Monday, October 10, 2011

Mengesan Jantina Bayi dalam Kandungan (Tanpa ujian ultrasound)


Cerita kali ni, sebenarnya aku dan suami masih belum mengetahui jantina bayi kami walaupun usia kandungan telah mencecah 30 minggu. Al kisahnya, sudah banyak kali aku dan suami membuat ujian Ultrasound tetapi memang tak nampak jantinanya.... so, bila kami tanya doktor, dia pun tak yakin untuk bagitahu samada lelaki atau perempuan kerana banyak kes - kes sebelum ini yang tersilap jangkaan. Ada masa kedudukan bayi dalam rahim boleh mengelirukan doktor dan juga kita. Contohnya, setiap kali kami pergi ultrasound, doktor boleh tunjuk uri, jantung, perut dll tapi aku tak nampak pun.... jadi bila doktor sendiri yang tak nampak jantina, apatah lagi kami suami isteri. So, aku rasa aku perlu lakukan sesuatu untuk mengetahui mengenai jantina bayi kami.

Sebenarnya, aku dan suami tak kisah lelaki atau perempuan tapi keinginan nak tahu tu sangat kuat.... yelah.. anak pertama la katakan..... Bukan itu aja, malah keadaan sekeliling yang asyik sangat bertanya......" lelaki ke perempuan? " Kami pun tak dah penat menjawab... namun, mana ada yang benar dan sebenarnya... melainkan dah sah bayi kami dah keluar dari rahim baru lah dapat diketahui jantinanya... tapi ada 10 minggu lagi.. Jadi aku buat sedikit study, bukan untuk menerima seratus peratus tapi hanya ingin mengetahui cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan mengikut petua orang dulu - dulu.... So, aku google dan terjumpa beberapa artikel yang boleh dikongsi bersama.... bukan untuk percaya cuma ingin berkongsi sahaja... Rupanya perwatakan ibu semasa mengandung boleh menunjukkan kandungan itu lelaki atau perempuan. Tapi ini pandangan orang dulu - dulu yang banyak makan garam berbanding aku..... so, jom kita baca bersama - sama.

Kata mereka iaitu dari pengalaman mereka mengandung dulu -dulu dalam dunia perubatan, ujian ultrasound digunakan untuk mengesan jantina bayi yang dikandung ibunya, walaupun begitu cara-cara tradisional atau naluri seorang ibu telah banyak terbukti tepat biarpun sekadar meneka buah hati yang dikandungnya. Hasilnya memang tidak dijamin 100 peratus, tetapi ramai wanita hamil yang telah membuktikannya selama beratus-ratus tahun. Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk meneka jantina tersebut adalah:

1. Mengalami mual-mual yang agak teruk selama trimester pertama itu pertanda akan mendapat bayi perempuan. Sebaliknya jika tidak mengalami mual-mual teruk atau tahap mualnya rendah petanda anak laki-laki.
- Pengalaman aku : mengalami alahan yg teruk ketika mengandung 1-5 bulan… tak tahu lagi lelaki ke perempuan

2. Tonjolan perut tinggi (runcing) petanda anak lelaki. Sebaliknya jika tonjolan perut rendah petanda anak perempuan.
- Pengalaman aku : x reti nak gambarkan..tp ramai yg teka aku dpt anak lelaki.... makcik - makcik sebelah ayah semua cakap anak lelaki... tapi tak tahu lagi......

3. Tubuh terasa lebih bengkak terutama pada peha dan punggung dipercayai sebagai tanda anak perempuan yang sedang mengambil kecantikan ibunya. Tapi jika kelebihan berat badan cenderung ke depan itu pertanda anak lelaki.
- Pengalaman aku : haha..berat aku memang semakin meningkat selepas 5 bulan.....

4. Lebih suka makanan yang mengandungi protein seperti daging serta suka makanan yang masin dan asam itu pertanda anak lelaki. Sebaliknya jika suka makanan manis dan buah-buahan petanda anak perempuan.
- Pengalaman aku : Alahan aku teruk jadi aku suka makan buah - buahan masam macam epal hijau dan oren untuk hilangkan mual ..... aku juga sangat suka makan buah - buahan yang manis.. pendek kata aku memang sangat suka makan buah.

5. Posisi tidur jika lebih suka arah utara dipercayai petanda anak laki-laki, tapi sebaliknya jika lebih senang tidur ke arah selatan petanda anak perempuan.
- Pengalaman aku : sejak 5 bulan ke atas aku  suka tido mengiring ke kanan…walaupun menurut buku panduan mengandung, wanita hamil mestilah tidur mengiring ke kiri namun aku memang tak boleh. Aku hanya boleh lelap jika mengiring ke kiri......mmg ramai yg ckp kalau tidur ngiring kanan dpt anak lelaki.. macam mana?

Memang belum ada bukti ilmiahnya, tapi dari pengalaman perempuan-perempuan hamil ciri-ciri tersebut terjadi ketika mereka mengandung anak lelaki atau perempuan.

 Yang mana aku tanda warna merah.... itulah yang aku alami.... so jom kita tengok....

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki

  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan

  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

So, inilah tanda - tanda yang aku alami sepanjang hamil..... tandanya banyak kepada bayi lelaki..... Tapi apa yang aku alami dan yang aku perasan tentang diri aku tiada dalam petanda ni, antaranya masa aku hamil ni tetiba je aku :

  • Tak boleh makan masakan sendiri... masak tapi tak rasa apa -apa tapi suka masak untuk orang lain.
  • Aku suka sangat dengan perhiasan seperti barang kemas dan batu permata.
  • Ada masa aku rasa nak sangat make up... rasa yang meluap - luap nak make up.. paling aku suka nak pakai eye shadow... tapi aku tak pakai takut orang cakap buang tabiat ... hahaha!
  • Aku jadi boros.. beli je apa yang nampak berkenaan.. tak fikir dah..
  • Mata jadi blur... lain macam...
  • Ada masa sangat malas...ada masa rajin
  • Menjadi seorang pelupa yang sangat teruk....

tapi , semuanya kuasa Tuhan... apa yang diberikan olehNya kami terima dengan Redha.... yang penting bayi kami selamat.....InsyaAllah!

27 comments:

  1. Bila dah tau jantina, bgtau tau .. same je dengan sy . pun konfius lelaki ke perempuan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dell... saya dah selamat bersalin... skrg anak saya dah lima bulan lebih. Dan, sememang nya betul la tanda nya ini.. bagi saya la sebab anak saya memang lelaki... tapi akhirnya kena tengok bila bersalin nanti. Harap dell dan baby akan selamat...

      Delete
  2. Replies
    1. Salam.. tima kasih sbb sudi baca entry ni... mmg terbaik... try la.. cuba betul ke tak..

      Delete
  3. akak dah anak dua girl n boy.dari pengalaman akak memang akak akui dari segi bentuk perut pun kita leh tau misalnya anak lelaki perut agak lojong lebih keatas,kalau anak pompuan perut bulat je.pas tu kalau ngandung anak pompuan rasa nak make up aje.masa ngandung ank lelaki dulu bedak pun malas nk pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Terima kasih kak iza sebab sudi baca entry saya ni... saya masa mengandung tak tau nak tgk perut.. tapi memang perut tu tajam ke depan... dan memang benar anak dalam perut tu lelaki... apa- apa pun, alhamdulilah.. semuanya selamat anak saya pun dah 6 bulan dah tumbuh gigi pun..2 batang...

      Delete
  4. salam nadiya..
    info yang menarik. saya dah 32w tapi masih tak tahu jantina bayi saya.
    pastu bila baca yang nadiya tulis, kita ada persamaan tang nak mekap.
    gila la... datang angin nak bermake up, siap gugel tutorial lagi.
    especially bab eye shadow. apahal eh??? memang buat tabiat sungguh, haha...
    daripada instinct, saya duk rasa bb saya mungkin boy. agaknya, hehehe.
    anyway, mohon copy entry nadiya ni dekat blog saya, leh ke?

    ReplyDelete
  5. Salam CT Zuraimi...

    Terima kasih kerana sudi membaca entry saya ini. Memang perangai kita hampir sama masa mengandung ni... tapi nak percaya seratus peratus tu memang saya tak galakkan... keputusanya kena tgu bila baby lahir nanti.. baru kita tahu boy ke girl... nak copy? Silakan... ini semua ilmu yang kita boleh kongsi bersama... tapi lagi bagus ceritakan pengalaman ct semasa hamil dan persamaanya dengan ujian ini.. tengok hasilnya.. dan saya harap bila lahir nanti boleh kongsikan dgn saya baby ct boy ke girl..?

    ReplyDelete
  6. Hello Nadiya, thanks for the info. Saya pun sama nak tahu sangat jantina anak. Tapi baru2 ni buat check up gynae tu ckp baby girl sbb takde 'cocoba' kat kepala masa buat ultrasound. I was like... Huh?? First time ever dengar. Then tak puas hati jumpa gynae lain plak. Doc tu plak ckp dia pun tak penah tau ada pattern mcm tu. Dia cuma ckp the only way nak tau jantina baby time ultrasound je. Dgn tgk organ bawah baby tu. Nanti if dah tau result yg sebenar saya kongsi. Saya siap google, tanya kawan2 doctor yg lain if dorang penah dgr pattern 'cocoba' dlm kepala baby ni. Maybe kena refer pakar otak kot. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cemmya... tima kasih sebab sudi baca entry saya ni. Tahniah sebab bakal jadi ibu. About what your Dr said... i memang never heard la.. apa maksud dia 'cocoba' tu?? So, macam mana dgn tip2 di atas... ia lebih menonjol kepada boy ke girl? Apapun.. semoga selamat semunya... nanti share lah resultnya ek.. chow!

      Delete
  7. emmm...first baby n second baby tak dak morning sicknes langsung...suka makan sate daging...asam2 ni tak suka...tak dak loya2 pun....yang kuar pun memang boy...ni pun alhamdulillah....baru 6 weeks...feeling yg sama...tak dak morning sicknes..tak dak loya2....suka makan sate daging.....tp berharap sangat nak bb girl...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mksdnya.. anak awk dah nak masuk yang ketiga yer.. tahniah. Bagusla kalau tiada morning sickness.. saya memang morning sickness sampai 5 bulan baru reda.. saya doakan semoga awak akan mendapat bb girl..

      Delete
  8. saya pun mengandung ni no.4
    no1 dan no2 boy.. Masa mengandung no1 dan no2 saya hari2 nak kelihatan cantik.. Pergi kerja mesti mekap lawa2.. minyak wangi pun spray x ingat dunia. tak tahan bau nasi yg sedang ditanak.. tak tahan bau dapur yg tengah menumis. Hari2 nak makan daging..Lauk2 saya masa tu, daging, kambing dan salmon. tapi rambut, kulit kepala, kulit muka dan badan mmg cantik..tak pakai krim pun berseri2 lawanya..kalau bab loya tu mmg dari pagi sampai malam loya nya tak hilang..suka makan yg masam2 utk menghilangkan loya.

    kandungan no3 tak menjadi sbb saya keguguran..Allah lebih menyayangi dia.. Masa tu saya tiba2 suka sangat baking..buat kek la, cookies la..i had a great time with that baby walaupun sekejap sahaja masa kami bersama.

    sekarang ni saya mengandung no4. again tak tahan bau tumis2.. tak suka memasak langsung, kalau kena masuk dapur, saya rasa teramat stress. loya dari pagi sampai malam..tak suka mekap, tak suka bau busuk atau terlalu wangi.. kulit kepala ada masalah kelimumur dan muka saya mcm nak tumbuh jerawat pulak ni,. padahal saya bukan jenis ada masalah tu selama ni.. suka makan buah yang manis2 dan sayur..suka minum fruit juice. suka makanan laut dan steak. saya mcm selekeh sikit la kali ni sbb tak suka mekap.. kalau kali ni perempuan, alhamdulillah..kalau boy juga, alhamdulillah juga la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih puan sebab sudi berkongsi di sini... memang ada perbezaan yang ketara dengan anak2 sebelum ni kan... mungkin girl kut... tapi itu semua ketentuanNya.. apa pun kita terima dengan redha... saya doakan semoga puan selamat melahirkan.. dan semoga keduanya selamat dan sihat.. insya-Allah..

      Delete
  9. Bila baca entry ni mcm kearah bby boy je sbb sjak tahu pregy xpernah nk muntah.. Hoho.. Mmg family harapkan bby boy pun sbb fmly saya adk beradik suma gurl.. Huhu.. Anak kakak saya pun gurl.. Hope betul la boy.. Tapi tu semua kerja Allah.. Saya n hubby xkisah pun bby boy or gurl.. Jnji sihat sempurna n cukup sifat.. Btw.. Nk mintak share info ni dalam blog saya ye.. Tq so much..

    ReplyDelete
  10. as salam. dah 3-4 kali saya baca entry ni, x pernah jemu. seronok baca pengalaman2 ibu mengandung. now i'm 18 weeks preggy, kandungan yg ketiga. yg 1st girl, 2nd boy. both preggies till preggy yg ni, morning sickness saya sgt teruk masa 1st trimester. seriously teruk! rasa mcm nak ambil unpaid leave for the 1st trimester tu.

    but now, alhamdulillah. semuanya dah ok. perut pun dah mula nampak. kalau tgk balik dari listing tanda2 tu, bnyk ke arah perempuan. actually, i don't mind anak apa. my hubby kalau boleh nak lelaki, bole sepasang ngan abgnya. tapi kalau dpt girl pun bagus jugak. silang bunga org kata. hehehe. insyaAllah..apapun semuanya ketentuan Ilahi. terima je apa yg Dia bagi dgn redha dan syukur.

    boleh saya copy dan kongsi info ni ke blog saya? thanks ya dan salam kenal dari saya :)

    www.suriaqistina.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      Tima kasih sbb sudi berkongsi di entry ini. Memang entry ni pun yang paling famous pun.. nampak sgt ibu2 teruja untuk tau jantina anak secara semulajadi kan?.. silakan jika ingin berkongsi.. sbb saya pun dpt artikel ni di blog orang lain jugak... apa pun, bestnya, saudari dalam proses untuk dapat anak ketiga.. saya skrg tengah mengandung anak kedua dan insyaAllah boy lagi.. entah bila la dapat anak ketiga nanti.... apa pun saya doakan agar saudari selamat mengharungi proses kehamilan ketiga dan selamat melahirkan.. InsyaAllah...

      Delete
    2. So anak ke 4 tu gurl ke boy?

      Delete
  11. Best entry ni....sy preggy ank ke 3..dua2 ank sy boy.. bdn sy preknen kn diaorg nampk slim dr blakang..perut besar ke dpn..hopefully 3rd baby ni gugurl la..kali ni kuat mkn semacam x mcm sblm ni..sy kena ekzema yg dr peha ke tapak kaki awal2 preknen..tepaksa pntang ayam n seafood..huhu..lain benor dr abg2 nya..

    ReplyDelete
  12. Best bca blog ni...mcm2 crita ada. Sy bru ja mngandung dlm 6 mgu..insya Allah baby yg ke 5..he3. Sy dh ada 4 org hero...dlu klu ngandung sy x teruk sgt alah,tp klu bau rebusan ayam...sup2 smua 2,mmg sy x tahan sgt. X plak nk mkn asam2...klu nk kluar rumah make up mcm biasa. X suka mkn nasi...mkn mee2 ja..kali ni sy ngandung rasa malas sgt,mls sgt nk sikat rambut...make up pun ala kadar...ni bru lg pregnant,xtaw la apa plak nti..

    ReplyDelete
  13. ASSALAMMUALAIKUM.....NADIYA,SERONOK BILA BACA RUANGAN NI,SY DAH ADA3 ORG NA LELAKI,DAN SEKARANG SY PREGNANT ANAK KE 4 PENGALAMAN SEBELUM NI,,SUMENYE X PERNAH LOYA ATAU MONINK SICKNESS..BUT YG KALI NI LEN SIKIT,,,DARI AWAL KANDUNGAN HINGGA USIA KANDUNGAN 5 BULAN..ASYIK LOYA2 N MUNTAH2 JE...TENTANG MAKAN PLAK,,MANG SUKA MAKAN MANIS2,,MINUM MANIS2 PENDEK KATA SUMA BENDA NAK YG SWEET2 JE..WARNA KEGEMARAN PON DAH BERTUKAR..SEBELOM PREGNANT SUKA SGT2 WARNA KUNING..TP SEJAK PREGNANT TETIBA SUKA WARNA PINK...WARNA YG TERAMAT SY BENCI SEBELUM NI..SKG DAH 32W,,N STILL X TAU AG JANTINA BEBY SY...

    ReplyDelete
  14. Best baca entry ni. Saya pregnant 6 weeks. Harap2 girl coz dah ada 4 heroes. Saya loya2 n pening time pagi. Suka mkn buah2... Juice masam2 tp kurang mkn sayur. Rasa malas yg amat sgt, x blh nk masak. Kemas rumah pun ala kadar je. X brape suka nak make up.

    ReplyDelete
  15. Bagusnya entri ni. Thanks berkongsi :)

    Tumpang lalu ye tuan tanah..
    Saya ada menjual set menyusu, bersalin & hamil :)
    http://thevitamomshop.blogspot.com
    http://facebook.com/vitamom

    ReplyDelete
  16. Seronok bce.tp sy kompius la sis.petua2 ade yg kata..perut rendah bby boy..perut tinggi bby girl..xtw la kn..skng sy prggy ank no 2..suke sngt tdo belah kanan..tp rase bby kt belah kiri..perut sy kedpn je kosong dkt pinggang..prggy kali ni ramai ckp kurus..mse ank first sume kembang..gurl..skng 20week xscan lg..firasat sy boy.tp ble bce petua..ade yg xkne.so jd kompius.hehe..ank sy gurl sjk prggy ni rapat sngt ngn sy.hr2 dok gosok perut2 ni..berckp ngn adik..hehe...hrp2nye bby boy la..aminnn

    ReplyDelete
  17. Salam best bce nk tau jntina byi ni excited je rse...skrg ni ngah mgndung 24week ank ke3 no1 dn no2 gurl hope ketiga ni dptla boy insyallah...time mgndung sebelum ni xpenah ade loye muntah cme dmm dn penin jer tp yg ni ade muntah loye mls nk msk nk wat kje uma asek nk kepit je ngan huby nek rimas dh dye hihi tp nk wat cmner rse rinduu jer bile jauh....bntuk perot ni bile tgk bulat tgk kt cermin npk kedepn ckit xtau la kn..wkt mual tu ske mkn asm masin bila dh xmual sumer telan jer hihi pnh gak wat scan tp bby tutup malu cm xnk tnjuk hihi ape2pun sy teme boy ker girl yg penting sht walafiat ckup semuanya aminn

    ReplyDelete
  18. Salam, saya skang ni prggy no.4....1st gugur masa 10 mgu n xde morning sickness lgsg. No.2 & no.3 xde morning sickness jgk cuma xde selera mkn nasi je utk 1st trimester n suka mkn gula2 n dua2 pon gegurl.....skang ni dah 22w prggy no.4....masa wat baseline ultrasound dr ckp maybe girl sbb x nmpk toot dia....tp Wallahua'lam, semuanya kerja Dia kan....sya mmg suka mkn msm n masin....hsbd pon selalu komen sya msk masin skang ni....hehehe....hopefully dpt bby boy pulak kali ni....tp kalau dpt gegurl lagi pon terima dengan hati terbuka...semoga bby sihat, selamat & sempurna sifatnya....Aamiin.

    ReplyDelete
  19. info yg menarik. Terima kasih untuk perkongsian ini.

    ReplyDelete

*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...