Korang tau ke macam mana
baby terbentuk? Di sini aku ingin berkongsi dengan korang semua macam
mana baby boleh tercipta... ceritanya lebih kurang mcm ni.. Semua artikel ini aku petik dari babycenter.com
Perkembangan fetus - persenyawaan
Walaupun agak aneh, doktor anda akan mengira tarikh jangka lahir
(dan umur gestasi bayi anda) dengan menghitung balik ke hari pertama
haid terakhir anda. Oleh sebab sukar untuk mengetahui dengan tepat
bilakah masa
ovulasi
dan juga bila sperma mensenyawakan telur anda, pakar perubatan sering
menggunakan tarikh haid terakhir sebagai titik permulaan bagi sembilan
bulan berikutannya. Ini bermakna secara 'rasmi' minggu pertama kehamilan
anda ialah minggu haid terakhir anda bermula. Sebab itu, umur sebenar
bayi ialah dua minggu terawal dari umur gestasinya.
Semasa minggu kedua - dan setiap bulan sepanjang tempoh penantian
ketibaan nyawa baru - hormon estrogen merangsang uterus anda untuk
menyediakan lapisan tisu yang subur dan sarat darah. Peningkatan tahap
hormon progesteron menyediakan uterus untuk menyara telur yang
disenyawakan. Pada masa yang sama, ovari mematangkan telur-telur dalam
sak-sak penuh cecair yang bergelar folikel. Dalam tempoh masa singkat
badan anda membuat persediaan ini, konsepsi boleh berlaku, asalkan
sperma berjaya bertemu telur.
Menjelang minggu ketiga, beberapa perkara akan berlaku. Di
pertengahan kitaran (hari ke-14 dalam kitaran biasa 28 hari), anda akan
mengovum - satu daripada telur anda ditarik dan dimasukkan ke dalam tiub
falopio. Dalam 12 hingga 24 jam berikutan, telur ini akan disenyawakan
jika satu daripada 350 juta sperma (jumlah dalam pancutan mani biasa)
berjaya berenang dari vagina, melintasi uterus, terus menuju ke tiub
falopio, lalu menembusi telur.
Setelah disenyawakan, telur itu, sekarang bergelar zigot, dengan
serta-merta menutup membran luarnya untuk menyekat 250 sperma lagi yang
juga berjaya membuat perjalanan itu. Kemudian ia mula membahagi kepada
sel-sel yang serupa sambil membuat perjalanan turun dari tiub falopio ke
uterus, di mana ia akan terus berkembang. Anda mungkin tidak sedar yang
anda hamil untuk beberapa minggu lagi, walaupun setengah wanita percaya
yang mereka tahu saat-saatnya konsepsi berlaku.
Perkembangan fetus - hamil 4 minggu
Terdapat bebola sel - yang kini bergelar embrio - sedang membesar dalam
uterus anda dan ia telah mencapai saiz sebesar biji kuaci. Ia mempunyai
tiga lapisan yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan
tisu-tisu. Di bahagian bawah di sisi kepalanya, terdapat dua lipatan
tisu yang akan menjadi telinga bayi.
Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan korda spina akan
tumbuh - kini membesar di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran
mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan
paru-paru, usus dan sistem urinari yang awal. Dalam pada itu, versi awal
plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat, yang menghantarkan
makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi.
Jika anda belum lagi mencuba
ujian kehamilan rumah, mengambilnya sekarang akan dapat mengesahkan kehamilan anda. Ada tanda-tanda yang lain yang menunjukkan yang anda itu hamil. Lihatlah kalkulator tarikh jangka lahir
kami untuk mengetahui bilakah bayi anda akan lahir. Sesudah akan
mendapat pengesahan, bolehlah anda menghubungi doktor anda dan membuat
janji temu. Penjagaan antenatal yang baik dan konsisten adalah antara
cara yang terbaik untuk memastikan yang anda dan bayi anda sihat
sepanjang kehamilan anda.
• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara
berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di
bahagian ini bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan
fetus dalam rahim.
Perkembangan
fetus - hamil 13 minggu
Sekarang
panjang fetus hampir 3 inci / 7 hingga 8 sentimeter dari mercu kepala ke
punggung dan beratnya hampir satu auns / 23 gram - agak separuh pisang. Sidik
(garis-garis) jarinya yang unik telah terbentuk. Dan jika anda menusuk perut
anda dengan perlahan dan dia merasakannya, bayi anda akan menunjukkan refleks
mengakar - iaitu bertindak seperti mencari-cari puting.
Jika kandungan anda perempuan, dia sekarang mempunyai lebih kurang 2 juta telur
dalam ovarinya; dia hanya mempunyai satu juta pada masa ia dilahirkan. Jumlah telur
akan berkurangan semakin dia membesar, dan menjelang umur 17 tahun, jumlah ini
akan turun kepada 200,000.
Bagi anda pula, seandai kata, kabus beransur reda. Untuk kebanyakan wanita,
kesan sampingan kehamilan awal - kerap kencing,
terik keletihan,
mual -
beransur reda di trimester kedua. Uterus anda pula, yang sudah cukup besar
untuk menyiarkan kepada sesiapa yang melihat yang anda sememangnya hamil,
tidaklah begitu besar sehingga mengganggu pergerakan anda. Walaupun masih
banyak bulan lagi sebelum melahirkan, payudara anda sudah mula mengeluarkan
kolostrum, iaitu cecair yang akan membekalkan makanan untuk bayi anda untuk
beberapa hari pertama sebelum susu mengalir dengan baik.
Perkembangan fetus - hamil 30 minggu
Paru-paru bayi anda dan saluran
penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan
dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40
sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan
beratnya sampai masa dia dilahirkan.
Pada minggu ini, bayi anda terus
menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang
berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca
cahaya. Jika anda memancarkan lampu suluh ke
atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau
menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu.
Beberapa
penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang
perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa
bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak
lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang
mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur
antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan
ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata.
Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang
mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan
ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi
semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat
udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda.
Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34
minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua
atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis
anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan
pernafasan dan pemakanan anda.
Perkembangan fetus - hamil 39 minggu
Panjang bayi biasa adalah antara
lebih kurang 20.5 inci / 51 sentimeter dari kepala ke jari kaki dan beratnya
lebih kurang 7.5 paun / 3.4 kilogram semasa lahir; namun begitu berat 5 paun
11.5 auns hingga 8 paun 5.75 auns / 2.5 hingga 3.8 kilogram adalah lingkungan
yang sihat bagi bayi baru lahir.
Cecair amnion anda, dahulunya jernih, sekarang berwarna pucat seakan susu
akibat penanggalan verniks kaseosa bayi anda. Lapisan atas kulit juga menanggal
apabila kulit baru timbul.
Lazimnya, dalam program TV, sakit bersalin dan melahirkan selalunya bermula
dengan pemecahan ketuban air – lazimnya berlaku di tengah bilik yang penuh
dengan orang, dan kontraksi akan terus bermula. Jika anda bimbang yang senario
ini akan berlaku kepada anda, hentikan sajalah. Ruptur membran berlaku bagi
kurang dari 15 peratus kehamilan dan bila ia berlaku, kepala bayi bertindak
sebagai penyumbat di pembukaan uterus. (Tetapi, jika anda berbaring, anda akan
sedar ada cecair yang meleleh.) Anda seharusnya bertenang - kontraksi pertama
hanya akan berlaku dalam beberapa jam lagi - dan hubungilah doktor anda dengan
serta merta. Badan anda akan mengeluarkan lebih banyak lagi cecair amnion
sehingga bayi dilahirkan, jadi penjaga-penjaga anda mungkin mencadangkan supaya
anda duduk di rumah sehingga kontraksi bermula secara mantap atau mungkin
mencadangkan pencetusan.
Apa pula halnya jika minggu ini berlalu dan bayi masih belum muncul? Jangan
panik - hanya 5 peratus bayi dilahirkan pada tarikh yang dijangkakan.
Kebanyakan doktor akan menunggu dua minggu lagi sebelum memperakui yang
kehamilan itu sudah terlewat. Rujuklah bagaimana menguruskan kehamilan yang terlewat.
So, bagi sesiapa yang dah bersedia untuk mengandung dan sedang sarat mengandung serta mungkin tengah tunggu masa.. bolehlah jadikan artikel ini sebagai panduan. Untuk pengetahuan korang semua artikel ini aku petik dari baby centre dan jika korang nak tahu lebih lanjut sila klik di sini
babycentre .
Comments
Post a Comment