Cerita dari Syurga


Aku baca sebuah lagi buku tentang perkahwinan hari ini dan aku syukur kerana aku terjumpa sebuah cerita dan aku gelarkanya Cerita dari Syurga yang aku pernah terdengar tetapi masih samar sebelum ini...yang menjadi jawapan kepada segala persoalan dalam minda aku tentang perkahwinan. Aku kagum dengan penemuan aku ini... aku tuliskan semula dengan mengaitkan cerita itu dengan realiti sekarang. Ceritanya bermula dari Adam yang diciptakan di dalam Syurga seorang diri....

Ketika Nabi Adam as. telah diciptakan Allah SWT, ia melihat ke bawah dan ke atas, maka baginda tidak melihat seorang pun dari jenisnya untuk dijadikan sahabat di dalam kesunyian. seperti diungkapkan bahawa burung terbang bersama jenisnya maka adam pun sunyi dan rindu pada jenisnya.

Pada waktu itu Adam sedang duduk, kerana sunyi Adam tiba - tiba merasa sangat mengantuk dan akhirnya tertidur. ketika itulah Allah memerintah kepada Malaikat Jibril as agar mengeluarkan tulang rusuk kirinya, sedang Nabi Adam tidak merasakan kesakitanya. Kemudian Allah menciptakan dari tulang rusuk kiri Adam itu seorang wanita yang diberi nama dengan Hawa.

Segala kecantikan dan keindahan diletakkan oleh Allah SWT kepada Siti Hawa hingga pada hari kiamat. Begitu juga segala kesucian dan budi pekerti diletakkan pada Siti Hawa.

Sedangkan, kerinduan, kecintaan dan kasih sayang diletakkan di dalam hati Adam. Siti Hawa dijadikan seorang wanita yang paling cantik di seluruh langit dan bumi. Adam pula menjadi seorang lelaki yang paling tinggi rasa cintanya di seluruh langit dan bumi.

Kemudian, Allah SWT memakaikan kepada Siti Hawa tujuh puluh Perhiasan Syurga dan diberi pula sebuah mahkota. Akhirnya, didudukan Siti Hawa di atas singgahsana dari emas.

Setelah itu, Allah SWT membangunkan Adam as dari tidurnya sambil dilihatkan Siti Hawa kepadanya.

Adam bertanya " siapakah engkau?"

Siti Hawa menjawab " aku diciptakan Allah untuk diri mu"

Adam berkata "Dekatlah engkau kepada ku.."

Siti Hawa menjawab " Sebaiknya engkaulah yang mendekati ku.."

Adam lalu berdiri dan berjalan mendekati Siti Hawa. (semenjak itulah menjadi kebiasaan bagi umat manusia sebagai keturunan Adam, pihak lelaki menemui atau meminang wanita)

Di saat Adam as ingin mendekati Siti Hawa, beliau ingin menyentuh Siti hawa, tiba - tiba terdengar suara.

" Wahai Adam, bersabarlah! sebab pergaulan mu dengan Siti Hawa tidak dihalalkan kecuali dengan mahar dan nikah"

Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada seluruh penghuni Syurga, menghiasi Syurga dengan seindah - indahnya. Setelah itu, Allah memerintahkan kepada semua Malaikat di langit berkumpul dibawah pohon bernama Thuubaa. Semua berkumpul di sana.

Kemudian Allah berkhutbah...
" Allhamdulilah pujian untuk Ku dan keagungan adalah selimut Ku, kesombongan adalah selendang Ku, seluruh mahkluk adalah hamba - hamba Ku. Aku menjadikan malaikat- malaikat dan penghuni langit Ku sebagai saksi. Aku kahwinkan Hawa dengan Adam dengan mas kahwinya tasbih serta tahlil atas Ku..."

Kemudian pelayan - pelayan Syurga dan para malaikat menaburkan mutiara dan delima, lalu Siti Hawa mereka serahkan kepada Adam as. Siti Hawa kemudiannya meminta mas kahwinnya daripada Adam. Maka, Adam as berkata....

" Ya Allah, apakah yang harus aku berikan padanya, emas, perak, atau permata?'

Allah berfirman "Bukan wahai Adam"

Adam bertanya lagi " Ya Allah, apakah aku harus berpuasa, solat atau mengucapkan tasbih untuk Mu?"

Allah berfirman "Bukan wahai Adam"

Adam bertanya lagi " Ya Allah, apakah yang harus aku lakukan?"

Allah berfirman " Mas kahwin Siti Hawa iaitu engkau membaca selawat sepuluh kali untuk Nabi dan kekasih Ku Muhammad penghulu seluruh Rasul.." ( mas kahwin adalah 'sesuatu' yang mesti diberikan oleh pihak lelaki kepada pasanganya yang ingin dikahwini..)

Allah SWT berfirman kepada Adam as. " Berilah selawat kepada Muhammad supaya Aku halalkan Hawa bagi mu. Kepada umat Muhammad Allah berfirman , 'Shollu Alaihi Wasallimu' berilah selawat dan salam untuknya. Berilah selawat kepada Muhammad agar Aku haramkan neraka bagi kamu dan berilah salam kepadanya agar Aku halalkan Syurga untuk kamu"..

Itu lah sebuah kisah dari Syurga yang memberi satu pengalaman dan ilmu yang berharga pada diri aku.. dengan cerita ini aku faham tentang erti proses sebuah perkahwinan.. dari pertunangan, mas kahwin dan majlis perkahwinan.. sesungguhnya semua itu bermula dari Syurga.. Amin. Aku dapat merasakan kemanisan dan keindahan Islam dalam sebuah perkahwinan... Alhamdulilah.


P/s: Aku menulis kembali cerita ini dari buku Suami Teladan - Mohd Isa Selamat.

Comments

Popular Posts