Wednesday, December 24, 2014

Orang Yang Hebat!


Aku cuba.. cuba untuk tidak melebihkan atau ketengahkan atau publishkan segala usaha yang aku buat... sebab ia akan menjadikan diri aku riak... jika aku ingin berkongsi.. tiada niat ingin membangga diri... hanya sesekali dengan niat ingin berkongsi... tapi bila  saat jari ingin menekan klik di mouse aku terfikir... biarlah.. xpayah la... kerana dalam hati terbit.. aku ingin riak kah?  Aku terfikir... Dunia kini semua ingin ditonjolkan segala ingin ditunjukan agar orang nampak akan kehebatan diri kita. Dalam dunia akau yang makin mencabar aku sendiri tidak percaya dengan kemampuan yang aku berjaya lakukan... namun siapa yang memuji? Siapa yang tahu... hanya aku... hanya Tuhan dan orang disekeliling saja... sesekali hati kecil aku ni inginkan pujian... penghargaan.. atas segala usaha yang dilakukan..dan aku juga sedar sesekali itulah (suara syaitan.. yang mengajak kita supaya riak)... namun tiada siapa yang nampak usaha dan hasil yang aku lakukan.. aku redha.. xper.. Allah kan ada... Dia Maha Tahu.. segala perbuatan, segala tugas dan sgala keputusan aku buat kerana Dia.. jadi, semestinya Qoute ini buat aku makin tabah.. "Orang yang hebat tidak memerlukan Pujian sebaliknya terus merendah diri"

Wednesday, December 17, 2014

Cerita 1st Time Scan 3D/4D

Assalamualaikum......

Hari ni aku nak belanja  korang semua.. hanya yang baca blog ni je yang boleh tengok yer.. tidak boleh dilihat dari mana - mana alam maya... kat blog ini sahaja...pic mahal baby aku yang ketiga yang sekarang masih dalam womb ibu dia.. saat tengah menulis ni .. dia tengah sibuk kicking kicking ibu dia... perasaan mebuak - buak nak lahir kan dia makin kuat ni.. tapi sabar yer baby.. tunggu bulan satu 2015 baru kuar yer,.. tunggu hujung bulan satu ek.. hehehe...


Scan 2D baby ketiga aku.. comel tak?

Bila tengok pic ni.. Ya Allah.. comelnya dia. Muncung mulut tu.. geram ibu tengok.. ini bukan pic yg dicari dari mr google yer... ini pic bb aku.. buktinya, semua info lengkap kat pic tu.. cer tengok betul - betul... hehehe..siap da nama, masa dan tarikh... segar dari ladang... So untuk pic - pic yang comel ni kredit to Miss Jezzlyn.. dari 3D 4D Scan Malaysia . Aku scan ni di Klinik Fauziah, Ampang, Selangor. Alhamdulilah...hasil pembacaan aku di blog2 orang lain.. membuatkan aku berjumpa jugak dengan Miss Jezzlyn yang cute dan lemah lembut tu.. sanggup dari Karak ke Ampang...pada sesiapa yang follow 3D 4D Scan Malaysia mesti dah tau sangat dengan Miss Jezzlyn ni.. siapa yang banyak baca blog cari maklumat scan 3D mesti akan selalu jumpa nama dia.. memang dia antara snonographer yang popular sekitar Selangor dan KL.. So,  bila kami sampai di sana.. rupanya klinik tu sangat biasa.. kecik jer.. tapi orang di dalam sangat ramai.. tapi sebab dah buat temujanji di 3D 4D Scan Malaysia.. maka aku tak perlu tunggu lama.. sampai cakap ada temujanji terus suruh tunggu.. xyah nak isi borang apa.. ic pun minta.. memang sgt senang,.. yg susahnya cari klinik tu sebab kami sesat.. sblm sampai sana.. hahaha..


Scan 3D Baby ketiga aku.. comel tak?

Aku scan baby di usia minggu ke 29... untuk scan 3d memang hanya boleh untuk 26 minggu ke atas. Prosedur nak buat temujanji scan ni sangat mudah.. hanyak perlu buka FB 3D 4D Scan Malaysia  pilih  tarikh  temujanji mengikut masa kita dan buka laman web  3D 4D Scan Malaysia then sistem akan emailkan pada kita slip temujanji yang berjaya dibuat. Kita boleh pilih sonographer yang kita nak.. macam aku dah terpikat dengan Miss Jezzlyn.

Bila aku sampai di sana.. kebetulan hari Sabtu.. memang orang ramai tengah menunggu.. dan aku boleh lihat beberapa ibu yang boyot mcm aku.. so aku yakin yang diorg memang menunggu nak scan jugak.. aku tunggu Miss Jezzlyn dalam 30m wpun dah buat temujanji... bila dipanggil aku masuk ke bilik bersama huby, Awra dan Afiq.. Miss Jezzlyn.. cantik dan comel orangnya.. terus suruh aku berbaring.. aku suruh Awra dan Afiq tengok screen.. supaya mereka dapat tgk adik mereka tapi diorg takut.. ada dia kata hantu... takut takut... tergelak aku, huby dan  Miss Jezzlyn.

Ini kali pertama aku buat scan 3D.. memang teruja.. dan saat lihat bb di screen.. wah.. Miss Jezzlyn kata comelnya bb dia.. pipi dah temban.. dahi luas dan hidung mulut kecik.. masa scan ni.. dia siap kedip2 mata dan menguap lagi.. bukan main susah nak alihkan tangan dari muka dia.. nak sorok jugak muka dia.. masa buat proses scan ni.. aku kena mengiring.. sebab bb duduk di sisi tepi kanan perut aku... dh puas kena tekan dgn Miss Jezzlyn... dia ke kiri palak.. pusing la plak aku.. hingga nampak muka dia dengan jelas.. proses ni ambil masa dalam 20 minit je.. sbb aku tiada apa - apa masalah... bb wpun tgh tido tp bagi kerjasama yang sepatutnya... dan aku memang paus hati.. sbb siap ada 4D lagi.. tapi yang tu aku tak share la di sini.. video bb bergerak dalam perut..

Scan 3D Baby ketiga aku.. comel tak?
Puas Miss Jezzlyn paksa baru dapat tangkap pic ni.... jelas nampak muka mulut hidung dan tangan serta jari dan nampak dengan jelas gender dia tapi yang tu rahsia.. kena follow blog aku baru tau citer bb aku ek... aku memang puas hati.. dengan harga RM120 aku dapat 1 gambar bercetak dan satu CD yang mempunyai banyak pis 3d dan video 4d scan bb dalam perut... dan satu lagi yang mengejutkan aku... masa aku jumpa  Miss Jezzlyn ni.. dia tengah sarat preggy 1st bb dia ... dalam 35 minggu.. menunggu masa nak bersalin..masa aku menulis ni dia tengah cuti bersalin..  aku memang tak sangka.. tapi betulah semua cakap yang dia seorang yang lembut  dan pandai cakap dengan bb.. hahhaa.. sebenarnya.. dia cekap  nak capture pic bb dlm womb kita tu.. bukan senang.. ok.. itulah cerita 1st time scan 3D 4D aku bersama Miss Jezzlyn yang sangat sporting... so jika korang memang nak buat aku memang syorkan... sebab aku diberi khidmat terbaik.. murah dan berbaloi - baloi....trust me!

Makanan Tambahan Ibu Hamil

As salam semua... hari ni aku nak berkongsi dengan kamu semua permakanan aku semasa hamil.. aku amat menitik beratkan makanan semasa hamil agar bayi dalam kandungan sihat .. kerana jika anak kekurangan zat banyak kesannya apabila bayi lahir nanti. Dan ini kehamilan ketiga.. lagilah aku ada pengalaman hamil sebelum ni dan kesanya yang berbeza antara anak pertama dan kedua. Ini adalah disebabkan oleh permakanan kita semasa hamil.. kerana itu jagalah permakanan kita demi anak yang tersayang...mengandung kali ini aku banyak mengamalkan makanan2 yang disunnahkan  oleh Rasullulah SAW...antaranya yang aku amalkan adalah madu, minyak zaitun, habatus sauda, buah delima, kurma dan  kismis.

 Kurma, Kismis dan Madu

bekas cantik untuk buah kurma dan kismis.. pic madu xda..

Makanan yang berasaskan sunnah ini kaya dengan zat dan vitamin yang tinggi bagi memberi tenaga yang optimum kepada ibu hamil. Ianya mampu melancarkan perjalanan darah dan kebaikkan kepada tumbesaran minda bayi dalam kandungan. Madu aku beli di Lipis.. madu asli wpun harga mahal namun alhamdulilah.. aku rasa bertenaga  sejak mengambil madu asli ni.. tiap malam sebelum tidur aku amalkan makan sesudu besar menggunakan sudu plastik(mmg kna guna sudu plastik)

Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.(AMIN!!!)

Minyak Zaitun 

Kapsul Minyak Zaitun yang aku makan sepanjang hamil


Makanan sunnah antaranya adalah minyak zaitun. Aku baru mula minum  zaitun, untuk mengandung anak ketiga.. sebab sebelum ni tak cukup ilmu. Aku makan yang pil.. jenuh jugak cari sebab banyak jenis yang kena telan gitu je.. namun aku berusaha.. naseb baik da satu kedai di Bentong yang jual jenis kapsul... sebenarnya da je kat internet.. tapi nk try dulu cari di sekitar dan alhamdulilah.. murah je harganya.. minyak zaitun ni bagus untuk ibu hamil dan banyak khasiatnya...dan katanya mudahkan bersalin Insya Allah.... Sejak hamil dari anak pertama memang aku akan gunakan minyak zaitun dalam masakan..

Dari Abi Asaid bin Tsabit bahawa Rasulullah bersabda, ” Makanlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak. Sungguh, ia berasal dari pokok yang diberkati.” (HR. At-Tirmidzi. Hadis hasan li ghairihi)

Kajian dari Harvard School ada menyarankan ibu Hamil mengambil minyak zaitun untuk mengurangkan risiko anak mengalami austism....Wallahua'lam.

Minyak zaitun sudah diketahui khasiat dan manfaat,Lemak yang baik untuk ibu dan bayi selain buah avocado dan kekacang. Gunakan minyak zaitun semasa hamil, semasa pantang dan selepas pantang. Ketika pantang boleh menggunakan minyak zaitun untuk memasak menu sihat seperti sup sayur, sup ikan haruan, nasi goreng herba dan sebagainya.

 Virgin coconut oil

Kapsul Minyak Kelapa Dara yang aku makan di timester akhir
Aku mula ambil VCO masa trimester akhir masa hamil anak ke 2.. alhamdulilah.. Afiq memang senang bersalin dan awal dari due datenya... sumber yang aku dapat dari internet..Virgin coconut oil/ vco oil  bagus untuk ibu hamil. Ia membekalkan tenaga, membuat kita kelihatan lebih ceria dan insya Allah memudahkan bersalin.(Pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua utk memudahkan proses kelahiran.) Ia juga boleh mengelakkan jaundice kepada baby. Masalah perut berparut atau strechmark dapat dikurangkan dengan menyapu vco. So, aku memang cadangkan pada semua untuk mengambil VCO masa hamil.. utk anak kita yang comel.. yang ni pun aku ambil yang dalam bentuk kapsul..


Pati Buah Delima
Pati Buah Delima yang aku ambil dari mula trimester akhir

Mengandung kali ketiga ni.. aku try jugak makan delima.. aku makan jenis pati delima... sebab sumber yang aku dapat dari internet mengatakan...buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Bagi ibu mengandung ia amat sesuai kerana buah ni mengandungi jumlah potassium yang besar, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga pergerakan jantung agar tetap normal (especially bagi ibu dan perkembangan fetusnya).

Ia dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kerosakan otak disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah dalam darah.Jus delima juga merupakan salah satu sumber asid folik yang diperlukan kandungan. Khasiat lain buah/jus delima kepada ibu mengandung ialah Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur(kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema (macam bengkak kaki ketika hamil), dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy)


Habbatus Sauda 

Kapsul Habattus Sauda yang aku makan bila masuk 8 bulan


Aku makan hbs ni sebab dikatakan ia sangat bagus untuk sistem imum badan, membekalkan tenaga kerana cirinya anti bakteria, anti virus, anti histamin, anti fungus, anti oksidan serta membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti alahan, asma, bronkitis, eczema dan batuk. Ia juga dikatakan  mampu memperbanyak air susu ibu. Selain itu, ia bagus untuk mengawal kolestorol dan kadar gula.
So, untuk ibu mengandung yang memang tidak dibenarkan langsung untuk mengambil sebarang ubat semasa mengandung memang sesuai makan hbs ni...  Aku juga terbaca ramai ibu hamil yang makan hbs ni bila nak g check up sebab ia akan menaikkan HB darah..bg yang HB rendah... namun aku ada terbaca jugak  bahawa hbs ni tak berapa elok untuk wanita hamil sebab khasiat hbs ni sesuai untuk ibu yang baru melahirkan. Ia membantu dalam pengecutan rahim dan memperbanyakkan susu. Jika ibu hamil ambil bimbang akan berlaku keguguran atau bersalin awal kerana ia mengalakkan pengecutan rahim. So, aku stop dulu dan akan sambung makan bila kandungan aku mencecah 9 bulan.

Pil Kalsium


 Sepanjang tempoh mengandung kali ini aku tak minum susu sangat... sebulan sekali je aku minum susu... aku akan amik pil kalsium.. dan ia banyak mebantu.. aku tidak mengalami kekejangan langsung.. tak seperti mengandung anak pertama dan kedua.. aku mengalami kekejangan tahap dasat.. rasa sama sakit macam nak bersalin rasanya.. tiap kali menahan sakit dari kejang kaki sampai menitis air mata.. Tuhan je tahu sakitnya.. tapi kali ni sekali pun tak der.. nampak sangat makan pil kalsium lebih baik dari minum susu yang lebih kepada menyumbnag pada berat badan yang berlebihan..  
Di dalam buku Perubatan Nabi, tulisan Imam Ibn Qayyim sendiri telah menjelaskan mengenai pengambilan Habbatus Sauda untuk wanita yang hamil. Menurut Imam Ibn Qayyim, wanita yang sedang hamil atau merancang untuk hamil tidak digalakkan atau elakkan dari mengambil Habbatus Sauda walaupun Habbatus Sauda mujarab dalam mengubati pelbagai jenis penyakit terutamanya yang mengalami masalah alahan ataupun selsema. Habbatus Sauda mempunyai kesan dalam pengecutan rahim yang boleh menghalang kehamilan, menyebabkan kelahiran awal atau keguguran jika diambil secara berlebihan semasa sedang hamil. Kesimpulannya, Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk hamil elakkan dari mengambil Habbatus Suada. Habbatus Sauda yang mempunyai kesan pengecutan rahim ini baik diamalkan oleh wanita selepas melahirkan anak. Selain membantu mengecutkan rahim selepas bersalin, Habbatus Sauda juga terbukti membantu penghasilan susu ibu. Jika amalkan Habbatus Sauda selepas bersalin, Insya-Allah pengeluaran susu ibu untuk bayi akan bertambah banyak.

Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Di dalam buku Perubatan Nabi, tulisan Imam Ibn Qayyim sendiri telah menjelaskan mengenai pengambilan Habbatus Sauda untuk wanita yang hamil. Menurut Imam Ibn Qayyim, wanita yang sedang hamil atau merancang untuk hamil tidak digalakkan atau elakkan dari mengambil Habbatus Sauda walaupun Habbatus Sauda mujarab dalam mengubati pelbagai jenis penyakit terutamanya yang mengalami masalah alahan ataupun selsema. Habbatus Sauda mempunyai kesan dalam pengecutan rahim yang boleh menghalang kehamilan, menyebabkan kelahiran awal atau keguguran jika diambil secara berlebihan semasa sedang hamil. Kesimpulannya, Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk hamil elakkan dari mengambil Habbatus Suada. Habbatus Sauda yang mempunyai kesan pengecutan rahim ini baik diamalkan oleh wanita selepas melahirkan anak. Selain membantu mengecutkan rahim selepas bersalin, Habbatus Sauda juga terbukti membantu penghasilan susu ibu. Jika amalkan Habbatus Sauda selepas bersalin, Insya-Allah pengeluaran susu ibu untuk bayi akan bertambah banyak.

Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Di dalam buku Perubatan Nabi, tulisan Imam Ibn Qayyim sendiri telah menjelaskan mengenai pengambilan Habbatus Sauda untuk wanita yang hamil. Menurut Imam Ibn Qayyim, wanita yang sedang hamil atau merancang untuk hamil tidak digalakkan atau elakkan dari mengambil Habbatus Sauda walaupun Habbatus Sauda mujarab dalam mengubati pelbagai jenis penyakit terutamanya yang mengalami masalah alahan ataupun selsema. Habbatus Sauda mempunyai kesan dalam pengecutan rahim yang boleh menghalang kehamilan, menyebabkan kelahiran awal atau keguguran jika diambil secara berlebihan semasa sedang hamil. Kesimpulannya, Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk hamil elakkan dari mengambil Habbatus Suada. Habbatus Sauda yang mempunyai kesan pengecutan rahim ini baik diamalkan oleh wanita selepas melahirkan anak. Selain membantu mengecutkan rahim selepas bersalin, Habbatus Sauda juga terbukti membantu penghasilan susu ibu. Jika amalkan Habbatus Sauda selepas bersalin, Insya-Allah pengeluaran susu ibu untuk bayi akan bertambah banyak.

Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Minyak Ikan Omega Shaklee

mengandung kali ini aku juga amalkan minyak ikan omega Shaklee tapi hanya di Trimester 2.. masuk trimester ke3 aku terus stop. Aku ikut instruction Shaklee.. sbb katanya tak sesuai untuk di makan di trimester ke 3.

So, ini antara usaha yang aku mampu buat untuk lahirkan bayi yang sihat. Aku harap bayi dalam kandungan akan sihat dan aku dapat melahirkanya dengan normal tanpa sebarang komplikasi. Apa yang aku lakukan ini hanya untuk melahirkan amanah Allah yang terbaik. Semuanya kita dah usahakan.. keputusanya hanya Allah yang tentukan. Moga aku akan selamat melahirkan.. Doakan aku dan bayi selamat semua.. wasalam.

Sakit Gigi!

Assalamualaikum...

Kisah ni aku tulis masa kandungan aku genap 7 bulan aka 28minggu.. untuk anak ketiga ni..tiba masa untuk aku pergi check up dan scan di Klinik Kesihatan Karak. Tiba minggu 28 aku perlu dicucuk dengan vaksin kancing gigi sekali, scan untuk 7 bulan dan minum air gula sebab berat badan aku naik melebihi 600gm.

Pemeriksaan Rutin Bulanan

Pemeriksaan seperti biasa, buat urine test bagus.. Alhamdulilah, sepanjang mengandung dari anak kedua hingga anak ketiga xda masalah air kencing kotor. Kemudian cek hb.. masih ok cuma rendah.. cuma 11.. masih ok. then cek tekanan darah.. sangat rendah.. aku bgtau nurse sbb aku tak makan lagi ku. Aku jika nak cek memang aku xakan makan pagi tu dah selesai semua baru aku akan makan dan biasanya jam 11 pg akan selesai semuanya. Then, nurse akan cek dengupan jantung baby.. alhamdulilah senang je nak jumpa degupan jantungnya..da semuanya ok.

Vaksin Kancing Gigi

Vaksin ni akan dicucuk dlm trimester ke3.. masa anak pertama 2 kali.. lepas tu sekali saja.. masuk hari ni dh hari ketiga tapi bahu yg dicucuk masih terasa berat.. itulah kesanya.. tahan je lah..

Scan 2D

Lepas kena cucuk  baru jumpa doc.. masuk bilik terus doc suruh naik atas katil.. doc terus sapu gel dan letak alat pengimbas.. terus nampak kepala bulat bb ibu. Bila dah tengok kepala dia di bawah.. bukan main hati gembira.. tuhan saja yang tahu.. rasanya nak bersalin terus pun ok.. terus doc cek kaki , tangan, jantung dan perut... semuanya aku nampak dengan jelas wpun 2d.. tak macam anak pertama.. doc tunjuk satu pun aku tak nampak.. aku angguk je.. dh byk pengalaman baru aku nampak.. kebentulan masa doc cek bb xberhenti menendang.. sebijik nampak tapak kaki dia di pemgimbas.. kaki kecik tu bergerak2.. alahai comelnya.. rasa nak gigit je..nampak peha dan lututnya.. bb ok.. doc cek plak air ketuban.. naseb baik semuanya ok.. cantik.. then siap scan doc cek apa yg nurse cek tadi.. um.. berat lebih 600gm.. dco senyum2.. tanya da history kencing manis tak.. aku cakap mmg xda..pernah minum air gula .. aku ckp dari anak no 1 genap 7 bln aku memang kena minum air gula sebab nak cek ada tak kencing manis.. tapi alhamdulilah.. semuanya tak lekat.. so doc kata.. xper kita ikut prosedur je.. wpun xda kencing manis.. senang jika ada yg argue nanti.. ok, kena stanby minum air gula pulak.. adoyai.. redha je lah..

MOGTT

Aku kena melalui ujian MOGTT iaitu minum air gula sebab doc kata berat badan aku lebih 600g... itulah hakikatnya.. lebih sikit pun kena minum air gula.. derita aku.. sebab prosesnya kena puasa malam nya bermula 8mlm hingga keesokannya.. tak boleh makan dan minum di Klinik Kesihatan Karak ni... (tapi masa kat Putrajaya dulu nurse bg minum air masak cuma xleh makan jadi aku hanya minum air masak je).. kena amik darah.. minum air gula iaitu air campur gula yang sangat manis. kemudian, tunggu 2 jam then, amik darah semula untuk cek kandungan darah.. alhamdulilah.. semuanya selamat.. bebas gula. Setiap kali mengandung memang aku kena minum sekali air gula.. sbb berat lebih 500g or 600g.. dan umur lebih dari 25 tahun... tapi aku memang tiada sejarah keluarga kencing manis.. dan memang tiada kencing manis... sbb tu kena banyak minum air masak atau air putih.


Sakit Gigi

Sebenarnya aku nak berkongsi sesuati yang lebih best sebenarnya.. dlm minggu ni aku sakit gigi.. Ya Allah.. tuhan saja yg tau betapa sakitnya gigi geraham ni.. pelik sbb xmengandung tak sakit mcm ni.. dh masuk 7 bln ni bkn main sakit.. dh 3 hari sejak masuk 7 bln ni asyik sakit je.. bayangkan nak solat pun terganggu.. nak drive pun xthan rasa macam nak tumbang.. tapi kena drive jugak nak g amik anak dari taska.. bawak jugak sampai ke rumah.. tengok2 huby dh ada kat rumah.. alhamdulilah.. terus senyum dalam sakit..  sakit gigi ni buat aku xlarat nk bercakap dan makan.. malam tu aku hirup sup cendawan je.. dapat la buat alas perut.. sakit pada malam tu hingga xboleh tido.. aku tahan dan buat2 bodoh je.. tengok tv.. sambil suami suruh aku berkumur dengan air suam dengan garam.. tahan kejap sbb air panas tu..then 2 minit lepas tu sakit semula.. aku pergi pulak berus gigi.. kut la lh hilang.. xjugak.. alamak.. aduyai.. sakitnya.

Then aku amik 2 biji kapsul kalsium dan telan.. usaha aku untuk hilangkan sakit tu.. namun gagal jugak...Huby kesian tgk aku sakit.. dia tanya leh tak amik ubat tahan sakit.. aku kata memang xleh.. nampaknya kena tahan je lah.. aku leh tahan hingga jam 9.30mlm then aku minta dgn huby nak tido. Terus rebah ke katil... sakit.. jugak.. mata xnk lena tapi aku pejam je hingga aku terlena.. huby kejut tgh mlm tya sakit tak.. aku kata tahan je... then aku sedar pagi esoknya sakit tu hilang.. tapi da sakit sikit2.. ok la tu berbanding semalam.. alhamdulilah.. so aku survey dalam google.. rupanya.. memang ada ibu mengandung akan sakit gigi.. lebih2 lagi gigi geharam.. sebijik mcm yg aku rasa.. so menurut artikel tu....


Bolehkah wanita hamil mencabut gigi yang rosak. Ibu hamil dikatakan tidak boleh melakukan prosedur mencabut gigi. Mitos atau kenyataan?
Kenyataannya, walaupun seorang wanita itu sedang hamil, mereka boleh menjalani rutin pemeriksaan berkala dan rawatan gigi, namun pastikan ia tidak membabitkan prosedur agresif. Bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan.
Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan, yang mana janin sedang berkembang. Justeru, sebarang rawatan membabitkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan X. Bagaimanapun, jangan salah faham sehingga tidak bertemu doktor walaupun mengalami masalah gigi serius kerana mencuci plak atau tampalan boleh dilakukan seperti biasa. Malah, jika masalah gigi serius sehingga perlukan suntikan, dos rendah akan dikenakan.

Ketika hamil, gusi juga mudah bengkak dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan. Kebiasaannya, ibu mengandung mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka dan ia biasanya berlaku ketika memberus atau melakukan flos di celah gigi.
Gusi bengkak atau gingivitis jika dibiar boleh menyebabkan penyakit gusi kronik atau pun dipanggil periodontal disease yang akhirnya menjejaskan bayi dalam kandungan. Kesannya, ibu mungkin bersalin awal atau bayi tidak cukup berat ketika lahir.
Doktor juga tidak akan mengambil risiko membuat rawatan jika ibu hamil mengalami bengkak gusi kerana bimbang berlaku pendarahan yang banyak dan boleh memberi risiko kepada ibu. Justeru ibu hamil dinasihatkan berjumpa doktor gigi jika mengalami sebarang ketidakselesaan terhadap gigi mereka sepanjang tempoh kehamilan.
Selain daripada masalah gusi, kerosakan gigi adalah masalah kedua sering dialami ibu hamil. Ia biasanya berlaku kerana mulut cenderung berasid dan air liur juga kering. Oleh sebab kebanyakan wanita hamil mengalami morning sickness dan ketika muntah, jus gastrik bersifat asid dari perut akan termasuk ke dalam mulut yang akhirnya boleh menghakis permukaan gigi.
Pakar pergigian memberitahu kaedah terbaik yang perlu dilakukan iaitu sentiasa amalkan berkumur dengan air kosong atau menggunakan ubat kumur bagi meneutralkan kembali mulut. Apa pun seeloknya ibu dinasihatkan menjalani rawatan rutin pergigian sebelum hamil atau sebelum merancang untuk hamil.

So bila baca artikel ni baru aku faham.. so aku memang xboleh nak cabut gigi ni sebab kandungan dh masuk 7 bln.. so aku cuma berdoa agar sakit gigi ni akan hilang... secara semulajadi.Bila kandungan masuk 8 bulan akhirnya sakit tu hilang.. alhamdulilah.

Kali Ketiga

Assalamualaikum..

Hari ini aku nak berkongsi berita gembira dengan korang semua.. cer teka apa? :)
Alkisahnya... dengan izin Allah... dengan izin Dia.. aku mengandung lagi buat kali ketiga.. Mengandung??? Yer aku mengandung buat kali ketiga !!! Ketika aku tau aku mengandung.. masa tu anak kedua 1 tahun 5 bulan dan kandungan kali ini tiada siapa yang tahu kecuali aku dan suami. Bila masuk 3 bulan baru huby maklumkan pada kedua mertua aku.. dan juga pada keluarga aku.. orang kat ofis tempat aku kerja pun tak tahu... masuk 5 bulan baru lah bocor sebab admin nak kumpulkan jumlah staff yang mengandung sebab staff kat ofis aku ramai perempuan.. jumlah semua 9 orang dan aku terlepas cakap.. kira tak aku sekali.. baru diorang tanya.. aku betul -  betul.. barulah diorang yakin yang aku mengandung.

Naper aku rahsiakan?
Aku tak rahsia pun.. cuma tiada orang yang perasan... tapi seperti biasa bila orang tahu.. orang bercakap macam - macam dan tanggapan orang - orang sekeling kita yang suka membuat telahan yang bukan - bukan serta cakap benda yang tak berfaedah. Ada yang kata rakus la, tak pandai merancang la, kuat seks la... mulut orang memang kita tak boleh tutup macam mulut tempayan... perkara biasa la tu... Tapi itulah orang sekeliling kita ni.. bila xmengandung asyik duk tanya bila nak mengandung.. bila dah lahir seorang tanya bila nak dapat anak kedua.. Pas tu kalau mengandung lagi... cakap.. cepatnya, nak dapat seorang lagi... !!! sebenarnya bila kita menghadapi orang - orang macam ni jangan  layan dan ambil hati.. doa je biar Allah beri petunjuk pada dia.

Bagi aku, mengandung ni rezeki yang Allah beri.. dan saat ni aku masih muda..masih bertenaga...mertua pun masih ada dan kuat dan bertenaga.. nak tolong jika ada apa - apa..kakak - kakak aku pun masih tak kawen jadi boleh jaga aku dalam pantang.. so aku amat bersyukur...  syukur dan bersyukur..

Sebenarnya geng aku (Geng Comel).. ada perjumpaan masa bengkel di Putrajaya dan bila berjumpa baru mereka perasan yang perut aku sangat buncit.. yerlah dh masuk 7 bulan mmg menonjol giler la perut aku... punyer terkejut diorang... dan aku  juga terkejut dengan diorang...  rupanya mereka pun mengandung jugak.. wah,,... mengikut jejak aku jugak rupanya...masa tu aku rasa happy giler... rupanya dalam diam bukan aku je yang mengandung.. rupanya geng aku pun terkena buatan orang jugak..  hahahaha...jadi dalam tahun 2015 akan ada ramai baby baru.. dan yang paling awal adalah aku la.. insyaAllah bayi tahun baru 2015..

Pada aku dan suami.. kami memang tak merancang dan terima saja ketentuan Allah. Jika dah ambil langkah - langkah berwaspada dan mengandung juga.. nampak sangat itu kuasa Tuhan.. dan kami memang tiada masalah.. bagi aku.. semua ini ada hikmahnya... dan aku dapat merasai sekali lagi saat manis kehamilan kali ni... kawan aku lagi best.. anak baru 3 bulan dah mengandung semula.. steady je aku tengok dia.. lagipun aku... anak kedua aku Afiq Naqqiudin akan masuk umur 2 tahun bila aku bersalin nanti... kira ok la tu.

Beban
Aku tak rasa terbeban pun.. bagi aku.. mengandung kali ni smooth je.. wpun sebenarnya alahan kali ni paling teruk.. namun tak ada orang pun tahu.. dan aku bukan main lasak lagi ke hulu ke hilir melaksanakan tugas yang diberi... sedar - sedar.. dah 5 bulan.. dan masa tu jugak alahan baru nak hilang sedikit demi sedikit... Alhamdulilah.. aku masih berupaya menghadapi semua cabaran Trimester pertama tu..

Aku nak berkongsi dengan korang cerita aku mengandung kali ini.. sebab mengandung kali kedua aku xsempat nak share dengan korang semua.. saat megandung masa tu.. sbb banyak perkara penting berlaku masa tu.. so, aku harap perkongsian aku ni boleh jadikan panduan pada ibu yang baru nak hamil dan akan hamil... ibu yang hamil ni.. sweet dan comel je... hahaha.. perasan ek.. :P

Trimester Pertama
Alahan ubat gigi yang sangat teruk
Morning sicness yang teruk
Alahan mandian dan shampoo.. berulangkali tukar smp 3 kali tukar jenama..
Semua wangian dan bauan bau busuk xboleh bau langsung
Muntah teruk...
Demam teruk berat hilang 4kg
Jerawat berpasir dan jerawat besar di muka
Batuk dan  selsema

Trimester Kedua
Masih alahan bauan tapi semakin kurang
Boleh menahan bauan sikit berbanding awal kandungan
Muntah teruk.. morning sickness masih teruk.
Berat badan naik sekilo
Demam teruk batuk.. terkencing.. selsema
Tiada kekejangan kaki
Baby mula menendang dan dirasai bln 5

Trimester Ketiga
Morning sickenness berkurangan namun masih muntah tiap kali mandi..
Alahan ubat gigi masih ada.. tapi kurang sikit
Makan makin selera
Berat badan terus naik 2kg dan kena minum air gula
Baby makin kuat menendang paling aktif waktu malam

Mengandung kali ni aku tak minum susu.. aku memang ambil pil kalsium dan aku rasa kandungan kali ni paling hebat sebab tiada langsung jadi kekejangan yang teruk.. dan berat aku tak naik banyak seperti kandungan anak kedua.. alhamdulilah... tak sabar nak timang anak ketiga ni.. tapi baby jangan keluar dulu ek.. tunggu hujung bulan satu.. doakan aku yer kawan - kawan.. dan ingat tak ada salah pun untuk mengandung seorang setahun.. semuanya ada kelebihannya...mengandung jarak jauh pun ada pro n kontra  kalu mengandung dekat2...kalau penat pun sekali harung je... orang lama kata.. pas ni aku boleh rehat dah... (Boleh ke?.. tapi yang pasti tidak akan dalam 5 tahun ni.. InsyaAllah...nak besarkan 3 amanah Allah yang comel ni dulu.... :)

Aku belanja sekeping latest pic mak yong ... saat 32 minggu.. kembang dah hidung.. sama kembang dengan perut!

Solat Ketika Hamil

Assalamualaikum..pada rakan - rakan blogger

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang solat ketika hamil... dari anak pertama aku hamil bila msuk 5 bulan aku dah tak mampu untuk sujud ketika solat. Ketika sujud aku rasa sesak nafas dan beban yang berat di bahagian perut dan pangkal paha aku rasa sangat sakit.. dan ketika duduk antara 2 sujud kaki cepat kebas.. dan nak bangun semula memang ambil masa yang lama... dasat sungguh semput aku ni... yelah, aku sedar.. aku ni kategori perut besar jika mengandung sebab aku kan rendang je... (faham - faham la ek... ) So, aku bertanya pada akak - akak di ofis berkenaan masalah aku.. rupanya.. wanita hamil boleh sembahyang sambil duduk.

 Jadi masa kandungan bulan 5 aku mula sembahyang duduk atas lantai.. alhamdulilah.. ringan sikit rasanya bila buat ibadah.. dan sekali tu aku ditegur oleh makcik yang ketika itu aku bersolat di surau RnR Seri Kembangan. Dia tegur aku selepas aku habis solat.. dia kata walaumacam mana pun ketidakmampuan aku.. sekiranya aku masih mampu berjalan aku kena sembahyang berdiri.. aku rasa dia tak nampak perut aku yg boyot tu.. pas tu aku citer la yang aku mengandung.. then dia faham.. tapi aku xberapa faham apa yang dia cuba sampaikan pada masa itu... 

Dan kini aku cuba google dan cari cara solat ketika hamil.. rupanya, cara aku solat tu kaedahnya xberapa betul.. dan saat itulah baru aku faham apa yang cuba disampaikan oleh mak cik tu.. Rupanya, jika kita masih mampu berjalan maka kita masih mampu untuk solat dalam keadaan berdiri dan sujud baru kita duduk (atas kerusi then bangun balik untuk rakaat seterusnya) melainkan kita dh sakit sehingga tak mampu untuk berdiri barulah kita boleh sembahyang duduk terus.



Itulah silap aku ni.. bertanya pada ramai orang tapi xcuba cari info tepat tentang cara bersolat.. jadi pada semua kawan2 yang tengah sarat.... sama sama lah kita mencari kaedah sebetulnya untuk sempurnakan solat kita walau macam manapun keadaan kita.. 

Di sini juga aku ingin berkongsi dengan kamu semua artikel yang dipetik dari Akhbar Sinar tentang Solat Ibu Hamil... selamat membaca!

MENGANDUNG adalah saat yang diimpikan seorang wanita bergelar isteri. Kelebihan ibu hamil adalah ALLAH SWT memberikan keringanan (rukhsah) dalam melakukan ibadah seperti solat.

Jika bersolat di surau atau masjid, kita mungkin melihat ibu mengandung menunaikan solat secara duduk atau duduk di atas kerusi. Pernah terdengar orang mengata, “Tadi berjalan elok je, kenapa bila solat, dia duduk.”

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Riwayat Ahmad)

Pensyarah Akademik Pengajian Islam Kontemporari (Acis), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood menyifatkan situasi itu adalah kemudahan diberikan ALLAH kepada mereka yang mempunyai alasan kukuh.
“Solat adalah perkara diwajibkan ke atas umat Islam, tak kira dalam keadaan sihat atau sakit selagi dia berada dalam ruang lingkup syarat wajib solat.

“Solat tidak boleh ditinggalkan kerana itu adalah ibadah utama Muslim. Bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk mengerjakan solat secara berdiri, dibolehkan baginya solat mengikut kemampuannya seperti duduk ataupun baring.

“Begitu juga wanita hamil yang mengalami kesukaran berbeza antara satu sama lain. Jika wanita itu mampu bersolat secara berdiri dengan sempurna, maka diwajibkan ke atasnya solat berdiri.

“Sekiranya dia tidak mampu berdiri, dibolehkan ke atasnya solat duduk atau baring mengikut kemampuannya ketika mengerjakan solat,” katanya kepada Rehal.

Menurutnya, hak wuduk bagi wanita hamil dalam istihadah sama seperti wanita lain yang mengalami istihadah. Merujuk Kitab al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah karangan Syeikh ‘Abdurrahman al-Jazairi : Menurut Mazhab Syafi’ie satu wuduk hanya untuk satu solat fardu sahaja. Jika dia ingin mengerjakan berbilang-bilang solat fardu (seperti solat qadak, nazar atau menjamakkan) dia wajib mengulangi wuduknya.

Untuk mengerjakan solat sunat, harus dia mengerjakan seberapa banyak solat sunat yang diingini dengan satu wuduk.

Namun menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali; harus dia mengerjakan dengan satu wuduk seberapa banyak solat fardu yang dikehendaki, iaitu tiada beza dengan solat sunat.

Di sebalik segala kesusahan dan kesukaran yang dihadapi oleh wanita ketika proses kehamilan, di situlah terbitnya salah satu rahsia apabila ALLAH mewajibkan kita mentaati ibu dan ayah.

Tuesday, December 16, 2014

Kehidupan Kami Setelah Mempunyai Anak




Assalamualaikum semua...

Haa.. perkara ni dah lama aku nak berkongsi dengan semua. Kehidupan kita selepas mempunyai anak.. betul2 berubah 360 darjah. Sebab tu aku selalu dengar akak2 kat ofis bagitau.. dah ada anak nanti rasa la kehidupan yang sebenarnya.. aku menantikan saat itu dan ketika melahirkan anak pertama Awra Nashrullah.. dalam pantang aku dah terasa penatnya tak cukup tidur...  aku memang terasa sangat perbezaannya... begutu juga  dari segi rehat, kewangan dan hidup kita suami isteri.. semuanya berubah.. tapi bagi aku dan suami.. itulah kemanisan hidup bekeluarga dan sebenarnya ia mewarnai dan menjadikan hidup kami sekeluarga lebih bererti.. Aku da terjumpa satu artikel mengenai perubahan hidup kita selepas mempunyai anak.. itulah lah juga antara yang aku rasa iaitu : 

Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

- Tak sangka aku dan huby boleh menahan mengantuk dan melayan anak aku yang meragam ditengah malam

Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!

- Ada Ketika memang perasaan tu akan hadir dalam perasaan kita... ingin mengandung lagi wpun bermacam cabaran yang terpaksa dihadapi sepanjang mengandung.

Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

- Itulah hakikatnya.. tidur tidak lagi menjadi perkara utama..

Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

- Sebab kami dah faham perasaan menjadi seorang ibu

Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

- Perasaan tu memang akan hadir secara automatik

Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...
- Tidurkan anak di malam hari menjadi perkara paling penting... sian huby aku..hehehe

Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

- Hati aku jadi mudah terusik jika lihat musibah pada bb kecik keluarga orang lain sebab kita dah faham perasaan ibu dan ayah

Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

- Suka sangat melihat gambar2 anak2  masa bb

Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!

- Kalau anak tak berak... aku pulak yang tak dapat tidur.. bimbang..

Masa makan dah tak boleh nak berdua - duaan
- Anak akan diberi makan dulu dan banyaknya ibu makan dgn anak2 dan huby makan seorang diri

Masa shopping paling lama 2 jam sahaja

- Dah tak ada sitilah window shopping ek... beli semua benda ikut list.. xda masa nak berjalan - jalan lama.. nanti anak meragam

Korbankan rancangan TV

- Yang ni terpaksalah berkorban dengan anak- anak.. asyik nak tengik citer robot je sepanjang masa.

Tak boleh lihat pakaian dan mainan

- Pantang tertengok pakaian atau mainan comfirm terpikat.. penuh almari baju anak..

Tempat duduk Ibu dibelakang dalam kereta

- Tiada lagi tempat duduk untuk aku disebelah huby.. sejak dari anak pertama hingga sekarang dapat duduk kat belakang je.. car seat anak kat depan..

Kita akan lebih menghargai diri kita.

- Aku perlu sihat dan kuat.. jika tak siapa nak jaga anak2 aku..

Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

- Setiap kali hantar anak ke taska.. berat hati nak tinggalkan.. rasa nak duduk sekali di taska tu... hehehe

Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

- Tak sangka aku jadi pandai menjadi seorang pemujuk..

Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
- Selalu cek gigi anak.. berapa batang yang dah tumbuh.. 2 batang tumbuh mesti post kat fb

Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.

- Lama lama aku jadi kalih dan makin happy dengan kehadiran anak2 kami..

Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

- Dulu tengok anak orang menangis.. selalu tak selesa.. skrg anak sendiri menangis.. buat muka selamba je..hehhe

Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

- Nak berak pun Afiq Naqqiuddin datang ketuk pintu tandas menangis nak berdukung... hahhaa..

Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

- Sebab diorang pun ada anak kecik..

Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

- Apa - apa pun anak yang paling utama..

Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

- Sepi jika 2 atau 2 jam tanpa anak di rumah.. rasa sunyi giler rumah..

Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

- Perasaan gembira melihat tumbesaran anak - anak dengan saiz dan ketinggian yang makin lama makin berubah, cara cakap.. petah sebutan yang comel.. senyuman Awra dan Afiq.. membuat aku dan huby insan yang paling bahagia... 

Inilah keluarga comel aku dan suami... Ya Allah terima kasih atas kurniaan Keajaiban yang Engkau amanahkan kepada kami... Syukur Ya Allah..



Keluarga Comel kami


*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...