Misi Mengepam Susu Di Teruskan

Salam semua

Alhamdulilah..

Selamat tahun baru semua.. ini pun post yang delay jugak sebab aku naikkan gambar untuk isu masuk tahun baru hari tu.. misi aku untuk mengepam susu di pejabat dan menyusukan anak dengan susu sendiri masih diteruskan.. alhamdulilah.. masih diberi ruang oleh Tuhan untuka aku menyusukan anak dengan susu aku sendiri.. nak masuk tahun 2016 ini juga.. bulan bulan terakhir 2015, sangat banyak dugaan yang terpaksa aku lalui.. dengan suami bekerja di tempat jauh, aku seorang diri uruskan 3 anak kecik, ayah jatuh sakit dan pembinaan rumah baru kami.. rumah pertama aku beli dalam hidup aku. 

susu yang dipam di pejabat

Banyak perkara yang perlu aku uruskan, sehari hari.. pelbagai urusan perlu dilaksanakan. Semua aku buat dengan memerlukan perancangan agar semua berjalan dengan lancar. Ayah, memerlukan perhatian dan peruntukan kewangan serta kena kerap pulang ke kampung di Kota Bharu Kelantan, suami keje jauh.. perlukan perhatian pada anak - anak untuk persediaan ke sekolah dan hantar ke rumah pengasuh tiap2 pagi. Bunyi macam senang je.. tapi pada sesiapa yang melaluinya.. anda akan rasa apa yang saya rasa.. kerja utama semestinya di pejabat. Naseb baik setakat ini.. aku tidak ditugaskan untuk urusan luar.. alhamdulilah.. jadi aku masih boleh maintain uruskan anak2.

Alkisahnya.. bila banyak benda nak fikir dan perlu diuruskan.. sesekali hasil susu pam drop. Aku rasa sangat sedih.. ada masa rasa macam nak stop dah mengepam.. tapi aku sayang.. sebab hasil dari susu aku mengepam... dapat jimatkan duit dan bb naim sangat lincah.. dan dia dah berjalan sekarang.. di usia 10 bulan... aku sangat teruja.

Sebab itu aku kena kuatkan semangat. Aku berdoa agar Allah bagi aku semangat dan kekuatan untuk aku teruskan misi aku ini sehingga anak aku mencecah 2 tahun. Dalam usia bb naim 10 bulan.. gigi dia dah tumbuh 4 batang.. aku sangat bersyukur dan pada masa yang sama... nipple aku sakit.. perit sebab dia gigit dan tarik.. tapi bila tekad sangat tinggi.. wpun sakit.. lama2 aku telan je rasa sakit... orang kata lama2 serasi lah dengan kesakitan tu.. hahhahaha... 

Jadi, aku akan teruskan perjuangan.. wpun susu drop.. yang penting susu masih ada.. masih boleh dipam.. untuk pengetahuan korang, aku tidak makan apa2 suplement.. sehingga hari ini aku mengamalkan kurma.. dan Tamar Coco sahaja. Dan ada sesekali makan habatus sauda untuk kurangkan rasa letih.

Ok, itu saja perkongsian aku untuk hari ini, seperti biasa untuk memberi semangat pada aku sendiri dan untuk rakan rakan ibu di luar sana yang gigih menyusukan anak dengan susu sendiri. Hanya Allah yang akan membalas jasa kita semua...

Wasalam..


Comments

Popular Posts