rezeki Allah aku terima dengan redha...walaupun pada mulanya ada rasa berat untuk menerima namun perlahan - lahan hati ini terima dan tidak berhenti gembira dengan hadiah yang bermakna itu.. hati tidak berhenti mengucap syukur... Alhamdulilah Ya Allah... Hanya dengan ketentuan Mu semua ini berlaku...

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...