Wednesday, March 28, 2012

Cerita Aku Berpantang

Aku dan Awra di hari ke 45

Aduh, sibuk benor dengan baby awra, sampai nak menulis pun tak sempat.. tapi dia baru jer tidur setelah penat bermain dalam Gloworld dia... pas menyusu terus lena.. alhamdulilah. Jadi adalah masa terluang sedikit untuk coret2 cerita aku berpantang hari tu seperti yang dijanjikan... terima kasih kepada yang mengikuti cerita ku ini... hingga minta aku cepat2  tulis cerita aku berpantang ni.. tima kasih!!!!

Aku kena rewind balik minda aku untuk ingatkan balik  waktu  berpantang. Ingin aku tegaskan di  sini, setiap cara orang berpantang tidak sama..Aku tak tau sama ada cara aku berpantang sama dengan korang atau pun tidak. So, aku hanya nak berkongsi dan sekiranya bagus, boleh dijadikan ilmu untuk korang yang berkenaan.

Dua hari sebelum  bersalin aku mengalami batuk yang sangat serius.. dan keadaan itu sangat menggangu aku. Selepas bersalin aku masih batuk.. Malah semasa bersalin aku berperang dengan batuk dan sembelit yang teruk. Bayangkan batuk selepas bersalin... agak sakit di tempat 'episiotomi' namun aku tahan jer lah..Sembelit juga makin mendesak... dan itu normal kata doktor. Dua minggu selepas bersalin.. keadaan agak tegang kerana kesakitan bersalin masih dirasai ditambah dengan batuk dan sembelit.. tapi selepas itu semuanya kembali pulih hari demi hari.. Alhamdulilah.. 

Pergerakan Dalam Pantang

Semasa pantang aku tak dibenarkan keluar rumah selama 41 hari namun kerana terpaksa aku keluar juga pada hari ke 28 untuk cukur rambut Awra dirumah makcik ku. Pergerakkan aku juga sangat perlahan semasa dalam pantang, jika aku berjalan laju sikit, ayah ku akan menegur " jalan laju macam orang tak beranak" . Berdesing telinga aku... hehehe.. so, aku berjalan perlahan2 jer, ala, macam orang jepun pakai kimono, jalan slow2 dan sepit je kaki tu. Memang rasa mcm ayu sangat masa dlm pantang ni... hahahha..........namun itu nasihat orang yang berpegalaman jadi aku terima je. Duduk bersila tak boleh, duduk tergantung kaki pun tak boleh... kena banyakkan baring dan kaki lurus. Namun, aku bukan jenis yang boleh baring jer.. so aku akan duduk bersandar dan luruskan kaki..Kaki aku  pulak selama     41 hari dan plus2 berstoking jer. Tujuan pakai stoking ni supaya tak masuk angin. sebelum pakai stoking akan disapu minyak panas. Aku sangat selesa berstoking.. syok jer panasssss....

Makanan Dalam Pantang

So, cerita makanan semasa pantang, sepanjang aku dalam proses membaik pulih selepas bersalin aku hanya dibenarkan makan oleh pengasuh2( ayah dan kakak2 ku) di rumah hanya ikan bakar, nasi putih panas dan lada hitam yang dikisar ataupun halia dan kunyit yang digoreng sedikit dgn minyak zaitun. Aku harap korang semua faham... hanya nasi putih dan ikan bakar yg terpilih sahaja sepanjang tempoh itu! Tiada makanan lain selain makanan itu!!!

Nasi Putih
Nasi panas2 dan ditabur lada hitam yang dikisar halus. Kerana hanya nasi kosong sahaja, aku rasakan lada hitam itu sgt sedap walaupun sebelum ini, aku mmg tidak boleh langsung telan lada hitam. Nasi tidak boleh ditambah sepanjang berpantang.. jadi aku memang makan tidak bertambah. Selera aku pun tak besar .. entah, mungkin kerana perubahan beso berlaku pada aku...

Ikan Bakar
- ikan Selar
- ikan haruan
- ikan kering haruan

Korang percaya tak.. sepanjang 41 hari aku hanya makan 3 jenis ikan mentah  ini sahaja.. da masa aku makan da masa aku tak der selera.. yer la hanya ikan ini jer pastu asyik bakar jer.. bila aku tanya kenapa tak leh goreng.. kakak ku kata, masa pantang mmg tak leh bergoreng, minyak tu berlemak... jadi aku sabar dan aku terima sahaja. Aku tak marah langsung malah aku kuatkan semangat untuk mengharungi tempoh aku berpantang itu dengan gembira. Jika aku dah tak da selera sangat.. aku tak makan langsung dan itu tiada masalah.. aku minum air putih jer.. aku mengaku, dalam masa berpantang ada ketikanya aku rasa tertekan.. yerlah semua benda nak pantang.. tak leh makan.. tapi bila fikir itu semua untuk kebaikan diri aku.. aku redha jer..

Kopi O dan Biskut Kering
Selain nasi aku hanya dibenarkan makan biskut kering dan kopi o sahaja. Bagi aku inilah penyelamat jika aku tiada selera makan nasi. Dapat lah biskut kering menjadi pengalas perut. Da sekali aku minum susu pekat manis, terus perut baby ku meragam kerana aku menyusu badan. Rupanya, ibu menyusu tak digalakkan minum susu pekat manis kerana perut anak akan kembung.  Jadi, kerana anak terpaksa lah aku berkorban.

Kunyit dan Halia
Masa berpantang aku banyak makan dan minum air halia dan kunyit. Sebaik aku melahirkan, 3 jam lebih selepas itu aku terus di berikan air kunyit untuk diminum... memang aku tak pernah minum air kunyit sebelum ini namun kerana untuk membaik pulih dalaman badan aku .....aku kena bertahan dan minum jugak. Tujuan minum air kunyit halia ni  Aku tak sangka, sepanjang aku bersalin, semua benda yang aku tak percaya aku boleh telan, semuanya aku telan kerana memikirkan untuk penyembuhan diri sendiri.... aku sendiri payah nak percaya. Masa berpantang ni, aku rasa sedap sgt halia dan kunyit yang digoreng dengan minyak zaitun(sesudu beso) di makan dengan nasi putih panas2... aku sendiri pun hairan.

Berurut dan Bertungku
Bertungku memang wajib bagi famili aku sekiranya bersalin. Tapi untuk aku, aku dah siap2 mengupah seorang nenek ni. Dia memang  tukang urut.. diperturunkan dari mak mertua dia... aku sebenarnya tak biasa badan diurut. Sebelum bersalin pun, masa nak kawen aritu jer aku diurut..sekali je pun,  tu pun aku rasa sakit masa diurut tapi bila dah siap diurut baru aku rasa selesa. Begitu juga dengan mengurut masa berpantang ni... rasanya sangat selesa bila badan kita diurut. seluruh badan diurut... dari kepala hingga ke jari kaki dan dari depan ke belakang.. semua diurut.. selesai proses mengurut aku akan ditungku pulak.. mula2 rasa panas menyengat bila terkena batu tungku tu tapi bila lama2 baru aku rasa sangat selesa ditungku.. sama jugak dari atas hingga ke bawah.. dan dari depan ke belakang... aku mengurut selama 10 hari sepanjang tempoh 41 hari.. so, aku aturkan hari bermula dari hari ke 4 selepas bersalin.. aku diurut 3 hari.. lepas tu aku biarkan seminggu sambung lagi 3 hari dan seminggu lagi 4 hari.. pada hari last berpantang selepas berurut dan bertungku.. da pulak proses 'pelepas'.. aku dan baby lepas tu baru mandi bunga... masa mandi bunga aku rasa hati berbunga2 riang.. rasa sangat bersemangat..dan bertenaga. yer lah.. aura dari warna dan bau bunga tu menyerap di badan aku.. secara saintifiknya lah... so, upah semuanya proses ini RM 300 lebih sahaja..  (standard la Kota Bharu).


Berdiang
Semasa aku berpantang aku juga ada berdiang secara eksklusif.. berdiang sepatutnya mula sejurus selepas bersalin tapi aku mula berdiang selepas 2 minggu bersalin kerana terdapat beberapa perkara yang memaksa xtvt berdiang ni ditangguhkan. Bab berdiang ni aku rasa tensi mulanya.. sebabnya, menurut orang dulu2.. jika dah mula pasang api dapur untuk berdiang tidak boleh biarkan api padam sepanjang tempoh berpantang.So, jika aku pantang 44 hari jadi api tak boleh padam selama 44 hari... itulah ketatnya proses berpantang yang keluarga aku amalkan... namun aku tak mampu nak ikut sepenuhnya... aku mula berdiang dah 2minggu selepas bersalin... korang tau tak mcm mana cara berdiang. Aku akan berbaring di kayu diang (mcm katil single tapi kayu sepenuhnya) dan dapur api diletakkan dibawah. Kita kena bakar arang dalam dapur tersebut sehingga jadi bara dan biarkan bara tu  dibawah katil tu. Mula2 aku berdiang aku tak tahan... giler panas bara arang tu....tapi bila beberapa hari selepas itu baru aku rasa keselesaan dan selepas itu aku berdiang dengan rela. Aku pun perasan badan semakin ringan lepas tu. Badan aku rasa ringan dan sangat fit.... Sesungguhnya, berdiang ni ibu segala ubat jika dibuat dengan betul.. ia mengecutkan urat yang berkembang semasa mengandung dan bersalin.. sangat bagus untuk peranakan kita dan sebagainya... dan bak kata orang kampung, badan kita boleh 'pakai lama' jika cukup syaratnya kita berdiang. Orang perempuan  dulu2 yang badan masih kuat walaupun dah berusia 80 - 90 tahun  sebab amalkan berdiang la... itulah cerita aku berdiang..


Mandi Air 'Teresat'
Sepanjang 41 hari aku disediakan air mandian teresat (bagi org kelate) oleh keluarga untuk hilangkan bau hanyir darah dan segarkan badan yang lemah. Air teresat ni air rebusan daun2 herba contohnya, daun pandan, daun sireh, daun kunyit, daun serai wangi, daun limau purut dan macam2 lagi. Jadi, setiap pagi mereka akan sediakan air mandia teresat ni.. setiap kali mandi aku akan rasa segar. Selain itu, sekali sekala aku akan mandi dengan air herba cina.. herba tu boleh dibeli dari kedai ubat cina... air campuran akar kayu sangat bagus bagi wanita yang bersalin...  

Berbengkung
Setiap pagi selepas mandi, aku akan dipakaikan bengkung tapi sebelum tu akan disapu dengan  Herbanika Barut Nona Roguy. Bengkung juga aku beli yang Nona Roguy. Bila berbengkung ni, perut rasa selesa sebab sebelum ni perut dah lama berisi padat dengan baby.. bila baby dah keluar perut jadi gelebeh.. mula2 bila tengok perut jadi macam tu aku jadi tension tapi bila kakak ku bagitau yang itu normal dan jika pakai bengkung selalu InsyaAllah perut akan kembali macam asal.. alhamdulilah, perut mengecut tapi tak mengecut seperti sebelum mengandung.. dan aku tak derlah terikat sangat dengan bengkung ni sebab da masa bila pakai ketat sangat aku rasa lemas... hehehe.. jadi tak dapat la nak fit sgt... tapi orang kata jika betul2 berbengkung memang akan lebih fit dari asal.. tapi aku akui aku tak tahan sangat bila berbengkung.. so, aku kena terima la kalu perut gelebeh.. padan muka aku..


Manjakani dan Akar Kayu
Sepanjang berpantang aku amalkan minum air akar kayu dan manjakani. Rasanya memang pahit giler tapi kerana nak sembuh dan untuk kembalikan rahim aku seperti sediakala terpaksa la telan jugak. Tapi aku da la rasa pelik sebab sebelum ni aku tak boleh langsung dengan minuman akar kayu mesti muntah tapi bila lepas bersalin ni boleh je aku telan.. mungkin kerana keinginan aku untuk cepat sembuh membuatkan aku berupaya melakukan semua ni... itulah kuasa minda aku. Bila aku yakin aku boleh, mesti aku boleh lakukan tapi jika aku kata awal2 lagi tak boleh.. memang tak boleh..... jadi, tepuk dada tanyalah diri kita sendiri ek!!!


Salindah

Tengok bekas Awra tidur... gaya kuak lentang..
Hampir majoriti kawan aku yang bersalin mengambil set Nona Roguy selepas bersalin sebab ia set lengkap l tapi aku dari 3 bulan hamil hingga 41 hari berpantang mengambil Salindah sebagai permakanan kesihatan. Aku nak juga ambil set Nona Roguy namun jika banyak sangat makan jamu  takut nanti  panas  dan anak aku yang menyusu yang akan terkena kesannya.. kalau nak tahu kesan ubat kita makan tu panas ke tak.. tengok najis anak.. jika cair maksudnya ubat tu panas.. jadi memang kesian baby kita. Alhamdulilah, set Salindah memang lengkap dan sesuai untuk aku dan baby... aku juga boleh rasa kesannya dari hari ke hari.. badan makin bertambah kuat dan bertenaga... kerana produk Salindah yang elok dan aku sendiri yang testemoninya jadi aku mengesyorkan produk ini kepada kawan2 ku... dan aku juga dah jadi member untuk produk Salindah ni.. nanti aku akan cerita banyak lagi kebaikan Salindah di entry yang lain.... so, kalau da yang berminat nak beli Salindah ni boleh roger2 aku...ek!!!

Kini, sehingga hari ke 98 aku masih berpantang... namun tak seketat pantang dalam 41 hari yang lepas. Ada lagi sesetengah makanan yang aku masih berpantang contoh makanan sejuk2 macam bayam, timun, pisang dan tembikai dll. Makanan yang menghasilkan angin juga aku elakkan contoh, kacang, pulut, dll. Itu untuk elakkan dari anak kembung perut sebab Awra masih lagi menyusu badan. Buah yang tajam macam nenas muda, air tebu dan jambu batu lagi lah kena elak terus sebab ia tak elok untuk rahim wanita yang baru lepas bersalin. Ais dan air sejuk langsung aku tak sentuh untuk elakkan kembang urat (tapi da gak masa terminum dgn tak sengaja ... hehehhee)... Alhamdulilah masa dalam pantang berat badan aku turun 15kg...rasa macam tak percaya, tapi sekarang dah naik balik sikit sebab pantang tak ketat.

Sebenarnya selepas pantang ni masih banyak yang kena pantang dan elok tak di makan terus. Aku berpantang kerana aku rasa badan aku selesa dan aku dapat rasakan berubahan sistem badan aku selepas bersalin.. dah tak macam dulu2... dan perubahan itu sangat ketara.. jadi, untuk kebaikan aku sendiri kerana itu aku masih berpantang... aku juga berpantang selama 100 hari tidak ' bersama ' suami. Nasib baik suami aku seorang yang sangat memahami... malah mak dia lagi tegas memaklumkan pada dia yang aku mesti berpantang sehingga ke 100 hari... alhamdulilah..

Itulah dia cerita berpantang versi aku... sememangnya tak sama dengan korang kan... banyak cerita pantang kerana banyak adat, banyak cara hidup yang tak sama,... walau macam mana pun cara berpantang itu, semunya untuk kebaikan kepada wanita yang lepas bersalin... semuanya itu untuk kebaikan kerana kita nak gunakan badan kita ini bukan hanya untuk hari ini sahaja tapi hingga akhir hayat jadi amat penting untuk kita menjaga kesihatan tubuh badan kita kerana   kepentingan keluarga dan kita sendiri. Bagi aku, penting untuk aku sihat untuk aku menjaga anak dan suami ku... kerana mereka lah insan yang paling aku sayangi. 


P/s :  Cerita pantang korang macam mana pulak ek?

24 comments:

  1. SAlam...sya akan berpantang di kb oktober nanti...bole x sya tau contact no tukang urut yg awak cakap tu...memang dia urut ok ke...tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... tima kasih sbb sudi baca entry saya ini... pasal tukang urut tu.. saya nak tau.. anda duduk di mana? sbb dia tinggal di Binjai, Kota Bharu kelantan. So, dia hanya akan mengurut di sekitar itu sahaja... dia mengurut memang baik sebab mengurut satu badan iaitu dari rambut hingga ke ibu jari kaki... so, kena bgtau dulu anda tinggal di mana.. harap maklum. ^_^

      Delete
    2. Saya akan berpantang di jalan hospital,kota bharu...makcik tu kena ambik & hantar atau dia boleh datang sendiri...btw sya ita...email sya danita0778@yahoo.com...tukang urut yg sya ada tu charge mahal sgtlah rm50 utk satu hari...cam rate kl plak...tulah sebab nak cari yang lain...hu hu...thanks in advance...

      Delete
    3. Salam.. jalan hospital tu.. kat kota bharu... rumah akak kat wakaf stan... sbb tu dia boleh datang... mcm ni la.. akak email no hp dia nanti... then, try tnya dia leh tak dia mengurut di Kota Bharu... dan akak cadangkan.. baik amik dan hantar dia.. sbb biasanya husband dia yang amik dan hantar dia.. dgn motor jer... sian dia.. nak ulang - alik jauh dengan motor.. apa pun tya makcik tu sendiri dulu yer..tima ksih!!!

      Delete
    4. Salam..boleh tak bg sy contact number tukg urut tu. sy bkn nak urut pantang..urut biase saje..blossom_234@yahoo.com

      Delete
  2. nak tanya kalau sy nak mula mkn produk nono roguy selepas berpantang boleh ke?sy da 100hari lebih.tp masa sy bersalin sy c-sect so tak bnyk sy mkn.sy risaukan kesihatan bdn pd masa depan.blh tak pndapat tuk mkn pe.bukan tuk kurus tp lebih tuk kesihatan sbb size bdn sy takde masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. tima ksih sbb sudi baca entry ni... Tahniah, kerana dapat baby baru. Pasal produk Nona Roguy tu.. tak der masalah.. boleh je makan... macam saya.. utk kesihatan sendiri mmg saya makan Pythonatal NR selepas 4 bulan bersalin... sbb sebelum tu saya teruskan makan suplemen Set Salindah.. mmg bagus untuk kesihatan kita... selamat mencuba!!!

      P/s: nanti roger la bagaimana perkembangan seterusnya ek...

      Delete
  3. Salam..nak tanya no contact makcik urut ni. Saya due awal bln 5, akan berpantang di Beris Kubur Besar. Tgh mencari tukung urut di area umh saya. Tkg urut saya dlu dh xde kena cari yg baru. Binjai dktlaa umh saya bolehlaa mak saya pegi amik n hantr dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Terima kasih pada puan Shahida sebab bakal menjadi ibu... tentang isu tukan urut tu.. say boleh bagi no tel nya.. nanti pandai2 la berurusan dengannya. Tapi kalau boleh, baik pergi ambik dan hantar dia ke rumah. Itu nasihat saya tapi apa pun bincang baik2 dengan dia... saya mohon add email puan utk saya emailkan no tel nya.. Harap maklum. Apapun saya doa semoga puan dan anak selamat keduanya..

      Delete
    2. Email saya shahida_aliya@yahoo.com. Terima kasih ye.

      Delete
  4. Salam sis, thanks for sharing! :) sgt brinformasi... Best tak
    Berurut dgn makcik tu? Nak mintak no die blh?ni emel saya.. Norhafiza.zukepeli@yahoo.com.. Trima kasih.. :)

    ReplyDelete
  5. Saya pun nak tahu number contect tkg urut tu. Area mana yer dia

    ReplyDelete
  6. Salam.. saya berminat degan tukang urut tu. Saya akan berpantang di kubang kerian. Area istana mahkota... boleh email saya di kurtnie@yahoo.com
    Terima kasih ya..

    ReplyDelete
  7. Salam. Saya pun berminat nk cari tkg urut kt area binjai. Boleh email saya contact dia tak? niklinda43@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Salam.saya baru baca blog puan..boleh email no tepon mak urut tu tak?
    Email:norhayatiridzuan@gmail.com.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Salam..saya baru terbaca blog puan..boleh minta no telefon mak cik urut tu tak?
    Email:norhayatiridzuan@gmail.com
    Tq

    ReplyDelete
  10. Salam.saya sedang tercari2 tukang urut bersalin.boleh minta nmbor telefon mak cik urut tu tak?terima kasih. email: sya.nur9.ns@gmail.com

    ReplyDelete
  11. As salam... saya akan bersalin czer lagi 2 minggu. Tolong emelkn no. telefon makcik tukang urut yea chiquema@gmail.com ... terima kasih byk2.. byk dpt info dr entry ni...

    ReplyDelete
  12. Salam kak Nadiya..minta kak hantarkan nombor telefon mak cik tuksng urut tu. ni email saya nor.syahida.mj@gmail.com

    ReplyDelete
  13. assalam..saya ayu..baru terbaca blog nadiyamasa search pasal bidan..saya stay in KL tapi ingat nak pantang di kelantan..area pasir puteh.tukang urut tu ada urut dengan kaki tak? boleh bagi nombor dia tak..email me: ayulissa85@yahoo.com..amat ssuah nak cari bidan yang betul mahir mengurut dan bertungku..semasa bersalin anak 1st,makin lebam bdan kena urut. kalau ada sesape yang tau bidan kg yang best di area pasir puteh, emailkan saya nombor contact bidan tu ye.. Tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf la.. sy xdapat nk bagi no contact bidan tu sbb dia hanya amik pelanggan sekitar kubang kerian hingga ke wakaf stan sahaja.. pasir puteh terlalu jauh untuk dia.. lagipun dia dh berusia... dan hanya membonceng bersama suami jika ke mana -mana.. cuba cari tukang urut sekitar pasir puteh.. saya percaya jika cari betul2 mesti dapat cari tukang urutnya.. dan untuk penetahuan awk... mok su ni bkn bidan.. dia hanya tukang urut sahaja.

      Delete
  14. salam kak..blh bg no contact tkg urut tu x? sy dk area binjai..dlm pantang n tiada tkg urut lg...nie email sy tengkuwifi@gmail.com..tq sgt ea kak..

    ReplyDelete
  15. Aaaalam... boleh x bagi no. Tukang urut tu...sy kt area wakaf stan... ni no. Hp... 0196664606....

    ReplyDelete

*

#

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...