She want to know about Ramadhan


Hari ni aku ada pengalaman indah dalam bulan puasa. Peristiwa ini berlaku tadi, semasa aku dalam perjalanan balik setelah penat bertugas diluar. Aku menaiki LRT Putra dari KL Sentral. Seperti biasa orang ramai. Mulanya aku berdiri tapi stesen kedua ada tempat kosong dapat la aku menghilangkan penat. Masa itu juga ada sekumpulan mat saleh.Tiga orang semuanya, 2 lelaki dan seorang perempuan. Aku pandang mereka dengan pandangan biasa la. Ye lah, Malaysia kan memang ramai pelancong. So, its normal. Mereka seperti pelancong biasa dan mereka sedang berbicara sesuatu.


The one n only wanita mat saleh tu dapat duduk. Aku perhati kan dia sebab dia cantik... aku memang suka tengok wanita cantik.. Jadi, aku pelik la tetiba dia berdiri..rupanya ada seorang perempuan yang sedang memegang baby, jadi dia bagi tempat duduk dia untuk wanita tu. Um, aku lagi la suka tengok dia.. dah la cantik.. baik hati pulak.. aku tengok lelaki melayu yang duduk sebelah dia tak der pun nak baik hati macam tu.. Ini lah orang kita kurang budi bahasa.. aku kagum dengan minah saleh ni.. dia berdiri depan aku tapi membelakangi aku... aku rasa nak ajer tanya nama dia kerana bagi aku tak rugi kalau aku mengenali orang yang baik macam tu.. tapi aku segan la pulak.. aku kan pemalu orangnya... jadi aku duduk dan memerhatikan ajer gelagat dia... Dia asyik bersembang..


Tetiba dia dia berpaling ke arah aku dan aku pun bagi lah senyuman kat dia.. dia balas semula kat aku.. so aku fikir setakat itu je lah.. tapi tidak.. dia berpaling sekali lagi... dan dia bertanya sesuatu...kepada ku


" are you muslim?" dia tetiba tanya aku. Terkejut beruk aku...

" Yes i'm..." aku jawab.

" Are you fasting... not eat anything... not drink..at all?" dia tanya lagi... time dia tanya ni semua orang tengok kami berdua.. dia dan rakan dia macam berminat nak tahu tentang orang muslim berpuasa.. yang aku tak tahan tu.. time dia tanya.. semua orang kita atas train tu tengok kat aku seolah - olah diorang menanti kan apa yang akan aku jawab nanti.. aku jawab la...

" i'm ok... o'm doing this for my religion... my trust..." dengan yakin aku jawab... dia angguk dan dia sembang semula dengan geng dia yang lain.. n then dia tanya lagi...

" dont you hungry...? Dont you thirsthy? " dia tanya dengan penuh minat dan mimik muka dia yang nak sangat tahu...


" no.. i'm hungry but this is my sacrifice...."

"yeah... i know this is your sacrifice... for your religion.... but can you do it without eat and drink? Dont you feel its so hard?... for me it's so hard...its so hot... in Malaysia." katanya lagi dengan bersungguh - sungguh...

" for muslim its normal..... i'm used to it... yes, it hard but we muslim are used to it...." kata aku pulak... ntah betul ntah tak....english aku bukan proper sangat... hahhaha

" when muslim start fasting... age? dia tanya lagi... aku pun kena fikir... um, aku jawab...

" normally at ten years old..." aku hentam jer.. aku nak jelaskan banyak2 kang takut tak cukup masa.. jadi aku rumuskan.. 10 tahun la budak2 start pose...

"Wow... its really hard... how they can survive...its really hot here... in Malaysia. Its really hot.." dia bercakap dengan geng dia... n then dia tnya lagi...


" how about pregnent woman... are they fasting ? dengan tunjuk2 perut sekali... dengan kesungguhan dia bertanya kat aku.. aku perasan semua org dalam train dok tengok dia dengan aku jer.... mata2 orang kita bersungguh tengok aku... nak dengar aku jawab apa... aku pun jawab la...


" it's depends on their ability.... if she can.. she fasting.. if not... not la..." aku jawab macam tu la...hahha.. aku pun tergelak dengan jawapan aku.... aku dapat lihat dia kagum dengan jawapan aku tu... maksudnya kemampuan orang muslim berpuasa...dia tanya lagi...


"how long you fasting?

" 1 month " aku jawab...

"when this fasting will end...? dia tanya lagi... aku jawab

"7 days more..." dia angguk2 tanda faham....


" How long you fasting in one day...?" dia tanya lagi... aku pun jawab la...

"we eat at 5 am.. we fasting n then after 7 pm we will eat.... breakfast...." dengan penuh yakin aku jawab....pas tu baru aku perasan suara aku dan geng mat saleh tu jer yang bunyi... dan suara aku yang menjawap persoalan dia tu seakan sangat jelas butir bicara dalam train Putra tu....


Tetiba lokasi geng mat saleh tu pun sampai.. dia pun berlalu sebelum itu dia sempat say thanks you n smile kat aku... tanpa aku sempat bertanya nama dan asal dia. tak puas rasanya aku beri penjelasan tentang ibadah puasa kat diorang..... aku rasa sangat rugi.. tapi perbualan dalam train lama mana lah sangat boleh bersembang. Tapi yang pasti... Minah saleh yang cantik tu dan geng dia kagum dengan ketahanan umat islam berpuasa.. itu yang aku pasti dari riak wajah mereka....Pas diorang turun aku tengok orang di sekeliling senyum2 kat aku... aku tak faham senyuman diorang tu.... tanda terima kasih kerana penjelasan aku kat geng mat saleh ke or senyuman sindiran kerana english aku... hahahhahahaaaaaaaaaaaaa....

Comments

Popular Posts