Cerita Keajaiban Allah
Alhamdulilah.. akhirnya aku berkesempatan untuk menulis hari ini. Awra anak ku telah aku mandikan dan sedang tidur jadi ada la masa untuk aku berkarya.. chewahhhhh...berkarya la sangat. So, seperti yang dijanjikan hari ini aku akan bercerita bagaimana proses untuk melahirkan anak pertama aku, iaitu Awra Nashrullah... Seperti yang aku ceritakan pada entry yang lepas saat2 aku dalam minggu ke 38 selepas itu beban kandungan aku rasakan semakin berat dan badan aku rasa sakit terutama dibahagian perut. Bukan sakit yang teruk tapi kesakitan itu membuatkan aku tak mampu untuk tido lena pada malam hari dan lengguh2 badan sepanjang hari. Mengikut pembacaan aku, itu kerana rahim aku yang semakin berkembang kerana proses untuk melahirkan. Saat aku menunggu detik kehamilan aku tak mampu untuk berjalan - jalan sangat malah ketika itu kebetulan keluarga belah suami sedang sibuk dengan majlis perkahwinan adik iparku. Jadi, aku hanya menunggu dan menunggu saat untuk bersalin rumah dikampungku, Kota Bharu Kelate.
Kenyataan, setiap malam pada minggu ke 39 dan 40 dirasakan seperti ingin bersalin. Nasib baik cuti aku banyak jadi dapat la aku bercuti awal dan merehatkan badan dikampung lebih awal. Sememangnya aku merancang sebegitu supaya masa aku sarat tak payah la aku bersusah - susah lagi nak keje. Tapi selama mana aku nak cuti. Cuti bersalin hanya akan mula selepas aku bersalin dan cuti yang aku mohon semakin habis. Neves jugak la aku nak mohon cuti lagi jika aku tak bersalin pada tarikh yang telah ditetapkan. Tiap malam aku berdoa agar aku akan bersalin pada due yang telah doktor jangkakan. Tiap malam juga aku akan bangun di sepertiga malam untuk solat tahajud dan solat hajat semoga dipermudahkan untuk aku bersalin nanti. Aku buat segala yang disuruh oleh keluarga ku contohnya minum air Sanggul kacip FAtimah yang dibawa balik dari Mekah oleh Mertua ku. Aku juga makin kerap membaca surah2 yang glamer pada para ibu mengandung seperti :
surah Yusuf : supaya anak dilahirkan nanti comel dan cantik peribadi
surah Meriam : supaya senang untuk melahirkan anak
surah Yassin: mendengar kata dan patuh ibu bapa
surah Luqman : supaya anak yang dilahirkan cerdik pandai
surah Taubah : Mohon keampunan
Dalam beberapa hari minggu ke 39 aku ke pusat perubatan yang telah aku pilih untuk bersalin iaitu pusat perubatan swasta yang agak terkenal di Kota Bharu. Aku pergi bersama suami yang telah sampai dikampung ku selepas selesai majlis pernikahan adiknya. Aku diperiksa seperti biasa, Doktor pakar yang memeriksa aku megesahkan bayi dalam kandungan ku ok dan berat baby bertambah dari 2.8kg kepada 3.2kg. Aku mula rasa resah kerana bimbang aku tidak akan mampu untuk bersalin normal namun doktor menenangkan aku dan meyakinkan aku bahawa berat baby itu biasa dan masih boleh bersalin normal. Aku lega. Doktor juga bertanya sekiranya aku ada rasa sakit untuk bersalin atau pun tidak aku jawab memang tiada langsung.
Genap minggu ke 40 iaitu tarikh yang dijangka, masih tiada tanda keluar air ketuban ataupun sakit nak bersalin yang ada cuma sakit menahan beban yang aku rasa semakin menekan bahagian bawah badan ku. Namun, kerana beban yang mebuat aku tidak bisa tidur itu menyebabkan suami memaksa aku untuk pemeriksaan sekali lagi. Aku akur dan aku diperiksa sekali lagi. Kali ini rupanya air ketuban aku telah berkurangan lalu doktor menyuruh aku masuk wad untuk persediaan sekiranya aku akan bersalin pada waktu terdekat.
Hari Aku Bersalin
Tengok, kembang semua termasuk la hidung ku... org pednen kan!!! |
Esoknya, 22/12/11 aku masuk Wad pada jam 8.00pg dan aku diberi ubat.Ubat tu sangat kecik (sekecil ubat panadol dibelah 4). Jantung baby diperiksa dan ubat buang air besar dimasukkan (kamu faham2 la bahagian mana ek) kerana dalam minggu ke 39 aku megalami sembelit yang teruk. Hampir 4 hari aku tidak buang air besar. Tak sampai 5 saat aku terus meluru ke tandas kerana rasa nak buang air besar. Bila semuanya keluar aku rasa kelegaan yang amat.. Alhamdulilah. Aku masih tidak terasa sakit dan suami masih setia menemani di sebelah ku. Aku masih ingat makanan tengahari yang terakhir aku makan sebelum aku bersalin, ikan masak sambal yang sgt besar dan aku berjaya habiskan seorang diri. Aku makan berselera sekali kerana kakak ku pesan kena makan untuk tenaga bersalin nanti. Petangnya aku mula terasa sakit selang seli (contraction) dalam sejam sekali. Aku diberi makan ubat kecik tadi, sekali lagi dan pada jam 4 dan doktor pertama kali check 'jalan' bersalin dan itulah pertama kali aku menjalani pemeriksaan sebegitu ( inikan pertama kali aku bersalin dan rasanya sangat aneh dan ada rasa sedikit geli dan senak) . Mulanya aku rasa amat malu namun kerana rasa sakit yang semakin menyengat aku tahan aja. Yerlah, nanti doktor nak sambut baby ikut jalan tu jugak jadi redha aja. Rupanya jalan aku baru terbuka 2cm. Aku masih tenang dan bersahaja.
Lebih kurang jam 7 mlm kakak ku datang dan bawakan keropok lekor kesukaan aku. Aku rasa nak sangat makan keropok lekor sebelum bersalin. Namun, selera aku menurun dan hanya sentuh sikit je. Kemudian Kaunselor datang dan bagitahu tentang proses bersalin. Katanya, walaupun ada darah yang keluar sebelum bersalin aku masih boleh solat sekiranya masa bersalin itu masih panjang. Dia juga bagitau bahawa bersalin itu sakit dan aku mesti bersabar dan bertahan. Sakitnya seperti berperang kerana ia menghapuskan dosa2 ibu yang melahirkan. Seorang ibu yang melahirkan, dirinya suci dari sebarang dosa seperti bayi yang dilahirkan. Begitu la besarnya pahala bagi seorang wanita yang bersalin. Dia juga kagum pada aku kerana masih bisa tersenyum walaupun dalam keadaan waktu itu. Apa yang diberitahu oleh kaunselor itu aku terima dengan hati yang tenang... InsyaAllah aku akan mampu melahirkan bayi dalam kandungan ku ini. Sebenarnya, hati aku resah tiada henti kerana memikirkan sakit yang akan aku alami untuk melahirkan anak ini. Aku selalu tertanya adakan aku mampu untuk melawan kesakitan dan bertarung demi melahirkan zuriat yang bermakna ini. Bilakah aku akan merasai proses kelahiran itu Hanya Allah yang tahu.
Jam 8. 20 aku usai solat Isyak dan mengaji rasa sakit perut pun bermula. Mulanya dengan sakit biasa2 saja tapi semakin lama semakin sakit dan kekerapan 5minit sekali. Aku minta suami panggilkan doktor dan sekali lagi jalan di check tapi masih 2cm. Kesakitan yanga ku rasa diberitahu pada doktor dan katanya itu adlah normal, dia minta aku bertahan. Pertama kali aku rasa kesakitan tersebut dan rasanya boleh tahan sakitnya. Memulas - mulas perut ini aku rasakan. Aku mula berlatih pernafasan untuk mengawal kesakitan contraction yang aku alami. Saat itu baru la aku dapat rasakan kesakitan yang dialami oleh semua ibu apabila ingin melahirkan. Hanya Tuhan saja yang tahu akan kesakitan itu. Aku bertahan dan bertahan.
Turun Darah
Jam 10.30 malam, aku rasa lemah dan tiada tenaga, aku rasa aku sudah tidak mampu untuk menahan kesakitan. Aku panggil nurse dan minta ubat tahan sakit. Sekali lagi jalan aku di check dan jalan telah terbuka 4cm.. bila aku mohon ubat tahan sakit, dia memujuk agar aku bertahan kerana sekiranya aku mengambil ubat tersebut, dikhuatiri aku dan baby akan mengantuk ketika saat kelahiran. Aku katakan padanya aku dah tidak tertahan kesakitan contraction ini namun dia memujuk supaya bertahan dan aku tidak percaya aku masih bertahan. Untuk mengurangkan rasa sakit aku berjalan disekitar bilik dari jam 10.30mlm sehingga jam 1.00pg. aku juga melakukan senaman untuk memudahkan proses keluar baby. Ramai kawan ku berkata jika banyak berjalan dan melakukan senaman, InsyaAllah akan mudah untuk bersalin nanti. Ketika ini aku mempraktikkan segala nasihat dan pesanan yang disarankan oleh teman2 dan keluarga. Untuk mengurangkan rasa sakit2x yang amat itu aku mula mengawal pernafasan dan ternyata itu dapat mengurangkan sakit. Aku juga mula tidak memikirkan rasa sakit. Aku sebut dalam hati, " tak sakit" berulang kali dan itu berupaya menghilangkan kesakitan. Doa nabi Yunus aku baca berulangkali sambil berjalan- jalan.
Tekanan semakin kuat. Suami menyuruh aku tidur dikatil tapi aku tak peduli. Aku mengantuk, penat, sakit dan tertekan. Aku perasan ketika sakit itu aku jadi geram padanya. Aku dah cuba berbaring di atas katil tapi rasa sakit berlipat kali ganda dan aku tidak tahan berbanding dengan aku berjalan. Dia juga sudah kepenatan menanti aku, aku suruh dia tidur dan dia lena dalam kepenatan. Ada masa aku ke tandas lalu terkencing dan terbuang air besar (nasib baik bukan baby yang keluar). Tepat jam 1 aku ke tandas lagi dan aku rasa sesuatu melekit yang pastinya bukan air kencing. Aku sentuh dengan tangan rupannya darah dan lendir yang keluar. Terus aku call doktor dan jalan aku di check sekali lagi. Rupanya jalan dah terbuka 8 cm. Aku rasa lega kerana teknik yang aku lakukan menjadi. Terus aku diarah ke Labour Room. Suami aku kejutkan dan dia memapah aku ke Dewan Bersalin. Nurse disitu terkejut kerana pertama kali dia melihat wanita yang nak bersalin berjalan kaki ke dewan bersalin dan wanita itu adalah aku... sebenarnya aku berjalan kerana ingin cepat bersalin walaupun aku dah berjalan selama 3jam sebelum itu. Aku sendiri tak percaya aku lakukan semua tu. Dan aku langsung tidak menangis...
Dalam Dewan Bersalin
Kesakitan semakin kuat dan aku dapat rasakan yang aku sudah tiada tenaga. Masa tu baru aku menyesal sebab aku tak makan malam tadi (padan muka aku.. hehehe). aku berbaring di atas katil bersalin dan ketika ini suami masih setia disebelah. Dia tak berhenti2 berdoa dan berselawat di telinga ku. Aku sedar aku tarik rambut dia sekuat hati, aku peluk leher dia, aku ramas jari - jarinya. Apatidaknya, saat ini sakitnya aku sudah tak tertanggung. perut aku rasa seakan ingin pecah. Dia cuba tenangkan aku, denganberkata " sikit je lagi, tahan yer sayang". Betul la kata orang, rasa sakit nak bersalin ni rasa seperti ingin buang air besar tapi memulasnya itu berkali - kali ganda sakit berbanding rasa ingin buang air besar. Aku ingat masuk bilik tu aku terus bersalin rupanya kena tunggu sehingga terbuka 10cm. Aku bertahan sekuat hati. Aku tak berhenti baca doa Nabi Yunus dan mengucap dan segalanya. Aku juga tak berhenti berdoa didalam hati " Ya Allah, kau keluarkanlah keajaiban yang kau kurniakan kepada kami ini dengan mudah" aku lafazkan itu tidak berhenti - henti kerana bagi aku, anak yang di dalam rahim ku ini adalah keajaiban teragung dari Allah.... Dialah Maha Pencipta.
Suami ajar aku cara bernafas dengan betul namun kesakitan yang aku rasa menyebabkan aku panik dan hilang segala ilmu yang aku dah praktikkan sebelum ini. Aku cuba berulangkali dan masa semakin panjang. aku terus bertahan, bernafas dengan cara yang betul. Aku masih ingat lagi ketika jalan dah terbuka 10cm dlm sekitar jam 3.45pg, aku diarah 'push' dengan sekali nafas sekiranya aku lepas nafas aku kena terus tarik nafas dan teran lagi. Saat itu aku rasa keliru dah la sakit yang amat. Tangan aku mesti pegang buku lali dan suami menahan belakang ku untuk menolong aku meneran. Aku masih ingat 4 org nurse dan seorang doktor pakar mengelilingiku dan ada nurse yang berselawat semasa aku meneran. Mereka bersama - sama dan bersemangat menyuruh aku meneran. Bila aku mendengar lafaz suci beramai - ramai itu, Akhirnya tepat jam 4.00pg (Jumaat, 23/12.11) kali kedua aku meneran dengan sekali nafas dan lafaz Allahuakhbar...(dalam masa itu juga aku dapat rasa doktor melakukan episitomi di vagina aku) keluarlah keajaiban Allah itu (bayi pertama kami) dan serentak itu juga aku menjerit Allahuakhbar dan saat itu aku rasa seperti something telah keluar dari perutku..(rasanya memang seperti buang air besar sembelit tapi dengan kesakitan 100x ganda) serta merta perut ku yang buncit mengempis. Doktor terus memanggil nama ku dan menunjukkan bayi comel yang masih merah berdarah kepada aku dan mengesahkan ianya bayi lelaki dengan berat 2.8kg dan kemudian aku terdengar tangis kecil hanya sekali dan terus bayi kami di cucikan. (masa lihat baby tersebut, sempat lagi aku berfikir, punya la besar perut ku tapi baby yang keluar kecil jer dan hanya berat 2.8kg.. )
Selepas itu, Aku dah separuh sedar dan hanya mampu mendengar dan merasa peha aku dicucuk dan aku terasa saat doktor menjahit luka bersalin ku. Kemudian aku diberi minum air milo suam yang aku rasa sangat bermakna pada aku ketika itu...... Untuk semuanya aku mengucapkan syukur tak terhingga kepada Allah SWT kerana memberikan aku kenangan paling indah dalam hidup aku dengan keajaiban Nya yang diberikan kepada kami. Terima kasih tak terhingga pada suami yang tercinta, Amir Faisal kerana menjadi penyokong yang setia semasa kelahiran ini dan kepada semua pihak Pusat Perubatan An Nisa' di atas perkhidmatan yang sangat memuaskan hati aku serta kepada semua ahli keluarga tersayang, kawan - kawan kerana doa kalian semua. JUga, rasa berbaloi yang amat sangat kerana aku boleh dikategorikan amat mudah bersalin kerana ini adalah kali pertama aku bersalin dan aku tidak mengalami apa- apa komplikasi dan anak kami sangat sihat, berbaloi - baloi aku mengambil Salindah sebagai permakanan sejak dari aku mengandung 3 bulan aku habis berpantang 44 hari. Alhamdulilah..Semuanya Kuasa Allah!!!
Inilah Keajaiban Allah kepada aku dan suami ... Awra Nashrullah. Dia di hari pertamanya di dunia ini. |
kartun nie mengganggu pembacaan saya..so jadi kurang menarik blog awak nie..
ReplyDeleteSalam... terima kasih kerana sudi membaca blog saya..
DeleteTak sangka pulak kartun kat sebelah ni mengganggu pembacaan saudari.. sebab sepanjang saya buka blog saya tak ada pulak ia menganggu pembacaan saya.. tujuan kartun ini untuk sedikit tarikan.. tiada niat lain.... apa -apa pun terima kasih di atas pandangan saudari itu...
Salam.. terharu bace pengalaman awk.. actually jalan2 search tentang buat kad pink tu.. tp, syok pulak bace tentang experience awk berpantang & bersalin.. sy baru 3 bulan hamil.. thanks sebab sudi share.. huhu anyway tahniah (^_^)
DeleteDear Siti...
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi baca blog saya ni... menjadi ibu, macam2 pengalaman kita rasa.. dan kerana itu saya berasa ingin berkongsi pengalaman dengan semua bakal ibu.. semoga penulisan saya ini boleh dijadikan panduan bersama... lagipun.. inilah detik terindah dlm hidup saya yg ingin saya kongsikan bersma... InsyaAllah.. semoga Siti juga selamat bersalin dengan normal.. InsyaAllah...
salam,kak nadiya..anis terharu sehingga rasa nak menangis baca semua diatas..anis sekarang sudah mengandung 31minggu dan ingin mencari pengalaman untuk bersalin..kadang2 anis terasa sangat takut mendengar perkataan 'sakit yang amat'..terlalu sakit ke kak untk melahirkan bby?
ReplyDeleteSalam... terima kasih akak ucapkan sebab sudi baca entry akak ni... terharu...terima kasih sekali lagi.. mksdnya anis betul2 faham dan dapat merasai apa yang akak cuba sampaikan. Akak tulis pengalaman akak ni bukan nak menakutkan sesiapa yang nak bersalin.. jauh sekali untuk mempengaruhi supaya wanita takut untuk bersalin... sebaliknya akak menulis dengan niat untuk berkongsi dan memberi panduan kepada bakal ibu.. yang pertama kali melahirkan...
DeleteMengenai pertanyaan " terlalu sakit ke untuk melahirkan bb? "
ini bergantung pada kekuatan seseorang... pada naseb seseorang... ada orang yang sakit dan ada orang yang tak sakit langsung....tapi seperti akak ceritakan diatas... sakit bersalin adalah kerana proses ini untuk mensucikan diri kita dari dosa2 besar... sebaik kita melahirkan... diri kita hilang dari sebarang dosa seperti bayi yang baru kita lahir... kerana itu kita terpaksa melalui kesakitan itu... itulah yang diberitahu oleh kaunselor ditempat akak bersalin... bagi akak.. sebelum bersalin akak dh bersedia dari segi rohani dan jasmani... walau apa pun akak akan harungi proses bersalin ini... sebab itu akak katakan ini adalah keajaiban dari Allah... sebab walau sakit macam mana pun.. bila kita tengok baby yang keluar itu... semua kesakitan itu hilang serta merta.... Alhamdulilah... nak bersalin nanti banyakkan berdoa dan megaji Al - Quran... seperti akak cerita di atas... semoga Anis selamat melahirkan ..... InsyaAllah semuanya akan selamat...
Salam..bile bace entry ni, teringat saat sy melahirkan bby Bahzi pd 12.12.11. Lgsg xde tanda2 nk bersalin, tp bile mak sy tgk sy ni dh mcm nk bersalin, dia soh sy g hspital. Sampai je hospital dh 4cm, tukar bju nk masuk wad stgh jam pastu tp bukaan dh 6cm. Sy xrase sakit sgt, cume rase cam senggugut je. Kelam kabut dorg hntr sy ke LB, 15minit pastu bukaan dh 10cm n 10 minit pastu bby kuar...alhamdulillah xde koyakan n jahitan. Bby boy jugak walaupun ramai yg ckp sy mgkin dpt bby girl. Hehe...sebaye la ank kite ye... :-) n skrg sy tgh preggy lg, hope sgt dpt bersalin semudah ank 1st dulu...aminnn
ReplyDeleteDear Shadiy.. terima kasih keranan sudi baca blog saya ni.. um, memang anak kita sebaya la cuma anak awak tua 11 hari jer dari Awra.. nampaknya awak bersalin lagi senang.. takder koyak dan jahit.. alhamdulilah.. Allah permudahkan proses kelahiran anak awak.. dan TAHNIAH, awak mengandung lagi. memang tak merancang ke? dah berapa bulan preggy ni? bila due? Excited saya mendengarnya... suka bila orang suka mengandung dan menlahirkan... ini semua keajaiban dari Allah.
DeleteSubhanallah.. coretan ini benar2 memberi semnagt untuk saya... saya tengah mengintung hari ni nak bersalin.. terima kasih kerana sudi berkongsi.. salam perkenalan.. saya dah join blog awak..
ReplyDeleteSalam Fifiey...
DeleteTima kasih sebab sudi baca pengalaman saya ini..Tahniah la saya ucapkan sebab fifiey bakal menjadi seorang ibu nanti... berapa hari lagi nak due? Apapun saya doakan semoga fiifey dan baby selamat semuanya... kuatkan semangat supaya dapat bersalin secara normal kerana itu baru kita akan rasa perasan ibu yang sebenarnya... banyakkan mengaji dan doa serta solat tahajud dan solat hajat supaya Allah permudahkan proses kelahiran ini.. InsyaAllah...
Dan terima kasih kerana sudi join blog saya... bosan2 nanti bacalah blog saya ni .. Tima kasih!!!
Saya bakal bersalin esk induce jgk kat an nisa..nk tny,,induce tu mcm mane dia buat n crapa ek total kos kalo normal deliver..?:-)
ReplyDeleteSalam..
DeleteTerima kasih kerana sudi baca blog saya ni. saya tak pasti induce macam mana kat an nisa .. mungkin dia bagi ubat kut. berkenaan dengan belanja bersalin normal.. di an nisa.. lebih kurang rm1500.00. semoga semuanya selamat. InsyaAllah.
Hi dik..blog walking 😊 .tabahnya masih blh bjalan2 lg masa contraction. Kak mmg tbungkang ats katil je 2 ank sebelum ni. Now 8mths 3rd bb, dahtu tulang pelvic de skru. X tau laaaa camne nk bsalin nnt.
ReplyDeleteAs salam.. kak.
DeleteMasa sakit saya memang xboleh baring.. saya mesti berjalan..berjalan boleh cepatkan bukaan dan kurangkan rasa sakit.. masa anak ke 2.. saya terpaksa baring bila contraction.. sbb terpaksa bersalin di hospital kerajaan.. Tuhan saja yang tahu sakitnya.. terpaksa lah menahan sakit.. apapun.. saya doakan semoga Kak Liza akan selamat bersalin dan Allah permudahkan urusan bersalin anak ketiga akak.. insyaAllah..