Monday, October 10, 2011

Aku dan anak ku...

Sudah lama aku tidak menulis dalam ruang maya.... ini kerana aku terlalu sibuk dengan aktiviti harian dan bayi dalam rahimku.... walaupun dia hanya beberapa kilogram dalam perutku tetapi boleh menyebabkan aku resah dan penat dengan kerenahnya... namun begitu aku terima kerenahnya itu kerana itulah yang akan dirasai oleh insan yang bergelar ibu. Hari ini genap 30 minggu 'dia' di dalam rahim ku.... keadaan badan aku stabil dan lebih bertenaga dari dulu walaupun terpaksa menanggung beban yang lebih berat berbanding dulu. Biasa bagi wanita hamil.. aku mengalami kekeringan kulit, bibir aku luka kerana terlampau kering. Kulit kaki juga kekeringan dan ada masa kaki dan tangan aku kembang dan sembab. Bila kaki sembab, aku akan rasa sakit untuk berpijak. Sejak mula terasa sembab kaki, aku terpaksa solat  dalam keadaan duduk kerana keadaan kaki yang sakit dan sejak itu aku bersolat dalam keadaan itu.


Badan aku terasa ringan berbanding dulu tetapi pergerakkan aku terbatas. Banyak benda yang aku tak mampu lakukan kerana keadaan perut yang makin memboyot dan aku menerima keadaan itu secara perlahan - lahan. ada masa aku rasa tertekan tapi kini aku sudha boleh menerimanya. Ada juga ketika. hidung aku berdarah.. tapi semua itu adalah normal bagi wanita hamil. Segala alahan dan simpton mengandung ini aku terima dan alami dengan sabar yang penting anak dalam rahim ini  sihat dan sempurna. Ada masa, baby dalam perut meragam... dia tak nak bergerak untuk tempoh yang lama. Aku terus ke Hospital untuk pemeriksaan, nasib baik baby tiada apa - apa cuma sekiranya aku penat.. dia akan kurang bergerak. Pesan ayahku, sekiranya 'dia' tidak bergerak, minum air kelapa. Aku dan suami mencari air kelapa dan aku minum sepuas - puasnya. Rupanya betul cakap ayah ku, sejak aku minum air kelapa, baby tak berhenti - henti bergerak.
Dan semalam baru aku terasa yang 'dia' akan bergerak sekiranya terdengar bunyi yang kuat... dia akan bertindak balas dengan pergerakan yang kuat dari dalam rahim dan aku boleh lihat pergerakkan itu dari kulit perut ku.... dia seolah - olah bermain dengan ku... itu lah pertama kali aku merasai tindakbalas sebegitu. Itulah antara peristiwa yang aku alami dari trimester ke dua hingga masuk ke trimester ke 3.... begitu banyak pengalaman yang aku alami. Ini semua akan dialami oleh semua ibu di dunia ini. Tetapi bagi aku, inilah nikmat terindah sepanjang hidup ini..... Syukur, Alhamdulilah kerana Tuhan memberikan aku kesempatan untuk merasai semua ini.... semoga aku dan baby akan selamat, InsyaAllah.

5 comments:

  1. akak...ape akak buat n amalkan bile kulit terlampau kering time mngandung? kulit sy seklai tgk smpai nk bersisik dh sbb terlampau kering. tp baby x byk meragam..tkt gak effect kat baby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. sory baru nampak da komen... maaf banyak2 ek.. pasal kulit tu.. memang akan kering giler.. akak minum air dengan banyak untuk hilangkan kekeringan kulit tu... tapi tak der la hilang sepenuhnya... pakai juga krim losyen..xkan efect bb.. jgn bimbang ek.. tima kasih.. sbb sudi baca blog akak..

      Delete
  2. Replies
    1. salam.. saya selamat lahir anak lelaki.. tq sbb bertanya.

      Delete

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...