Warkah Dari Hospital Shifa, Palestine

Tarikh 20 Julai 2014 amat bermakna buat aku.. kerana ulang tahun lahirku yang ke 31 namun, jauh disudut hati aku tak gembira seperti selalu.. beria suami ingin membawa aku berjalan dan (kebetulan harijadi aku jatuh pada bulan puasa) berbuka puasa di KL .. namun aku tiada hati. Semuanya kerana tarikh ini lah Kerajaan kejam Zionist menghamburkan serangan darat kepada rakyat di Gaza dan ramai lelaki, wanita serta kanak- kanak maut dan cedera. Ya Allah.. sepanjang bulan puasa kali ini untuk tahun 1435 ini.. aku asyik menangis... menangis.. sebak dan pilu.. aku tak sanggup Ya Allah melihat kanak- kanak... anak - anak kecil dan wanita dibunuh dengan kejam.... mereka menembak dan meletupkan rumah sesuka hati... perbuatan sesuka hati mereka itu mereka ibarat seperti kita membeli ikan di pasar.. semudah itu... piih mana yang berkenan dan tembak... Yang tak tahan anak - anak kecil itu.. Aku ada anak - anak Ya Allah... aku tak sanggup.. sebab aku faham perasaan ibu... dan jika aku tiada anak sekalipun... aku ada hati Ya Allah.. Aku tak sanggup melihat penderitaan mereka... satu dunia tahu mereka diserang dengan kejam.. semua kuasa mengetahuinya.. tapi tiada siapa yang mampu membantu.. hanya melihat.. lihat dan lihat... dan aku hanya mampu dari segi kewangan dan doa... Hanya senjata doa yang aku mampu lakukan dari sini... namun aku amat berharap semua ini akan dihentikan Ya Allah...Hanya dengan kuasa Mu, semua itu dapat dihentikan Kau wujudkanlah kuasa Mu Ya Allah... Kau wujudkanlah Keajaiban Mu... dan aku juga berdoa agar Presiden Obama mendapat warkah dari Hospital Shifa untuk bagi dia merasai kepedihan yang dirasai oleh rakat Palestine.. kerana sikap nya yang menyokong tindakan Israel/Zionist..


Warkah Dari Hospital Shifa, Palestine

Sahabat tercinta, Kejadian malam tadi (20 Julai) sangat melampau. Serangan darat di Gaza menyebabkan ramai mangsa yang cedera, parah, berlumuran darah, nazak, kesejukan, semua peringkat umur, tetapi kesemuanya orang awam yang tak bersalah.

Darah bayi merata-rata
Ramai wira di dalam ambulans dan semua hospital seluruh Gaza bertugas syif 12 hingga 24 jam, wajah-wajah pucat akibat kelelahan dan timbunan tugas yang menggila (tanpa bayaran di Hospital Shifa sejak empat bulan lalu) mereka merawat, ambil peduli, cuba memahami huru-hara yang tidak difahami tubuh manusia yang berjalan dan tidak mampu berjalan, yang bernafas dan tidak bernafas, yang berdarah dan yang tidak berdarah. Ya, itu manusia!

Sekarang, mereka diperlakukan seperti binatang oleh tentera paling tidak bermoral di dunia.
FotoMADS Gilbert sedang merawat satu daripada pesakit di Hospital Shifa. FOTO AP

Hormat saya tiada habisnya bagi mereka yang cedera kerana walaupun dalam kesakitan dan kepedihan semangat mereka tidak pudar. Kekaguman saya kepada petugas dan sukarelawan tidak putus. Warga Palestin banyak beri saya kekuatan, walaupun saya terdetik ingin menjerit, peluk erat tubuh mereka, menangis, mencium kulit dan rambut anak yang berlumuran darah itu, tetapi kami tidak mampu, begitu juga mereka.

Merobek nyawa yang tak bersalah

Debu kelabu menutupi wajah. Tidak hanya puluhan tubuh yang cacat dan berdarah, kami masih memiliki danau darah di lantai bilik kecemasan, menitis merata-rata. Petugas pembersihan juga ada, menyapu darah, tisu-tisu badan, rambut, pakaian, semuanya dari si mati. Tugasan seperti itu diulangi setiap hari.

Lebih 100 kes kami terima di Hospital Shifa setiap 24 jam, sesuai jika kelengkapannya ada. Tapi di sini, hampir tiada apa-apa. Elektrik, air, ubat-ubatan atau mungkin meja, peralatan hospital, semuanya berkarat seolah-olah baru diambil dari muzium. Tetapi petugas di sini langsung tidak mengeluh. Mereka bertugas umpama pahlawan, terus maju dan sangat berjiwa besar.

Saat saya menulis warkah ini, saya seorang diri di katil saya, air mata saya bercucuran, air mata dari kepedihan dan kesedihan, kemarahan dan ketakutan. Ini tidak sepatutnya terjadi!

Dari wartawan hingga ke bayi kecil… tiada yang selamat.

Dan sekarang, okestra mesin perang Israel mula menyanyikan simfoninya yang mengerikan. Baru-baru ini, meriam bot-bot tentera laut Israel menyusuri pantai Gaza. F16 yang menderu, drone yang memuakkan, serta helikopter Apache yang bingit direka dan dibiayai Amerika Syarikat.

Encik Obama, apakah anda punyai hati?

Saya menjemput anda untuk meluangkan masa satu malam. Hanya satu malam bersama kami di Hospital Shifa. Mungkin anda boleh menyamar sebagai petugas kebersihan.

Saya yakin, 100 peratus...tindakan sedemikian akan mengubah sejarah.

Mads Gilbert MD PhD
Profesor Klinikal dan Ketua Rawatan Kecemasan Hospital Universiti North Norway.

Comments

Popular Posts