Friday, December 18, 2015

Bila Kekasih Hati Buat Kejutan






Salam semua.. 

Aku nak kongsi satu cerita dengan korang.. citer ni berlaku beberapa bulan yang lepas.. Pada suatu hari tetiba suami ajak keluar.. aku sejak anak ramai ni.. memang tiada mood nak jalan sebab kena berperang kalu nak berjalan. Korang tau je lah kerenah anak2 kecik.. buat aku serik.. tapi sebab demi menjaga hatiaku turutkan jugak. Huby cakap nak berjalan - jalan di StarMall, itu je pun yang ada paling dekat dengan tempat kami.. so aku ikut ajer. Dalam kereta tiba - tiba suami tanya nak apa? Aku tanya.. nak apa? Apa? Memang aku tak terfikir.. tiba - tiba huby cakap.. "Sayang fikir nak apa.. cakap je nak apa... nanti abang bayar.." Biar betul.. hati terus membunga.. aku fikir2.. apa ye.. aku nak beli.. so aku rasa kali ni aku nak beli sling beg.. so aku terus ajak huby ke Vincci di StarMall.. masuk.. pilih dengan segera.. (sebab huby tengokkan anak).. terus aku nampak beg coklat yang supercute ni.. dan aku letak kat kaunter.. aku pergi pada huby.. da huby terus ke kaunter.. dan aku terus dapat sling bag tu.. aku xtau ini jenis tote bag ke apa.. yang penting ianya cute,.. sesuai untuk hp dan purse sahaja... sesuai la utk aku.. yang dh ada hangbag semulajadi ni..hehee

Tapi, apa yang penting aku nak cerita di sini ialah.. tak salah kita hadiahkan sesuatu untuk orang yang kita sayang tanda kita hargai kasih sayangnya.. dan aku amat berterima kasih pada suami tercinta kerana memberi penghargaa pada aku... aku amat menghargainya... aku bukan seorang yang selalu meminta.. namun sesekali... seronoknya hanya Tuhan yang tahu.. 

Oh ya.. aku ada cerita menarik nak kongsi dengan korang.. tapi tunggu tau!

Wasalam.

Monday, December 14, 2015

Ideals Bags

zalora.com.my
 
Korang pernah shopping kat zalora tak? Sebelum ni aku tak pernah buka... butik online zalora Cuma bila time raya hari tu.. aku tengok beberapa orang kawan aku bergaya sakan dalam FB... tunjukkan pakaian masing - masing. semua #zalora ... cantik.. amboi, aku jeling - jeling je lah.. sebab aku fikir mesti mahal. So, akhir tahun ni.. suami ajak ke majlis akhir tahun tempat kerja dia, so aku pun buka la butik zalora secara online baru aku tahu yang harga barang2 dia sangat berpatutan dan semuanya mengikuti fesyen/trend semasa. Sebelum ni aku beranggapan barang zalora ni mahal.. dan mungkin aku tak mampu. So itu antara tanggapan aku buat... aku silap!


Dalam aku servey - servey ada  beberapa jenis beg yang aku akan pertimbangkan dan masih berfkir - fikir untuk beli. Semuanya aku minat... rambang mata, harga berpatutan.. mampu milik dan yang penting memenuhi gaya yang aku nak.. dan yang paling penting.. semuanya cantik!.. terkini dan latest design.. cer korang tolong aku pilih yang mana satu... 

So, so do you know apakah ideal bags untuk annual dinner?

Clucth
Pertama sekali adalah clutch! Dress dan clutch merupakan kombinasi yang paling tepat dan memberikan anda penampilan yang cukup sofistikated. Aku biasa tengok artis - artis guna bag jenis Clucth ni bila ke majlis anugerah... lebih kurang la. Jenis bag ini sangat ringkas dan menarik. Clutch lebih bergaya dan bersesuaian dengan majlis makan malam. Handbag tak sesuai kita nak bawa  ke majlis - majlis gitu. 


Sling Bag


Untuk anda yang mungkin tidak mahu memegang beg anda sepanjang acara tersebut, anda boleh bergaya dengan koleksi sling bag yang boleh anda silangkan pada bahu.  Beg jenis sling ni pun sesuai.. ada bid dan sangat menarik.. berkilauan.. dan boleh disangkut dibahu. Biasanya untuk majlis makan malam.. aksesori berkilauan lebih bersesuaian dan kena pada gaya. Kalau korang guna sling beg ni.. comfirm stunning! Ini memang jenis feveret aku la..


Small Tote Bag

Dan jika anda ingin membawa barangan peribadi, tote bag merupakan alternartif yang terbaik! Okey, ini beg jenis tote.. tapi jenis tote yang keciik molek.. sangkut dibahu boleh, pegang kat tangan pun menarik. Beg jenis ni sesuai untuk saper yang jenis simple dan tak suka menonjol tapi masih nak bergaya. 

Aku servey kat zalora ni... semua barang - barang dia menarik dan harga pun berpatutan.. xda la mahal berbanding brand butik yang lain.. so sesuai la untuk bershopping dalam kegawatan ekonomi ini... walaupun harga berpatutan namun sangat menarik dan sesuai dengan peredaran zaman. So pada sesiapa yang berminat boleh la singgah di zalora  kalau korang beli.. jom kongsi cerita dengan aku...

Dugaan Untuk Kami



Assalamualaikum semua..

Aku ingin berkongsi cerita sedih dengan korang semua. Sebelum tu aku ingin korang tengok gambar di atas. Aku anak - anak dan ayah aku. Tengok posisi ayah aku.. dia tak tengok pun pada kamera masa gambar ini diambil.. wapun telah puas aku menyuruhnya tengok pada suami yang sedang mengambil gambar saat itu.

Ayah.. ayah tidak lagi seperti dulu.. ayah sudah mula menunjukkan dia sakit dengan cara nya sendiri. Bila bercakap dia hanya angguk atau pun dia tak peduli pun apa yang aku cakap. Aku pulang ke kampung selepas 4 hari mendengar tanda - tanda ayah tidak sihat. Sebelum ini aku tahu dia tidak sihat tapi tidaklah sampai dia telah sakit ke tahap ini. Ayah dah tak bercakap.. kalau bercakap sekalipun.. hanya perkataan ye.. atau tak nak atau tidak. Siapa yang bercakap dengannya.. dia tidak mampu memberi tindak balas seperti biasa.. kita akan rasa seperti kita tidak dipedulikan. ayah memang berbeza terus dari biasa.. 100%.

Bila kakak.. memaklumkan yang ayah sakit gini gini dan gini.. melalui wasap aku maklumkan pada suami. Suami aku yang mempunyai pengalaman atuknya yang sakit ... dia terus bagitahu aku saat itu. Ayah bukan sakit tua.. bukan sakit biasa. Ayah dah kena serangan angin ahmar ataupun orang panggil strok.

Subhannallah... ayah kena strok rupanya. Segala tanda yang diceritakan oleh kakak aku.. semua menjurus kepada itu. hati mula tak tenang.. hati mula meronta ingin pulang ke kampung melihat sendiri. Walaupun.. aku dan suami mempunyai kerumitan yang tersendiri untuk masa ini.. namun aku tetap ingin pulang melihat ayah tersayang. Aku usahakan juga balik ke kampung.. sesampai di kampung.. terus bersalam dengan ayah.. tanya khabar.. dia hanya mengangguk.. angguk dan angguk tanpa sebarang kata. Hanya tunduk dan melihat tanpa kata.. aku mula terasa hati... naper ayah buat tidak peduli.. aku pulang dari jauh untuk melihat dia.. namun dia tengok muka aku pun tidak.. aku macam bercakap seorang diri.. 

Aku bawa ayah ke hospital, doc tanya ayah .. cuba bercakap tapi ayah hanya menangis.. sebak dan menitiskan air mata. saat itu juga aku tewas.. aku juga menitiskan air mata. Depan doc ayah menangis.. merasa tidak terdaya untuk bagitahu kenapa dia seperti itu.. apa yang telah terjadi pada diri dia.. dia pun tak tahu. Aku bagitahu pada doc segala tanda yang ayah tunjukkan dan doc periksa  tekanan darah tinggi.. kencing manis ...fizikal ayah lemah di belah kanan.. doc rujuk pada pakar.. dan doc mengesahkan ayah memang telah terkena serangan angin ahmar. segala simpton yang dia tunjukkan itu.. adalah tanda dia terkena permulaan serangan strok. saat itu aku redha... doc cakap selalu buat fisio/mengururt dan jangan lupa makan ubat.. insyaAllah ayah boleh kembali sembuh kerana serangan strok itu sangat minima dan langkah percengahan awal telah diambil. Itu harapan aku.. ayah kembali sembuh dan dapat menunaikan haji.

Aku redha dan tawakal.. aku tinggalkan ayah pada kakak - kakak ku dan adik - adik ku. Aku yakin mereka boleh menjaga ayah. Aku perlu bekerja dan balik ke Pahang. yang penting.. aku dan keluarga aku berusaha menyembuhkan ayah.. berusaha sedaya upaya... kesembuhan hanya dari Allah.. kami hanya berusaha... 

Ya Allah sembuhkanlah ayah kami... dan semoga ayah akan menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah untuk menunaikan haji... amin amin amin ya rabbal alamin.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di sini aku kongsikan tanda - tanda serangan angin ahmar untuk panduan korang semua : 


Angin Ahmar / Strok

Apa itu strok/angin ahmar?
Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.
Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.
Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar?
Faktor risiko penyumbang kepada strok/angin ahmar yang tidak boleh diubahsuai adalah:
  • Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat strok/angin ahmar lebih tinggi.
  • Jantina Lelaki - lebih berisiko tinggi dari wanita.
  • Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin ahmar atau angin ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)
Faktor risiko yang boleh diubahsuai untuk anda mendapat strok/angin ahmar adalah:
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing manis
  • Paras kolesterol tinggi
  • Merokok
  • Berat badan yang berlebihan
  • Cara hidup tidak aktif (sedentari)
  • Tekanan/stress
  • Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
  • Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan
Bagaimana saya tahu yang saya diserang strok/angin ahmar?
Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala strok/angin ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran.
Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami strok/angin ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.
Apakah gejala strok/angin ahmar?
Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
  • Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
  • Sukar menelan
Apakah jenis-jenis strok/angin ahmar?
Terdapat 2 jenis utama strok/angin ahmar:
  • Thrombotic/ischaemic stroke
    http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/$public/story_images/adult/stroke1.jpg
    • Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak tersumbat.
  • Haemorrhagic stroke
    http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/$public/story_images/adult/stroke2.jpg
    • Ini berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah
Apakah rawatan untuk strok/angin ahmar?
Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :
  • Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan mengenalpasti berapa luas tisu otak yang telah rosak
  • Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
  • Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
  • Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
  • Nasihat amalan pemakanan sihat
Bolehkah saya mengelak dari serangan stroke/angin ahmar?
Ya!
Faktor risiko yang menyumbang strok/angin ahmar boleh dikurangkan seperti :
  • Kawal tekanan darah
  • Kawal tahap Kolesterol
  • Kawal penyakit Diabetes
  • Amalkan cara pemakanan sihat
  • Berhenti merokok
  • Kerap bersenam
  • Menangani tekanan mental
  • Kurangkan pengambilan minuman keras
Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit strok/angin ahmar
Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal.
Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit angin ahmar. Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam proses rehabilitasi adalah seperti berikut :
  • Jurupulih Pertuturan
    • membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap kebolehan menelan
  • Jurupulih Cara Kerja
    • mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan pengubahsuaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan pesakit strok/angin ahmar
  • Jurupulih Anggota
    • mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan
Dimanakah kumpulan sokongan pesakit strok/angin ahmar boleh diperolehi?
  • Nasam - National Stroke Association of Malaysia

Tuesday, December 1, 2015

Aku dan Antibiotik

Assalamualaikum.... sepanajng dua minggu lepas.. aku demam luar biasa.. bermula dengan aku minum air dr bekas akhtar guna..  akhtar selsema. Aku tak sangka aku boleh berjangkit selsema dan pakej demam yang hebat (batuk, selsema  dan suhu tinggi badan lemah tak bermaya) berpunca dari jangkitan tersebut. Aku jenis yang payah nak demam.. bila aku demam.. memang payah pulak nak sembuh..kenapa? Pelik kan,,.. sebab aku tak makan ubat. Sebab aku menyusu anak.. akhtar. 



Dari aku mengandungkan Awra (anak pertama) lagi aku memang dah tak makan apa - apa ubat.. sebab takut efect pada bayi (mmg doc ckp gtu pun dan mmg begitu).. dan begitu juga bila kita menyusu. Aku tak makan ubat sebab ubat itu akan mempengaruhi susu aku. Bertahan la aku.. ms aku mgandung.. aku bertahan dari mkn ubat.. alhamdulilah... sembuh tanpa mkn ubat.. tp kali ni.. kejap ok.. kejap mai blk demamnya.. dh lebih 10 hari aku bertahan.. akhirnya.. aku mkn ubat jugak akhirnya..termasuk antibiotik... mkn dan tawakal.. moga tidak effect pd bb aku.. alhamdulilah... akhirnya.. setelah makan antibiotik.. baru demam aku reda.. dan baru sembuh dari demam.. dan sepanjang aku mkn ubat.. susu aku ok.. wpun gusar di hati.. kut ubat yg aku makan akan mempengaruhi susu... namun aku tawakal.. tapi alhamdulilah.. anak aku ok.. dan aku baru terbaca datu blog ni.. tentang penggunaan antibiotik ketika menyusu... menurut pakar laktasi.. antibiotik itu terkesan sgt sedikit pada bayi dan tidak akan memberi kesan yang banyak pada bayi.. jadi pada ibu ibu semua.. jika anda terpaksa telan antibiotik.. jgn bimbang.. telan jer.. sebab ia tidak akan mempengaruhi bayi anda... namun walau apa pun.. dapatkan khidmat pakar dulu tentang antibiotik yang anda makan.. supaya ia selamat untuk anda dan bayi anda.. so.. enjoy ur breastfeeding...  

wasalam

#sayasokongpenyusuansusuibu
#sayasokongdirectbreastfeed
#susuibuhingga2tahun

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...