Kehidupan Kami Setelah Mempunyai Anak




Assalamualaikum semua...

Haa.. perkara ni dah lama aku nak berkongsi dengan semua. Kehidupan kita selepas mempunyai anak.. betul2 berubah 360 darjah. Sebab tu aku selalu dengar akak2 kat ofis bagitau.. dah ada anak nanti rasa la kehidupan yang sebenarnya.. aku menantikan saat itu dan ketika melahirkan anak pertama Awra Nashrullah.. dalam pantang aku dah terasa penatnya tak cukup tidur...  aku memang terasa sangat perbezaannya... begutu juga  dari segi rehat, kewangan dan hidup kita suami isteri.. semuanya berubah.. tapi bagi aku dan suami.. itulah kemanisan hidup bekeluarga dan sebenarnya ia mewarnai dan menjadikan hidup kami sekeluarga lebih bererti.. Aku da terjumpa satu artikel mengenai perubahan hidup kita selepas mempunyai anak.. itulah lah juga antara yang aku rasa iaitu : 

Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

- Tak sangka aku dan huby boleh menahan mengantuk dan melayan anak aku yang meragam ditengah malam

Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!

- Ada Ketika memang perasaan tu akan hadir dalam perasaan kita... ingin mengandung lagi wpun bermacam cabaran yang terpaksa dihadapi sepanjang mengandung.

Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

- Itulah hakikatnya.. tidur tidak lagi menjadi perkara utama..

Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

- Sebab kami dah faham perasaan menjadi seorang ibu

Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

- Perasaan tu memang akan hadir secara automatik

Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...
- Tidurkan anak di malam hari menjadi perkara paling penting... sian huby aku..hehehe

Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

- Hati aku jadi mudah terusik jika lihat musibah pada bb kecik keluarga orang lain sebab kita dah faham perasaan ibu dan ayah

Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

- Suka sangat melihat gambar2 anak2  masa bb

Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!

- Kalau anak tak berak... aku pulak yang tak dapat tidur.. bimbang..

Masa makan dah tak boleh nak berdua - duaan
- Anak akan diberi makan dulu dan banyaknya ibu makan dgn anak2 dan huby makan seorang diri

Masa shopping paling lama 2 jam sahaja

- Dah tak ada sitilah window shopping ek... beli semua benda ikut list.. xda masa nak berjalan - jalan lama.. nanti anak meragam

Korbankan rancangan TV

- Yang ni terpaksalah berkorban dengan anak- anak.. asyik nak tengik citer robot je sepanjang masa.

Tak boleh lihat pakaian dan mainan

- Pantang tertengok pakaian atau mainan comfirm terpikat.. penuh almari baju anak..

Tempat duduk Ibu dibelakang dalam kereta

- Tiada lagi tempat duduk untuk aku disebelah huby.. sejak dari anak pertama hingga sekarang dapat duduk kat belakang je.. car seat anak kat depan..

Kita akan lebih menghargai diri kita.

- Aku perlu sihat dan kuat.. jika tak siapa nak jaga anak2 aku..

Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

- Setiap kali hantar anak ke taska.. berat hati nak tinggalkan.. rasa nak duduk sekali di taska tu... hehehe

Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

- Tak sangka aku jadi pandai menjadi seorang pemujuk..

Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
- Selalu cek gigi anak.. berapa batang yang dah tumbuh.. 2 batang tumbuh mesti post kat fb

Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.

- Lama lama aku jadi kalih dan makin happy dengan kehadiran anak2 kami..

Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

- Dulu tengok anak orang menangis.. selalu tak selesa.. skrg anak sendiri menangis.. buat muka selamba je..hehhe

Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

- Nak berak pun Afiq Naqqiuddin datang ketuk pintu tandas menangis nak berdukung... hahhaa..

Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

- Sebab diorang pun ada anak kecik..

Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

- Apa - apa pun anak yang paling utama..

Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

- Sepi jika 2 atau 2 jam tanpa anak di rumah.. rasa sunyi giler rumah..

Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

- Perasaan gembira melihat tumbesaran anak - anak dengan saiz dan ketinggian yang makin lama makin berubah, cara cakap.. petah sebutan yang comel.. senyuman Awra dan Afiq.. membuat aku dan huby insan yang paling bahagia... 

Inilah keluarga comel aku dan suami... Ya Allah terima kasih atas kurniaan Keajaiban yang Engkau amanahkan kepada kami... Syukur Ya Allah..



Keluarga Comel kami


Comments

Popular Posts