Monday, January 4, 2016

Jadi Seorang ibu Mesti Kreatif


Assalamualaikum.... 

Ada kisah lawak hari ni yang aku nak sharing dengan korang semua.. dalam kesibukan aku menguruskan anak - anak.. aku memang ada masa menjadi seorang yang pelupa. Jadi, hari ini.. bila aku yang mesti mengepam susu di pejabat.. tertinggal botol simpanan susu.. jangan gelabah... mesti jadi kreatif... hahahahaha.. lawak besar aku..  kreatif la sangat..



Aku gelabah jugak sebenarnya.. sebab nak bawa balik susu.. nak simpan kat mana? Jadi puas aku fikir.. fikir dan fikir.. jadi aku ada plastik makanan yang belum digunakan.. aku potong jadi dua dan aku ikat pada mulut botol... botol yang ada ni.. memang botol mengepam yer.. so.. berjaya simpan di dlm cooler bag dan berjaya smp di rumah dengan selamat tanpa tumpah.. 

Dan ada juga sekali tu.. aku tertinggal jugak.. botol simpanan susu.. jadi aku guna botol air yang untuk aku simpan susu yang aku apm di pejabat sementara untuk aku simpan di rumah... bila jadi situasi ini biasanya aku akan.. gelak sorang2 sebab.. untuk aku merealisasikan penyusuan susu ibu ni.. macam2 kerenah aku hadapi.. sebab kesibukan dan kealpaan aku.. namun aku tak pernah putus asa.. alhamdulilah.. dah masuk tahun 2016.. aku masih menyusukan anak ketiga dan masih mengepam susu di pejabat.. semoga aku dapat mengharungi cabaran ini untuk setahun lagi.. insyaAllah.. doakan aku yer.. 

wasalam..

Ini susu aku yer.. bukan susu full cream.. tapi nampak memang sangat berkrim kan.. susu ibu la katakan..

No comments:

Post a Comment

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...