Friday, April 24, 2015

Cerita Penyusuan Susu Ibu Versi Aku (bahagian 2)

Susu aku yang dipam semasa aku dipejabat
As salam.. 

Hari ni aku nak berkongsi dengan korang cerita aku menyusukan anak secara eksklusif.. eksklusif ke?... tak lah.. ada orang lebih hebat menyusukan anak2 mereka hingga 2thn++. Aku... anak kedua pun hanya sempat  setahun 3 bulan ++ je. So eksklusif di sini hanya untuk versi aku saja... yer kawan bloggers sekalian. Ok.. jadi aku nak berkongsi dengan korang semua macam mana nak meneruskan penyusuan ibu walaupun kita masih bekerja di pejabat... macam mana ek?

Jadi, alkisahnya.. untuk meneruskan visi dan misi kita yang suci ini kita perlulah mengepam susu apabila berjauhan dari bb kita yang masih kecik itu.. sekarang dah tak pelik jika kita mengepam susu di ofis. macam aku... cukup waktu nak mengepam cth tgh.. aku akan ke surau untuk mengepam.. tetiba akan datang kawan2 ofis yang lain yg juga mempunyai anak kecik.. mereka juga mengepam susu untuk bb diorg.. jadi jgn rasa pelik yer kawan2.

So, bila nak meneruskan cita2 ni.. kita perlulah bersedia fizikal dan mental. Secara fizikal adalah.. korang kena ada lah mesin pam susu nya.. contoh yang aku guna sekarang Medela Free Style. Banyak pam susu dipasaran sekarang.. macam2 brand.. so korang pilih lah yang mana berkenaan dan ikut kemampuan masing - masing.

Kemudian, mestilah ada aksesori nya seperti ais pek, cooller bag dan botol susu untuk simpanan susu. Semua ini mesti ada sebelum korang masuk kerja tau... jgn dah kerja baru nak beli.. bengkak susu la korang kalau korang tak dapat pam susu.. tak ke naya.. boleh demam tau.. jgn memain tau.



Susu yang dipam semasa aku di pejabat
Ok.. bila pam susu dah ada.. kena tetapkan waktu untuk mengepam.. ikut masa yang korang terluang lah.. tapi biasa nya susu akan produce selang 2 jam.. so aku biasa akan mengepam antara waktu :

pagi - 10.00pagi
tgh - 1.00tengahri
petang - 4.00ptg

Ini masa yang aku dah tetapkan untuk mengepam.. sekiranya jadual kerja amat padat.. sebab aku biasanya akan keluar kerja di luar pejabat maka aku kena pandai2 la manage masa mengepam aku.. seelok - eloknya.. 3kali atau 4 kali mengepam di pejabat tapi tgk bidang kerja kita mcm mana.. bg aku. dapat mengepam 3 waktu tu pun dah cukup berharga. Setiap sesi aku akan pam selamat 15-10minit per sesi dan biasanya aku akan dapat 50z sekali pam tapi secara purata aku akan dapat 4 oz sekalu pam.. 2oz untuk sebelah kanan dan 20z sebelah kiri. Aku perasaan.. aku pernah cuba pam selang sejam.. dan susu aku akan dapat sekurang - kurangnya 2oz untuk sekali pam..  hasil susu yang dipam tak pernah sama.. da masa dapat 5oz untuk satu sesi da masa aku dapat 2oz satu sesi. 2oz tu kira paling sedikit aku pernah dapat.

So, setiap kali rutin mengepam ia akan jadi begini.. aku akan berada di meja aku. Duduk mengadap komputer. Pasang kelengkapan pam susu.. dan mulakan mengepam. Pastikan ada air putih bersama di atas meja.. kerana semasa mengepam dalam 10minit itu aku akan jadi sangat dahaga. Bila dah selesai megepam.. tanggalkan alat mengepam. Tuangkan susu yang dipam kedalam botol simpanan. Tuliskan masa dan tarikh mengepam dan selepas itu simpankan susu tersebut dalam Cooler Bags yang mempunyai ice pack sekurang - kurangnya 2 dan peralatan megepam juga disimpan di dalam cooler bag kecuali enjin pam susu.. Jangan bimbang.. peralatan mengepam susu selamat jika disimpan di dalam cooler bag sebab bag tersebut ada ice yang beku.. peralatan itu akan aku bersihkan apabila sampai di rumah... begitu lah rutinya.. setiap kali mengepam dan setiap hari. Jika aku berada diluar ofis.. aku akan mencari tempat seperti surau atau bilik yang sesuai untuk mengepam... ingat.. apa pun keadaan mesti pam..jika tidak breast aku akan kesakitan.



Ok, cuba tengok gambar di atas susu aku yang telah di pam untuk satu hari dipejabat. Dari kiri gambar adalah hasil pam waktu paling pagi then tengah adalah hasil tengah hari dan yg paling kanan adalah hasil untuk petang sebelum  aku balik dari kerja. Itulah hasilnya... boleh la buat bekalan untuk bb esoknya... setakat ini naseb baik susu mencukupi untuk bb aku. Sekali dia minum susu dalam 3oz dan purata aku dapat dalam 11oz setiap hari.. jadi dapatlah dia minum 3 - 4 kali sementara dirumah pengasuh... alhamdulilah.

Ok, susu yang diperah haruslah dilabel masa perahannya.. macam aku.. aku akan tanda siap2 dibotol.. no 1 hingga 3.. jadi bila diberi pada pengasuh.. dia akan beri susu mengikut no di botol.. jadi mana susu yang diperah dulu itu yang akan diberi dahulu....

So, itulah sedikit perkongsian mengenai pengalaman aku yang mengepam susu dan  menyusukan anak.. yang sedang aku menikmatinya sekarang.. kerana bb aku baru berusia 3 bulan.. aku berdoa semoga aku akan mencapai target untuk menyusukan anak sehingga 2thn++.. insyaAllah.. dna buat rakan rakan ibu sekalian.. aku amat menyokong penyusuan susu ibu pada anak - anak masing - masing.. pada semua ibu yang membaca blog ini.. aku harap perkongsian ini dapat menjadi panduan dan memberi suntikan semangat pada kamu semua.. insyaAllah.. cerita penyusuan kamu macam mana? Jom la kongsi di sini...

Dari ibu yang menyokong penyusuan susu ibu,
Wasalam

 

Cerita Penyusuan Susu Ibu Versi Aku (bahagian 1)



As salam..

Ya Allah... hari ini baru sempat untuk bercerita tentang penyusuan eksklusif untuk anak kedua... sedangkan sekarang ni aku baru lepas bersalin untuk anak ketiga 2 bulan lepas... kesibukan dalam meguruskan kehidupan seharian banyak menghalang aku dari semangat untuk menulis tentang cerita yang sgt positif ini. Cerita tentang penyusuan susu ibu untuk anak kedua ni banyak juga cabarannya.. namun kerana semangat yang telah ditanam dari masa mengandung lagi... maka aku kuatkan semangat dan tekad.. dan teruskan penyusuan susu ibu hingga umur anak 1 tahun 3 bulan. Kenapa tak sampai 2tahun.. sebab lepas 1 tahun 3 bulan aku mengandung kembali ... untuk anak ketiga... Alhamdulilah.

Ceritanya.. hari pertam hingga ke - 9 aku tiada susu... masa itu aku sangat tertekan kerana aku masa aku bersalin terdapat sedikit komplikasi dan ia memberi kesan pada tubuh badan aku. Aku rasa itu adalah sebab kenapa susu badan aku tak nak keluar. Aku cuba bertenang dan berdoa.. aku kuatkan semangat. Aku tahu susu badan aku tak akan keluar kerana badan aku stress..  aku berdoa tak berhenti. berusaha keran ekoran dari itu juga anak aku terkena jaundis.. sebab tidak dapat susu ibu. Perkara itu buat aku lebih stress.. aku tak berhenti suakan puting susu aku pada anak aku.. dia hisap.. wpun tiada susu.. aku amat kesiankan bb aku.. dan terpaksa berikan susu formula kerana dia menangis kelaparan. 

 Kemudian aku cuba pam sekuat hati menggunakan pam manual TT kesayangan aku..dapat la susu pertama yang dipanggil kolostrum dalam beberapa ml.. tgk gambar kat bawah.. byk itulah yang aku dapat.. dengan keadaan dan masa itu.. aku rasa sangat bersyukur.. sekurang kurangnya keluar jugak susu wpun amat sedikit.



 Aku usaha lagi pam.. dan masih berdoa.. kebetulan masa aku di hospital.. ada seorang ibu.. dia sedang memerah susu di atas katilnya..dia perah hanya guna tangan dan aku kagum sebab susu nya amat meriah.. aku tanya macam mana susu dia boleh keluar sebanyak itu..dia bgatahu aku.. doc ada berikan dia ubat banyak kan susu.. da sejurus selepas itu juga aku terus dapat idea. Aku terus minta tolong kakak aku belikan pil banyakan susu di farmasi dan aku terus makan.. alhamdulilah... selepas itu susu aku keluar seperti biasa.. Subhanallah, betapa Tuhan menunjukkan aku jalan untuk aku teruskan usaha aku untuk menyusukan anak... selepas aku makan pil tersebut akhirnya susu aku makin banyak .. dan cukup untuk anak aku Afiq Naqqiudin. Aku rasa amat bersyukur.. itulah cerita permulaan aku dalam menghadapi cabaran bagi menyusukan anak kedua aku.

Sebenarnya, aku langsung tak tahu yang diluar sana ada pil untuk banyakkan susu ibu. Memang aku tak tahu.. kalau aku tahu.. xda la aku tunggu sampai 9 hari baru aku nak makan pil tersebut. Mungkin kerana aku dalam sakit dan stress membuatkan aku blurr dan tak boleh berfikir dengan baik. Masa anak ketiga .. bila anak dh menolak xnak susu aku.. aku terus give up.. dan tiada semangat nak menyusukan anak.. dan dengan sendirinya susu badan aku susut dan takdak terus. Kerana itu.. jika korang niat untuk menyusukan anak.. pastikan semangat kena kuat dan jangan mengalah serta usaha mencari jalan untuk teruskan usaha menyusukan anak korang.


Susu aku semakin banyak selepas mengambil suplemen pil tambah susu

So, selepas itu bermula lah episod aku menyusukan bb aku dengan rela, ikhlas dari hati dan dengan semangat yang kuat. Aku amat gembira dapat menyusukan anak dengan susu sendiri. Malah aku ambil suplement ESP dan Alfafa jenama SHAKLEE bagi memperbanyakkan lagi susu aku. Alhamdulilah.. dengan menganbil suplement shaklee susu aku bertambah meriah.. syukur.



Ini gambar aku menyusukan anak di tepi highway kerana masa ini aku on the way ke Kuantan kerana ada urusan kerja. masa ini Afiq 3 bulan. aku sendiri.. memandu sendiri dengan afiq.. dan alhamdulilah.. sepanjang perjalanan.. afiq tak menangis kecuali bila dia lapar. So, bila dia lapar aku akan berhenti di kawasan yang selamat dan susukan dia direct.. bila dia dh kenyang aku sambung drive semula.. senang kan?




Ha.. gambar ni pula aku amik selepas aku pengepam susu di pejabat. Bagi wanita berkerjaya seperti aku yang selalu ke sana sini.. waktu mengepam tu sangat penting. Kerana semangat menyusukan anak adalah perkara utama.. so aku kena bijak menguruskan masa antara kerja dan mengepam susu.. di tempat kerja aku akan menyusu 3 kali sehari antara jam 10pg, 1 tgh dan last sekali 4 petang. Ada masa aku hanya sempat 2 kali.. itu pun aku rasa sedih sgt... kalau sempat pam 2 kali je.. tapi nak buat macam mana.. itu je masa yang ada.. So korang kalu nak teruskan menyusu anak wpun dh habis cuti bersalin.. kenalah bijak.. walau macam mana pun.. cari jugak masa untuk mengepam susu...


Dan aku akan mengbadikan gambar susu yang aku pam di pejabat.. kerana aku rasa inilah perkara yang berharga dan kenangan paling manis aku menjadi seorang ibu. Berusaha sedaya upaya untuk menyusukan anak dengan susu ibu walaupun bekerja... oh ya .. aku lupa.. sepanjang menyusukan anak untuk kedua ini.. aku mengunakan pam susu eletrik Tommee Tippee.. pam susu TT banyak membantu aku mengepam... dan aku gembira kerana susu aku juga meriah so.. cerita aku mengepam susu bertambah ceria dengan adanya pam susu Tommee Tippee Eletrik. Pam TT ni hanya ada yang single dan setiap kali aku mengepam ia mengambil masa 20 - 30 minit.




susu yang dipam semasa si Melaka bulan nov 2013.
Ok.. gambar di atas adalah susu yang aku pam semasa aku berkursus di Melaka. Aku tak mampu nak bawa bb ke Melaka jadi aku hanya mampu pam susu bila berada di sana. Nak dijadikan cerita bilik hotel tempat aku berkursus tiada peti ais.. aku mula panik.. mana aku nak letak susu yang aku pam? pam dan buang? Itu keje tak berapa cerdik.. aku berada di sana 3 hari.. banyak susu.. sayang jika dibuang begitu saja.. so aku berfikir.. dan fikir.. seterusnya aku berjumpa pihak hotel dan ceritakan situasi aku.. dan naseb aku baik.. pihak hotel amat memahami situasi aku.. dan mereka memberikan ruang didalam peti ais mereka.. di bahagian air untuk aku letakkan susu aku yang telah dipam.. wpun nampak pelik tapi itulah realitinya.. aku akan berusaha sedaya upaya untuk teruskan penyusuan susu ibu ini.. sebenarnya banyak lagi cabaran aku dalam usaha meneruskan penyusuan susu ibu.. xlarat nak cerita kat sini.. so satu dua cerita je aku sempat kongsikan di sini.. jadi aku harap perkongsian aku ni dapatlah berikan korang semangat dan panduan untuk menerukan perjuangan menysukan anak anak kita dengan susu ibu. Hidup susu ibu!!

Wasalam.





Monday, April 13, 2015

Hari Pertama Bertugas!

As salam semua..



Hari ni hari pertama aku bertugas setelah 2 bulan bercuti kerana bersalin anak ketiga.. alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Agak kelam kabut tapi masih boleh on time.. aku bersyukur kerana dipermudahkan segalanya.. ini semua kuasa Allah,.. betul lah orang kata.. berdua lebih baik. naseb baik suami sokong 100%.. dia banyak menolong.

Mesti korang pelik naper aku kecoh semacam je kan... haa.. citernya sbb ini citer kami dan 3 anak yang kecik kecik.. jadi sbb tu banyak kerenah yang perlu dlalui.. bila diorg dah besar nanti.. mintaknya senang lah urusanya.. insyaAllah.

So.. bermula hari ini aku akan menikmati hari hari mengepam susu di pejabat sekali dengan tugas2 yang diarahkan oleh en bos di tempat aku kerja... semoga Allah beri aku kekuatan untuk menempuh cabaran ini... InsyaAllah.

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...