My Handbag 2015

Inilah handbag Medela yang aku bawa ke hulu dan ke hilir setiap hari.. cantik tak?



Assalamualaikum..

Hari ni aku nak berkongsi dengan korang semua pasal 'handbang' aku untuk tahun 2015.. tapi tahun ni.. memang tahun 2016.. cerita 2015 baru sekarang aku sempat nak tulis.. hahhaha. biasalah.. masa sangat cemburu dengan aku.. 

So, korang tengoklah beg hitam 2 bijik kat atas tu... itulah beg yang aku bawa ke hulu dan ke hilir setiap hari.. ke pejabat, mesyuarat, bengkel dan segala bagai urusan harian aku.. beg ini memang peneman setia ... sebab.. aku seorang ibu yang menyusu anak. Beg ni penting sebab ada segala perkakasan mengepam susu dan juga kelengkapan handbag yang lain.


Memang beg ni tak cantik.. tak menarik.. tapi kena korbankan gaya kewanitaan aku buat sementara waktu.. sebab tekad utama.. menyusukan anak dengan susu sendiri sehingga 2 tahun.. kena korban la.. tak per la.. tak bergaya.. asalkan niat murni aku tercapai. Aku perasan.. orang tengok lain macam je..kat aku.. kiri kanan ada bag.. lain macam je tgk beg ni.. yelah.. diorg tak tau.. yg kecik tu cooler bag dan yang besar tu bag utama untuk pam susu Medela dan alat kelengapan mengepam... so pada siapan yang terserempak dengan aku.. fahamilah kenapa aku banyak beg.. hahhaha.. Nampak hitam.. gelap.. tapi harga.. boleh tahan la mahalnya.. cooler bag saja dalam RM129 yer.. tak masuk lagi beg utama tu.. korang tau je lah.. brand Medela.. eh.. aku bukan nak kata aku pakai barang mahal yerr.... aku nak berkongsi je dengan korang.. kang nanti kata aku nak menunjuk plak.. aku berkongsi dengan korang agar korang faham.. jika ada yang bawa 2 beg.. kemana - mana.. jangan salah faham.. sebenarnya diorg ada misi... iaitu.. menyusukan anak sendiri dengan susu ibu yang amat berharga.


Ok, itu saja.. nak g amik anak dah.. da misi lain yang nak kena laksankan hari ini.. wasalam.

Comments

Popular Posts