Thursday, December 29, 2016

Giamax

Salam...

Tahun baru dan handbag baru.. moga perjalanan cerita baru juga.. insyaAllah.

Wednesday, December 28, 2016

Jatuh Cinta pada Lipstik Matte Junkie

Salam semua...

Hari ni aku nak share dengan semua yang aku memang tengah giler, jatuh cinta  dengan lipstik Matte Junkie.. aku suka sebab ia liquip tapi bila pakai ia kering dan paling utama sebenarnya aku suka warna - warnanya nude.. tapi xsemua gincu jenis matte ni kita pakai akan kering. Setakat ini yang terbaik aku jumpa..itu pun dikongsi dari kawan pejabat,  adalah Matte Junkie Lip Cream dari Silky Girl.. suka sangat sampai tiap kali pergi Watson atau pasaraya memang akan cuci mata dan beli sekali. Matte Junkie ni  ada beberapa warna tapi tak banyak. Paling latest sekali aku dapat warna nude coklat muda tapi dengan harga yang berbeza di Aeon Mall Kota Bharu. Harga MatteJunkie ni biasanya RM18.90 tapi yang coklat muda tu harganya RM24.90 sebab beli butik kosmetik. Aku beli juga sebab giler sangat kan.. fanatik.. tapi bukan melampau.. giler lipstik je.. bukan benda2 mengarut.. Setakat ni aku ada 3 warna 01 Retro, 04 Vintage dan 06 Darling. Memang aku bagi 5 bintang untuk Matte Junkie... bila oles dimulut tak rasa seperti pakai gincu.. bila makan atau minum tak melekat pada sudu atau gelas... kering tapi tidak keringkan bibir kita, itu yang best... warna yang terbaik.. gilernya gincu warna matte....

Lipstic 04 Vintage Matte Junkie Silky Girl


 

Baik.. itu sahaja cerita untuk lipctik matte... bye!

Rumah Kena Pecah!

Salam semua..

Dugaan Allah beri pada kami.. tanda Allah  ingin kami dekat padanya.. rumah kami pada pertama kalinya selepas berada di rumah baharu kami, kediaman kami dipecah. Jumlah kehilangan dalam RM10K. Hampir separuh barang2 berharga di dalam rumah telah diambil. Kejadian berlaku ketika kami balik kampung sempena Raya Korban. Rumah ditnggalkan lebih dari 7 hari... kejadian ini adalah peristiwa keempat di taman kami duduki bagi tahun ini.


Kawasan yang dimasuki

























Wednesday, June 8, 2016

Rumah Pertama



Rumah ku selepas diubahsuai

Salam Ramadhan

Baru berpeluang untuk menulis....so, hari ni aku nak berkongsi dengan korang tentang rumah pertama dalam hidup aku. 

Alhamdulilah... setelah berusia 32 tahun baru aku berjaya membeli sebuah rumah. Rumah teres, endlot dan kategori kos rendah. Biar kecil yang penting ADA dan yang penting ini yang PERTAMA dalam hidup aku. Ini adalah projek kecil dalam perancangan hidup aku. 

Sebelum ini, banyak tawaran rumah yang ditawarkan, sejak aku dapat bekerja tetap tapi aku tak pernag terfikir dan terlintas untuk membeli rumah kerana jahil tentang aset. Yelah, masih muda, macam - macam aku fikir... banyaknya lebih untuk anak - anak dan membeli aksesori atau habiskan duit tanpa tujuan. 

Masa berlalu tanpa kita sedari, bila lama bekerja dah hampir 4 tahun aku di Pahang, baru aku terfikir, kenapa aku tidak beli rumah. Bila aku dah sedar dan mula usha2 cari rumah baru aku sedar yang harga rumah di sekitar tempat aku bekerja sangat mahal. Nak cari harga bawah RM100K jangan harap. Wpun, hanya rumah kos rendah, harganya mencecah RM130K. Kalau rumah teres setingkat, lagi la, RM190K sebijik.. hambik kaww.... bukan tak mampu tapi aku kena fikirkan perbelanjaan yang lain sebab perbelanjaan paling besar pergi pada 3 orang hero kecil yang masih kecik (bawah 5thn) dan hutang - hutang yang lain. Dan gaji suami juga tidak besar....sebab tu aku terima keadaan itu dan redha.

Nak kata aku duduk di bandar besar ... tidak tapi rumah sekitar Karak ni memang mahal. Akhirnya aku frust. Malas nak fikir... tiba - tiba suami cal ada rumah yang agak sesuai untuk situasi kami sekeluarga. Pada perancangan aku, rumah tak perlu besar dan mahal, kira cukup2 untuk kami duduk dan ia adalah milik kami. dalam masa kami duduk, kami juga bayar rumah hak milk kami sendiri, berbanding sebelum ini, menyewa... RM400 - RM500 tapi bukan rumah sendiri. Buat sementara mungkin baik tapi jika bertahun, pada aku membazir. Jadi, setelah fikir semasaknya, aku pun setuju untuk membeli rumah kos rendah endlot dengan harga RM90K. Suami terjumpa iklan rumah tersebut selepas 5minit dinaikan di Mudah.com. Naseb baik kami cepat sebab rumah ni, menarik 5 orang lagi yang nak membelinya.

Kami, terus pergi tengok dan jumpa dengan tuan rumah.... dengan harga RM91K dapat diskaun dan setuju dengan harga RM90K. Rumah ni memang kecil sebab rumah kos rendah dan disebabkan ia endlot maka lagi penting untuk aku terus buat ubahsuai untuk menambah ruang supaya lebih luas. Alhamdulilah, setelah berbincang dengan peguam dipersetujui pnjaman perumahan sebanyak RM100K. 

Pada mulanya, aku rasa rumah itu agak mahal, namun setelah bertanya pada saudara dan kenalan ternyata harga tersebut sangat murah berbanding tempat lain. Malah ada yang setuju untuk terima rumah tersebut jika kami menolak. Bukan seorang tapi ramai pulak yang berminat. Jadi, aku terus setuju dan pengurusan pnjaman perumahan bermula dari Jan 2015 dan diluluskan pada Jun dan selesai semuanya pada Ogos 2015.

Selesai satu cerita... dan akhirnya rumah itu jadi milik kami pada Ogos 2015. Namun, masa tu kami masih dalam proses menguruskan urusan kerja suami. Jadi kami terpaksa menunggu hingga bulan 10 untuk membuat keputusan. Sebenarnya.. kami masih merancang jika tak duduk dirumah itu, kami akan sewakan. Namun, bila aku fikir semasak - masaknya, baik kami tinggal saja di situ dan dapat jimatkan perbelanjaan bulanan dan boleh ke projek rumah kedua pulak. Haa.. yang tu lambat lagi akan dilaksana... tapi dalam perancangan.

Rumah sebelum diubahsuai

Jadi, bila bersetuju untuk duduk maka, perlu lah rumah tersebut diubahsuai terlebih dahulu. Maka bermula pula cerita pengubahsuaian rumah tersebut... yang aku akan cerita di next page. So jika nak tahu kena la follow blog aku.

Wasalam.


Tuesday, June 7, 2016

Ramadhan 1437H

Assalamualaikum dan salam kasih sayang .. salam kedamaian pada semua..


Subhannallah.. Ramadhan yang mulia, yang sangat ku nanti dan yang sangat ku kasihi, bulan Allah berikan istimewa untuk umatnya.. Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan.

Tak dapat gambarkan perasaan hati ini bila sehari sebelum menjelang, hati rasa tenang setenangnya... Ya Allah bulan yang berkat Kau berikan kesempatan pada aku, suami, anak - anak dan keluarga. Terima kasih Allah... Syukur Ya Allah...

Syukur...

Kurniaan Allah berikan ini, pada tahun ini, , 
Suami juga dikurniakan kerja tetap, 
Anak - anak yang comel 3 putera,
Rumah kecil juga dah menjadi milik kami,

Cabaran kau berikan untuk kami lalui...
Ayahku yang tersayang diserang strok..
Suami berulang alik dari tempat kerja yang jauh..

Namun, bagi Ramadhan yang sama.... dugaan itu sangat sedikit dan kami tempuhi dan hadapi dengan penuh sabar. Bagi aku, hati bertambah sedih dan pilu bila melihat umat Islam di Afganistan, Palestine dan Syria yang berjuang bermatian - matian demi meneruskan hidup. Bagaimana mereka meneruskan Ramadhan yang mulia ini dengan keadaan seperti itu. 




 Ahli keluarga mati
Rumah musnah dibom
Tanah ranap dimakan bedilan
Makan dan minum tiada
Pakaian koyak dan berbau



Buat semua umat Islam di sana
Buat umat semua Islam di sana,
Aku hanya mampu melihat dari sini
Aku lemah
Tiada kuasa
Aku hanya mampu berdoakan ...








Ya Allah, Ya Allah Ya Allah
Mereka umat Mu...
Mereka hamba Mu..
Mereka berjuang kerana Mu..
Kerana menegakkan Syiar Agama Mu...
Engkau Maha Besar.. Ya Allah
Engkau Maha Kuat ... Ya Allah
Ku mohon....
Kau lindungi mereka Ya Allah
Kau lindungan mereka Ya Allah..
Beri mereka kekuatan Mu
Beri mereka  semangat Mu
Kau kenyangkan perut mereka
kau hilangkan kehausan mereka
kau hilangkan rasa takut mereka
Kau hilangkan rasa rindu mereka pada yang tiada


Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Hancurkan musuh mereka
Hancurkan musuh mereka
Lakhnat musuh mereka
Lemahkan musuh mereka
Hancurkan tanah musuh mereka
Hancurkan senapang musuh mereka
Hancurkan rancangan musuh mereka

Moga ada sedikit kegembiraan di hati mereka di bulan Ramadhan ini... Berikan nikmat Ramadhan pada mereka.. Ya Allah..

Ammiinn.. ammiinn... ammiinn... ya rabbal alamin


Akal vs Nafsu




Pernah atau tidak, selepas menyakiti hati orang lain dengan bahasa sindiran serta kritikan atau makian, kita merasa best, lega, happy dan PUAS serta MENANG! apatah lagi jika ia gagal dibalas. 

Jika PERNAH, itulah tanda hati kita dikuasai kekotoran dan rendah akhlak walau manusia melihat kita sebagai baik dan 'hero'. Ia adalah 'buah rosak' hasil dari amalan diri yang tidak betul atau mungkin betul tetapi tiada ikhlas. 

Pernah atau tidak, selepas melakukan yang tersebut diatas, beberapa minit atau jam selepasnya, kita merasa menyesal lalu bertindak sama ada meminda semula, memadam (jika boleh) atau meminta maaf. Jika PERNAH, itulah tanda hati kita masih ada sinar iman, ihsan dan akhlaq, benih menumbuhkan buah taqwa jika terus dijaga.

Friday, February 12, 2016

Shawl Emma Maembong

As salam semua

Tetiba hari ini aku teruja nak berkongsi cerita tentang wide shawl dengan korang... hahaha.. Takder apa pun.. cuma baru sekejap tadi aku tertengok gambar Erra Fazira yang terbaru di majlis hari lahir dia.. dia sangat cantik bertudung sekarang lebih2 lagi bila aku terlihat wide shawl nya yang sebijik seperti yang aku punyer... wide shawl emma maembong, tapi wide shawl aku ni bukan yang butik emma membong pun.. butik biasa je.. tapi katanya patern based on shawl emma maembong.. apa - apa lah.. yang penting wide shawl ni sangat lebar dan design nya sangat menarik.. kelihatan manis bila Erra Fazira pakai patern ni .. termasuklah aku... hahahaha.. jangan muntah hijau yer.. gurau sikit je.. 

Ok, ceritanya sekarang aku memang tengah giler bershawl.. dah lama aku bergaya bertudung dengan shawl ni.. seingat aku sejak tahun 2007 lagi.. aku sama - sama teruja dengan geng rumah UKM Bangi... sejak dari saat itu aku dah terbiasa memakai wide shawl.. tapi masa tu shawl tak glamour.. tak jadi trend macam sekarang... sekarang ni macam - macam jenis shawl ada..instanst shawl.. wide shawl.. macam - macam lah.. dari muda hingga ke tua suka bershawl...mak mertua aku pun suka shawl.. tapi yang isntant je.. kalu nak dia melilit - lilit.. memang tak lah. Termasuklah aku, wpun aku sibuk menguruskan anak2 kecik 3 orang.. makin rancak plak aku pakai shawl.. kalu dulu bukan main malas.. sekarang bukan main lagi.. tak per la yang penting menutup aurat yang sebetulnya.. trend tu bagus.. dan menutup aurat sepenuhnya lagi .. labuh dan menutup dada.. itulah yang terbaik.

Wasalam.

Sama ke tak sama?

Erra Fazira yang sangat menawan di hari lahirnya yang ke 42 pada 9 Februari 2016


Wide Shawl Emma Maembong

Thursday, February 11, 2016

Suatu Penantian




pondok buruk kami

Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua.. 

Ya Allah... aku speechless tak tau nak cerita macam mana.. tapi biar gambar yang berbicara. Aku berdoa semoga Allah permudahkan semuanya.. insyaAllah.

Setahun Muhammad Akhtar Na'imullah

Alhamdulilah.. pada 8 Februari 2016 yang lepas genap setahun umur anak ketiga ku yang tersayang Muhammad Akhtar Na'imullah. Tiada kata selain ucap kalimah syukur .. syukur dan syukur pada Tuhan kerana dengan rezeki, dengan berkat dan dengan peluang yang diberikan pada aku dan suami dapat kami membesarkan seorang lagi khalifah kecil di bumi ini. 

Aku sebagai ibu kepada Naim .. aku sangat bersyukur.. aku sangat gembira kerana usia bb kesayangan telah mencecah setahun.. telah setahun pun ia berlalu.. dari saat ia dilahirkan.. dari saat ia disusukan... begitu cepat masa berlalu.. 2015 telah pergi dan Februari 2016 kini menjelma. 

Naim, kini boleh berjalan dan berlari, mulut agak bising. telah mula faham apa yang kita cakapkan. Sekiranya sesiapa melihat dengan mata yang garang atau menaikkan tangan atau mengeluarkan bunyi haaa..! Dia tahu itu bermaksud marah. Makin manja. Sangat lincah cergas dan tak boleh duduk diam. Sangat suka memanjat dan suka menari. Selalu mengikut abam - abam nya dari belakang untuk bermain bersama... walaupun selalu jatuh, kadang - kadang berdarah dan lebam sana - sini. Dia dah terbiasa. Lebih - lebih lagi semuanya adalah satu kumpulan yang sama.. budak lelaki...

Syukur Ya Allah.. Kau kurniakan 3 Anugerah Terindah  pada aku suami dan keluarga kami. Merekalah keluarga.. Mereka lah penawar sunyi.. penguat semangat ... dan bunga - bunga syurga di dunia ini untuk kami.. terima kasih ya Allah.. alhamdulilah..

Wasalam


Tuesday, February 2, 2016

Bila Datang Bulan

Hari ni susu yang dipam di pejabat hanya dapat 4 oz sahaja.. aku mula diet dan baru hari ketiga period.. tapi aku perasan.. bila aku period.. susu aku akan sikit.. wpun dh minum banyak air masak.. sedih..

Tuesday, January 19, 2016

Misi Mengepam Susu Di Teruskan

Salam semua

Alhamdulilah..

Selamat tahun baru semua.. ini pun post yang delay jugak sebab aku naikkan gambar untuk isu masuk tahun baru hari tu.. misi aku untuk mengepam susu di pejabat dan menyusukan anak dengan susu sendiri masih diteruskan.. alhamdulilah.. masih diberi ruang oleh Tuhan untuka aku menyusukan anak dengan susu aku sendiri.. nak masuk tahun 2016 ini juga.. bulan bulan terakhir 2015, sangat banyak dugaan yang terpaksa aku lalui.. dengan suami bekerja di tempat jauh, aku seorang diri uruskan 3 anak kecik, ayah jatuh sakit dan pembinaan rumah baru kami.. rumah pertama aku beli dalam hidup aku. 

susu yang dipam di pejabat

Banyak perkara yang perlu aku uruskan, sehari hari.. pelbagai urusan perlu dilaksanakan. Semua aku buat dengan memerlukan perancangan agar semua berjalan dengan lancar. Ayah, memerlukan perhatian dan peruntukan kewangan serta kena kerap pulang ke kampung di Kota Bharu Kelantan, suami keje jauh.. perlukan perhatian pada anak - anak untuk persediaan ke sekolah dan hantar ke rumah pengasuh tiap2 pagi. Bunyi macam senang je.. tapi pada sesiapa yang melaluinya.. anda akan rasa apa yang saya rasa.. kerja utama semestinya di pejabat. Naseb baik setakat ini.. aku tidak ditugaskan untuk urusan luar.. alhamdulilah.. jadi aku masih boleh maintain uruskan anak2.

Alkisahnya.. bila banyak benda nak fikir dan perlu diuruskan.. sesekali hasil susu pam drop. Aku rasa sangat sedih.. ada masa rasa macam nak stop dah mengepam.. tapi aku sayang.. sebab hasil dari susu aku mengepam... dapat jimatkan duit dan bb naim sangat lincah.. dan dia dah berjalan sekarang.. di usia 10 bulan... aku sangat teruja.

Sebab itu aku kena kuatkan semangat. Aku berdoa agar Allah bagi aku semangat dan kekuatan untuk aku teruskan misi aku ini sehingga anak aku mencecah 2 tahun. Dalam usia bb naim 10 bulan.. gigi dia dah tumbuh 4 batang.. aku sangat bersyukur dan pada masa yang sama... nipple aku sakit.. perit sebab dia gigit dan tarik.. tapi bila tekad sangat tinggi.. wpun sakit.. lama2 aku telan je rasa sakit... orang kata lama2 serasi lah dengan kesakitan tu.. hahhahaha... 

Jadi, aku akan teruskan perjuangan.. wpun susu drop.. yang penting susu masih ada.. masih boleh dipam.. untuk pengetahuan korang, aku tidak makan apa2 suplement.. sehingga hari ini aku mengamalkan kurma.. dan Tamar Coco sahaja. Dan ada sesekali makan habatus sauda untuk kurangkan rasa letih.

Ok, itu saja perkongsian aku untuk hari ini, seperti biasa untuk memberi semangat pada aku sendiri dan untuk rakan rakan ibu di luar sana yang gigih menyusukan anak dengan susu sendiri. Hanya Allah yang akan membalas jasa kita semua...

Wasalam..


Tuesday, January 12, 2016

Susu ibu

Alhamdulilah.. masih ada susu untuk naim @akhtar setelah 11 bulan.. syukur.. dalam pelbagai dugaan dan cabaran susu ibu masih ada untukmu.. Ya Allah.. berilah peluang untuk aku menyusukan naim sehingga usianya 2 tahun.. amin amin.. insyaAllah

Wasalam.

Monday, January 11, 2016

Aku dan Naelofar Hijab

Naelofar Hijab
Salam semua..

Hari ni aku nak share dengan korang pasal Naelofar Hijab yang aku beli online.. aku baru sempat nak cerita sebab.. baru ada mood nak menulis.. tahun ni..azam baru tahun ni.. mesti selalu menulis untuk tingkatkan kemahiran yang dah sedia ada.. cuma kena rajin polish... 

Ok, cerita dia suami nak hadiahkan sesuatu untuk aku.. hadiah lagi.. sayang sungguh dia pada aku sebenarnya..perasan sikit je.. hehehe.. ok, dia suruh aku beli je apa yang aku nak.. then dia akan bayar.. so aku rasa memang nak merasa pakai tudung Naelofar yang glamour. 

Shawl yang aku pilih. Aurora Mustard keluaran khas untuk Hari Raya 2015


So, aku memang beli secara online.. di naelofarhijab  pilih warna yang nak. Kebetulan memang besday aku jatuh pada bulan Raya Aidilfitri.. memang seronok la.. sebab tudung raya sayangku yang beli.. berbunga bunga hati ni.. tudung Naelofar la katakan.. so ceritanya.. bila dh pilih.. dan buat pembelian seperti biasa atas talian.. setel. 2 hari lepas tu hadiah yang dinantikan sampai.. Tuhan je yang tau betapa gembira nya hati bila dapat hadiah yang bermakna ni.. bila buka plastik pos laju.. slow2 aku buka, dan pegang material.. ok, berat... warna seperti yang aku nak.. dan nampak tag brand dia.... berbunga - bunga.. seronok.. warna cantik, kain pun best tak panas...tak nipis... tapi bila aku tengok betul - betul.. aku tilik tilik.. hati sedikit kecewa.. jahitan manik swarosvski dia tak dijahit dengan kemas dan benang tercabut.. manik senget2 jahitannya..  sangat hodoh, buruk dan juga ada defect jahitan.. macam tertarik.. ada koyak benang... aku sangat kecewa. Sebab persepsi terhadap jenama ni sangat tinggi.. tapi bila dah dapat produk mcm ni persepsi aku terus merudum.. jatuh. 

Untuk pengetahuan korang.. aku memang seorang yang agak teliti berkenaan dengan material kain.. sebab aku dari dulu menggunakan shawl..sejak dari tahun 2008 dan aku juga ada jual shawl pada kawan2..bukan berjenama tapi  yang mana aku rasa sangat elok untuk pakai kerana materialnya..Jadi balik pada cerita aku ni..  aku terfikir  untuk pulangkan.. sebab shawl ini dibayar dengan harga yang mahal.. jenama yang agak besar di Malaysia sepatutnya barangnya memuaskan hati pelanggan. Namun, aku fikir, masa tu dalam beberapa hari nak cuti raya... so kalau aku pulangkan.. bila pulak aku akan dapat shawl ni... So aku terima dengan redha.. cuma aku dah tak beli jenama ni buat masa ini sebab ia dah buat aku kecewa ... mungkin aku hati aku akan terbuka lagi untuk #NaelofarHijab  .. tapi aku tak tahu bila.. perkongsian aku ni.. boleh dijadikan teladan.. mungkin aku je yang terkena.. tapi ada ke kawan2 yang lain.. kena macam aku? Aku harap kawan2 yang lain tak terkena seperti aku.. InsyaAllah. Ok, itu saja setakat ini.. wasalam!

#naelofarhijab
#hijabstailista


 

Friday, January 8, 2016

My Handbag 2015

Inilah handbag Medela yang aku bawa ke hulu dan ke hilir setiap hari.. cantik tak?



Assalamualaikum..

Hari ni aku nak berkongsi dengan korang semua pasal 'handbang' aku untuk tahun 2015.. tapi tahun ni.. memang tahun 2016.. cerita 2015 baru sekarang aku sempat nak tulis.. hahhaha. biasalah.. masa sangat cemburu dengan aku.. 

So, korang tengoklah beg hitam 2 bijik kat atas tu... itulah beg yang aku bawa ke hulu dan ke hilir setiap hari.. ke pejabat, mesyuarat, bengkel dan segala bagai urusan harian aku.. beg ini memang peneman setia ... sebab.. aku seorang ibu yang menyusu anak. Beg ni penting sebab ada segala perkakasan mengepam susu dan juga kelengkapan handbag yang lain.


Memang beg ni tak cantik.. tak menarik.. tapi kena korbankan gaya kewanitaan aku buat sementara waktu.. sebab tekad utama.. menyusukan anak dengan susu sendiri sehingga 2 tahun.. kena korban la.. tak per la.. tak bergaya.. asalkan niat murni aku tercapai. Aku perasan.. orang tengok lain macam je..kat aku.. kiri kanan ada bag.. lain macam je tgk beg ni.. yelah.. diorg tak tau.. yg kecik tu cooler bag dan yang besar tu bag utama untuk pam susu Medela dan alat kelengapan mengepam... so pada siapan yang terserempak dengan aku.. fahamilah kenapa aku banyak beg.. hahhaha.. Nampak hitam.. gelap.. tapi harga.. boleh tahan la mahalnya.. cooler bag saja dalam RM129 yer.. tak masuk lagi beg utama tu.. korang tau je lah.. brand Medela.. eh.. aku bukan nak kata aku pakai barang mahal yerr.... aku nak berkongsi je dengan korang.. kang nanti kata aku nak menunjuk plak.. aku berkongsi dengan korang agar korang faham.. jika ada yang bawa 2 beg.. kemana - mana.. jangan salah faham.. sebenarnya diorg ada misi... iaitu.. menyusukan anak sendiri dengan susu ibu yang amat berharga.


Ok, itu saja.. nak g amik anak dah.. da misi lain yang nak kena laksankan hari ini.. wasalam.

Monday, January 4, 2016

Jadi Seorang ibu Mesti Kreatif


Assalamualaikum.... 

Ada kisah lawak hari ni yang aku nak sharing dengan korang semua.. dalam kesibukan aku menguruskan anak - anak.. aku memang ada masa menjadi seorang yang pelupa. Jadi, hari ini.. bila aku yang mesti mengepam susu di pejabat.. tertinggal botol simpanan susu.. jangan gelabah... mesti jadi kreatif... hahahahaha.. lawak besar aku..  kreatif la sangat..



Aku gelabah jugak sebenarnya.. sebab nak bawa balik susu.. nak simpan kat mana? Jadi puas aku fikir.. fikir dan fikir.. jadi aku ada plastik makanan yang belum digunakan.. aku potong jadi dua dan aku ikat pada mulut botol... botol yang ada ni.. memang botol mengepam yer.. so.. berjaya simpan di dlm cooler bag dan berjaya smp di rumah dengan selamat tanpa tumpah.. 

Dan ada juga sekali tu.. aku tertinggal jugak.. botol simpanan susu.. jadi aku guna botol air yang untuk aku simpan susu yang aku apm di pejabat sementara untuk aku simpan di rumah... bila jadi situasi ini biasanya aku akan.. gelak sorang2 sebab.. untuk aku merealisasikan penyusuan susu ibu ni.. macam2 kerenah aku hadapi.. sebab kesibukan dan kealpaan aku.. namun aku tak pernah putus asa.. alhamdulilah.. dah masuk tahun 2016.. aku masih menyusukan anak ketiga dan masih mengepam susu di pejabat.. semoga aku dapat mengharungi cabaran ini untuk setahun lagi.. insyaAllah.. doakan aku yer.. 

wasalam..

Ini susu aku yer.. bukan susu full cream.. tapi nampak memang sangat berkrim kan.. susu ibu la katakan..

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...