Monday, March 29, 2010




Statistik pada tahun 2008 oleh Jabatan Kebajikan Malaysia, kes pembuangan bayi pada 2008 adalah 70 kes dan hampir 80% adalah dari orang melayu...bukan aku yang kira..tapi JKM yang kira...kekecewaan melanda diriku kerana majoriti kes ini dikuasai oleh orang melayu..yang paling penting beragama islam...di mana silapnya? dimana puncanya? adakah didikan agama masih belum kuat? adakah ibu bapa tak pandai jaga anak? atau silap pada pendidikan di sekolah? ataupun pengaruh media massa?..segalanya menjadi persoalan pada isu ini..ini belum di tambah dengan pengaruh rakan sebaya...aku ada terbaca satu artikel di dalam sebuah majalah...ia menrencanakan isu hangat dan yang menhangatkan lagi adalah apabila kajian di buat di sebuah sekolah di Ibu Kota, terdapat sekumpulan manusia yang bergelar pelajar mengaku bahawa hubungan seks pada usianya adalah satu perkara biasa..dan sekumpulan pelajar di situ bersetuju dengan apa yang dikatakan pelajar itu...

1 comment:

  1. gambar pertama menunjukkan betapa sayangnya ibu monyet itu kepada anaknya... dipeluk erat...
    gambar kedua menunjukkan bayi di dalam perut ibu...sangat suci...
    gambar ketiga menunjukkan KEKEJAMAN makhluk bernama manusia.... di mana letaknya akal manusia itu...

    ReplyDelete

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...