Senduk & Kuali
Bila senduk dan kuali aku berjumpa semua boleh jadi...
Minat pada masakan makin mendalam.. mendorong aku untuk selalu memasak dan alhamdulilah semua resepi yang aku cuba menjadi.. dulu single memang xda dapur jadi minat masak ni makin bercambah bila dah bersuami.. sebab tu pelbagai resepi aku cuba... dan bagi saper2 yang berminat nak mencuba silakan... sbb resepi ni pun banyak jugak yang diambil dari internet, keluarga, buku, rancangan tv dan macam2 lagi.. yg simple2 tu mmg resepi sendiri.. Selamat mencuba.
Daging Dendeng
Ramai sangat yang minta resepinya... nah amik kaw..
Bahan - bahan
daging
bawang merah secukupnya (mayang halus)
bawang putih (mayang halus)
halia (mayang halus)
cili padi (tumbuk)
asam jawa
kicap pekat
kicap manis
sos tiram
garam dan sedikit gula
Cara masak
Mula2 rebus daging hingga separuh masak
pastu hris nipis2 dan goreng hingga garing (ikut la nak garing setakat mana)
pastu tumbuk daging tu dengan lesung sehingga sedikit hancur
tumiskan bawang, cili padi, halia
pas dh naik bau masukan asam jawa, kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.. garam dan sdikit gula...
dah naik bau... masukkan daging.. nak ada kuah masukan lebihan air rebusan daging tadi.... bila dah rasa masak... angkat dan hidang... dah siap... boleh tambah daun limau purut dan kucai untuk menambah selera...
selamat mencuba...
Ikan Siakap 3 Rasa
Ni resepinya.....
Bahan - bahan
1 ekor ikan siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung & garam [untuk salut ikan]
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
Minyak untuk goreng ikan
Bahan Sos
Sedikit cili kisar
4 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
3 s/b air
1 s/b gula
Sedikit garam
Daun limau purut
Air nenas & buah nenas (nenas dlm tin-asingkan)
1 labu bawang besar (mayang)
Bahan Hiasan
daun bawang [potong 3 – 4 cm]
1 biji cili merah
1 biji buah tomato
Daun salad
Cara
1. Sapukan tepung jagung & garam di sekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia(hiris). Masukkan bahan sos dan goreng sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendidih. Masukkan bawang besar yang dimayang tadi dan buah nenas(dipotong dadu kecil2) dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos ke atas ikan di dalam pinggan hidangan. Hias dengan cili merah dan daun bawang.
Resepi diambil dari internet.
Ayam Goreng Pedas Masam Manis
Yang ni pun senang jer nak masak.
Goreng ayam..ketepikan. Seulas bawang merah yang beso, bawang putih 4 ulas, ketuk boleh, mayang halus pun boleh. Tumiskan bersama cili kering yang dikisar. tumis hingga naik bau, masuk kan sos tiram, daun limau purut(nak bagi bau wangi) dan perahkan limau nipis sedikit.. comfirm sedap. campurkan sos dengan ayam goreng tadi.... Jangan lupa letak garam dan gula untuk masam2 manis sikit.. dah siap!!!
Kerabu Sotong Mangga
Kerabu ni memang menyelerakan aku... buat buka selera buka puasa..
Bahan - bahan
- Sotong - potong macam biasa
- Buah mangga - bergantung kepada banyak mana sotong..jangan banyak nanti masam..potong panjang2
- jus limau nipis sedikit sahaja
- sos tiram - 3sb
- serai dua batang - mayang
- bawang merah dua biji- mayang halus
- cili padi : ikut kepedasan masing2 - mayang halus
- limau purut - mayang halus
- garam secukup rasa
- sedikit gula
bahan untuk rebus sotong
- air
- bawang putih 3 ulas - ketuk
- serai sebatang diketuk
- jangan rebus lama2 nanti sotong jadi liat.
Cara membuat kerabu
Bila dah rebus sotong..ketepikan
Campurkan sos tiram, jus limau nipis, serai, bawang, dan semua bahan yang dimayang halus tadi dalam satu bekas.
kemudian masukan mangga dan sotong dan gaulkan sehingga rata.. masukan garam dan gula secukup rasa... dan letakkan dalam pnggan untuk dihidangkan... siap..
Resepi diceduk terus dari Rancangan TV Ketuk2 Ramadhan..
Bergedil Daging
Resepi istimewa dari sahabat.. tersayang Wafa
Bahan - bahannya
Kentang secukupnya
daging hancur - biasnya beli ayng Ramli je..
bawang merah
telur
garam
Cara masak
Goreng daging hancur sehingga masak dan angkat. ketepikan.
Kupas kulit kentang potong halus dan goreng hingga kuning dan tumbuk hingga separuh hancur dan ketepikan
mayang bawang merah lagi banyak lagi sedap... kemudian goreng hingga naik bau angkat dan ketepikan
Kemudian campurkan daging, kentang dan bawang dan gaulkan sehingga sekata. Masuk masukan garam secukup rasa.
Kemudian kepal2 dan bentukan mengikut suka hati kita.. kemudian celupkan ke dalam telur... kemudian boleh digoreng di dalam minyak yang panas.. goreng sehingga kekuningan... boleh angkat... dah siap... so, semoga berjaya... !!!
Gulai Masam Kuala Lipis
Senang sangat nak buat gulai ni.. tumbuk cili padi secukupnya dgn kepedasan yang korang nak dengan kunyit hidup sebesar ibu jari. Yang penting mesti ada tempoyak. Letak air putih dalam periuk. Masukkan ikan dan bahan yang ditumbuk tadi dan tambah tempoyak sebanyak mana yang korang nak... lagi banyak lagi masam.. dan letakan juga asam gelugor 2keping... bila mendidih masukkan garam secukup rasa... dah siap!!
Ikan Goreng Masak Lemak Merah
Yang ni memang idea sendiri. Ikan digoreng dan ketepikan dulu. Macam biasa tumis bawang merah dan bawang puth secukupnya, masukan cilikering kisar dan masukan sedikit santan pekat. Jangan lupa perahkan sedikit limau nipis.. memang lain rasanya... da la sikit2 rsa mcm ikan percik..
Kerang Singgan
Ini masakan senang saja, ketuk bawang putih bersama halia, serai dan lengkuas dan campakan dalam kerang yang direbus dengan air, bila mendidih campak pulak garam secukup rasa. Kacau2 keap terus boleh angkat...... main campak jer.. senang kan...!!!
Kepah Masak Pattaya
Dah lama mengidam.. Kepah Masak Pataya.. jom makan!!!
Kepah Masak Pattaya
1 kg kepah
3 sudu minyak masak
Kepah Masak Pattaya
1 kg kepah
3 sudu minyak masak
6 biji cili hidup ditumbuk kasar2
6-8 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1 inci halia - tumbuk kasar
4 batang serai - diketuk
8 sudu sos tiram
4 sudu sos tomato
5-8 helai daun limau purut - dicarik2
2 biji bawang besar di potong bulat
1 biji limau nipis
daun bawang
garam gula secukup rasa
1- Tumis serai hingga wanggi
2- masukkan halia,cili dan bawang putih ..tumis hingga naik bau
3- masukkan sos tiram/tomato .. gula..garam
4- masukkan lala, bawang besar, daun limau purut serta air limau nipis - kacau rata ..rasa lah masin manisnya
5- tutup kepah kejap dan bila dah kulit terbuka masak ler.. masukkan daun bawang ...tutup api
- siap di makan...
Resepi diambil dari Internet ; Harap maklum
6-8 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1 inci halia - tumbuk kasar
4 batang serai - diketuk
8 sudu sos tiram
4 sudu sos tomato
5-8 helai daun limau purut - dicarik2
2 biji bawang besar di potong bulat
1 biji limau nipis
daun bawang
garam gula secukup rasa
1- Tumis serai hingga wanggi
2- masukkan halia,cili dan bawang putih ..tumis hingga naik bau
3- masukkan sos tiram/tomato .. gula..garam
4- masukkan lala, bawang besar, daun limau purut serta air limau nipis - kacau rata ..rasa lah masin manisnya
5- tutup kepah kejap dan bila dah kulit terbuka masak ler.. masukkan daun bawang ...tutup api
- siap di makan...
Resepi diambil dari Internet ; Harap maklum
Resepi Asam Pedas Ayam
gambar diambil dari en google.. |
Bahan - Bahan
Ayam
Halia
Bawang Merah
Bawang putih
Cili Kering
Air Asam Jawa
Asam Keping
Daun Kesum
Bunga Kantan
Tomato
Bendi
Gula
Garam
Minyak masak
Cara Masak
Tumiskan kisaran cili kering, bawang merah, bawang putih sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan gaulkan rata kemudian masukan halis yang diketuk, biarkan seketika
Kemudian masukkan air dan masukkan sekali dengan daun kesum, bunga kantan, asam keping dan air asam jawa. Bila mendidih masukkan tomato, bendi, garam dan sedikit gula. Siap!
T
Comments
Post a Comment