Monday, January 11, 2016

Aku dan Naelofar Hijab

Naelofar Hijab
Salam semua..

Hari ni aku nak share dengan korang pasal Naelofar Hijab yang aku beli online.. aku baru sempat nak cerita sebab.. baru ada mood nak menulis.. tahun ni..azam baru tahun ni.. mesti selalu menulis untuk tingkatkan kemahiran yang dah sedia ada.. cuma kena rajin polish... 

Ok, cerita dia suami nak hadiahkan sesuatu untuk aku.. hadiah lagi.. sayang sungguh dia pada aku sebenarnya..perasan sikit je.. hehehe.. ok, dia suruh aku beli je apa yang aku nak.. then dia akan bayar.. so aku rasa memang nak merasa pakai tudung Naelofar yang glamour. 

Shawl yang aku pilih. Aurora Mustard keluaran khas untuk Hari Raya 2015


So, aku memang beli secara online.. di naelofarhijab  pilih warna yang nak. Kebetulan memang besday aku jatuh pada bulan Raya Aidilfitri.. memang seronok la.. sebab tudung raya sayangku yang beli.. berbunga bunga hati ni.. tudung Naelofar la katakan.. so ceritanya.. bila dh pilih.. dan buat pembelian seperti biasa atas talian.. setel. 2 hari lepas tu hadiah yang dinantikan sampai.. Tuhan je yang tau betapa gembira nya hati bila dapat hadiah yang bermakna ni.. bila buka plastik pos laju.. slow2 aku buka, dan pegang material.. ok, berat... warna seperti yang aku nak.. dan nampak tag brand dia.... berbunga - bunga.. seronok.. warna cantik, kain pun best tak panas...tak nipis... tapi bila aku tengok betul - betul.. aku tilik tilik.. hati sedikit kecewa.. jahitan manik swarosvski dia tak dijahit dengan kemas dan benang tercabut.. manik senget2 jahitannya..  sangat hodoh, buruk dan juga ada defect jahitan.. macam tertarik.. ada koyak benang... aku sangat kecewa. Sebab persepsi terhadap jenama ni sangat tinggi.. tapi bila dah dapat produk mcm ni persepsi aku terus merudum.. jatuh. 

Untuk pengetahuan korang.. aku memang seorang yang agak teliti berkenaan dengan material kain.. sebab aku dari dulu menggunakan shawl..sejak dari tahun 2008 dan aku juga ada jual shawl pada kawan2..bukan berjenama tapi  yang mana aku rasa sangat elok untuk pakai kerana materialnya..Jadi balik pada cerita aku ni..  aku terfikir  untuk pulangkan.. sebab shawl ini dibayar dengan harga yang mahal.. jenama yang agak besar di Malaysia sepatutnya barangnya memuaskan hati pelanggan. Namun, aku fikir, masa tu dalam beberapa hari nak cuti raya... so kalau aku pulangkan.. bila pulak aku akan dapat shawl ni... So aku terima dengan redha.. cuma aku dah tak beli jenama ni buat masa ini sebab ia dah buat aku kecewa ... mungkin aku hati aku akan terbuka lagi untuk #NaelofarHijab  .. tapi aku tak tahu bila.. perkongsian aku ni.. boleh dijadikan teladan.. mungkin aku je yang terkena.. tapi ada ke kawan2 yang lain.. kena macam aku? Aku harap kawan2 yang lain tak terkena seperti aku.. InsyaAllah. Ok, itu saja setakat ini.. wasalam!

#naelofarhijab
#hijabstailista


 

2 comments:

  1. Sis, nk tny. Kt dlm ada tag kain x tdg tu? Sye pun ada beli tp xsure ori ke x sbb hodoh jahitan manik dia ... sye beli on9, mcm yg fake pny plak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. akak yakin ori sebab akak beli di butik online naelofarhijab.com. pembelian secara atas talian/online dan mereka juga ada emailkan kajian kepuasan pelangan utk akak jadi memang ori. Tiada plak label or tag kain dalam tudung. jika betul ingin beli yang ori.. sila beli di naelofarhijab.com sahaja.. sebab takut tak berbaloi beli harga mahal tapi bukan ori.

      Delete

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...