Friday, February 12, 2016

Shawl Emma Maembong

As salam semua

Tetiba hari ini aku teruja nak berkongsi cerita tentang wide shawl dengan korang... hahaha.. Takder apa pun.. cuma baru sekejap tadi aku tertengok gambar Erra Fazira yang terbaru di majlis hari lahir dia.. dia sangat cantik bertudung sekarang lebih2 lagi bila aku terlihat wide shawl nya yang sebijik seperti yang aku punyer... wide shawl emma maembong, tapi wide shawl aku ni bukan yang butik emma membong pun.. butik biasa je.. tapi katanya patern based on shawl emma maembong.. apa - apa lah.. yang penting wide shawl ni sangat lebar dan design nya sangat menarik.. kelihatan manis bila Erra Fazira pakai patern ni .. termasuklah aku... hahahaha.. jangan muntah hijau yer.. gurau sikit je.. 

Ok, ceritanya sekarang aku memang tengah giler bershawl.. dah lama aku bergaya bertudung dengan shawl ni.. seingat aku sejak tahun 2007 lagi.. aku sama - sama teruja dengan geng rumah UKM Bangi... sejak dari saat itu aku dah terbiasa memakai wide shawl.. tapi masa tu shawl tak glamour.. tak jadi trend macam sekarang... sekarang ni macam - macam jenis shawl ada..instanst shawl.. wide shawl.. macam - macam lah.. dari muda hingga ke tua suka bershawl...mak mertua aku pun suka shawl.. tapi yang isntant je.. kalu nak dia melilit - lilit.. memang tak lah. Termasuklah aku, wpun aku sibuk menguruskan anak2 kecik 3 orang.. makin rancak plak aku pakai shawl.. kalu dulu bukan main malas.. sekarang bukan main lagi.. tak per la yang penting menutup aurat yang sebetulnya.. trend tu bagus.. dan menutup aurat sepenuhnya lagi .. labuh dan menutup dada.. itulah yang terbaik.

Wasalam.

Sama ke tak sama?

Erra Fazira yang sangat menawan di hari lahirnya yang ke 42 pada 9 Februari 2016


Wide Shawl Emma Maembong

Thursday, February 11, 2016

Suatu Penantian




pondok buruk kami

Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua.. 

Ya Allah... aku speechless tak tau nak cerita macam mana.. tapi biar gambar yang berbicara. Aku berdoa semoga Allah permudahkan semuanya.. insyaAllah.

Setahun Muhammad Akhtar Na'imullah

Alhamdulilah.. pada 8 Februari 2016 yang lepas genap setahun umur anak ketiga ku yang tersayang Muhammad Akhtar Na'imullah. Tiada kata selain ucap kalimah syukur .. syukur dan syukur pada Tuhan kerana dengan rezeki, dengan berkat dan dengan peluang yang diberikan pada aku dan suami dapat kami membesarkan seorang lagi khalifah kecil di bumi ini. 

Aku sebagai ibu kepada Naim .. aku sangat bersyukur.. aku sangat gembira kerana usia bb kesayangan telah mencecah setahun.. telah setahun pun ia berlalu.. dari saat ia dilahirkan.. dari saat ia disusukan... begitu cepat masa berlalu.. 2015 telah pergi dan Februari 2016 kini menjelma. 

Naim, kini boleh berjalan dan berlari, mulut agak bising. telah mula faham apa yang kita cakapkan. Sekiranya sesiapa melihat dengan mata yang garang atau menaikkan tangan atau mengeluarkan bunyi haaa..! Dia tahu itu bermaksud marah. Makin manja. Sangat lincah cergas dan tak boleh duduk diam. Sangat suka memanjat dan suka menari. Selalu mengikut abam - abam nya dari belakang untuk bermain bersama... walaupun selalu jatuh, kadang - kadang berdarah dan lebam sana - sini. Dia dah terbiasa. Lebih - lebih lagi semuanya adalah satu kumpulan yang sama.. budak lelaki...

Syukur Ya Allah.. Kau kurniakan 3 Anugerah Terindah  pada aku suami dan keluarga kami. Merekalah keluarga.. Mereka lah penawar sunyi.. penguat semangat ... dan bunga - bunga syurga di dunia ini untuk kami.. terima kasih ya Allah.. alhamdulilah..

Wasalam


Tuesday, February 2, 2016

Bila Datang Bulan

Hari ni susu yang dipam di pejabat hanya dapat 4 oz sahaja.. aku mula diet dan baru hari ketiga period.. tapi aku perasan.. bila aku period.. susu aku akan sikit.. wpun dh minum banyak air masak.. sedih..

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...