Monday, May 11, 2015

Akhirnya.. Medela FS

Salam..

Hari ni aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai pam susu eletrik Medela Freestle yang   aku baru beli dan aku telah menggunakanya. Aku beli fs ni sebab untuk penyusuan eksklusif anak ketiga dan juga sebab aku nak merasa pam susu double.. alang - alang beli baik yang terbaik terus. memang Meela FS antara pam susu yang paling mahal di Malaysia.. aku rasa la.. namun memang berbaloi. Bila aku dah tekad.. nak beli pam susu baru.. sebab pam susu Tommee Tippee aku dah tak boleh nak diselamatkan lagi.. maka aku mula menabung untuk memiliki FS ni..

So, akhirnya aku beli juga FS ni melalui internet dengan harga RM 1900 dan dapat less serta hadiah lagi... melalui saudari Nora Nao. Aku beli ni masa dia buat promosi jadi rezeki aku dapat harga yang murah sikit dari di luar. Alhamdulilah.. barangnya elok sampai dan aku siap dapat hadiah lagi..

Barang - barang yg terdapat dalam pakej ni

  • Freestyle Breast pump's MOTOR
  • 1 set of Freestyle's tubing
  • 2 Personalfit Breastshields (M size - 24 mm)
  • 2 Personalfit Breastshields (L size - 27 mm)
  • Spareparts Kits ( consist of 2 connectors, 2 membranes, 2 backcaps)
  • Handsfree KITS (2 adapters, 2 Large adjustable (yellow) straps
    • with 2 bra adapters (universal)
    • with 2 bra adapters (hook&eye)
  • Power supply/power adaptor (Charger)
  • Breastfeeding Information Guide
  • Instruction Manual
  • 1 pc Medela Freestyle's rechargeable battery (included and charged in pump it self)
  • Icebrick (cooling elements)
  • Cooler bag (suitable for 4 pcs storage bottles)
  • 4 pcs Medela Storage Bottles (5 oz)
  • 1 tote/carrier bag Medela





Tak boleh dinafikan lagi.. memang ini produk terbaik yang pernah aku guna.. (sesuai la dgn harga dia kan.. ) Hisapan lembut dan susu memang meriah... masa mengepam.. tak rasa sangat.. tak sakit melainkan pakai volume besar tak sesuai dgn kita memang akan sakit...aku boleh pam susu di mana - mana sahaja. dengan kelebihan charger.. sekali charge baterinya boleh tahan untuk seminggu.. memandangkan aku hanya pam susu dipejabat 3 kali dan dirumah 2kali  jadi ia agak menyenangkan dan mengagumkan. Sangat fleksibel dan mudah.. bila rasa nak pam.. pasang .. letakkan di breast dan pam.. Tools yang diberi semua mencukupi. Masa amat jimat.. dalam masa 10m aku boleh dapat dalam 6oz...Cuma yang leceh sikit.. peralatan ia yang kecil2.. renyah sikit...itu saja. Jadi itu tak menjadi halangan langsung bagi aku. Jadi aku berharap.. dengan adanya Medela FS ni.. perjalanan pernyusuan untuk anak aku akan lebih meriah.. serta cukup susu ibu untuk anak tersayang.
So, pada sesiapa yang berminat untuk beli Medela FS... aku amat mengesyorkan.. memang mahal.. tapi boleh buat tabung.. menabung dari masa mengandung lagi.. pam susu ni sgt penting untuk kita meneruskan hasrat kita yang murni ini.. dan juga kerana kita wanita yang berkerjaya.. So.. enjoy ur BF n DBF..

wasalam.
hadiah percuma

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...