Dugaan Untuk Kami



Assalamualaikum semua..

Aku ingin berkongsi cerita sedih dengan korang semua. Sebelum tu aku ingin korang tengok gambar di atas. Aku anak - anak dan ayah aku. Tengok posisi ayah aku.. dia tak tengok pun pada kamera masa gambar ini diambil.. wapun telah puas aku menyuruhnya tengok pada suami yang sedang mengambil gambar saat itu.

Ayah.. ayah tidak lagi seperti dulu.. ayah sudah mula menunjukkan dia sakit dengan cara nya sendiri. Bila bercakap dia hanya angguk atau pun dia tak peduli pun apa yang aku cakap. Aku pulang ke kampung selepas 4 hari mendengar tanda - tanda ayah tidak sihat. Sebelum ini aku tahu dia tidak sihat tapi tidaklah sampai dia telah sakit ke tahap ini. Ayah dah tak bercakap.. kalau bercakap sekalipun.. hanya perkataan ye.. atau tak nak atau tidak. Siapa yang bercakap dengannya.. dia tidak mampu memberi tindak balas seperti biasa.. kita akan rasa seperti kita tidak dipedulikan. ayah memang berbeza terus dari biasa.. 100%.

Bila kakak.. memaklumkan yang ayah sakit gini gini dan gini.. melalui wasap aku maklumkan pada suami. Suami aku yang mempunyai pengalaman atuknya yang sakit ... dia terus bagitahu aku saat itu. Ayah bukan sakit tua.. bukan sakit biasa. Ayah dah kena serangan angin ahmar ataupun orang panggil strok.

Subhannallah... ayah kena strok rupanya. Segala tanda yang diceritakan oleh kakak aku.. semua menjurus kepada itu. hati mula tak tenang.. hati mula meronta ingin pulang ke kampung melihat sendiri. Walaupun.. aku dan suami mempunyai kerumitan yang tersendiri untuk masa ini.. namun aku tetap ingin pulang melihat ayah tersayang. Aku usahakan juga balik ke kampung.. sesampai di kampung.. terus bersalam dengan ayah.. tanya khabar.. dia hanya mengangguk.. angguk dan angguk tanpa sebarang kata. Hanya tunduk dan melihat tanpa kata.. aku mula terasa hati... naper ayah buat tidak peduli.. aku pulang dari jauh untuk melihat dia.. namun dia tengok muka aku pun tidak.. aku macam bercakap seorang diri.. 

Aku bawa ayah ke hospital, doc tanya ayah .. cuba bercakap tapi ayah hanya menangis.. sebak dan menitiskan air mata. saat itu juga aku tewas.. aku juga menitiskan air mata. Depan doc ayah menangis.. merasa tidak terdaya untuk bagitahu kenapa dia seperti itu.. apa yang telah terjadi pada diri dia.. dia pun tak tahu. Aku bagitahu pada doc segala tanda yang ayah tunjukkan dan doc periksa  tekanan darah tinggi.. kencing manis ...fizikal ayah lemah di belah kanan.. doc rujuk pada pakar.. dan doc mengesahkan ayah memang telah terkena serangan angin ahmar. segala simpton yang dia tunjukkan itu.. adalah tanda dia terkena permulaan serangan strok. saat itu aku redha... doc cakap selalu buat fisio/mengururt dan jangan lupa makan ubat.. insyaAllah ayah boleh kembali sembuh kerana serangan strok itu sangat minima dan langkah percengahan awal telah diambil. Itu harapan aku.. ayah kembali sembuh dan dapat menunaikan haji.

Aku redha dan tawakal.. aku tinggalkan ayah pada kakak - kakak ku dan adik - adik ku. Aku yakin mereka boleh menjaga ayah. Aku perlu bekerja dan balik ke Pahang. yang penting.. aku dan keluarga aku berusaha menyembuhkan ayah.. berusaha sedaya upaya... kesembuhan hanya dari Allah.. kami hanya berusaha... 

Ya Allah sembuhkanlah ayah kami... dan semoga ayah akan menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah untuk menunaikan haji... amin amin amin ya rabbal alamin.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di sini aku kongsikan tanda - tanda serangan angin ahmar untuk panduan korang semua : 


Angin Ahmar / Strok

Apa itu strok/angin ahmar?
Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.
Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.
Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar?
Faktor risiko penyumbang kepada strok/angin ahmar yang tidak boleh diubahsuai adalah:
  • Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat strok/angin ahmar lebih tinggi.
  • Jantina Lelaki - lebih berisiko tinggi dari wanita.
  • Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin ahmar atau angin ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)
Faktor risiko yang boleh diubahsuai untuk anda mendapat strok/angin ahmar adalah:
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing manis
  • Paras kolesterol tinggi
  • Merokok
  • Berat badan yang berlebihan
  • Cara hidup tidak aktif (sedentari)
  • Tekanan/stress
  • Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
  • Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan
Bagaimana saya tahu yang saya diserang strok/angin ahmar?
Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala strok/angin ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran.
Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami strok/angin ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.
Apakah gejala strok/angin ahmar?
Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
  • Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
  • Sukar menelan
Apakah jenis-jenis strok/angin ahmar?
Terdapat 2 jenis utama strok/angin ahmar:
  • Thrombotic/ischaemic stroke
    http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/$public/story_images/adult/stroke1.jpg
    • Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak tersumbat.
  • Haemorrhagic stroke
    http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/$public/story_images/adult/stroke2.jpg
    • Ini berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah
Apakah rawatan untuk strok/angin ahmar?
Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :
  • Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan mengenalpasti berapa luas tisu otak yang telah rosak
  • Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
  • Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
  • Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
  • Nasihat amalan pemakanan sihat
Bolehkah saya mengelak dari serangan stroke/angin ahmar?
Ya!
Faktor risiko yang menyumbang strok/angin ahmar boleh dikurangkan seperti :
  • Kawal tekanan darah
  • Kawal tahap Kolesterol
  • Kawal penyakit Diabetes
  • Amalkan cara pemakanan sihat
  • Berhenti merokok
  • Kerap bersenam
  • Menangani tekanan mental
  • Kurangkan pengambilan minuman keras
Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit strok/angin ahmar
Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal.
Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit angin ahmar. Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam proses rehabilitasi adalah seperti berikut :
  • Jurupulih Pertuturan
    • membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap kebolehan menelan
  • Jurupulih Cara Kerja
    • mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan pengubahsuaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan pesakit strok/angin ahmar
  • Jurupulih Anggota
    • mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan
Dimanakah kumpulan sokongan pesakit strok/angin ahmar boleh diperolehi?
  • Nasam - National Stroke Association of Malaysia

Comments

Popular Posts