Wednesday, June 27, 2012

Rumah Terbalik

Kawan - kawan.. hari ni aku nak kongsi cerita aku di Rumah terbalik 




Aku bersama Rumah Terbalik


Kaunter tiket masuk



Kami Bersama Rumah Terbalik... 

Rumah Terbalik Borneo 

Salam semua.... mesti korang pelik naper tetiba aku kuarkan cerita pasal rumah terbalik kan...Ada artkel mengenai rumah tersebut di akhbar online.. bila baca teringat la ketika kami bercuti di sana. cerita ni pasal percutian pada tahun 2012... masa tu Awra baru berusia 5 bulan. Kami sekeluarga bercuti di Kota Kinabalu dan salah satu tempat menarik di sana adalah Rumah Terbalik di Tamparuli. Antara fakta mengenai rumah tersebut ialah : 
  • Ia terletak di Tamparuli dan menjadi rumah terbalik pertama di Malaysia dan Asia serta kelima di dunia.
  • Dibina Julai 2011 dan dibuka pada Februari 2012, rumah itu disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.
  • Ia mengambil ilham sebuah rumah di Kota Belud, pembinaan rumah ini cukup unik dan berbeza dengan rumah terbalik di seluruh dunia.
  • Pembinaan rumah ini bermula dari bumbung di bahagian bawah sehinggalah bahagian lantai dan mereka menggunakan cermin untuk memantulkan gambaran sebenar supaya setiap benda yang dipasang berada dalam keadaan yang betul.
  • Kelengkapan rumah seperti televisyen, sofa, peti ais, meja makan, katil, tilam dan kipas semuanya terbalik.
Mesin jahit seberat 35 kilogram ialah barangan terbalik paling berat di rumah itu.
  • Keluar daripada Rumah Terbalik Borneo, taman terbalik dan tandas terbalik serta kereta terbalik cukup mengujakan.
So, kerana teruja aku kongsikan beberapa gambar kami di sana.. sebagai kenangan.

No comments:

Post a Comment

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...